Monday, September 8, 2014

Kitab Selawat Syifa al-Qulub: Dalail Khayrat Abad Ini

Guru kami, Shaykh Muhammad Abu al-Huda al-Ya'qubi telah mengarang sebuah kitab selawat yang ibaratnya belum pernah ada yang menyusun sepertinya sebelum ini. Kitab ini diberi nama "شفاء القلوب في الصلاة على الحبيب المحبوب سيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم" (Penawar hati tentang selawat ke atas junjungan kekasih yang dicintai, penghulu kita Nabi Muhammad SAW). Kitab ini pertama kalinya Shaykh telah mengedarnya pada malam walimah beliau iaitu Jumaat, 10 Dzu al-Qa'dah 1435H. Akan tetapi, beliau hanya memberi ijazah dan mensyarahkannya pada hari Ahad 12 Dzu al-Qa'dah 1435H setelah waktu Asar. 


Kitab Syifa al-Qulub
Dalam keterangan yang beliau berikan kepada semua murid beliau yang hadir, kitab ini dikarang selama 5 malam sahaja, dan tebalnya seperti Dalail al-Khayrat karangan Imam Jazuli yang terkenal itu. Menariknya, beliau menceritakan ketika kitab ini dikarang, tangan beliau seperti menulis tanpa henti dan mendahului lisan beliau, seperti seolah-olah ia datang daripada Allah SWT. Memang hakikatnya, kitab selawat karangan beliau ini tersusun dari sighat-sighat yang ajaib dan memiliki makna-makna yang agung serta mahal karyanya yang belum pernah penulis sendiri membacanya.

Kitab ini memiliki beberapa bab atau section. Pada fasal yang pertama, Shaykh Muhammad Abu al-Huda al-Ya'qubi telah memulai kitab beliau ini dengan mengarang selawat untuk Raja Muhammad VI dengan lafaz: "اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تمكين لأمير المؤمنين * وتأييدا له بالأعوان المخلصين * بسر إنا مكنا له في الأرض وآتيناه من كل شيء سببا وعلى آله وصحبه وسلم". Beliau telah mengiqtibaskan ayat yang Allah SWT firman tentang Nabi Sulayman AS dan mengarahkannya kepada Raja Muhammad VI suapay beliau diberi maqam seperti maqam Nabi Sulayman AS.

Fasal kedua adalah tentang selawat pembukaan bacaan selawat kepada Rasulullah SAW. Ia merupakan selawat tapi tersusun selayaknya pembukaan sebuah kitab yang menceritakan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Pada fasal ini juga Shaykh telah mengisyarahkan manhaj beliau dengan kalamnya: "فيقول خادم الجناب النبوي الشريف المتذلل بين يدي مولاه الكريم اللطيف محمد اليعقوبي الحسني الإدريسي المشتهر بأبي الهدى وقاه الله الردى الأشعري المالكي مذهبا القادري والشاذلي مشربا". Dari kalam ini, jelas sekali Shaykh Abu al-Huda adalah seorang Syarif Hasani, yang terkenal dengan laqab "Abu al-Huda", dan berakidah Asy'ari, bermazhab Maliki, bertarikat Qadiriyyah dan Syaziliyyah. Maka sangat jelas berbeza dengan ulama yang tidak mau menunjukkan manhaj mereka atau suka bergantung dengan istilah wasatiyyah yang penuh rekadaya ini. Shaykh Abu al-Huda sangat tegas dalam menunjukkan manhaj beliau tanpa perlu malu-malu konon tidak mau berpihak!

Selanjutnya adalah tentang selawat pujian kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. dilanjutkan dengan selawat-selawat para wali kepada Nabi Muhammad SAW.

Lalu Shaykh membuat sebuah fasal khusus menyusun selawat yang terkarang dengan huruf Arab yang tidak memiliki titik. Ini dikarenakan Shaykh pernah menyebutnya pada hari tersebut bahawa huruf Arab yang tidak memiliki titik memiliki keistimewaan tersendiri di kalangan ulama. Kekuatannya melebihi huruf yang tidak memiliki titik.

Shaykh meneruskan selawat beliau dengan fasal Selawat Asma al-Husna kepada Nabi Muhammad SAW. Baru setelah itu selawat penawar dari segala ubat. Pada fasal ini, selawat tersebut diperuntukkan untuk mengubati beberapa penyakit secara spesifik.

Pembacaan Selawat beramai-ramai merupakan adat umat Islam di Morocco dan berbagai belahan dunia Islam dari barat sampailah timur
Fasal selanjutnya adalah selawat untuk menunaikan hajat. Insya Allah bagi yang berhajat, boleh memohon dengan susunan selawat tersebut, dan diharapkan doanya makbul insya Allah!!!!!

Yang mengiringi fasal selawat syifa adalah selawat yang disusun dari sighat-sighat al-Quran sendiri kepada Nabi Muhammad SAW.

Lalu Shaykh membuka fasal tenttang huruf-huruf Arab kepada Nabi Muhammad SAW. Pada fasal ini, Shaykh menyusun selawat yang terdiri dari rumuz-rumuz berbagai ilmu dalam bentuk selawat, seperti perubatan, engineering, dan lain-lain ilmu huruf yang ajaib.

Sebelum penutup, shaykh membuat fasal khusus selawat untuk para ulama atau ilmuan. Tujuannya agar dengan selawat ini, segala kemusykilan akan ilmu pengetahuan akan diselesaikan. Maka Shaykh memulai dengan selawat inti dari segala ilmu iaitu ilmu usuluddin: "اللهم صل على من غرس شجرة أصول الدين ورفع آساس التوحيد واليقين سيدنا محمد أعلم الناس برب العالمين".

Lalu shaykh pun menutup selawatnya dengan doa selawat agar mendapatkan husnul khatimah dan kebahagiaan di dunia dan akhirat!

Syaikh Muhammad Abu al-Huda al-Ya'qubi
Inilah sebahagian kehebatan Shaykh Muhammad Abu al-Huda al-Ya'qubi yang berasal dari Syam! Beliau adalah seorang ulama sufi yang lahir pada tahun 1963 M di Damascus dalam sebuah keluarga ilmu dan kesolehan.

Menuntut ilmu secara talaqqi dibawah bimbingan bapanya Syaikh Ibrahim al-Ya'qubi, dan atuknya Syaikh Ismail al-Ya'qubi RH, bapa saudaranya Syaikh Muhammad al-Arabi al-Ya'qubi RH, bapa saudara ayahnya Syaikh Muhammad al-Syarif al-Ya'qubi RH.



Mereka semua adalah guru yang diberi kehormatan untuk memimpin kursi Imam Maliki di Masjid Amawi di Damascus. Beliau juga sudah diberi penghormatan mengajar di masjid Amawi ketika umur masih 17 tahun.

Beliau telah dipilih oleh Raja Morocco untuk memberikan Durus Hasaniyyah di depan raja pada tahun 1433H.

Beliau memiliki banyak karangan yang sudah tercetak dan tersebar di berbagai negara Arab dan Eropah.

13 comments:

Azry said...

Assalamualaikum.

Saya bernama Azry dan berasal dari Malaysia. Banyak entry saudara yang saya gemar baca dan juga banyak soalan yang ingin saya tanyakan pada saudara. Lebih lebih lagi mengenai pelajaran di pondok. Jika saudara tidak keberatan, boleh kongsi email address supaya boleh saya mengajukan soalan2?

Wassalam,
Azry

akitiano said...

Saudara boleh bertanya di sini secara langsung.. saya boleh beri jalan, tapi tidak dapat mengurus, sebab saya bukan agent penghantaran pelajar. Apa2 kalau ditanya secara umum lebih baik agar dishare bersama pembaca yang lain> :)

Azry said...

Alhamdulillah, terima kasih saudara. Saya mempunyai minat untuk belajar di pondok meskipun umur sudah menjangkau 30. Saya rasa ianya adalah tempat yang sesuai untuk mendapat pendidikan islam secara basic dan lebih struktur. Dan inshaAllah kurang pengaruh pengaruh luar (seperti wahabi dan ahbash). Ingin saya minta sedikit nasihat, jikalau saya ingin belajar di pondok di indonesia, adalah ianya lebih baik sedangkan saya orang Malaysia? Saya ada sedikit kecenderungan dengan Pondok Pesantren Yasin di banjarbaru. Ini adalah selepas menghadiri daurah 3 hari bersama Syeikh Fahmi Zam Zam. Pembelajaran ketika itu betul betul membuka hati saya. Minta pandangan saudara.

akitiano said...

Ana sependapat dengan saudara, pondok terbaik adalah di Indonesia utk masa ini, memandangkan quality pondok di Malaysia sudah mula menurun, sedangkan di Selatan Thailand pula masih belum surut dari pergolakan...

Akan tetapi, saya jujur, saya belum pernah melihat situasi pesantren yang ada di luar pulau jawa. Maka nasihat saya, saudara boleh cuba pondok-pondok di Jawa, seperti Fathu Ulum, Kwagean di bawah asuhan KH Hanan Maksum; Daruttauhid, Purworejo dibawah asuhan KH Thoifur Mawardia (guru dan kawan KH Fahmi Zam Zam sewaktu di Rusayfah Mekah); Lirboyo Kediri dibawah asuhan KH Kafabih Mahrus (lirboyo.net), al-Falah Ploso, dan banyak lagi.

Akan tetapi pesantren2 di Jawa memakan masa 4-9 tahun utk proses pendidikan alim, tapi saudara akan sempat mengaji semua kitab2 besar sekalipun seperti Ihya' al-Ghazali, dan nahwu seperti Alfiyyah Ibn Malik, Uqud al-Juman Suyuti, Jauhar Maknun dan lain-lain.

Karimunjawa Tour Travel said...

bermanfaat sangat bagus, salam
karimun jawa adalah pulau yang mempunyai keindahan wisata bahari terletak di jepara yang sudah terkenal akan ukiran dan mebel atau furniture cocok untuk liburan Anda.

Azry said...

Alhamdulillah. Terima kasih dengan nasihat saudara. Saya cukup tertarik dengan salah satu post saudara mengenai pondok pesantren, saya ada sedikit persoalan. Adakah bahasa yang digunakan di Pondok2 di Jawa boleh difahami bagi santri dari Malaysia? Mungkin itu adalah cabaran bagi santri yang bukan berasal dari pulau jawa.

Azry said...

Dan juga saya ingin menanyakan mengenai perkara-perkara dibawah:-

1.Adakah teknik bacaan Jawa kuno (Utawi iki iku) atau Sunda Kuno itu dari bahasa yang berlainan?

2.Adakah Idadi dan Ibtidiyah itu maksudnya sama? Dan adakah Aliyah dan Aalimiyah itu sama?

Dan yang terakhir adakah pembahagian peringkat pelajaran bagi pondok salaf (tradisional) seperti dibawah?:-


Ibtidiyah
Idadi
Thanawi
Aliyah
Aalimiyah

Maafkan saya kerana melemparkan segala persoalan ini. Ada kala saya tidak dapat mencari jawapan yang tepat di Internet mengenai sistem pembelajaran pondok. Mohon jasa baik saudara bila ada kelapangan.

Unknown said...

Salam sidi ustaz. boleh alfaqir tahu bagaimana mahu dapatkan buku Selawat ini?

akitiano said...

1 - Bahasa lain, tapi teknik sama...

2- I'dadi bukan ibtida'iyyah...

I'dadi adalah persiapan... dia masuk bila tgh2 tahun sahaja bg sebahagian pondok..

susunannya Ibtida' tsanawi' Aliyy...

Kalau Morocco:

Ibtida', i'dadi', tsanawi, niha'iiyah... lulus niha'iy dapat sijil Alimiyyah @ dah jadi syeh dah, boleh balik Malaysia jadi ulama kaber!!!

akitiano said...

Ust hazim: kitab tu hanya dapat kalau hadir majlis syeh... skrg dah xde dah... :(

Azry said...

Syukran saudara. Saya baru sedar yang saudara dari Malaysia juga setelah baca post2 saudara yang lama, apologies for my ignorance :-)

Saya doakan kejayaan saudara di Maghribi dan jangan berhenti post benda benda berilmiah yang saudara dah mulai dari 2007 lagi. InshaAllah kita akan berbual lagi.

Wassalam

Anonymous said...

Saya suka Syaikh Muhammad Al-Ya'qoubi

shufi-indonesia.blogspot.com

Unknown said...

Saya ingin kitab itu dan ijazahnya.adakah yang bisa bantu saya