Thursday, April 6, 2017

Kewafatan al-Faqih al-Hajj Abdullah Ait Ouhuri

Syaikh Ali Jumah sedang berbicara dengan al-Faqih Abdullah Ait Ouhuri di Rabat, Maghribi

al-Faqih Abdullah Ait Ouhuri sedah berbicara dengan Syaikh Ali Jumah di Rabat

Hari yang sangat pilu dan duka. Khamis 6 April 2017 M, kami telah menerima berita duka, dengan kewafatannya al-Faqih Abdullah Ait Ouhuri. Beliau adalah seorang ulama agung Maghribi. Beliau juga merupakan mudir atau pengasuh Pondok (Madrasah) Iddaouminnou di daerah Sous, Maghribi Selatan. Di bawah asuhan beliau telah keluar ribuan ulama-ulama seluruh Maghribi.

Dalam gambar di atas adalah gambar yang penulis sempat rakamkan, di mana beliau sedang berbicara dengan mantan Mufti Mesir, Syaikh Ali Jumah. Dalam peristiwa ini, penulis melihat sendiri bagaimana tawadhuknya kedua ulama besar ini. Semoga kita dapat mencontohi mereka, amin!

Semoga Allah merahmati ruhnya, lahu al-Fatihah!