Friday, February 27, 2015

Pendedahan Dakyah dan Penipuan Kelompok Ekstrimis Ikhwani dan ISIS

Ini adalah video yang wajib ditonton oleh semua orang, untuk memahami kenapa Islam tidak boleh dipolitisi, dan jangan sekali-kali menggunakan nama Islam dan Syariat untuk kepentingan politik parti sendiri. Selain dari itu, ini juga adalah keterangan Syaikh Usamah Sayyid al-Azhari tentang bahayanya pemikiran Sayyid Qutub yang kitab Zilal al-Qurannya masih sampai sekarang menjadi rujukan kebanyakan puak-puak haraki diseluruh belahan dunia, termasuk Malaysia dan Indonesia. Padahal kitab itu sangat bahaya, kerana menjadi sumber pemikiran ekstrimis dan takfiri. Beliau juga telah menarik sebuah tali persamaan antara pemikiran Sayyid Qutub dalam Ikhwan Muslimin dengan Geng Mafia ISIS (Daish) Wahabi di Syria dan Iraq.

Video ini juga adalah kepanjangan dari dua buku baru yang wajib dibaca, bahkan wajib diterjemahkan, iaitu al-Haqq al-Mubin oleh Dr. Usamah Sayyid al-Azhari dan al-Insaniyyah qabla al-Tadayyun oleh Habib Ali al-Jufri. Kedua buku ini termasuk buku yang paling awal untuk membendung budaya takfiri dan juga ekstrimis teroris ISIS, yang tidak menghargai darah manusia. Sewenang-wenangnya membunuh, membakar orang, seolah-olah cop Islam hanya dimiliki oleh mereka. Ajib Ajib Ajib!