Saturday, September 24, 2016

Penjelasan Muktamar Chechnya Mengapa Wahabi Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Berakibat dari artikel penulis yang lalu, banyak dari pembaca yang meninggalkan comment negatif konon penulis sempit, pemfitnah, dan salah memahami definisi Wahabi. Ketahuilah, kajian ilmiah harus bersih dari tuduh menuduh, dan tetap berada pada manhaj ilmu, iaitu berhujjah dengan ilmu, bukan dengan nafsu. Adapun comment mereka yang penuh dengan caci maki itu, penulis serahkan kepada para pembaca menilai sendiri akhlak mereka dan apakah mereka berhujjah dengan ilmu atau nafsu.

Di sini pula, penulis merasa perlu untuk menyebutkan sebahagian dari hujjah kenapa penulis berani mengeluarkan Wahabi dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia tidak lain adalah keputusan yang telah disepakati oleh ulama-ulama yang menghadiri Muktamar Chechnya seperti Syaikh al-Azhar Ahmad Tayyib, mantan mufti Mesir Dr. Ali Gomaa, Ketua Persatuan Ulama Morocco Dr. Ahmad al-Abbadi, anak kepada Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti iaitu Dr. Taufiq al-Buti, pendakwah bebas Habib Ali Jufri, mudir Dar al-Musthofa Habib Umar Ben Hafidz, ulama ilmu kalam Jordan Dr. Saeed Foudah, Ulama UAE Dr. Saif al-Asri, dan banyak lagi. Merekalah yang mengeluarkan Wahabi dari ASWJ dan penulis mengikuti mereka dalam hal ini seperti mereka juga mengikuti ulama-ulama sebelum mereka.

Penulis juga setuju dan semanhaj dengan hasil muktamar tersebut, iaitu tidak mengkafirkan Wahabi!! Berbeza dengan Wahabi yang mengkafirkan selain mereka. Perkara ini sudah terang lagi bersuluh seperti termaktub di dalam kitab al-Durrar al-Saniyyah oleh ulama-ulama Wahabi Najdi. Juga seperti kitab al-Tauhid Soleh al-Fauzan seperti penjelasan penulis dalam artikel sebelum ini. 

Nah berikut ini adalah penjelasan salah satu ulama al-Azhar sendiri: