Saturday, April 28, 2012

Mencari Ilmu di Maghribi (Siri ke 4 - Madrasah Muhaddits al-Talidi)

Tanah Maghrib, adalah tanah yang penuh berkat. Di sinilah muncul alim-ulama yang karya mereka digunakan oleh seluruh umat Islam di dunia, seperti al-Ajurumiyyah, dan lain-lain. Walaupun jauh dari Mekkah dan Madinah sebagai pusat lahirnya Islam, ia tidak melemahkan semangat ulama di tanah 1000 tembok ini. Kalau Baghdad terkenal dengan pusat lahirnya mazhab Hanafi yang menolak hadis ahad kerana jauh dari Hijaz dan dikhawatirkan terjadi tadlis pada sumber kedua Islam tersebut, maka berbeza dengan Maghribi. Di Maghribi ini, selain terkenal dengan mazhab Maliki dalam fiqh-nya, mereka juga terkenal sebagai pusat lahirnya ulama-ulama hadis @ muhadditsin. Sebut sahaja Ibn Hazm, Ibn Zamanin, Abd al-Barr, Ibn al-Qatthan, keluarga al-Kattani, dan lain-lain. Tidak terlupakan, keluarga al-Ghumari yang dikenal sebagai Sadah al-Gumariyyin. Salah seorang murid keluarga al-Ghumari yang masih hidup, adalah al-Syaikh al-Muhaddits Abu al-Futuh Abdullah bin Abd al-Qadir al-Talidi al-Hasani al-Thanji. (Untuk mengetahui biografi beliau dapat membacanya di sini http://akitiano.blogspot.com/2013/03/biografi-syaikhi-al-muhaddits-abdullah.html).

Maqam keluarga Bin Siddiq al-Ghumari di Zawiyah al-Ghumariyyah
Beliau adalah salah satu dari Muhaddits Sufi yang terkenal di dunia hadis pada zaman sekarang. Dengan umur yg sudah melebihi 80 tahun, semangat dan usaha keras untuk berdakwah, mengajar, mengimami solat, mengimami wirid setiap Subuh, bahkan berqasidah pada malam Jumaat. Karya beliau saja sudah mencecah angka lebih dari 30 buah. Salah satu karya terkenal adalah Bidayat al-Wusul yang berjumlah 12 jilid. Beliau adalah ulama Tanjah @ Tangier Morocco dan diiktiraf dunia. Salah seorang Muhaddits di Mesir yaitu Syaikh Sa'id Mamduh (Penulis kitab Raf' al-Manarah fi Takhrij Ahadits al-Tawasul yaitu sebuah kitab yang menuangkan pandangan ilmiah tentang sahihnya hadis-hadis tawassul dan ziarah kubur serta beristighasah) selalu menziarahi beliau.

Beliau memiliki madrasah atiqah (pondok pesantren) yang bernama Ma'had al-Imam Ibn al-Qatthan yang terletak di kota Tangier @ Tanjah.  Sayangnya, kerana faktor sistem pendidikan modern, yang mana tidak mengiktiraf pendidikan selain yang terdaftar oleh kerajaan, maka pelajar yang mulanya berjumlah 200 lebih merosot menjadi hanya 50 pelajar. Walaubagaimanapun, ia tidak mengurangkan kualitas dan keistiqamahan para pelajarnya.
SISTEM BELAJAR

Di Madrasah ini, al-Qur'an menjadi priority pertama. Semua pelajar wajib menghafal al-Qur'an. Oleh sebab itu, majority pelajar adalah berumur belasan. Sistem menghafal adalah memakai sistem khas Maghribi yaitu dengan memakai luh @ papan dan ditulis ayat-syat sufi di atasnya. Walaubagaimanapun, pelajaran lain tetap disediakan. Sedangkan Syaikh al-Talidi akan mengajar beberapa kitab penting seperti Sahih Bukhari, Muslim, Bidayah al-Wusul dan lain-lain. 
Madrasahnya yang juga dipanggil Zawiyah al-Talidi, juga menjadi pusat zawiyah sufiyyah di daerahnya yaitu Marshan. Setiap pagi, wiridan hizib-hizib seperti hizib Siddiqiyyah, hizib Masyisyiyyah, hizib Nawawi, hizib Bahr al-Syadzili, dan lain-lain dengan istiqamah dibacakan setelah subuh. Pada malam Jumaat pula, jamaah dari berbagai kampung akan datang untuk berqasidah al-Burdah dan berzikir.

Sesuatu yang menarik di madrasah ini adalah segala pengajian tidak ditarik yuran apapun @ percuma @ gratis. Oleh itu, pada dasarnya madrasah ini terbuka kepada semua lelaki dari darah apapun itu.

Bagi antum-antum yang berasal dari Malaysia, ana mencadangkan kalau ada anak yang masih muda, ingin dimasukkan ke ma'ahad tahfiz, bolehlah memasukkan mereka ke madrasah ini. Selain agar dapat menghafal al-Qur'an dengan gaya Maghribi, dapat melancarkan percakapan bahasa Arab serta membantu Ahli Sunnah Wal Jama'ah di bandar perbatasan dengan Spanyol ini.

VISA BELAJAR

Setiap pelawat yang ingin masuk ke Morocco, wajib memiliki visa yang dibuat di Kedutaan Morocco di luar negara. Ini adalah salah satu perkara yang memalukan kerajaan kita (Malaysia) kerana orang Morocco yang ingin masuk ke Malaysia tidak memerlukan visa, dan mereka boleh tinggal di Malaysia selama 3 bulan percuma. Sedangkan bagi warga negara Indonesia (WNI) tidak memerlukan visa untuk masuk Morocco.

Kapal Ferry ke Spain
Biasanya, visa sosial budaya boleh didapatkan di kedutaan dengan menunjukkan Syahadah Tasjil (surat penerimaan pelajar) dari institusi terkait dan calon pelajar akan mendapatkan visa 3 bulan. Lalu mereka boleh membuat Bithaqah Wathaniyyah @ Kad Pengenalan Morocco untuk palajar asing.

Disebabkan faktor tidak adanya kerja sama antara Madrasah Ibn al-Qathan dengan mana-mana institusi rasmi di Malaysia, maka mereka tidak mampu mengeluarkan Syahadah Tasjil kepada mana-mana pelajar kecuali setelah menjumpai langsung pelajar tersebut di Madrasah.

Oleh itu, semua calon pelajar yang ingin masuk di Madrasah ini, penulis mencadangkan agar memohon visa melancong ke Morocco dengan tujuan pelancong bukan belajar. Mungkin ini akan mengambil biaya sedikit, kerana ia memerlukan tiket pergi-balik.

Wednesday, April 25, 2012

Hukum Wanita Pakai Seluar / Celana - Hasil Bahtsu al-Masail PP Ngunut


Bahts Al-Masa’il di PP. Ngunut Tulung Agung
01-02 Jumadil Awwal 1429 H. / 07-08 Mei 2008 M.


WANITA PAKAI CELANA
Deskripsi
Dunia menghargai keindahan lewat rupa, maka tak heran jika manusia selalu menghadirkan karya terbaik agar terus bisa eksis dalam kancah bisnis yang mereka geluti selama bertahun-tahun, mulai dari pernik aksesoris, fashion dan merambah otomotif yang kini digandrungi oleh darah muda. Sebagai pemikat konsumen, mereka berusaha menyuguhkan suguhan hangat dengan kapasitas yang memadai standar zaman. Semisal celana jeans yang semula dipakai oleh pria, maka bekal skill untuk berkarya terciptalah celana jeans ala kaum hawa. Sehingga wanita tetap bisa tampil feminim meski dengan jeans sekalipun.

Pertanyaan
a.       Adakah unsur tasyabuh bila wanita memakai celana kaum hawa saat menilik bahwa asal mula celana dipakai kaum pria?
b.       Juga adakah tasyabbuh bila kaum hawa memakai jeans?
c.        Beralih ke otomotif, adakah pengi’tibaran PT. Honda yang menyatakan Mega Pro adalah motor lelaki dengan kegagahan bentuknya dan Vario sebagai motor wanita dengan gayanya yang anggun, sedangkan motor hanyalah alat transportasi?
Sa’il PP. MUS Sarang Rembang
Jawaban
a.       Tidak ada unsur tasyabbuh selama tidak ada tujuan tasyabbuh. Karena model celana wanita belum dipastikan (mutaraddid) menjadi mode khusus kaum wanita.
b.       Ada, karena dipastikan jeans masih menjadi mode kaum laki-laki.
Referensi
قرة العين بفتاوي إسماعيل الزين صـ: 232-233
تشبه الرجال بالمرأة والمرأة بالرجال في اللباس سؤال: ما قولكم في الرجل يلبس إزار المرأة أو المرأة تلبس لباس الرجل أو تلبس بنطلون أو ثوبا مثل ثوب الرجل شكلا وصورة فهل ذلك كله داخل في الحديث لعن e الرجل يلبس لبسة المرأة والمرأة تلبس لبسة الرجل أو لا؟ الجواب والله الهادي إلى الصواب أن اللباس الرجل الخاص به إذا لبسته المرأة وصارت بحيث أنها بسببه تشبه الرجل وقصدت التشبه به تكو داخلة فيما ورد في الحديث م الوعيد الشديد وكذلك الرجل إذا لبس لباس المرأة الخاص بها بحيث يظهر أمام الناس كأنه إمرأة وقصد التشبه بذلك فإنه يدخل بالوعيد الشديد المذكور ففي الحديث الصحيح لعن e المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات م النساء بالرجال والله سبحان وتعالى أعلم.
حكم لبس المرأة للبنطلون سؤال: ما قولكم في المرأة تلبس بنطلونا وثوبا طويلا فوقه يبلغ إلى ركبتها فالبنطلون برى نصفه الأسفل فقط فهل ذلك داخل تحت قولهم يحرم على المرأة أ تلبس لباس الرجل وكذا عكسه أو لا؟ الجواب أ ذلك لا يحرم على المرأة لبسه[1] لأه ليس خاصا للرجل وإنما يحرم عليها كشف عورتها أو بعض عورتها أمام الرجال الأجانب والله سبحانه وتعالى أعلم.
[1]ما لم يكن شفافا أو ضيقا بظهر محاس جسمها لأن ذلك يدخل تحت قوله عليه الصلاة والسلم كاسيات عاريات.
  
بغية المسترشدين ص: 283
(مسألة: ي): ضابط التشبه المحرم من تشبه الرجال بالنساء وعكسه ما ذكروه في الفتح والتحفة والإمداد وشن الغارة، وتبعه الرملي في النهاية هو أن يتزيا أحدهما بما يختص بالآخر، أو يغلب اختصاصه به في ذلك المحل الذي هما فيه.

تفسير آيات الأحكام الجزء الثاني ص: 276-277
يشترط فى الحجاب الشرعي بعض الشروط الضرورية وهي كالأتى اولا أن يكون الحجاب ساترا لجميع البدن إلى أن قال ثانيا أن يكون كثيفا غير رقيق لأن الغرض من الحجاب الستر فإذا لم يكن ساترا لا يسمى حجابا لأنه لا يمنع الرؤية ولا يحجب النظر أن لا يكون زينة أو مبهرجا ذا ألوان جذابة يلفت الأنظار لقوله تعالى ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهرمنها" قوله ما ظهر منها أي بدون قصد ولا تعمد فإذا كان فى ذاته زينة فلا يجوز إرتدائه ولا يسمى حجابا لأن الحجاب هو الذى يمنع ظهور الزينة للأجانب رابعا أن يكون فضافضا غير ضيق لا يصف عن البدن ولا يجسم العورة ولا يظهر أماكن الفتنة فى الجسم خامسا أن لايكون الثوب معطرا فيه اثارى للرجال إلى أن قال وفى رواية أخرى إن المرأة إذا استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية سادسا أن لا يكون الثوب فيه تشبه بالرجال أو مما يلبسه الرجال اهـ

المفصل الجزء الثالث ص: 343
هل لبس المرأة  السراويل تشبه بالرجل؟ ذكرنا في ما سبق يجوز للمرأة لبس السراويل بل وردت السنة بالترغيب فيه واستحبابه لما فيه م الستر لعورة المرأة ولكن يجب أن يعلم بأن المرأة كانت تلبس السروال تحت ثيابها فإا لبست المرأة (السروال) كما يلبسه الرجل في وقتنا الحاضر دون أن تلبس فوقه ثيابا أو جلبابا فهذا لا يجوز لأ السراويلات الرجل عادة ضيقة وتصف أعضائه فيكون لبسها هذا تشبها بلباس الرجل ولطكن لو جعلت السروال واسعا كثيفا يصل إلى كعبيها ولا يشفّ ولا يصف كسروال الأكراد ي شمالي العراق ولم تلبس فوقه ثيابا وسترت بدانها فيمكن أن يقال إن هذا لا يدخل في خطر تشبه النساء للرجال باللباس إذا كان عادة القوم أن يلبس نساؤهم مثل هذه السراويلات التي يلبسها رجالهم.

نهاية المحتاج الجزء الثانى صـ : 374
أو محمول على أن مراده من جنس زي  لا أنه زي مخصوص بهن وقد ضبط ابن دقيق العيد ما يحرم التشبه بهن فيه بأنه ما كان مخصوصا بهن فى جنسه وهيئته أو غالبا فى زيهن وكذا يقال فى عكسه (قوله وكذا يقال فى عكسه) ومنه ما يقع لنساء العرب من لبس البشوت وحمل السكين على الهيئة المختصة بالرجال فيحرم عليهن ذلك وعلى هذا فلو اختصت  أو غلب فيهن زي مخصوص فى إقليم وغلب فى غيره تخصيص الرجال بذلك الزي كما قيل أن نساء قرى الشام يتزين بزي الرجال الذين يتعاطون الحصاد والزراعة ويفعلن ذلك فهل يثبت فى كل إقليم ما جرت عادة أهله أو ينظر لأكثر البلاد ؟ فيه نظر والأقرب الأول ثم رأيت فى حج نقلا عن الأسنوى ما يصرح به وعبارته وما أفاده أى الأسنوى من أن العبرة فى لباس وزي كل من النوعين حتى يحرم التشبه به فيه يعرف كل ناحية حسن اهـ وعليه فليس ما جرت به عادة كثير من  بمصر الآن من لبس قطعة شاش على رءوسهن حراما لأنه ليس بتلك الهيئة مختصا بالرجال ولا غالب فيهن فليتنبه له فانه دقيق وأما ما يقع من الباسهن ليلة جلائهن عمامة رجل فينبغى فيه الحرمة لأن هذا الزي مخصوص بالرجال اهـ

c.        Tasyabbuh bisa terjadi dalam model kendaraan. Sehingga haram seorang wanita mengendarai motor model khusus laki-laki. Namun untuk model motor yang dipakai oleh laki-laki dan wanita, maka hukum haram ditentukan dengan adanya qashdu at-tasyabbuh (tujuan menyerupai lain jenis).

Referensi
فيض القدير الجزء السادس صـ: 135
(من تشبه بقوم) أي تزيا في ظاهره بزيهم وفي تعرفه بفعلهم وفي تخلقه بخلقهم وسار بسيرتهم وهديهم في ملبسهم وبعض أفعالهم أي وكان التشبه بحق قد طابق فيه الظاهر الباطن (فهو منهم) وقيل المعنى من تشبه بالصالحين وهو من أتباعهم يكرم كما يكرمون ومن تشبه بالفساق يهان ويخذل كهم ، ومن وضع عليه علامة الشرف أكرم وإن لم يتحقق شرفه وفيه أن من تشبه من الجن بالحيات وظهر يصورتهم قتل وأنه لا يجوز الآن لبس عمامة زرقاء أو صفراء كذا ذكره ابن رسلان ، وبأبلغ من ذلك صرح القرطبي فقال : لو خص أهل الفسوق والمجون بلباس منع لبسه لغيرهم فقد يظن به من لا يعرفه أنه منهم فيظن به ظن السوء فيأثم الظان والمظنون فيه بسبب العون عليه ، وقال بعضهم : قد يقع التشبه في أمور قلبية من الاعتقادات وإرادات وأمور خارجية من أقوال وأفعال قد تكون عبادات وقد تكون عادات في نحو طعام ولباس ومسكن ونكاح واجتماع وافتراق وسفر وإقامة وركوب وغيرها وبين الظاهر والباطن ارتباط ومناسبة وقد بعث الله المصطفى صلى الله عليه وسلم بالحكمة التي هي سنة وهي الشرعة والمنهاج الذي شرعه له فكان مما شرعه له من الأقوال والأفعال ما يباين سبيل المغضوب عليهم والضالين فأمر بمخالفتهم في الهدى الظاهر في هذا الحديث وإن لم يظهر فيه مفسدة لأمور منها أن المشاركة في الهدى في الظاهر تؤثر تناسبا وتشاكلا بين المتشابهين تعود إلى موافقة ما في الأخلاق والأعمال وهذا أمر محسوس فإن لابس ثياب العلماء مثلا يجد من نفسه نوع انضمام إليهم ولابس ثياب الجند المقاتلة مثلا يجد من نفسه نوع تخلق بأخلاقهم وتصير طبيعته منقادة لذلك إلا أن يمنعه مانع ومنها أن المخالفة في الهدى الظاهر توجب مباينة ومفارقة توجب الانقطاع عن موجبات الغضب وأسباب الضلال والانعطاف على أهل الهدى والرضوان ومنها أن مشاركتهم في الهدى للظاهر توجب الاختلاط الظاهر حتى يرتفع التمييز ظاهرا بين المهدبين المرضيين وبين المغضوب عليهم.
  

Monday, April 16, 2012

Ulama Beristighasah dengan Imam Utsman al-Salaliji al-Fasi

Salah satu amalan yang dianggap bid'ah bahkan sampai pada derajat kufur oleh kelompok Salafi adalah beristighasah di maqam para Nabi, wali, dan ulama. Bagi mereka ia bukanlah perkara khilaf, akan tetapi merupakan sebuah perkara yang mujma' alaih.

Sedangkan ulama Aswaja Asy'ariyyah dan Mathuridiyyah pula berpendapat bahwa perkara ini khilaf dan ia adalah jawaz. Hujjahnya adalah hadis yang terdapat dalam Fath al-Bari tentang orang yang buta beristighasah dengan Nabi Muhammad SAW. Ditambah lagi, Imam Syafi'i sendiri beristighasah di makam Imam Abu Hanifah seperti yang direkodkan dalam kitab Tarikh al-Baghdadi.

Di luar perdebatan antara kesahihan dan hujjah kedua sumber tersebut, juga tidak dimenafikan adanya hujjah-hujjah yang lain, di sini penulis ingin menceritakan sebuah sumber lagi yang berfaedah bahwa istighasah di makam seorang wali atau ulama bukanlah suatu isu di zaman sebelum Syaikh Ibn Taimiyyah dan sewaktu dengannya.

Tersebut dalam kitab Salwatu al-Anfas oleh Muhamamd bin Ja'far bin Idris al-Kattani yang menceritakan ulama-ulama dan wali yang dikuburkan di kota Fes, Morocco; bahwa salah seorang ulama agung Barat Islam (الغرب الإسلامي) adalah Syaikh Abu Amr Utsman al-Salaliji al-Fasi, yaitu seorang pakar ilmu usul juga fiqh dalam ilmu fiqh Maliki beliau dikebumikan di Fes, dan masyarakat sejak dahulu pergi ke maqam beliau untuk beristighasah.

Perlu diketahui Imam al-Salaliji adalah ulama yang mengarang kitab al-Akidah al-Burhaniyyah wa al-Fusul al-Imaniyyah yaitu sebuah kitab yang memperkasa akidah Asy'ariyyah di Barat Islam. Beliau jugalah yang mengenalkan sistem dirayah di Jami' Qarawiyyin, Fes. Seorang ulama yang agung, ulama sufi yang mahir dengan kitab al-Irsyad karangan Imam al-Haramayn guru kepada Imam al-Ghazali.

Nukilan kitab Salwatu al-Anfas Juz 2 Hal. 242 adalah sebagai berikut:

توفي بمدينة فاس يوم الأحد الحادي والعشرون من جمادي الأخيرة عام أربعة وستين وقيل عام أربعة وتسعين وخمسمائة. ودفن بهذا الخارج بإزاء ضريح سيدي دراس ابن إسماعيل ملاصقا لروضته. قال في كتاب "التفكر والاعتبار": [وقبره هنالك مشهور عند العلماء يزار والدعاء عند ضريحه مستجاب. وقد كان شيخنا ووالد والدنا أبو عبد الله سيدي محمد بن عطية يعني السلوي الأندلسي دفين الجبيل من فاس الأندلسي يلازم زيارته عند صلاة العصر من ليلة الجمعة ويحض أصحابه على زيارته وكذلك الفقيه الأستاذ سيدي عبد الرحمن ابن القاضي نفعنا الله بالجميع].والله أعلم بالصواب.

Terjemahan bebas: Beliau wafat di kota Fes, pada hari Ahad, tanggal 11 Jumadil Akhir pada tahun 564 H ada yang mengatakan 590 H. Beliau dikebumikan di luar dengan berlawanan dengan maqam Sidi Daras bin Ismail bergandingan dengan taman perkuburannya. Berkata di dalam kitab "al-Tafakkur dan al-I'tibar": "Kuburannya di situ masyhur menurut ulama, diziarahi dan berdoa disebelah makamnya adalah mustajab. Benar-benar adanya Guruku (al-Kattani) dan datukku yaitu Abu Abd al-Allah Sidi Muhammad bin Athiyyah yaitu al-Salwi al-Andalusi yang dikebumikan di al-Jubail dari Fas al-Andalus; lazim berziarah kemaqamnya ketika solat Asar Hari Jumaat dan mengajak teman-temannya untuk menziarahinya begitu juga al-Faqih al-Ustaz Sidi Abd al-Rahman bin al-Qadli - semoga Allah memanfaati kita dengan lantaran semua itu". Hanya Allah yang tahu.

Itulah nukilan penulis tentang ulama sendiri beristighasah dengan ulama yang lain. Penulis bukan ingin mengadukan antara dalil yang memperkenan dan mengharamkan istighasah, akan tetapi penulis hanya ingin mengemukakan satu lagi bentuk riwayat yang menceritakan tentang istighasah. Itu sahaja.

WaAllahu A'lam bi al-Sawab...

Tuesday, April 10, 2012

Pembelaan Terhadap Syaikh Nazim al-Haqqani oleh Habib Ali al-Jufri

Ana bukanlah orang yang nak mencounter siapa-siapa. Akan tetapi, ini adalah satu bukti agar antum tidak terlalu mudah menyesatkan orang lain. Lihatlah bagaimana al-Syaikh al-Habib Ali al-Jufri sendiri menganggap bahwa Mawlana Syaikh Nazim al-Haqqani adalah guru beliau dan beliau sendiri menaikkan nama Syaikh Nazim dan menganggap beliau sebagai ulama dan termasuk ahli fiqh Hanafi.

Semoga Allah menjaga Syaikh Nazim al-Haqqani dan memanjangkan umurnya, Amin.