Friday, October 28, 2011

Mencari Ilmu di Maghribi (Siri ke 3 - Pengajian Master)


Maghribi atau Morocco atau Maroko adalah sebuah negara yang berada di hujung barat utara benua Afrika. Kebudayaan dan pendidikan di Maghribi sudah wujud berabad-abad lamanya. Andalus adalah nama yang diperuntukkan untuknya bukan hanya di wilayah Granada Spanyol seperti yang masyhurnya, bahkan sebahagian dari Maghribi seperti Fes adalah digolongkan juga sebagai wilayah Andalus. Ulama-ulama yang lahir dari Jazirah Andalus juga tidak sedikit. Sebut saja Imam Ibn Rusyd, Imam Makudi, Imam al-Syathibi, Ibn al-Arabi, Ibn Khaldun, Ibn Asyir, Imam al-Jazuli bahkan Imam Tijani dan keluarga al-Ghumari.

Dengan kenyataan ini, sudah tentu pendidikan Islam di negara 1000 Tembok ini memiliki sejarah yang panjang dan pemikiran yang bermacam. Belum lagi, koleksi-koleksi manuscript yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan kuno seperti Qarawiyyin, Rabat, Tetouan, Tangier, dan lain-lain. Maka dengan kenyataan ini, Morocco adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan para sarjanawan untuk mencari ilmu. Dalam kesempatan kali ini, penulis akan membahas pendidikan Master di negara minyak zaitun ini.

Program Master di Maghribi adalah tidak seperti program master di negara-negara Arab lainnya. Sistem yang digunakan oleh Kerajaan Maghribi adalah sistem Perancis dicampur dengan sistem negara Arab lainnya. Jenjang pendidikan master adalah 2 tahun yang terbahagi kepada 4 semester, dan 3 semester tahriri (pendidikan teori) dan 1 semester penulisan bahas atau thesis.

Indahnya pendidikan di Maghribi, untuk fakulti Adab dan Ilmu Humanora (كلية الآداب والعلوم الإنسانية) adalah percuma dengan tidak diambil yuran. Jadi tugas mahasiswa adalah belajar, dan belajar. Fakulti inilah menjadi tumpuan pelajar-pelajar Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Kesemua mereka mengambil sama ada pengajian Islam (الدراسة الإسلامية) atau bahasa Arab (دراسة اللغة العربية). Walau bagaimanapun, ada pengecualian di University Qarawiyyin yang diistilahkan sebagai University Islam Maghribi. Di university ini, Fakulty terbagi menjadi tiga yaitu kuliyyah al-syariah, kuliyyah usul al-din dan kuliyyah al-lughat al-arabiyyah wa al-ulum al-islamiyyah. Ketiga fakulti ini tersebar di empat kota yaitu Fes dan Agadir untuk kuliyyah syariah, Tetouan untuk  kuliyyah usuluddin dan Marakesh untuk kuliyyah al-lughat al-arabiyyah wa al-ulum al-islamiyyah. Kesemua fakulti ini juga percuma.

Semua bahasa pengantar adalah bahasa Arab Fushah.Walau bagaimanapun, ada mata kuliah bahasa Perancis, Inggeris, dan Hebrew sebagai mata kuliah tambahan. Jadi kesempatan untuk belajar bahasa Eropah tidak tertutup.

Kesusahan pendidikan di Maghribi adalah wajar. Sistem pendidikan di Maghribi membuatkan mahasiswa tidak mungkin mendapatkan nilai mumtaz kerana diibaratkan sebagai "hanya malaikat yang layak". Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia melalui Kementrian Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf nilai mustahsan sebagai nilai kepujian atau honors.



Setiap universiti memiliki maslak master (bidang master) yang berbeza-beza. Ia bersifat khusus. Seperti al-Qawaid al-Fiqhiyyah di Universiti Sidi Mohammed Ben Abdillah, Fes. Juga ada al-Aqidah wa al-Fikr fi al-Gharb al-Islami di Kuliyyah Usuluddin, Tetouan. Perlu diketahui, bidang master ini hanya akan dibuka selama 3 tahun. setelah itu, kalau ia akan dibuka lagi untuk tahun keempat, pihak universiti harus melakukan permohonan di Kementrian Pelajaran Tinggi Morocco. Perkara inilah yang banyak membuat pelajar luar ditolak kerana pelajar-pelajar dari luar negara tidak tahu sistem ini, dan mereka juga tidak tahu pelajaran apa yang buka sehingga banyak yang mengirim permohonan tidak sesuai dengan kenyataan yang mana yang buka.

Cara untuk mendaftar sebagai pelajar adalah sesuatu yang susah. Semua pelajar asing, wajib mendaftar melalui Kementrian masing-masing. Seperti di Malaysia, Kementrian Pelajaran Tinggi berkewajiban menyaring pelajar tersebut. Di Indonesia adalah Dirjen Perguruan Tinggi Agama Islam di bawah Kementrian Agama RI. Setelah itu, permohonan akan dihantar ke Kedutaan masing-masing. Dari kedutaan ke Wikalah atau AMCI (http://www.amci.ma/index.asp?r=2). Dari Wikalah akan dikirim ke Wizarah Ta'lim 'Aly (Kementrian Pelajaran Tinggi Morocco). Dari situ, akan dipanjangkan ke universiti yang dipohon. Dari universiti maka akan diserahkan kepada ketua pelajaran master yang dipohon untuk menetukan apakah pelajar itu dipilih untuk belajar atau tidak.

Dalam memilih pelajar, biasanya pelajar akan dipanggil untuk mengikuti muqabalah atau dikenal dengan interview. Pelajar akan diuji bacaan kitab-kitab turats, diuji i'rabnya dan bahkan tanya jawab ahwal pelajaran yang akan diambil tersebut. Ketika ustaz merasa layak barulah pelajar tersebut diterima. Pengalaman penulis, banyak juga pelajar asing ditolak kerana gagal dalam uji kelayakan ini. Salah satu dari faktor utama adalah kekurangan dari segi bahasa dan kalah dibandingkan pelajar-pelajar dari Afrika seperti Maurintania.

SARAN PENULIS

Menurut pengalaman penulis, agar siapa sahaja yang mendaftar dapat diterima adalah:

1- Bersungguh-sungguh untuk mendaftar dan masuk universiti. Jangan separuh hati, dan masih teragak-agak.
2- Berangkat awal, yaitu akhir atau awal bulan Oktober ke Morocco.
3- Pastikan Maslak yang dipilih itu buka. Cara untuk mengetahui secara pasti adalah mencari informasi dengan pelajar-pelajar Asia di Morocco ini. Bagi yang sudah menghantar permohonan melalui KPT, jenis bidang yang akan dipohon itu boleh dirubah di Kedutaan sebelum petugas kedutaan mengirimnya ke Wikalah. Agar dapat mengubahnya, pastikan setelah KPT menghantar permohonan ke Morocco (biasanya pada pertengahan sehingga akhir bulan July) harap pelajar berkenaan menghubungi Kedutaan Malaysia di Rabat dan informkan bahwa harap permohonan untuk tidak dikirim ke Wikalah sebelum ada kepastian bidang yang dibuka.
4- Tinggal di kota universiti berkenaan, dan selalu memantau perjalanan master di universiti tersebut. Pastikan sudah bertemu dengan Rais Maslak (ketua maslak berkenaan) dan perkenalkan diri agar supaya dia kenal dan berkenan.
5- Ketika habis sahaja pemilihan pelajar dari kalangan orang Maghribi, maka segera lah bertemu lagi dengan Rais Maslak agar segera diuji untuk diterima.
6- Perlu dicermati, ada sebahagian universiti yang hanya terdapat 3 qouta pelajar asing untuk satu bidang. Jadi sebaiknya, cari info di mana yang kurang orang Asia daftar.

Wednesday, October 26, 2011

Kenali Ulama-Ulama Maghribi

Sayyid Abdullah al-Siddiq al-Ghumari
 
Nama dan keturunan
  
Beliau ialah al-Syeikh al-Sayyid Abu al-Fadl Abdullah bin al-Allamah Abu Abdillah Syamsuddin Muhamad bin al-Wali al-Kabir Sayyidi Muhammad al-Siddiq ibn Sayyidi Ahmad bin Muhammad bin Qasim bin Muhammad bin Abdul Mukmin al-Ghumari al-Tanji bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al-Husain bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa’id bin Mas’ud bin al-Fudail bin Ali bin Umar bin al-Arabi `Allal bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana Idris bin Maulana Idris al-Kamil bin Abdullah bin al-Hassan al-Muthanna bin Sayyidina al-Hasan bin Sayyidina Ali r.a. dan Fatimah az-Zahra binti Muhammad Rasulullah s.a.w.

Kelahiran

Dilahirkan pada penghujung bulan Jamadil Akhir tahun 1328 H / 1910 M di Tanger, Maghribi.

Latar belakang keluarga
Sayyid Abdullah al Ghumari dilahirkan di kalangan keluarga yang terkenal dengan ketaqwaan, keilmuan, kesolehan dan kemuliaan ditambah dengan kesucian keturunan.
Ayahanda beliau, Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari merupakan syeikh para ulama' Morocco. Beliau telah mengasaskan Zawiyah Siddiqiyyah yang berjaya melahirkan ramai ulama' yang berwibawa.
Datuk beliau sebelah ibu, Sayyid Ibnu 'Ajibah al Hasani merupakan seorang ulama' yang tidak asing lagi. Beliau merupakan pengarang kitab tafsir yang berjudul Bahrul Madid fi Tafsir al Quran al Majid dan kitab Iqozul Himam yang merupakan huraian kepada kitab Hikam Ibnu 'Atoillah al Sakandari.
Abang beliau, Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan seorang tokoh hadith yang terkemuka sehingga mencapai martabat al Hafiz. Beliau juga telah menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi sehingga mencecah ratusan buah. Sebahagiannya masih lagi tersimpan dalam bentuk tulisan tangan di Darul Kutub al Misriyyah.
Adik-adik beliau, Sayyid Muhammad al Zamzami, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Ibrahim dan Sayyid Hasan pula merupakan tokoh-tokoh muhaddithin dan muhaqqiqin. Di kalangan mereka ada yang muncul sebagai pakar tafsir, usul fiqh, hadith dan ilmu-ilmu yang lain. Namun keluarga al Ghumari lebih terkenal dengan ketokohan dan kepakaran mereka dalam bidang hadith di wilayah Tangier sebagaimana keluarga al Kittani yang juga terkenal dalam bidang hadith di wilayah Fas (Fez).

Latar belakang pendidikan
Sayyid Abdullah al Ghumari memulakan pendidikan seawal usia lima tahun. Ayahandanya memasukkan beliau ke pondok dengan tujuan untuk menghafal al Quran. Lalu beliau mula menghafal al Quran dengan bacaan riwayat Warasy. Setelah itu, beliau menghafal pula al Quran dengan bacaan riwayat Hafs.
Di samping itu, beliau turut menghafal sebahagian besar matan-matan ilmu seperti matan Maurid al Zomaan, matan al Arba'in al Nawawiyyah, matan al Ajurumiyyah, Alfiyyah Ibnu Malik, Bulughul Maram dan Mukhtasor Khalil bin Ishaq dalam fiqh mazhab Malikiyyah.
Setelah itu, dengan perintah ayahandanya beliau bermusafir ke wilayah Fez untuk menyambung pengajian di Masjid al Qurowiyyin yang merupakan pusat pengajian terkemuka di Morocco. Beliau menetap di situ selama lebih kurang 6 bulan. Kemudian beliau pulang semula ke Tangier dan setelah itu beliau kembali menyambung pengajiannya di Fez. Antara subjek yang beliau pelajari di al Qurowiyyin:
1) Nahu: Alfiyyah Ibnu Malik dengan Syarh Ibnu 'Aqil dan Hasyiah al Suja'i. Juga Syarh al Makudi dengan Hasyiah Ibnu al Haaj.
2) Fiqh: Mukhtasor Khalil bin Ishaq dengan Syarh al Khurosyi. Juga sebahagian besar Syarh al Zurqoni dan Syarh al Dirdir daripada bab al-Ijarah sehingga habis.
3) Hadith: Sohih al Bukhari dengan Syarh al Qostollani dan Mukhtasor Ibnu Abi Jamrah dengan Hasyiah al Syinwani.
4) Tafsir: Tafsir al Jalalain dengan Hasyiah al Sowi.
5) Tauhid: Kitab al Tauhid susunan Imam Ibnu ‘Asyur.
6) Usul Fiqh: Jam'ul Jawami' dengan Syarh Jalaluddin al Mahalli.
7) Mantiq: Al Sullam dengan Syarh al Quwaisani.
Beliau juga turut mendalami bidang-bidang ilmu yang lain daripada guru yang pelbagai. Setelah menamatkan pengajian di al Qurowiyyin, beliau pulang ke Tangier untuk meneruskan pengajian di Zawiyah Siddiqiyyah di bawah seliaan ayahandanya sambil mengajar para pelajar di zawiyah tersebut. Dalam tempoh ini juga, ayahandanya memberikan galakan supaya beliau mula menulis. Lalu beliau mula meringkaskan kitab Irsyadul Fuhul Ila Tahqiq al Haq fi 'Ilmi al Usul karangan Imam al Syaukani di samping menulis huraian matan Al Ajurumiyyah dalam ilmu Nahu. Setelah selesai mengarang huraian ini, beliau membentangkannya kepada ayahandanya untuk disemak dan diedit. Kemudian, abangnya Sayyid Ahmad al Ghumari menamakan huraian ini dengan judul Tashyidul Mabani Litaudhih Ma Hawathul Muqoddimah al Ajurumiyyah Minal Haqoiq wal Ma'ani. Semua ini beliau lakukan ketika masih lagi berusia belasan tahun.
Ketika berusia 21 tahun, dengan izin ayahandanya beliau bermusafir ke Mesir bersama abangnya Sayyid Ahmad dan adiknya Sayyid Muhammad al Zamzami bagi melanjutkan pengajian di al Azhar al Syarif(Mesir). Di Mesir, bintang beliau sebagai seorang ilmuwan lebih-lebih lagi sebagai seorang muhaddith mula menyinar. Dengan galakan daripada rakan-rakan yang mengenali kewibawaannya, beliau menduduki peperiksaan Syahadah 'Alimiyyah Khassah dalam 12 subjek iaitu Usul Fiqh, Ma'ani, Bayan, Badi', Nahu, Sorf, Tauhid, Mantiq, Hadith, Mustolah Hadith, Fiqh dan Tafsir. Dalam peperiksaan ini, beliau memperolehi kejayaan yang cemerlang. Setelah itu, beliau sekali lagi menduduki peperiksaan Syahadah 'Alimiyyah al Azhariyyah dalam subjek yang sama seperti peperiksaan yang lalu. Cuma ditambah 3 subjek lagi iaitu ilmu al-Wadh'u, 'Arudh Qafiah dan Tasawwuf. Dalam peperiksaan ini juga, beliau beroleh kejayaan yang cemerlang dan berita kejayaan beliau disiarkan menerusi akhbar al Ahram sehinggakan Syeikh Mahmud Syaltut yang ketika itu merupakan wakil Fakulti Syariah al Azhar al Syarif berkata:
Kita mengucapkan tahniah kepada peperiksaan Syahadah 'Alimiyyah al Azhariyyah kerana ianya telah diambil oleh Syeikh Abdullah yang sememangnya datang dari negaranya dalam keadaan alim.
Guru-guru beliau
Sayyid Abdullah al Ghumari memiliki seramai 62 orang guru sebagaimana yang disebut oleh beliau sendiri. Antaranya:
1) Ayahanda beliau sendiri, Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani.
2) Abang beliau, al Hafiz Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al Ghumari.
3) Sayyid Ahmad Rafi’ al Tohtowi, musnid negara Mesir.
4) Al ‘Allamah al Muhaddith Muhammad Zahid al Kauthari.
5) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Duwaidar al Kafrawi al Talawi al Syafi’i.
6) Al ‘Allamah al Faqih al Usuli Syeikh Muhammad al Tohir bin ‘Asyur al Tunisi.
7) Al ‘Allamah Syeikh Abdul Baqi al Ansori al Laknawi al Madani.
8) Muhaddith al Haramain Syeikh Umar Hamdan al Mahrasi al Tunisi.
9) Al ‘Allamah Syeikh Abdul Wasi’ bin Yahya al Wasi’i al Yamani.
10) Al ‘Allamah al Faqih Muhsin bin Nasir Bahrobah al Hadhrami.
11) Al ‘Allamah al Faqih al Musnid Abdul Qadir bin Taufiq al Syalabi al Tarablasi al Hanafi.
12) Al ‘Allamah al Faqih Muhammad bin Muhammad al Halabi al Misri al Syafi’i.
13) Al ‘Allamah Muhammad Imam bin Ibrahim al Saqa.
14) Syeikh Darul Hadith Damsyiq al Muhaddith Badruddin Muhammad bin Yusuf al Hasani.
15) Sayyidah al Musnidah Ummul Banin Aminah binti Abdul Jalil bin Salim al Dimasyqiyyah.
16) Al Muhaddith al ‘Allamah Sayyid Muhammad Ja’afar al Kittani al Fasi.
17) Al 'Allamah Sayyid al Habib al Muhaji.
18) Al 'Allamah Muhammad al Haj al Sulami al Mirdasi.
19) Al 'Allamah Ahmad bin al Jilani al Amghori.
20) Al Qadhi Sayyid al Husain al 'Iraqi.
21) Al Qadhi al 'Abbasi bin Abu Bakar al Bunani.
22) Al 'Allamah Sayyid al Radhi al Hinsyi.
23) Al 'Allamah Sayyid Ahmad al Qadiri.
24) Al 'Allamah Syeikh Muhammad Bakhit al Muti'i al Hanafi, mufti kerajaan Mesir.
25) Al 'Allamah Syeikh Syu'aib bin Abdul Rahman al Dukkali.
26) Ayatullah Hibatullah al Husaini al Imami.
Dan lain-lain lagi di beberapa negara Islam seperti Mekah al Mukarramah, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Sudan dan Qatar.
Murid-murid beliau
1) Adik-adik beliau sendiri Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Hasan, Sayyid Ibrahim  dan Sayyid  Muhammad al Zamzami.
2) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad al Hamid al Hamawi.
3) Al ‘Allamah Syeikh Abdul Aziz ‘Uyun al Sud al Himsi.
4) Al ‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al Halabi.
5) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Awwamah al Halabi.
6) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Ali al Murad al Hamawi.
7) Dr. Abdul Wahhab Abdul Latif.
8) Dr. Ali Juma’ah al Misri, Mufti Republik Arab Mesir sekarang.
9) Sayyid Soleh al Ja’afari, Imam Besar Masjid al Azhar suatu ketika dahulu.
10) Syeikh Hamdi Aslan al Albani.
11) Dr. Mahmud Sa’id Mamduh al Misri.
12) Syeikh Mahmud Hasan al Syeikh.
13) Dr. Hanafi Hasanain.
14) Syeikh Husain al Batanuti.
15) Dr. Faruq Hammadah.
16) Dr. Muhammad Fuad al Barazi dan ramai lagi dari seluruh pelusuk dunia.

Karya-karya beliau
a) Usuluddin:
1) Itqanus Sun'ah fi Tahqiq Ma'na al Bid'ah.
2) Irsyadul Jahil al Ghobiy Ila Anna Adam Nabiy.
3) Irgham al Mubtadi' al Ghobiy bi Jawaz al Tawassul Bin Nabiy.
4) Al Tahqiq al Bahir fi Ma'nal Iman Billah wal Yaum al Akhir.
5) Ithaful Azkiya' bi Jawaz al Tawassul Bil Anbiya' wal Auliya'.
6) Iqomatul Burhan fi Nuzul 'Isa Akhiraz Zaman dan lain-lain lagi.

b) Ulum al-Quran:
1) Al Ihsan Fi Ta'aqqub al Itqan.
2) Bida'ut Tafasir.
3) Bayan Sohih al Aqowil fi Tafsir Ayat Bani Israil.
4) Taudhihul Bayan Liwusul Thawab Al Quran.
5) Zauqul Halawah Bi Bayan Imtina' Naskh al Tilawah.
6) Al Ru'ya fil Quran was Sunnah dan lain-lain lagi.

c) Ulum Hadith:
1) Al Ahadith al Muntaqah fi Fadhoil Sayyidina Rasulillah .
2) Al Arba'un al Siddiqiyyah.
3) Al Arba'un al Ghumariyyah.
4) Asanid al Kutub al Sab'ah fil Hadith.
5) Nihayatul Amal fi Sihhah wa Syarh Hadith 'Ardh al 'Amal dan lain-lain lagi.

d) Fiqh dan Usul Fiqh:
1) Husnut Tafahum wad Dark fi Masalah al Tark.
2) Al Adillah al Rojihah 'ala Fardhiyyah Qiraatil Fatihah.
3) Al Istiqso' Li Adillah Tahrim al Istimna'.
4) 'Ilam al Roki' was Sajid bi Ma'na Ittikhozil Qubur Masajid dan lain-lain lagi.

Ujian hidup yang ditempuhi
Sayyid Abdullah al Ghumari pernah dipenjarakan pada zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasir atas tuduhan mengintip bagi pihak Perancis sedangkan ini merupakan suatu tuduhan palsu melalui perancangan beberapa pihak tertentu yang merasa tergugat dengan kelantangan dan keberanian beliau. Pada asalnya, beliau dijatuhkan hukuman mati, namun setelah mahkamah mendapati beliau tidak bersalah, beliau dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun bermula daripada 15 Oktober 1959 hingga 26 Disember 1969. Walaupun berada dalam penjara, ia tidak menghalang beliau untuk mengarang beberapa karya yang tidak kurang hebatnya.
Kepulangan ke Morocco dan kewafatannya
Setelah keluar dari penjara, beliau pulang ke Morocco bagi meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu. Sayyid Abdullah al Ghumari telah berada di Mesir selama 40 tahun dan beliau pulang ke tanah airnya untuk menabur bakti buat anak bangsanya di samping meneruskan kelangsungan Madrasah Siddiqiyyah yang telah diasaskan oleh ayahandanya. Setelah menabur bakti di Morocco selama lebih kurang 23 tahun, akhirnya beliau menyahut panggilan Ilahi pada hari Khamis 19 Sya'aban 1413 Hijrah (11 Februari 1993) dalam usia 85 tahun. Jenazah beliau disemadikan bersebelahan pusara ayahanda dan bondanya yang terletak di Madrasah Siddiqiyyah.
Sayyid Ahmad al- Siddiq al-Ghumari

Nama dan keturunan

Beliau ialah al Hafiz al ‘Allamah al Imam al Mujtahid al Muhaqqiq al Mudaqqiq Abul Faidh Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa’id bin Mas’ud bin al Fudhoil bin Ali bin Umar bin al ‘Arabi bin ‘Allal (Ali menurut bahasa Maghribi) bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana Idris al Asghor bin Maulana Idris al Akbar bin Abdullah al Kamil bin al Hasan al Muthanna bin Imam al Hasan al Mujtaba bin Amirul Mukminin Sayyiduna Ali dan Sayyidah Fatimah al Zahra’ binti Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.

Kelahiran

Dilahirkan di desa Bani Sa’ad, wilayah Ghumarah, utara Maghrib Aqso, Morocco pada hari Jumaat, 27 Ramadhan 1320 Hijrah (1902). Selepas 2 hari kelahiran beliau, ayahandanya membawa beliau pulang ke wilayah Tonjah (Tangiers).


Latar belakang pendidikan
Sayyid Ahmad al Ghumari memulakan pendidikan seawal usia lima tahun. Ayahandanya memasukkan beliau ke pondok dengan tujuan untuk menghafal al-Quran. Di samping itu, beliau turut menghafal beberapa matan ilmu seperti Muqaddimah al-Ajurumiyyah dan lain-lain lagi. Setelah itu, beliau mula menumpukan perhatian terhadap subjek-subjek yang lain seperti Nahu, Sorf, Fiqh Maliki, Tauhid dan Hadith. Ayahandanya begitu mengambil berat tentang pendidikan beliau di mana ayahandanya memberi galakan supaya beliau bersungguh-sungguh dan berpenat lelah dalam menuntut ilmu. Ketika mana ayahandanya memerintahkan para pelajar Madrasah Siddiqiyyah supaya menghafal al-Quran, lantas beliau mengarang sebuah kitab yang berjudul Riyadh al Tanzih fi Fadhoil al Quran wa Hamilih untuk menjelaskan tentang kelebihan-kelebihan al Quran dan golongan yang menghafalnya. Perkara ini beliau lakukan ketika masih lagi berusia belasan tahun. Dalam tempoh ini juga, beliau cenderung untuk mempelajari ilmu Hadith dan bergelumang dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya lantas beliau mula membaca dan mengkaji kitab-kitab Hadith khususnya kitab al Targhib wa al Tarhib dan kitab al Jami’ al Soghir berserta huraiannya yang berjudul al Taisir. Ketika berusia 20 tahun, dengan perintah ayahandanya beliau pun merantau ke Mesir untuk melanjutkan pengajian di al Azhar al Syarif. Di Mesir, beliau menumpukan sepenuh perhatian untuk mempelajari Fiqh Maliki dan Syafie. Antara subjek-subjek yang beliau pelajari: 1) Nahu: Matan al Ajurumiyyah berserta huraiannya yang bertajuk Syarah al Kafrowi. Beliau turut mempelajari matan Alfiyyah Ibnu Malik berserta huraiannya yang berjudul Syarah Ibnu ‘Aqil dan Syarah al Asymuni. 2) Tauhid: Kitab Jauharah al Tauhid. 3) Fiqh: Kitab al Tahrir karangan Syeikhul Islam Zakaria al Ansori dalam Fiqh Syafie dan kitab Syarah al Hidayah dalam Fiqh Hanafi. 4) Hadith: Sohih al Bukhari, al Adab al Mufrad, Musnad al Imam al Syafie, Musalsal Awwaliyyah dan Musalsal Yaum ‘Asyura. 5) Usul Fiqh: Kitab Minhaj al Usul ila ‘Ilmi al Usul berserta huraiannya yang berjudul Nihayah al Sul. Dan beberapa subjek lagi yang merangkumi pelbagai bidang ilmu sama ada ilmu-ilmu berbentuk naqliyyah mahu pun ‘aqliyyah. Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan seorang pelajar yang pintar dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga kepintaran dan kesungguhan beliau menimbulkan kekaguman para gurunya. Ini kerana beliau berjaya menghabiskan subjek-subjek tersebut dalam masa yang singkat.

Guru-guru beliau
Sayyid Ahmad al Ghumari memiliki guru yang ramai dari beberapa buah negara Islam seperti Mesir, Halab, Damsyik dan Sudan. Beliau menyebut nama-nama mereka secara khusus di dalam kitab yang berjudul al Bahsul ‘Amiiq fi Marwiyyat Ibni al Siddiq. Di antaranya ialah:
1) Ayahanda beliau sendiri al Imam al ‘Allamah Sayyid Muhammad bin Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani.
2) Syeikh al ‘Arabi bin Ahmad Bu Durrah, murid ayahandanya.
3) Al ‘Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammad bin Ja’afar al Kittani.
4) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Imam bin Ibrahim al Saqa al Syafie.
5) Al ‘Allamah al Faqih al Usuli al Mufassir Syeikh Muhammad Bakhit al Muti’e, mufti Kerajaan Mesir.
6) Al ‘Allamah Muhaddith al Haramain Syeikh Umar Hamdan al Mahrasi dan lain-lain lagi.

Bergelumang dengan ilmu Hadith
Setelah menamatkan pengajian, beliau mula menumpukan sepenuh perhatian untuk mengkaji bidang Hadith secara riwayat dan dirayah. Lantas beliau mengurung dirinya di rumah dengan tujuan untuk mengkaji hadith dengan lebih mendalam dan teliti. Beliau tidak keluar dari rumahnya melainkan untuk menunaikan sembahyang lima waktu dan tidak tidur pada waktu malam kecuali seketika selepas menunaikan sembahyang sunat Dhuha. Beliau berterusan dalam keadaan sebegini sehingga 2 tahun lamanya. Dalam tempoh ini, beliau menghafal hadith, mengkaji dan mentakhrijnya. Apabila tamat tempoh ini, beliau merantau pula ke Damsyik bersama-sama ayahandanya dan terus pulang ke Morocco. Beliau menetap selama lebih kurang empat tahun di Morocco. Dalam tempoh ini, beliau meneruskan kesungguhan dalam mengkaji ilmu Hadith di samping menghafal, mentakhrij, menulis dan mengajar. Dalam tempoh ini juga, beliau mula mengajar kitab Nailul Autor dan al Syamail al Muhammadiyyah yang mana kedua-duanya merupakan kitab hadith. Setelah itu, beliau kembali merantau ke Mesir bersama dua orang adiknya Sayyid Abdullah dan Sayyid Muhammad Zamzami. Di Mesir, beliau menjadi tempat rujukan para ulama’ walaupun beliau masih lagi berusia muda. Di samping menulis, beliau diminta untuk membacakan kitab Fathul Bari dan Muqaddimah Ibnu Solah. Beliau turut mengadakan majlis imla’ yang bertempat di Masjid Imam Husain dan Masjid al Kokhya. Pada tahun 1354 Hijrah (1936 Masihi), beliau pulang ke Morocco disebabkan kewafatan ayahandanya. Lantas beliau mengambil alih tempat ayahandanya bagi meneruskan kelangsungan Madrasah Siddiqiyyah. Maka beliau mula mengajar kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu Hadith dan mengadakan majlis-majlis imla’. Sayyid Ahmad al Ghumari sering menyeru orang ramai agar kembali berpegang dengan Sunnah Nabawiyyah dan beliau menentang dengan keras sebarang peniruan dan penyeruan serta ikutan terhadap golongan kafir lebih-lebih lagi Morocco ketika itu telah mula dimasuki pengaruh Eropah yang membawa unsur-unsur yang negatif. Sayyid Ahmad al Ghumari bukan saja terkenal sebagai seorang ilmuwan dan tokoh dalam bidang hadith bahkan beliau adalah seorang tokoh mujahid yang berjuang bermati-matian menentang penjajah dan penjajahan. Lantas kerana itu, beliau telah dipenjara selama beberapa tahun. Setelah dibebaskan dari penjara, beliau berterusan dikenakan tekanan oleh pihak penjajah sehingga akhirnya beliau memutuskan untuk merantau meninggalkan Morocco dan memilih untuk menetap di Mesir sehingga ke akhir hayat. Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan seorang ulama’ yang banyak menulis sehingga diberi gelaran sebagai ‘al Suyuti pada zamannya’. Karangan beliau mencecah sebanyak 169 buah. Beliau menulis dalam pelbagai bidang ilmu seperti ‘Aqidah, Fiqh, Tafsir, Hadith, Tasawwuf, Sejarah, Biografi dan sebagainya. Karya-karya Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan himpunan karya yang bermutu tinggi. Di dalamnya terhimpun dalil-dalil, hujah-hujah, fakta-fakta serta keterangan-keterangan yang membuktikan keluasan ilmu beliau di dalam pelbagai lapangan ilmu ditambah dengan beberapa pandangan yang dilontarkan hasil ijtihad beliau sendiri. Ini merupakan suatu perkara yang tidak mustahil kerana beliau sendiri telah mencapai taraf mujtahid. Dikatakan beliau mula berijtihad setelah berjaya membaca 7 buah kitab dalam pelbagai mazhab yang mana kitab-kitab tersebut ada yang mencecah berjilid-jilid banyaknya.






Syeikh al-Hafidz al-Muhaddith Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (duduk berselubung) Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Gumari (kiri) Syeikh Zamzami al-Ghumari (kanan) dan Syeikh Abd Hayyi al-Ghumari (tengah)
Karya-karya beliau
1) Ibraz al Wahm al Maknun min Kalam Ibni Khaldun.
2) Ithaf al Adib bima fi Ta’liq ‘Ilam al Arib.
3) Ithaf al Huffaz al Maharah bi Asanid al Usul al ‘Asyarah.
4) Al Ajwibah al Sorifah ‘an Isykal Hadith al Toifah.
5) Ihya’ al Maqbur bi Adillah Bina’ al Masajid wal Qubab ‘ala al Qubur.
6) Azhaar al Raudhatain fiman yu’ta Ajrahu Marratain.
7) Al Azhar al Mutakathifah fil Alfaz al Mutaradifah.
8)Al Isti’azah wal Hasbalah mimman Sohhaha Hadith al Basmalah.
9) Al Isti’adhoh bi Hadith Wudhu’ al Mustahadhah.
10) Al Istinfar li Ghazwi al Tasyabbuh bil Kuffar.
11) Al Asrar al ‘Ajibah fi Syarh Azkar Ibn ‘Ajibah.
12) Al Ifdhol wal Minnah bi Ru’yah al Nisa’ Lillah fil Jannah.
13) Iqomah al Dalil ‘ala Hurmah al Tamsil.
14) Al Iqlid bi Tanzil Kitabillah ‘ala Ahli al Taqlid.
15) Al Iqna’ bi Sihhah al Solah Khalfa al Mizya’ dan lain-lain lagi.


Kewafatan

Setelah pulang dari Sudan, beliau ditimpa sakit teruk yang berterusan. Akhirnya pada hari Ahad, awal bulan Jamadil Akhir 1380 Hijrah (1962 Masihi) beliau menghembuskan nafas terakhir dalam usia 60 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Kaherah, Mesir. Semoga Allah merahmati Sayyid Ahmad al Ghumari serta membalas jasa-jasa beliau dalam mempertahankan Sunnah Nabawiyyah dengan sebaik-baik pembalasan.


Sayyid Abdul Aziz al-Siddiq Al-Ghumari
Nama dan keturunan
Beliau ialah al ‘Allamah al Muhaddith al Sufi al Muhaqqiq al Mudaqqiq al Imam Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Muhammad bin Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa'id bin Mas'ud bin al Fudhoil bin Ali bin Umar bin al 'Arabi bin 'Allal (Ali menurut bahasa Maghribi) bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana Idris al Asghor bin Maulana Idris al Akbar bin Abdullah al Kamil bin al Hasan al Muthanna bin Imam al Hasan al Mujtaba bin Amirul Mukminin Sayyiduna Ali dan Sayyidah Fatimah al Zahra' binti Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
Kelahiran 

Dilahirkan pada bulan Jamadil Awal 1338 Hijrah (1920 Masihi) di Tonjah (Tangiers), Morocco.
Latar belakang pendidikan 
Beliau memulakan pendidikan seawal usia lima tahun dengan menghafal al Quran melalui bimbingan Syeikh Muhammad Bu Durrah, murid ayahandanya. Setelah itu, beliau mula menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu-ilmu yang lain melalui pembelajaran, pembacaan dan kajian. Ayahandanya memberi sepenuh perhatian kepada beliau sepanjang tempoh pendidikan dengan nasihat-nasihat yang berguna dan petunjuk-petunjuk yang berfaedah. Ini disebabkan ayahandanya dapat mengesan bakat-bakat terpendam yang ada pada diri beliau. Pada tahun 1355 Hijrah (1937 Masihi) ketika berusia 17 tahun, beliau merantau ke Mesir bersama-sama abangnya Sayyid Abdul Hayy al Ghumari untuk melanjutkan pelajaran di al Azhar al Syarif(Mesir). Di al Azhar, beliau menuntut ilmu daripada para ulama’ yang berwibawa dalam pelbagai lapangan ilmu. Dalam tempoh ini juga, beliau mula berjinak-jinak dengan ilmu Hadith di samping melakukan latihan-latihan dan kajian-kajian sekitar ilmu ini.

Bergelumang dengan ilmu Hadith
Mengenai permulaan beliau bergelumang ilmu Hadith, Sayyid Abdul Aziz menceritakan pengalamannya bahawa beliau mula terlibat secara serius dalam ilmu Hadith setelah menamatkan pengajian dalam bidang Mustolah Hadith. Untuk merealisasikan apa yang telah beliau pelajari, beliau mula menumpukan kajian terhadap kitab al Laali’ al Masnu’ah karangan al Hafiz Jalaluddin al Suyuti. Melalui kajian beliau terhadap kitab ini, Sayyid Abdul Aziz berjaya menghasilkan karya yang berjudul al Jawahir al Ghawali. Beliau turut menyebut bahawa melalui kajiannya terhadap kitab ini, beliau mempelajari methodologi kritikan terhadap para perawi hadith, rantaian sanad dan kaedah membezakan hadith yang sohih dengan yang dho’if. Setelah itu, beliau menumpukan kajiannya terhadap kitab-kitab hadith yang pula yang mana beliau membaca dan mengkaji hasil kajian hadith yang dihasilkan oleh abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari. Apabila selesai mengkaji karya-karya abangnya, beliau meneruskan usaha dengan mengkaji kitab-kitab hadith lain yang dikarang oleh al Huffaz yang berkaliber dalam bidang ini seperti al Hafiz al ‘Iraqi, al Hafiz al Zailai’e, al Hafiz Ibnu Hajar al ‘Asqolani, al Hafiz al Suyuti dan lain-lain lagi. Sepanjang kajian beliau terhadap ilmu Hadith, beliau seringkali berhubung dengan abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari untuk meminta nasihat dan petunjuk. Kemuncaknya beliau menyebut bahawa setelah beliau merasa telah mahir dalam bidang ini dan mampu menguasainya dengan baik, maka beliau mula mengarang sebuah kitab yang berjudul Bulugh al Amani min Maudhu’at al Sun’ani. Setelah selesai mengarang karya ini, beliau membentangkannya kepada abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari, lalu abangnya memberi komentar: Sepatutnya karya ini diberi judul Hazij al Aghani kerana ianya mengandungi faedah yang boleh membuatkan pembacanya menari-nari kerana riang dan kagum.
Kepulangan ke Tonjah
 Setelah 12 tahun menetap di Mesir, akhirnya pada bulan Rabiul Awwal 1366 Hijrah (1949 Masihi) beliau pulang ke Tonjah untuk menyebarkan ilmu buat anak bangsanya. Di Tonjah, beliau aktif mengajar di Madrasah Siddiqiyyah di samping menulis dan mengadakan majlis zikir. Beliau juga turut dilantik menjadi khatib di madrasah tersebut.
Guru-guru beliau

1. Ayahandanya Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari.
2. Abang-abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari dan al Hafiz Sayyid Abdullah al Ghumari.        
3. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Bu Durrah, murid ayahandanya.
4. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Mu’ti al Syarsyimi.
5. Al ‘Allamah Syeikh Mahmud Imam.
6. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Salam Ghanim al Dimyati al Syafie.
7. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Izzat dan lain-lain lagi.

Karya-karya beliau
 
Semuanya berjumlah 73 buah. Kebanyakannya dalam bidang hadith. Antaranya:
1.   Tashil al Mudarraj ila al Mudarraj.
2. Al Ta’nis bi Syarh Manzumah al Zahabi fi Ahli al Tadlis.
3. Al Bughyah fi Tartib Ahadith al Hilyah.
4. Ithaf Zawi al Himam al ‘Aaliyah bi Syarh al ‘Asymawiyyah.
5. Al Qaul al Ma’thur bi Jawaz Imamah al Mar’ah bi Rubat al Khudur.
6. Mafatih al Dahyan li Tartib Tarikh Asbahan.
7. Al Tahzir Mimma Zakarahu al Nablusi fi al Ta’bir.
8. Al Tuhfah al ‘Aziziyyah fi al Hadith al Musalsal bi al Awwaliyyah dan lain-lain lagi. 

Kewafatan
 
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1418 Hijrah (1998 Masihi) dan disemadikan di Madrasah Siddiqiyyah berhampiran pusara keluarganya. Semoga Allah merahmati beliau dan membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan.


Disediakan oleh:
Izham hakimi Bin Redzan (Rabat)
Tarikh: 6/3/2011
Masa: 10.06 pagi
Email: izhamhakimi@yahoo.com
 

Thursday, October 20, 2011

FIQH SIYÂSAH; PENGERTIAN, RUANG LINGKUP, DAN KEDUDUKANNYA DALAM SISTEMATIKA HUKUM ISLAM


BAB I
PENDAHULUAN

A.    Latar Belakang
Menurut teori yang dikemukakan J.J. Rousseau (1712-1778 M), bahwa secara natural law, setiap individu-individu melalui perjanjian bersama antara mereka membentuk sebuah masyarakat (social contract). Dengan terbentuknya sebuah masyarakat ini, maka secara otomatis pula, terbentuklah sebuah pemerintahan yang dapat mengatur dan memimpin masyarakat tersebut.[1]
Dikatakan pula, bahwa hukum Islam itu adalah sebuah hukum yang sangat menyeluruh, dalam arti hukum Islam dapat mencakup segala aspek kehidupan manusia. Padahal, di satu sisi, hukum Islam terlihat secara lahirnya hanya dikaitkan dengan hukum dogmanitas yang seolah-olah bersifat vertikal, bukan horizontal. Ternyata pandangan ini salah. Karena terbukti hukum Islam secara langsung mengatur urusan duniawi manusia, sama ada yang muslim maupun yang bukan muslim.[2]
Maka dari sinilah perlunya sebuah disiplin ilmu di dalam hukum Islam yang dapat mengatur konsep pemerintahan. Karena pemerintahan sangat diperlukan di dalam mengatur kehidupan manusia. Disiplin ilmu tersebut adalah fiqh siyâsah.

B. Fokus Masalah
Berdasarkan latar belakang tersebut, fokus masalah yang akan dibahas adalah sebagai berikut:
1.      Pengertian fiqh siyâsah.
2.      Ruang lingkup fiqh siyâsah.
3.      Kedudukan fiqh siyâsah di dalam hukum Islam.

BAB II
PEMBAHASAN

A. Pengertian Fiqh Siyâsah
Kata “fiqh siyâsah” yang tulisan bahasa Arabnya adalah “الفقه السياسي” berasal dari dua kata yaitu kata fiqh (الفقه) dan yang kedua adalah al-siyâsî (السياسي).
Kata fiqh secara bahasa adalah faham. Ini seperti yang diambil dari ayat Alquran {قالوا يا شعيب ما نفقه كثيرا مما تقول}[3], yang artinya “kaum berkata: Wahai Syu’aib, kami tidak memahami banyak dari apa yang kamu bicarakan”.[4]
Secara istilah, menurut ulama usul, kata fiqh berarti: {العلم بالأحكام الشرعية العملية المكتسب من أدلتها التفصيلية} yaitu “mengerti hukum-hukum syariat yang sebangsa amaliah yang digali dari dalil-dalilnya secara terperinci”.[5]
Sedangkan al-siyâsî pula, secara bahasa berasal dari “ساس – يسوس – سياسة” yang memiliki arti mengatur (أمر/دبّر), seperti di dalam hadis: “كان بنو إسرائيل يسوسهم أنبياؤهم أي تتولى أمورهم كما يفعل الأمراء والولاة بالرعية”, yang berarti: “Adanya Bani Israil itu diatur oleh nabi-nabi mereka, yaitu nabi mereka memimpin permasalahan mereka seperti apa yang dilakukan pemimpin pada rakyatnya”. Bisa juga seperti kata-kata “ساس زيد الأمر أي يسوسه سياسة أي دبره وقام بأمره” yang artinya: “Zaid mengatur sebuah perkara yaitu Zaid mengatur dan mengurusi perkara tersebut”. Sedangkan kata mashdar-nya yaitu siyâsah itu secara bahasa bermakna: “القيام على الشيء بما يصلحه” yang artinya “bertindak pada sesuatu dengan apa yang patut untuknya”.[6]
Apabila digabungkan kedua kata fiqh dan al-siyâsî maka fiqh siyâsah yang juga dikenal dengan nama siyâsah syar’iyyah secara istilah memiliki berbagai arti:
1.      Menurut Imam al-Bujairimî: “Memperbagus permasalahan rakyat dan mengatur mereka dengan cara memerintah mereka untuk mereka dengan sebab ketaatan mereka terhadap pemerintahan”.[7]
2.      Menurut Wuzârat al-Awqâf wa al-Syu’ûn al-Islâmiyyah bi al-Kuwait: “Memperbagus kehidupan manusia dengan menunjukkan pada mereka pada jalan yang dapat menyelamatkan mereka pada waktu sekarang dan akan datang, serta mengatur permsalahan mereka”.[8]
3.      Menurut Imam Ibn ‘Âbidîn: “Kemaslahatan untuk manusia dengan menunjukkannya kepada jalan yang menyelamatkan, baik di dunia maupun di akhirat. Siyâsah berasal dari Nabi, baik secara khusus maupun secara umum, baik secara lahir, maupun batin. Segi lahir, siyâsah berasal dari para sultan (pemerintah), bukan lainnya. Sedangkan secara batin, siyâsah berasal dari ulama sebagai pewaris Nabi bukan dari pemegang kekuasaan”.[9]
Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, terdapat dua unsur penting di dalam Fiqh Siyâsah yang saling berhubungan secara timbal balik, yaitu: 1. Pihak yang mengatur; 2. Pihak yang diatur. Melihat kedua unsur tersebut, menurut Prof. H. A. Djazuli, Fiqh Siyâsah itu mirip dengan ilmu politik, yang mana dinukil dari Wirjono Prodjodikoro bahwa:[10]

Dua unsur penting dalam bidang politik, yaitu negara yang perintahnya bersifat eksklusif dan unsur masyarakat.[11]

Akan tetapi, jika dilihat dari segi fungsinya, fiqh siyâsah berbeda dengan politik. Menurut Ali Syariati seperti yang dinukil Prof. H. A. Djazuli, bahwa fiqh siyâsah (siyâsah syar’iyyah) tidak hanya menjalankan fungsi pelayanan (khidmah), tetapi juga pada saat yang sama menjalankan fungsi pengarahan (`ishlâh). Sebaliknya, politik dalam arti yang murni hanya menjalankan fungsi pelayanan, bukan pengarahan.[12] Ini juga dibuktikan dengan definisi politik di dalam Penguin Encyclopedia:

“Political Science: The academic discipline which describes and analyses the operations of government, the state, and other political organizations, and any other factors which influence their behaviour, such as economics. A major concern is to establish how power is exercised, and by whom, in resolving conflict within society.”[13]

Ternyata, memang di dalam definisi ilmu politik di sini, tidak disinggung sama sekali tentang kemaslahatan untuk rakyat atau masyarakat secara umum.
Perbedaan tersebut tampak apabila disadari bahwa dalam menjalani politik di dalam hukum Islam haruslah terkait oleh kemestian untuk senantiasa sesuai dengan syariat Islam, atau sekurang-kurangnya sesuai dengan pokok-pokok syariah yang kullî. Dengan demikian, rambu-rambu fiqh siyâsah adalah: 1. Dalil-dalil kullî, baik yang tertuang di dalam Alquran maupun hadis Nabi Muhammad SAW; 2. Maqâshid al-syarî’ah; 3. Kaidah-kaidah usul fiqh serta cabang-cabangnya. [14]
Oleh karena itu, politik yang didasari adat istiadat atau doktrin selain Islam, yang dikenal dengan siyâsah wadl’iyyah itu bukanlah fiqh siyâsah, hanya saja selagi siyâsah wadl’iyyah itu tidak bertentangan dengan prinsip Islam, maka ia tetap dapat diterima.[15]

B. Ruang Lingkup Fiqh Siyâsah
Terjadi perbedaan pendapat di kalangan ulama dalam menentukan ruang lingkup kajian fiqh siyâsah. Ada yang membagi menjadi lima bidang. Ada yang membagi menjadi empat bidang, dan lain-lain. Namun, perbedaan ini tidaklah terlalu prinsipil.
Menurut Imam al-Mâwardî, seperti yang dituangkan di dalam karangan fiqh siyâsah-nya yaitu al-Ahkâm al-Sulthâniyyah, maka dapat diambil kesimpulan ruang lingkup fiqh siyâsah adalah sebagai berikut:[16]
1.      Siyâsah Dustûriyyah;
2.      Siyâsah Mâliyyah;
3.      Siyâsah Qadlâ`iyyah;
4.      Siyâsah Harbiyyah;
5.      Siyâsah `Idâriyyah.
Sedangakan menurut Imam Ibn Taimiyyah, di dalam kitabnya yang berjudul al-Siyâsah al-Syar’iyyah, ruang lingkup fiqh siyâsah adalah sebagai berikut:[17]
1.      Siyâsah Qadlâ`iyyah;
2.      Siyâsah `Idâriyyah;
3.      Siyâsah Mâliyyah;
4.      Siyâsah Dauliyyah/Siyâsah Khârijiyyah.
Sementara Abd al-Wahhâb Khalâf lebih mempersempitnya menjadi tiga bidang kajian saja, yaitu:[18]
1.      Siyâsah Qadlâ`iyyah;
2.      Siyâsah Dauliyyah;
3.      Siyâsah Mâliyyah;
Salah satu dari ulama terkemuka di Indonesia, T. M. Hasbi, malah membagi ruang lingkup fiqh siyâsah menjadi delapan bidang berserta penerangannya, yaitu:[19]
1.      Siyâsah Dustûriyyah Syar’iyyah (kebijaksanaan tentang peraturan perundang-undangan);
2.      Siyâsah Tasyrî’iyyah Syar’iyyah (kebijaksanaan tetang penetapan hukum);
3.      Siyâsah Qadlâ`iyyah Syar’iyyah (kebijaksanaan peradilan);
4.      Siyâsah Mâliyyah Syar’iyyah (kebijaksanaan ekonomi dan moneter);
5.      Siyâsah `Idâriyyah Syar’iyyah (kebijaksanaan administrasi negara);
6.      Siyâsah Dauliyyah/Siyâsah Khârijiyyah Syar’iyyah (kebijaksanaan hubungan luar negeri atau internasional);
7.      Siyâsah Tanfîdziyyah Syar’iyyah (politik pelaksanaan undang-undang);
8.      Siyâsah Harbiyyah Syar’iyyah (politik peperangan).
Dari sekian uraian tentang, ruang lingkup fiqh siyâsah dapat dikelompokkan menjadi tiga bagian pokok. Pertama (1): politik perundang-undangan (Siyâsah Dustûriyyah). Bagian ini meliputi pengkajian tentang penetapan hukum (Tasyrî’iyyah) oleh lembaga legislatif, peradilan (Qadlâ`iyyah) oleh lembaga yudikatif, dan administrasi pemerintahan (`Idâriyyah) oleh birokrasi atau eksekutif.[20]
Kedua (2): politik luar negeri (Siyâsah Dauliyyah/Siyâsah Khârijiyyah). Bagian ini mencakup hubungan keperdataan antara warganegara yang muslim dengan yang bukan muslim yang bukan warga negara. Di bagian ini juga ada politik masalah peperangan (Siyâsah Harbiyyah), yang mengatur etika berperang, dasar-dasar diizinkan berperang, pengumuman perang, tawanan perang, dan genjatan senjata.[21]
Ketiga (3): politik keuangan dan moneter (Siyâsah Mâliyyah), yang antara lain membahas sumber-sumber keuangan negara, pos-pos pengeluaran dan belanja negara, perdagangan internasional, kepentingan/hak-hak publik, pajak dan perbankan.[22]

C. Kedudukan Fiqh Siyâsah di dalam Sistematika Hukum Islam
Pra pembahasan kedudukan fiqh siyâsah di dalam hukum Islam, perlulah untuk diketahui dulu sistematika hukum Islam secara umum. Dengan diketahui sistematika hukum Islam, maka dapatlah difahami kedudukan fiqh siyâsah di dalam sistematika hukum Islam.
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaylî, salah satu dari keistimewaan hukum Islam dibandingkan dengan hukum-hukum lainnya, adalah bahwa hukum Islam ini selalu diperkaitkan/dihubungkan dengan tiga perkara penting bagi manusia. 1. Hubungan manusia dengan Tuhannya; 2. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri; 3. Hubungan manusia dengan masyarakat sosialnya.[23]
Ini dikarenakan hukum Islam diperuntukkan untuk dunia dan akhirat, agama dan negara. Ia juga berkaitan kepada seluruh manusia secara keseluruhan, dan tidak ada kadarluarsa sampai hari kiamat. Maka dari itu, hukum-hukum produk Islam, semuanya berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, muamalah, agar dapat melaksanakan sesuatu yang wajib/harus dilakukan, serta tidak melupakan kewajiban mendekatkan diri kepada Allah; juga untuk menghormati hak-hak insani untuk memiliki, merasa aman, bahagia, hidup berkelanjutan bagi seluruh jagat alam raya.[24]
Agar dapat memenuhi peruntukan tersebut, maka hukum Islam atau yang juga disebut fiqh yang mana dalam hal ini berhubungan dengan apa yang keluar dari seorang mukalaf, dari segi ucapan, pekerjaan, itu meliputi dua perkara pokok:[25]
1.      Fiqh ‘Ibâdah (Hukum Ibadat): hukum-hukum yang mengatur segala persoalan yang berpautan dengan urusan akhirat.[26] Bagian dari Fiqh ‘Ibâdah adalah bersuci, solat, puasa, haji, zakat, nazar, sumpah, dan sebagainya dari perkara-perkara yang bertujuan mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya. Malah Alquran membicarakan masalah ini melebihi 140 ayat.
2.      Fiqh Mu’âmalât (Hukum Muamalah): hukum-hukum yang mengatur hubungan antara sesama manusia dalam masalah-masalah keduniaan secara umum.[27] Bagian dari ini adalah segala jenis akad, akibat, jinayah, ganti-rugi, dan lain-lain yang berhubungan antara manusia dengan manusia yang lain, sama ada secara privat maupun publik.
Dari pembagian ini, maka Dr. Wahbah al-Zuhaylî pula membagi hukum muamalah kepada beberapa hukum yang sifatnya berbeda. Ini dikarenakan fiqh mu’âmalât ini sangat luas. Pembagian tersebut adalah:[28]
a.       Hukum yang berhubungan dengan keadaan manusia: seperti pernikahan, nafkah, warisan, dan lain-lain yang berhubungan antara manusia dan keluarganya secara privat.
b.      Hukum kebendaan: seperti segala jenis akad jual-beli, persewaan, perikatan, dan lain-lain yang berhubungan dengan kepentingan hak kebendaan seseorang.
c.       Hukum jinayah (pidana): seperti kriminal serta akibat darinya, dan lain-lain yang bertujuan menjaga kedamaian manusia serta harta mereka.
d.      Hukum acara perdata atau pidana: hukum yang bertujuan mengatur proses peradilan dalam meletakkan sabit kesalahan yang sifatnya pidana maupun perdata dengan tujuan menegakkan keadilan di kalangan manusia.
e.       Hukum dustûriyyah: segala hukum yang mengatur konsep penetapan hukum dan dasar-dasarnya. Dalam hukum ini, fiqh membahas bagaimana membatasi sebuah hukum dengan subyek hukum.
f.       Hukum pemerintahan (dauliyyah): hukum yang mengatur hubungan antara pemerintahan Islam dengan lainnya di dalam kebijakan perdamaian, peperangan, international affairs, dan lain-lain yang mengatur kebijakan pemerintah Islam dalam pemerintahannya.
g.      Hukum perekonomian dan keungan: hukum yang mengatur hak-hak warganegara dan pemerintah dalam hal kebendaan, seperti pengaturan pajak negara, harta rampasan perang, mata uang, pengaturan dana sosial perzakatan, sedekah, dan lain-lain yang berkaitan dengan kebendaan antara warganegara dan pemerintah.
h.      Akhlak dan adab: sebuah konsep dalam fiqh yang mengajarkan konsep tata pergaulan yang baik. Ini dikarenakan fiqh adalah produk wahyu Tuhan, sehingga nilai-nilai moral sangat diutamakan.
Secara kedudukan, fiqh siyâsah berada di dalam fiqh mu’âmalât. Ini apabila fiqh mu’âmalât diartikan dengan arti luas. Akan tetapi, apabila fiqh mu’âmalât diartikan secara sempit; maka fiqh siyâsah bukanlah fiqh mu’âmalât. Ini dikarenakan fiqh mu’âmalât adalah fiqh yang mengatur hubungan manusia dengan kebendaan yang sifatnya privat, bukan publik, walaupun kemungkinan ada campur tangan pemerintah. Hanya saja pencampuran tersebut bukanlah secara esensial. Ini seperti apa yang diartikan secara sempit, menurut Khudlarî Beik:

“Muamalah adalah semua akad yang membolehkan manusia saling menukar manfaat.”[29]

Maka dari itu, kalau dibandingkan antara definisi yang dimiliki fiqh siyâsah seperti yang dijelaskan di bab sebelum ini, maka dapatlah dimasukkan fiqh siyâsah di dalam fiqh mu’âmalât secara arti luas, bukan sempit.
Dari sistematika hukum Islam seluruhnya, maka dapat diambil kesimpulan bahwa fiqh siyâsah memainkan peranan penting di dalam hukum Islam. Ini dikarenakan, fiqh siyâsah-lah sebuah disiplin ilmu yang akan mengatur pemerintah dalam menjalankan hukum Islam itu sendiri bagi masyarakatnya. Tanpa keberadaan pemerintah yang Islami (dalam hal ini pemerintah yang menjalankan konsep fiqh siyâsah), maka sangat sulit terjamin keberlakuan hukum Islam itu sendiri bagi masyarakat muslimnya.[30] Imam al-Ghazâlî juga secara tegas menjelaskan ini di dalam kitabnya yang berjudul al-`Iqtishâd fî al-`I’tiqâd.[31]
Buktinya, tanpa pemerintah yang minimal peduli dengan fiqh siyâsah, tidak mungkin akan mengeluarkan salah satu produk hukum Islam sebagai hukum positif untuk rakyatnya yang muslim. Indonesia misalnya, pada tahun 1974 telah berhasil melahirkan undang-undang No. 1, tahun 1974 tentang Perkawinan yang mengatur bahwa semua penduduk asli Indonesia yang beragama Islam untuk mematuhi peraturan pernikahan tersebut yang terbentuk dari dasar-dasar Islami. Tanpa ini, tentu konsep fiqh munâkahah tidak dapat diaplikasikan secara positif di Indonesia.[32]
Contoh lain sebagai bukti pentingnya fiqh siyâsah di dalam pemerintahan, adalah adanya fiqh siyâsah itu lebih mementingkan kemaslahatan untuk rakyat umum, serta berusaha menolak segala jenis kerusakan.[33] Ini juga didasari oleh salah satu akar fiqh siyâsah, yaitu kaidah fiqhiyyah. Kaidah yang terkenal adalah “دفع المفاسد وجلب المصالح”. Selanjutnya, batasan kemaslahatan tentunya dibatasi dengan kaidah “المصلحة العامة مقدمة على المصلحة الخاصة”, yang dapat membatasi pemerintah daripada hanya mementingkan kursi kekuasaan. Walau bagaimanapun, kebijakan pemerintah yang jelas-jelas untuk kemaslahatan rakyat, harus ditaati. Maka dari itu terdapat kaedah “تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة”. Secara aplikasinya, kalau pengadilan tidak dapat menemukan wali bagi orang yang dibunuh (والي القاتل), maka pemerintah (jaksa) dapat menjadi wakil bagi mangsa sebagai penuntut. Malah bagi jaksa boleh menuntut untuk diqishâsh kalau perlu, atau mengambil diyyat kalau dianggap lebih maslahat. Akan tetapi, jaksa tidak boleh memberi ampunan dari pemberlakuan qishâsh seperti yang dimiliki wali yang asli.[34]
Dengan demikian, bisa disimpulkan bahwa fiqh siyâsah mempunyai kedudukan penting dan posisi yang strategis dalam masyarakat Islam. Dalam memikirkan, merumuskan, dan menetapkan kebijakan-kebijakan politik praktis yang berguna bagi kemaslahatan masyarakat muslim khususnya, dan warga lain umumnya, pemerintah jelas memerlukan fiqh siyâsah. Tanpa kebijakan politik pemerintah, sangat boleh jadi umat Islam akan sulit mengembangkan potensi yang mereka miliki. Fiqh siyâsah juga dapat menjamin umat Islam dari hal-hal yang bisa merugikan dirinya. Fiqh siyâsah dapat diibaratkan sebagai akar sebuah pohon yang menopang batang, ranting, dahan, dan daun, sehingga menghasilkan buah yang dapat dinikmati umat Islam.[35]



BAB III
KESIMPULAN

Setelah membahas secara mendalam, maka kesimpulan yang didapatkan adalah sebagai berikut:
1.      Fiqh siyâsah adalah sebuah disiplin ilmu yang isinya adalah membahas hukum-hukum pemerintahan dan konsep menjalankan pemerintahan yang berlandaskan syariat Islam dengan tujuan memberi kemaslahatan bagi rakyatnya.
2.      Ruang lingkup fiqh siyâsah secara keseluruhan dan secara umum, dapat dikelompokan kepada tiga (3) kelompok: 1. Siyâsah dustûriyyah; 2. Siyâsah khârijiyyah; 3. Siyâsah mâliyyah.
3.      Kedudukan fiqh siyâsah di dalam sistematika hukum Islam adalah berada di bawah fiqh mu’âmalat yang diartikan secara luas, sedangkan peranannya jelasnya adalah sangat penting bagi masyarakat muslim, karena ia adalah kunci dapat dijalankannya hukum Islam di dalam sebuah negara yang mayoritas rakyatnya adalah beragama muslim, selain di satu sisi fiqh siyâsah sendiri sangat mementingkan kemaslahatan untuk rakyat dan berusaha menghilangkan kemudaratan.

Dengan terselesainya makalah ini, penulis memiliki beberapa saran sebagai sumbangan pemikiran yang nantinya dapat dijadikan pertimbangan:
1.      Melihat definisi serta luasnya pembahasan ruang lingkup fiqh siyâsah, maka penulis berharap kajian fiqh siyâsah ini benar-benar didalami secara mendalam di dalam kelas fiqh siyâsah ini walaupun hanya ditawarkan sebanyak 2 SKS. Ini dikarenakan pentingnya fiqh siyâsah bagi kemajuan pemikiran mahasiswa.
2.      Pembelajaran fiqh siyâsah tidak hanya mengacu pada teks-teks fiqh siyâsah, akan tetapi ia juga dapat dirujuk pada kitab-kitab furû’ lainnya, karena selama penulis menulis makalah ini, penulis menemukan secara teori memang banyak ada di kitab-kitab fiqh siyâsah, akan tetapi, bentuk hukum yang ditunjukkan ulama berada di kitab-kitab furû’.
3.      Kajian fiqh siyâsah tidak hanya membahas sekilas isi produk fiqh siyâsah, akan tetapi, sebaiknya dikaji juga metodelogi penelitian fiqh siyâsah, yaitu ilmu `ushûlî-nya, agar dapat menemukan titik-temu perkhilafan yang terjadi di kalangan ulama Islam.
4.      Perlunya diperbanyak penterjemahan terhadap karya-karya ulama terdahulu dalam bidang fiqh siyâsah, karena banyak darinya berbahasa Arab, yang mana kebanyakan penduduk Indonesia tidak dapat memahaminya. Ini juga yang membuat fiqh siyâsah kurang mewarnai di kalangan masyarakat umum Indonesia.
5.      Perlunya diperbanyak karya tulis dalam bidang fiqh siyâsah secara khusus, karena menurut pengamatan penulis, sangat sedikit karya tulis yang dapat ditemukan, lebih-lebih lagi di Perpustakaan STAIN Kediri.
6.      Penulis menyarankan pemerintah Indonesia khusunya, seluruh dunia umumnya, agar memasukkan produk fiqh siyâsah di dalam Hukum Tata Negara (HTN), karena melihat bagusnya serta banyaknya manfaat fiqh siyâsah dalam membangun negara.
7.      Penulis secara tegas dan tulus mensarankan sekaligus berharap segala LSM, organisasi gerakan mahasiswa, study group, dan dosen-dosen agar mulai mewarnai sistem pemikiran politiknya berlandaskan fiqh siyâsah, karena selama ini, ideologi yang dipakai hanya bersifat nasionalisme semata, tanpa ada semangat Islami. 
 

DAFTAR PUSAKA

Âbidîn, Ibn.  Radd al-Muhtâr ‘alâ al-Durr al-Mukhtâr. Beirut: Dâr Ihyâ` al-Turâts al-‘Arabî, 1987.
al-Bujairimî, Sulaimân bin Muhammad. Hâsyiah al-Bujairimî ‘alâ al-Manhaj. Bulaq: Mushthafâ al-Babî al-Halâbî, t.t..
Crystal, David. Penguin Encyclopedia. London: Penguin Books, 2004.
Djalil, Basiq. Peradilan Agama di Indonesia. Jakarta: Kencana, 2006.
Djazuli, H. A.. Fiqh Siyâsah. Jakarta: Kencana, 2007.
al-Fayyûmî, Ahmad bin Muhammad. al-Mishbah al-Munîr. Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah, t.t..
al-Ghazâlî, Abû Hâmid Muhammad bin Muhammad. al-`Iqtishâd fî al-`I’tiqâd. Jeddah: Dâr al-Minhâj, 2008.
Iqbal, Muhammad. Fiqh Siyasah. Jakarta: Gaya Media Pratama, 2007.
Manzhûr, Muhammad bin Mukram Ibn. Lisân al-‘Arab. Beirut: Dâr Shâdir, t.t..
al-Mâwardî, ‘Alî bin Muhammad. al-Ahkâm al-Sulthâniyyah wa al-Wilâyât al-Dîniyyah. Beirut: Dâr al-Kutub al-‘Alamiyyah, 2006.
al-Nadwî, ‘Alî `Ahmad. al-Qawâ`id al-Fiqhiyyah. Damascus: Dâr al-Qalam, 2007.
Prodjodikoro,Wirjono. Asas-Asas Ilmu Negara dan Politik. Bandung: Eresco, 1971.
Shiddieqy, Teungku Muhammad Hasbi Ash. Pengantar Hukum Islam. Semarang: Pustaka Rizki Putra, 1997.
Soehino. Ilmu Negara. Yogyakarta: Liberty, 2000.
Syafe’I, Rachmat. Fiqh Muamalah. Bandung: Pustaka Setia, 2004.
Wuzârat al-Awqâf wa al-Syu’ûn al-Islâmiyyah bi al-Kuwait. Al-Mausû'ât al-Fiqhiyyah. Kuwait: Wuzârat al-Awqâf al-Kuwaitiyyah,  t.t.
al-Zuhaylî, Wahbah. al-Fiqh al-Islâmî wa Adillatuh. Damaskus: Dâr al-Fikr, 2004.
al-Zuhaylî, Wahbah. Ushûl al-Fiqh al-`Islâmî. Damaskus: Dâr al-Fikr, 2001.


[1] Soehino, Ilmu Negara (Yogyakarta: Liberty, 2000), 160.
[2] Lihat keterangan panjang lebarnya di bab pembahasan, bagian C.
[3] Alquran, 11:91.
[4] Wahbah al-Zuhaylî, Ushûl al-Fiqh al-`Islâmî (Damaskus: Dâr al-Fikr, 2001) vol. 1, 18.
[5] Ibid., 19.
[6] Ibn Manzhûr, Lisân al-‘Arab (Beirut: Dâr Shâdir, t.t.), vol. 6, 108; Ahmad bin Muhammad al-Fayyûmî, al-Mishbah al-Munîr (Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah, t.t.), 295.
[7] Sulaimân bin Muhammad al-Bujairimî, Hâsyiah al-Bujairimî ‘alâ al-Manhaj (Bulaq: Mushthafâ al-Babî al-Halâbî, t.t.), vol. 2, 178.
[8] Wuzârat al-Awqâf wa al-Syu’ûn al-Islâmiyyah bi al-Kuwait, Al-Mausû'ât al-Fiqhiyyah (Kuwait: Wuzârat al-Awqâf al-Kuwaitiyyah,  t.t.) vol. 25, 295.
[9] Ibn ‘Âbidîn, Radd al-Muhtâr ‘alâ al-Durr al-Mukhtâr (Beirut: Dâr Ihyâ` al-Turâts al-‘Arabî, 1987), vol. 3, 147.
[10] H. A. Djazuli, Fiqh Siyâsah (Jakarta: Kencana, 2007), 28.
[11] Wirjono Prodjodikoro, Asas-Asas Ilmu Negara dan Politik (Bandung: Eresco, 1971), 6.
[12] Djazuli, Fiqh Siyâsah, 28.
[13] David Crystal, Penguin Encyclopedia (London: Penguin Books, 2004), 1219.
[14] Ibid., 28-9.
[15] Ibid., 28.
[16] ‘Alî bin Muhammad al-Mâwardî, al-Ahkâm al-Sulthâniyyah wa al-Wilâyât al-Dîniyyah (Beirut: Dâr al-Kutub al-‘Alamiyyah, 2006), 4; Muhammad Iqbal, Fiqh Siyasah (Jakarta: Gaya Media Pratama, 2007), 13.
[17] Ibid., 13.
[18] Ibid.
[19] Djazuli, Fiqh Siyâsah, 30.
[20] Iqbal, Fiqh Siyasah, 13.
[21] Ibid., 14.
[22] Ibid.
[23] Wahbah al-Zuhaylî, al-Fiqh al-Islâmî wa Adillatuh (Damaskus: Dâr al-Fikr, 2004), vol. 1, 33.
[24] Ibid.
[25] Ibid.
[26] Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy, Pengantar Hukum Islam (Semarang: Pustaka Rizki Putra, 1997), 30.
[27] Iqbal, Fiqh Siyasah, 9.
[28] al-Zuhaylî, al-Fiqh al-Islâmî, vol. 1, 33.
[29] Rachmat Syafe’I, Fiqh Muamalah (Bandung: Pustaka Setia, 2004), 15.
[30] Iqbal, Fiqh Siyasah, 11.
[31] Abû Hâmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazâlî, al-`Iqtishâd fî al-`I’tiqâd (Jeddah: Dâr al-Minhâj, 2008), 291.
[32] Basiq Djalil, Peradilan Agama di Indonesia (Jakarta: Kencana, 2006), 85; Iqbal, Fiqh Siyasah, 12.
[33] al-Mâwardî, al-Ahkâm al-Sulthâniyyah, 3.
[34] Djazuli, Fiqh Siyâsah, 36-8; ‘Alî `Ahmad al-Nadwî, al-Qawâ`id al-Fiqhiyyah (Damascus: Dâr al-Qalam, 2007), 403;
[35] Ibid., 12-3.