Sayyid
Abdullah al-Siddiq al-Ghumari
Bergelumang dengan ilmu Hadith
Karya-karya beliau
Nama dan keturunan
Beliau ialah
al-Syeikh al-Sayyid Abu al-Fadl Abdullah bin al-Allamah Abu Abdillah
Syamsuddin Muhamad bin al-Wali al-Kabir Sayyidi Muhammad al-Siddiq ibn
Sayyidi Ahmad bin Muhammad bin Qasim bin Muhammad bin Abdul Mukmin
al-Ghumari al-Tanji bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al-Husain
bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa’id bin
Mas’ud bin al-Fudail bin Ali bin Umar bin al-Arabi `Allal bin Musa bin
Ahmad bin Daud bin Maulana Idris bin Maulana Idris al-Kamil bin Abdullah
bin al-Hassan al-Muthanna bin Sayyidina al-Hasan bin Sayyidina Ali r.a.
dan Fatimah az-Zahra binti Muhammad Rasulullah s.a.w.
Kelahiran
Dilahirkan pada penghujung bulan Jamadil Akhir tahun 1328 H
/ 1910 M di Tanger, Maghribi.
Latar belakang keluarga
Sayyid Abdullah al Ghumari dilahirkan di kalangan
keluarga yang terkenal dengan ketaqwaan, keilmuan, kesolehan dan
kemuliaan ditambah dengan kesucian keturunan.
Ayahanda beliau, Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari
merupakan syeikh para ulama' Morocco. Beliau telah mengasaskan Zawiyah
Siddiqiyyah yang berjaya melahirkan ramai ulama' yang berwibawa.
Datuk beliau sebelah
ibu, Sayyid Ibnu 'Ajibah al Hasani merupakan seorang ulama' yang
tidak asing lagi. Beliau merupakan pengarang kitab tafsir yang berjudul
Bahrul Madid fi Tafsir al Quran al Majid dan kitab Iqozul Himam
yang merupakan huraian kepada kitab Hikam Ibnu 'Atoillah al Sakandari.
Abang beliau, Sayyid
Ahmad al Ghumari merupakan seorang tokoh hadith yang terkemuka
sehingga mencapai martabat al Hafiz. Beliau juga telah menghasilkan
karya-karya yang bermutu tinggi sehingga mencecah ratusan buah.
Sebahagiannya masih lagi tersimpan dalam bentuk tulisan tangan di Darul
Kutub al Misriyyah.
Adik-adik beliau, Sayyid Muhammad al Zamzami, Sayyid
Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Ibrahim dan Sayyid Hasan
pula merupakan tokoh-tokoh muhaddithin dan muhaqqiqin. Di kalangan
mereka ada yang muncul sebagai pakar tafsir, usul fiqh, hadith dan
ilmu-ilmu yang lain. Namun keluarga al Ghumari lebih terkenal dengan
ketokohan dan kepakaran mereka dalam bidang hadith di wilayah Tangier
sebagaimana keluarga al Kittani yang juga terkenal dalam bidang hadith
di wilayah Fas (Fez).
Latar belakang pendidikan
Sayyid Abdullah al Ghumari memulakan pendidikan seawal usia
lima tahun. Ayahandanya memasukkan beliau ke pondok dengan
tujuan untuk menghafal al Quran. Lalu beliau mula menghafal al Quran
dengan bacaan riwayat Warasy. Setelah itu, beliau menghafal pula
al Quran dengan bacaan riwayat Hafs.
Di samping itu,
beliau turut menghafal sebahagian besar matan-matan ilmu seperti matan
Maurid al Zomaan, matan al Arba'in al Nawawiyyah, matan al Ajurumiyyah,
Alfiyyah Ibnu Malik, Bulughul Maram dan Mukhtasor Khalil bin Ishaq dalam
fiqh mazhab Malikiyyah.
Setelah itu, dengan perintah ayahandanya beliau bermusafir
ke wilayah Fez untuk menyambung pengajian di Masjid al
Qurowiyyin yang merupakan pusat pengajian terkemuka di Morocco.
Beliau menetap di situ selama lebih kurang 6 bulan. Kemudian beliau
pulang semula ke Tangier dan setelah itu beliau kembali menyambung
pengajiannya di Fez. Antara subjek yang beliau pelajari di al
Qurowiyyin:
1)
Nahu: Alfiyyah Ibnu Malik dengan Syarh Ibnu 'Aqil dan Hasyiah al
Suja'i. Juga Syarh al Makudi dengan Hasyiah Ibnu al Haaj.
2) Fiqh: Mukhtasor Khalil bin
Ishaq dengan Syarh al Khurosyi. Juga sebahagian besar Syarh al Zurqoni
dan Syarh al Dirdir daripada bab al-Ijarah sehingga habis.
3) Hadith: Sohih al Bukhari dengan Syarh al
Qostollani dan Mukhtasor Ibnu Abi Jamrah dengan Hasyiah al Syinwani.
4) Tafsir: Tafsir al
Jalalain dengan Hasyiah al Sowi.
5) Tauhid: Kitab al Tauhid susunan Imam
Ibnu ‘Asyur.
6) Usul Fiqh: Jam'ul Jawami' dengan Syarh Jalaluddin al
Mahalli.
7) Mantiq: Al
Sullam dengan Syarh al Quwaisani.
Beliau
juga turut mendalami bidang-bidang ilmu yang lain daripada guru yang
pelbagai. Setelah menamatkan pengajian di al Qurowiyyin, beliau pulang
ke Tangier untuk meneruskan pengajian di Zawiyah Siddiqiyyah
di bawah seliaan ayahandanya sambil mengajar para pelajar di zawiyah
tersebut. Dalam tempoh ini juga, ayahandanya memberikan galakan supaya
beliau mula menulis. Lalu beliau mula meringkaskan kitab Irsyadul Fuhul
Ila Tahqiq al Haq fi 'Ilmi al Usul karangan Imam al Syaukani di samping
menulis huraian matan Al Ajurumiyyah dalam ilmu Nahu. Setelah selesai
mengarang huraian ini, beliau membentangkannya kepada ayahandanya untuk
disemak dan diedit. Kemudian, abangnya Sayyid Ahmad al Ghumari menamakan
huraian ini dengan judul Tashyidul Mabani Litaudhih Ma Hawathul
Muqoddimah al Ajurumiyyah Minal Haqoiq wal Ma'ani. Semua ini beliau
lakukan ketika masih lagi berusia belasan tahun.
Ketika berusia 21 tahun, dengan izin ayahandanya beliau
bermusafir ke Mesir bersama abangnya Sayyid Ahmad dan
adiknya Sayyid Muhammad al Zamzami bagi melanjutkan pengajian di al
Azhar al Syarif(Mesir). Di Mesir, bintang beliau sebagai seorang
ilmuwan lebih-lebih lagi sebagai seorang muhaddith mula menyinar. Dengan
galakan daripada rakan-rakan yang mengenali kewibawaannya, beliau
menduduki peperiksaan Syahadah 'Alimiyyah Khassah dalam 12 subjek iaitu
Usul Fiqh, Ma'ani, Bayan, Badi', Nahu, Sorf, Tauhid, Mantiq, Hadith,
Mustolah Hadith, Fiqh dan Tafsir. Dalam peperiksaan ini, beliau
memperolehi kejayaan yang cemerlang. Setelah itu, beliau sekali lagi
menduduki peperiksaan Syahadah 'Alimiyyah al Azhariyyah dalam subjek
yang sama seperti peperiksaan yang lalu. Cuma ditambah 3 subjek lagi
iaitu ilmu al-Wadh'u, 'Arudh Qafiah dan Tasawwuf. Dalam peperiksaan ini
juga, beliau beroleh kejayaan yang cemerlang dan berita kejayaan beliau
disiarkan menerusi akhbar al Ahram sehinggakan Syeikh Mahmud Syaltut
yang ketika itu merupakan wakil Fakulti Syariah al Azhar al Syarif
berkata:
Kita mengucapkan
tahniah kepada peperiksaan Syahadah 'Alimiyyah al Azhariyyah kerana
ianya telah diambil oleh Syeikh Abdullah yang sememangnya datang dari
negaranya dalam keadaan alim.
Guru-guru beliau
Sayyid Abdullah al Ghumari memiliki seramai 62 orang
guru sebagaimana yang disebut oleh beliau sendiri. Antaranya:
1) Ayahanda beliau
sendiri, Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani.
2) Abang beliau, al
Hafiz Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al Ghumari.
3) Sayyid Ahmad
Rafi’ al Tohtowi, musnid negara Mesir.
4) Al ‘Allamah al
Muhaddith Muhammad Zahid al Kauthari.
5) Al ‘Allamah
Syeikh Muhammad Duwaidar al Kafrawi al Talawi al Syafi’i.
6) Al ‘Allamah al
Faqih al Usuli Syeikh Muhammad al Tohir bin ‘Asyur al Tunisi.
7) Al ‘Allamah
Syeikh Abdul Baqi al Ansori al Laknawi al Madani.
8) Muhaddith al
Haramain Syeikh Umar Hamdan al Mahrasi al Tunisi.
9) Al ‘Allamah
Syeikh Abdul Wasi’ bin Yahya al Wasi’i al Yamani.
10) Al ‘Allamah al
Faqih Muhsin bin Nasir Bahrobah al Hadhrami.
11) Al ‘Allamah al
Faqih al Musnid Abdul Qadir bin Taufiq al Syalabi al Tarablasi al
Hanafi.
12) Al ‘Allamah al Faqih Muhammad bin Muhammad al Halabi al
Misri al Syafi’i.
13) Al ‘Allamah Muhammad Imam bin Ibrahim al Saqa.
14) Syeikh Darul
Hadith Damsyiq al Muhaddith Badruddin Muhammad bin Yusuf al Hasani.
15) Sayyidah al Musnidah Ummul Banin Aminah binti
Abdul Jalil bin Salim al Dimasyqiyyah.
16) Al Muhaddith al
‘Allamah Sayyid Muhammad Ja’afar al Kittani al Fasi.
17) Al 'Allamah
Sayyid al Habib al Muhaji.
18) Al 'Allamah Muhammad al Haj al Sulami al Mirdasi.
19) Al 'Allamah
Ahmad bin al Jilani al Amghori.
20) Al Qadhi Sayyid al Husain al 'Iraqi.
21) Al Qadhi al
'Abbasi bin Abu Bakar al Bunani.
22) Al 'Allamah Sayyid al Radhi al Hinsyi.
23) Al 'Allamah
Sayyid Ahmad al Qadiri.
24) Al 'Allamah Syeikh Muhammad Bakhit al Muti'i al
Hanafi, mufti kerajaan Mesir.
25) Al 'Allamah Syeikh Syu'aib bin Abdul
Rahman al Dukkali.
26) Ayatullah Hibatullah al Husaini al Imami.
Dan
lain-lain lagi di beberapa negara Islam seperti Mekah al Mukarramah,
Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Sudan dan Qatar.
Murid-murid beliau
1) Adik-adik beliau sendiri
Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy, Sayyid Hasan, Sayyid Ibrahim dan
Sayyid Muhammad al Zamzami.
2) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad al Hamid al
Hamawi.
3) Al ‘Allamah Syeikh Abdul Aziz ‘Uyun al Sud al Himsi.
4) Al ‘Allamah
al-Muhaddith Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al Halabi.
5) Al ‘Allamah
Syeikh Muhammad ‘Awwamah al Halabi.
6) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Ali al
Murad al Hamawi.
7) Dr. Abdul Wahhab Abdul Latif.
8) Dr. Ali Juma’ah
al Misri, Mufti Republik Arab Mesir sekarang.
9) Sayyid Soleh al
Ja’afari, Imam Besar Masjid al Azhar suatu ketika dahulu.
10) Syeikh Hamdi
Aslan al Albani.
11) Dr. Mahmud Sa’id Mamduh al Misri.
12) Syeikh Mahmud
Hasan al Syeikh.
13) Dr. Hanafi Hasanain.
14) Syeikh Husain al
Batanuti.
15) Dr. Faruq Hammadah.
16) Dr. Muhammad Fuad al Barazi dan ramai
lagi dari seluruh pelusuk dunia.
Karya-karya
beliau
a) Usuluddin:
1) Itqanus Sun'ah fi
Tahqiq Ma'na al Bid'ah.
2) Irsyadul Jahil al Ghobiy Ila Anna Adam Nabiy.
3) Irgham al
Mubtadi' al Ghobiy bi Jawaz al Tawassul Bin Nabiy.
4) Al Tahqiq al
Bahir fi Ma'nal Iman Billah wal Yaum al Akhir.
5) Ithaful Azkiya'
bi Jawaz al Tawassul Bil Anbiya' wal Auliya'.
6) Iqomatul Burhan
fi Nuzul 'Isa Akhiraz Zaman dan lain-lain lagi.
b) Ulum
al-Quran:
1) Al Ihsan Fi Ta'aqqub al Itqan.
2) Bida'ut Tafasir.
3) Bayan Sohih al
Aqowil fi Tafsir Ayat Bani Israil.
4) Taudhihul Bayan Liwusul Thawab Al
Quran.
5) Zauqul Halawah Bi Bayan Imtina' Naskh al Tilawah.
6) Al Ru'ya fil
Quran was Sunnah dan lain-lain lagi.
c) Ulum
Hadith:
1) Al Ahadith al Muntaqah fi Fadhoil Sayyidina
Rasulillah .
2) Al Arba'un al Siddiqiyyah.
3) Al Arba'un al
Ghumariyyah.
4) Asanid al Kutub al Sab'ah fil Hadith.
5) Nihayatul Amal fi
Sihhah wa Syarh Hadith 'Ardh al 'Amal dan lain-lain lagi.
d)
Fiqh dan Usul Fiqh:
1) Husnut Tafahum wad Dark fi
Masalah al Tark.
2) Al Adillah al Rojihah 'ala Fardhiyyah
Qiraatil Fatihah.
3) Al Istiqso' Li Adillah Tahrim al
Istimna'.
4) 'Ilam al Roki' was Sajid bi Ma'na Ittikhozil Qubur
Masajid dan lain-lain lagi.
Ujian hidup yang ditempuhi
Sayyid Abdullah al Ghumari pernah dipenjarakan
pada zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasir atas tuduhan
mengintip bagi pihak Perancis sedangkan ini merupakan suatu tuduhan
palsu melalui perancangan beberapa pihak tertentu yang merasa tergugat
dengan kelantangan dan keberanian beliau. Pada asalnya, beliau
dijatuhkan hukuman mati, namun setelah mahkamah mendapati beliau
tidak bersalah, beliau dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun
bermula daripada 15 Oktober 1959 hingga 26 Disember 1969. Walaupun
berada dalam penjara, ia tidak menghalang beliau untuk mengarang
beberapa karya yang tidak kurang hebatnya.
Kepulangan ke Morocco dan kewafatannya
Setelah keluar dari penjara, beliau pulang ke Morocco
bagi meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu. Sayyid Abdullah al
Ghumari telah berada di Mesir selama 40 tahun dan beliau pulang
ke tanah airnya untuk menabur bakti buat anak bangsanya di samping
meneruskan kelangsungan Madrasah Siddiqiyyah yang telah diasaskan oleh
ayahandanya. Setelah menabur bakti di Morocco selama lebih kurang 23
tahun, akhirnya beliau menyahut panggilan Ilahi pada hari Khamis
19 Sya'aban 1413 Hijrah (11 Februari 1993) dalam usia 85
tahun. Jenazah beliau disemadikan bersebelahan pusara ayahanda dan
bondanya yang terletak di Madrasah Siddiqiyyah.
Sayyid Ahmad al-
Siddiq al-Ghumari
Nama dan keturunan
Beliau ialah
al Hafiz al ‘Allamah al Imam al Mujtahid al Muhaqqiq al Mudaqqiq Abul
Faidh Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin
al-Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al Hasan
bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa’id bin
Mas’ud bin al Fudhoil bin Ali bin Umar bin al ‘Arabi bin ‘Allal (Ali
menurut bahasa Maghribi) bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana Idris
al Asghor bin Maulana Idris al Akbar bin Abdullah al Kamil bin al Hasan
al Muthanna bin Imam al Hasan al Mujtaba bin Amirul Mukminin Sayyiduna
Ali dan Sayyidah Fatimah al Zahra’ binti Sayyiduna Muhammad Rasulullah
s.a.w.
Kelahiran
Dilahirkan di desa Bani Sa’ad,
wilayah Ghumarah, utara Maghrib Aqso, Morocco pada hari Jumaat, 27
Ramadhan 1320 Hijrah (1902). Selepas 2 hari kelahiran beliau,
ayahandanya membawa beliau pulang ke wilayah Tonjah (Tangiers).
Latar belakang pendidikan
Sayyid Ahmad al Ghumari memulakan
pendidikan seawal usia lima tahun. Ayahandanya memasukkan beliau ke pondok
dengan tujuan untuk menghafal al-Quran. Di samping itu, beliau turut
menghafal beberapa matan ilmu seperti Muqaddimah al-Ajurumiyyah dan
lain-lain lagi. Setelah itu, beliau mula menumpukan perhatian terhadap
subjek-subjek yang lain seperti Nahu, Sorf, Fiqh Maliki, Tauhid dan
Hadith. Ayahandanya begitu mengambil berat tentang pendidikan beliau di
mana ayahandanya memberi galakan supaya beliau bersungguh-sungguh dan
berpenat lelah dalam menuntut ilmu. Ketika mana ayahandanya
memerintahkan para pelajar Madrasah Siddiqiyyah supaya menghafal
al-Quran, lantas beliau mengarang sebuah kitab yang berjudul Riyadh
al Tanzih fi Fadhoil al Quran wa Hamilih untuk menjelaskan tentang
kelebihan-kelebihan al Quran dan golongan yang menghafalnya. Perkara ini
beliau lakukan ketika masih lagi berusia belasan tahun. Dalam tempoh
ini juga, beliau cenderung untuk mempelajari ilmu Hadith dan
bergelumang dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya lantas
beliau mula membaca dan mengkaji kitab-kitab Hadith khususnya kitab al
Targhib wa al Tarhib dan kitab al Jami’ al Soghir berserta huraiannya
yang berjudul al Taisir. Ketika berusia 20 tahun, dengan perintah
ayahandanya beliau pun merantau ke Mesir untuk melanjutkan
pengajian di al Azhar al Syarif. Di Mesir, beliau menumpukan sepenuh
perhatian untuk mempelajari Fiqh Maliki dan Syafie. Antara
subjek-subjek yang beliau pelajari: 1) Nahu: Matan al Ajurumiyyah
berserta huraiannya yang bertajuk Syarah al Kafrowi. Beliau turut
mempelajari matan Alfiyyah Ibnu Malik berserta huraiannya yang berjudul
Syarah Ibnu ‘Aqil dan Syarah al Asymuni. 2) Tauhid: Kitab Jauharah al
Tauhid. 3) Fiqh: Kitab al Tahrir karangan Syeikhul Islam Zakaria al
Ansori dalam Fiqh Syafie dan kitab Syarah al Hidayah dalam Fiqh Hanafi.
4) Hadith: Sohih al Bukhari, al Adab al Mufrad, Musnad al Imam al
Syafie, Musalsal Awwaliyyah dan Musalsal Yaum ‘Asyura. 5) Usul Fiqh:
Kitab Minhaj al Usul ila ‘Ilmi al Usul berserta huraiannya yang berjudul
Nihayah al Sul. Dan beberapa subjek lagi yang merangkumi pelbagai
bidang ilmu sama ada ilmu-ilmu berbentuk naqliyyah mahu pun ‘aqliyyah.
Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan seorang pelajar yang pintar dan
bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga kepintaran dan
kesungguhan beliau menimbulkan kekaguman para gurunya. Ini kerana beliau
berjaya menghabiskan subjek-subjek tersebut dalam masa yang singkat.
Guru-guru beliau
Sayyid Ahmad al Ghumari memiliki guru yang ramai dari
beberapa buah negara Islam seperti Mesir, Halab, Damsyik dan Sudan.
Beliau menyebut nama-nama mereka secara khusus di dalam kitab yang
berjudul al Bahsul ‘Amiiq fi Marwiyyat Ibni al Siddiq. Di antaranya
ialah:
1) Ayahanda beliau sendiri al Imam al
‘Allamah Sayyid Muhammad bin Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani.
2) Syeikh al ‘Arabi bin Ahmad Bu Durrah, murid ayahandanya.
3) Al ‘Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammad bin Ja’afar al Kittani.
4) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Imam bin Ibrahim al Saqa al Syafie.
5) Al ‘Allamah al Faqih al Usuli al Mufassir Syeikh Muhammad Bakhit al Muti’e, mufti Kerajaan Mesir.
6) Al ‘Allamah Muhaddith al Haramain Syeikh Umar Hamdan al Mahrasi dan lain-lain lagi.
2) Syeikh al ‘Arabi bin Ahmad Bu Durrah, murid ayahandanya.
3) Al ‘Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammad bin Ja’afar al Kittani.
4) Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Imam bin Ibrahim al Saqa al Syafie.
5) Al ‘Allamah al Faqih al Usuli al Mufassir Syeikh Muhammad Bakhit al Muti’e, mufti Kerajaan Mesir.
6) Al ‘Allamah Muhaddith al Haramain Syeikh Umar Hamdan al Mahrasi dan lain-lain lagi.
Bergelumang
dengan ilmu Hadith
Setelah menamatkan pengajian, beliau mula menumpukan
sepenuh perhatian untuk mengkaji bidang Hadith secara riwayat
dan dirayah. Lantas beliau mengurung dirinya di rumah dengan
tujuan untuk mengkaji hadith dengan lebih mendalam dan teliti. Beliau
tidak keluar dari rumahnya melainkan untuk menunaikan sembahyang lima
waktu dan tidak tidur pada waktu malam kecuali seketika selepas
menunaikan sembahyang sunat Dhuha. Beliau berterusan dalam keadaan
sebegini sehingga 2 tahun lamanya. Dalam tempoh ini, beliau menghafal
hadith, mengkaji dan mentakhrijnya. Apabila tamat tempoh ini, beliau
merantau pula ke Damsyik bersama-sama ayahandanya dan terus pulang ke
Morocco. Beliau menetap selama lebih kurang empat tahun di Morocco.
Dalam tempoh ini, beliau meneruskan kesungguhan dalam mengkaji ilmu
Hadith di samping menghafal, mentakhrij, menulis dan mengajar. Dalam
tempoh ini juga, beliau mula mengajar kitab Nailul Autor dan
al Syamail al Muhammadiyyah yang mana kedua-duanya merupakan kitab
hadith. Setelah itu, beliau kembali merantau ke Mesir bersama dua orang adiknya
Sayyid Abdullah dan Sayyid Muhammad Zamzami. Di Mesir,
beliau menjadi tempat rujukan para ulama’ walaupun beliau masih lagi
berusia muda. Di samping menulis, beliau diminta untuk membacakan kitab Fathul
Bari dan Muqaddimah Ibnu Solah. Beliau turut mengadakan
majlis imla’ yang bertempat di Masjid Imam Husain dan Masjid al Kokhya.
Pada tahun 1354 Hijrah (1936 Masihi), beliau pulang ke
Morocco disebabkan kewafatan ayahandanya. Lantas beliau mengambil alih
tempat ayahandanya bagi meneruskan kelangsungan Madrasah Siddiqiyyah.
Maka beliau mula mengajar kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu Hadith
dan mengadakan majlis-majlis imla’. Sayyid Ahmad al Ghumari sering
menyeru orang ramai agar kembali berpegang dengan Sunnah Nabawiyyah dan
beliau menentang dengan keras sebarang peniruan dan penyeruan serta
ikutan terhadap golongan kafir lebih-lebih lagi Morocco ketika itu telah
mula dimasuki pengaruh Eropah yang membawa unsur-unsur yang negatif. Sayyid
Ahmad al Ghumari bukan saja terkenal sebagai seorang ilmuwan dan
tokoh dalam bidang hadith bahkan beliau adalah seorang tokoh mujahid
yang berjuang bermati-matian menentang penjajah dan penjajahan. Lantas
kerana itu, beliau telah dipenjara selama beberapa tahun. Setelah
dibebaskan dari penjara, beliau berterusan dikenakan tekanan oleh pihak
penjajah sehingga akhirnya beliau memutuskan untuk merantau
meninggalkan Morocco dan memilih untuk menetap di Mesir sehingga ke
akhir hayat. Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan seorang ulama’
yang banyak menulis sehingga diberi gelaran sebagai ‘al Suyuti pada
zamannya’. Karangan beliau mencecah sebanyak 169 buah. Beliau
menulis dalam pelbagai bidang ilmu seperti ‘Aqidah, Fiqh, Tafsir,
Hadith, Tasawwuf, Sejarah, Biografi dan sebagainya. Karya-karya Sayyid
Ahmad al Ghumari merupakan himpunan karya yang bermutu tinggi. Di
dalamnya terhimpun dalil-dalil, hujah-hujah, fakta-fakta serta
keterangan-keterangan yang membuktikan keluasan ilmu beliau di dalam
pelbagai lapangan ilmu ditambah dengan beberapa pandangan yang
dilontarkan hasil ijtihad beliau sendiri. Ini merupakan suatu perkara
yang tidak mustahil kerana beliau sendiri telah mencapai taraf mujtahid.
Dikatakan beliau mula berijtihad setelah berjaya membaca 7 buah kitab
dalam pelbagai mazhab yang mana kitab-kitab tersebut ada yang mencecah
berjilid-jilid banyaknya.
Syeikh al-Hafidz
al-Muhaddith Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (duduk berselubung) Syeikh
Abdullah bin al-Siddiq al-Gumari (kiri) Syeikh Zamzami al-Ghumari
(kanan) dan Syeikh Abd Hayyi al-Ghumari (tengah)
Karya-karya
beliau
1) Ibraz al Wahm al Maknun min Kalam Ibni
Khaldun.
2) Ithaf al Adib bima fi Ta’liq ‘Ilam al
Arib.
3) Ithaf al Huffaz al Maharah bi Asanid al
Usul al ‘Asyarah.
4) Al Ajwibah al Sorifah ‘an Isykal Hadith
al Toifah.
5) Ihya’ al Maqbur bi Adillah Bina’ al
Masajid wal Qubab ‘ala al Qubur.
6) Azhaar al
Raudhatain fiman yu’ta Ajrahu Marratain.
7) Al Azhar
al Mutakathifah fil Alfaz al Mutaradifah.
8)Al
Isti’azah wal Hasbalah mimman Sohhaha Hadith al Basmalah.
9) Al
Isti’adhoh bi Hadith Wudhu’ al Mustahadhah.
10) Al
Istinfar li Ghazwi al Tasyabbuh bil Kuffar.
11) Al Asrar
al ‘Ajibah fi Syarh Azkar Ibn ‘Ajibah.
12) Al
Ifdhol wal Minnah bi Ru’yah al Nisa’ Lillah fil Jannah.
13) Iqomah
al Dalil ‘ala Hurmah al Tamsil.
14) Al Iqlid
bi Tanzil Kitabillah ‘ala Ahli al Taqlid.
15) Al Iqna’
bi Sihhah al Solah Khalfa al Mizya’ dan lain-lain lagi.
Kewafatan
Setelah pulang dari Sudan, beliau ditimpa sakit teruk yang berterusan. Akhirnya pada hari Ahad, awal bulan Jamadil Akhir 1380 Hijrah (1962 Masihi) beliau menghembuskan nafas terakhir dalam usia 60 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Kaherah, Mesir. Semoga Allah merahmati Sayyid Ahmad al Ghumari serta membalas jasa-jasa beliau dalam mempertahankan Sunnah Nabawiyyah dengan sebaik-baik pembalasan.
Setelah pulang dari Sudan, beliau ditimpa sakit teruk yang berterusan. Akhirnya pada hari Ahad, awal bulan Jamadil Akhir 1380 Hijrah (1962 Masihi) beliau menghembuskan nafas terakhir dalam usia 60 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Kaherah, Mesir. Semoga Allah merahmati Sayyid Ahmad al Ghumari serta membalas jasa-jasa beliau dalam mempertahankan Sunnah Nabawiyyah dengan sebaik-baik pembalasan.
Sayyid Abdul Aziz al-Siddiq
Al-Ghumari
Nama dan
keturunan
Beliau ialah
al ‘Allamah al Muhaddith al Sufi al Muhaqqiq al Mudaqqiq al Imam
Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Muhammad bin Siddiq bin Ahmad bin Muhammad
bin al-Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al
Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa'id
bin Mas'ud bin al Fudhoil bin Ali bin Umar bin al 'Arabi bin 'Allal
(Ali menurut bahasa Maghribi) bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana
Idris al Asghor bin Maulana Idris al Akbar bin Abdullah al Kamil bin al
Hasan al Muthanna bin Imam al Hasan al Mujtaba bin Amirul Mukminin
Sayyiduna Ali dan Sayyidah Fatimah al Zahra' binti Sayyiduna Muhammad
Rasulullah s.a.w.
Kelahiran
Dilahirkan pada bulan Jamadil Awal 1338 Hijrah (1920 Masihi) di Tonjah (Tangiers), Morocco.
Dilahirkan pada bulan Jamadil Awal 1338 Hijrah (1920 Masihi) di Tonjah (Tangiers), Morocco.
Latar belakang pendidikan
Beliau
memulakan pendidikan seawal usia lima tahun dengan
menghafal al Quran melalui bimbingan Syeikh Muhammad Bu Durrah,
murid ayahandanya. Setelah itu, beliau mula menumpukan sepenuh perhatian
kepada ilmu-ilmu yang lain melalui pembelajaran, pembacaan dan kajian.
Ayahandanya memberi sepenuh perhatian kepada beliau sepanjang tempoh
pendidikan dengan nasihat-nasihat yang berguna dan petunjuk-petunjuk
yang berfaedah. Ini disebabkan ayahandanya dapat mengesan bakat-bakat
terpendam yang ada pada diri beliau. Pada tahun 1355 Hijrah (1937
Masihi) ketika berusia 17 tahun, beliau merantau ke Mesir bersama-sama
abangnya Sayyid Abdul Hayy al Ghumari untuk melanjutkan pelajaran
di al Azhar al Syarif(Mesir). Di al Azhar, beliau
menuntut ilmu daripada para ulama’ yang berwibawa dalam pelbagai
lapangan ilmu. Dalam tempoh ini juga, beliau mula berjinak-jinak dengan
ilmu Hadith di samping melakukan latihan-latihan dan kajian-kajian
sekitar ilmu ini.
Bergelumang dengan ilmu Hadith
Mengenai permulaan beliau bergelumang
ilmu Hadith, Sayyid Abdul Aziz menceritakan pengalamannya bahawa beliau
mula terlibat secara serius dalam ilmu Hadith setelah menamatkan
pengajian dalam bidang Mustolah Hadith. Untuk merealisasikan apa yang
telah beliau pelajari, beliau mula menumpukan kajian terhadap kitab
al Laali’ al Masnu’ah karangan al Hafiz Jalaluddin al Suyuti.
Melalui kajian beliau terhadap kitab ini, Sayyid Abdul Aziz berjaya
menghasilkan karya yang berjudul al Jawahir al Ghawali. Beliau
turut menyebut bahawa melalui kajiannya terhadap kitab ini, beliau
mempelajari methodologi kritikan terhadap para perawi hadith, rantaian
sanad dan kaedah membezakan hadith yang sohih dengan yang dho’if.
Setelah itu, beliau menumpukan kajiannya terhadap kitab-kitab hadith
yang pula yang mana beliau membaca dan mengkaji hasil kajian hadith yang
dihasilkan oleh abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari. Apabila
selesai mengkaji karya-karya abangnya, beliau meneruskan usaha dengan
mengkaji kitab-kitab hadith lain yang dikarang oleh al Huffaz yang
berkaliber dalam bidang ini seperti al Hafiz al ‘Iraqi, al Hafiz al
Zailai’e, al Hafiz Ibnu Hajar al ‘Asqolani, al Hafiz al Suyuti dan
lain-lain lagi. Sepanjang kajian beliau terhadap ilmu Hadith, beliau
seringkali berhubung dengan abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari
untuk meminta nasihat dan petunjuk. Kemuncaknya beliau menyebut bahawa
setelah beliau merasa telah mahir dalam bidang ini dan mampu
menguasainya dengan baik, maka beliau mula mengarang sebuah kitab yang
berjudul Bulugh al Amani min Maudhu’at al Sun’ani. Setelah
selesai mengarang karya ini, beliau membentangkannya kepada abangnya
al Hafiz Sayyid Ahmad al Ghumari, lalu abangnya memberi komentar:
Sepatutnya karya ini diberi judul Hazij al Aghani kerana ianya
mengandungi faedah yang boleh membuatkan pembacanya menari-nari kerana
riang dan kagum.
Kepulangan ke
Tonjah
Setelah 12
tahun menetap di Mesir, akhirnya pada bulan Rabiul Awwal 1366
Hijrah (1949 Masihi) beliau pulang ke Tonjah untuk menyebarkan ilmu buat
anak bangsanya. Di Tonjah, beliau aktif mengajar di Madrasah Siddiqiyyah di samping
menulis dan mengadakan majlis zikir. Beliau juga turut dilantik menjadi
khatib di madrasah tersebut.
Guru-guru beliau
1.
Ayahandanya Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari.
2. Abang-abangnya al Hafiz Sayyid Ahmad al
Ghumari dan al Hafiz Sayyid Abdullah al Ghumari.
3. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Bu Durrah,
murid ayahandanya.
4. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Mu’ti al Syarsyimi.
5. Al ‘Allamah Syeikh Mahmud Imam.
6. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Salam Ghanim al Dimyati al Syafie.
7. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Izzat dan lain-lain lagi.
4. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Mu’ti al Syarsyimi.
5. Al ‘Allamah Syeikh Mahmud Imam.
6. Al ‘Allamah Syeikh Abdul Salam Ghanim al Dimyati al Syafie.
7. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Izzat dan lain-lain lagi.
Karya-karya beliau
Semuanya berjumlah 73 buah.
Kebanyakannya dalam bidang hadith. Antaranya:
1. Tashil al Mudarraj ila al
Mudarraj.
2. Al Ta’nis bi Syarh Manzumah al Zahabi fi Ahli al Tadlis.
3. Al Bughyah fi Tartib Ahadith al Hilyah.
4. Ithaf Zawi al Himam al ‘Aaliyah bi Syarh al ‘Asymawiyyah.
5. Al Qaul al Ma’thur bi Jawaz Imamah al Mar’ah bi Rubat al Khudur.
6. Mafatih al Dahyan li Tartib Tarikh Asbahan.
7. Al Tahzir Mimma Zakarahu al Nablusi fi al Ta’bir.
8. Al Tuhfah al ‘Aziziyyah fi al Hadith al Musalsal bi al Awwaliyyah dan lain-lain lagi.
2. Al Ta’nis bi Syarh Manzumah al Zahabi fi Ahli al Tadlis.
3. Al Bughyah fi Tartib Ahadith al Hilyah.
4. Ithaf Zawi al Himam al ‘Aaliyah bi Syarh al ‘Asymawiyyah.
5. Al Qaul al Ma’thur bi Jawaz Imamah al Mar’ah bi Rubat al Khudur.
6. Mafatih al Dahyan li Tartib Tarikh Asbahan.
7. Al Tahzir Mimma Zakarahu al Nablusi fi al Ta’bir.
8. Al Tuhfah al ‘Aziziyyah fi al Hadith al Musalsal bi al Awwaliyyah dan lain-lain lagi.
Kewafatan
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada
tahun 1418 Hijrah (1998 Masihi) dan disemadikan di Madrasah
Siddiqiyyah berhampiran pusara keluarganya. Semoga Allah merahmati
beliau dan membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan.
Disediakan oleh:
Izham hakimi Bin Redzan (Rabat)
Tarikh: 6/3/2011
Masa: 10.06 pagi
Email: izhamhakimi@yahoo.com
No comments:
Post a Comment