Wednesday, June 18, 2014

Kuliyyah Usuliddin, Universiti Qarawiyyin Cawangan Tetouan (Siri ke 7 - Mencari Ilmu di Maghribi)

Satu-satunya institusi pendidikan yang meneruskan legasi ulama Morocco dalam bidang Akidah dan Falsafah secara intensif di Morocco atau Maghribi adalah Kuliyyah Usuluddin, Universiti Qarawiyyin cawangan Tetouan. Lebih-lebih lagi ia terletak di kota Tetouan, yang sejak dahulu menjadi pusat ulama ahli falsafah dan akidah berada di kota ini. Terkenal dengan Syaikh Al-Arabi al-Louh (w. 1988 M), yang pertama menyusun silibus pengajian akidah di Kuliyyah Usuluddin ini; Ibn Ajibah al-Tetouani (w. 1224 H), seorang ulama Sufi terkenal dunia yang mensyarah kitab al-Hikam Ibn Atha'illah al-Sakandary; dan banyak lagi ulama-ulama kalam dari kota ini. Mereka juga terkenal sebagai penyalin-penyalin manuscript yang tersebar di bahagian utara Morocco. Maka tidak diragukan lagi-lah, bahawa tidak salah Raja Morocco meletakkan Fakulti Usuluddin, Universiti Qarawiyyin di kota ini, ketika sedang menjalankan projek memecahkan Universiti Qarawiyyin kepada beberapa fakulti dan disebar di berbagai belahan kota-kota Morocco.


Keistimewaan kampus usuluddin dari universiti tertua dunia ini adalah ia sekarang diduduki oleh berbagai ulama, para doktor, ilmuan yang semua pakar dalam bidang-bidang usul dan ilmu akidah. Ini membuatkan kampus ini menjadi bahagian dari kampus yang paling elite dalam kajian khusus ilmu akidah dan ilmu kalam secara amnya. Berbeza dengan kampus-kampus lain yang memang sebenarnya memiliki beberapa pakar akidah dan ilmu kalam serta falsafah, akan tetapi kampus-kampus tersebut bukanlah sebuah kampus yang khusus mengkaji ilmu ini.

Untuk sepanjang tahun 2010-2015 ini sahaja, ada beberapa markaz duktorah dan master yang khusus mengkaji ilmu akidah dan kalam serta usulnya. Misalnya, markaz Master yang pertama adalah Ilmu Akidah dan Pemikiran di Barat Islam. Kedua master Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Morocco. Kedua markaz inilah yang akan menghasilkan pakar-pakar akidah di tanah Morocco. Selanjutnya ada satu markaz duktorah iaitu Ilmu Akidah dan Pemikiran di Barat Islam, yang sekarang ini sedang berjalan pada tahun keduanya, dan masih akan dibuka satu tahun lagi pada 2015 nanti.

Para tenaga pengajar di kampus ini juga bukanlah orang-orang biasa. Mereka adalah tergolong dari pakar-pakar di tanah Morocco:

1- Dr. Muhammad al-Faqir al-Timsamani: Sekarang menjabat sebagai Dekan di Fakulti Usuluddin ini. Beliau adalah seorang pakar Usul Fiqh, yang mendapatkan sijil Duktorah di Casablanca dengan judul "Ijtihad Zira'i" suatu bahagian fiqh yang jarang orang mampu mengupasnya secara terperinci. Beliau merupakan murid kepada Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari, seorang ulama Usul dan Hadis Morocco terulung.

2- Dr. Jamal Alal al-Bakhtie: Ketua Markaz Abi Hassan al-Asy'ari di bawah seliaan Rabitah Muhammadiyyah lil Ulama, Morocco. Beliau terkenal dengan julukan Hujjah al-Asya'irah fi al-Maghrib. Beliau sekarang kuat bergiat dalam mengeluarkan turats2 Asy'ari Morocco.

3- Dr. Muhammad Syantuf: Naib Dekan Fakulti Usuluddin ini. Beliau merupakan ulama yang kuat mengkaji turats, selain menghafal berbagai mutun-mutun ilmiah. Beliau terkenal sebagai seorang guru yang kuat mengajar mahasiswa dan mahasantri di berbagai madrasah selain di University sendiri.

4- Dr. Taufiq al-Ghalbzuri: Ketua Majlis Ilmi daerah Mid'aq. Beliau adalah alumni Qarawiyyin. Berfahaman Zahiriyyah. Pakai Ibn Hazm al-Zahiri. Walaupun beliau seorang yang berfahaman zahiri, tapi beliau sangat open minded dan sangat disiplin dalam kajian ilmiah.

5- Dr. Ahmad Munah: Dosen ilmu mantiq di kampus ini. Beliau adalah seorang pakar ilmu mantiq lulusan Universiti Muhammad V Rabat. Banyak menulis tentang istidlal. Sampai detik ini, beliau dianggap guru terulung dalam ilmu mantiq di universiti ini. Dosen muda ini sangat sederhana dalam berpakaian dan cara mengajar.

6- Dr. Abdullah al-Sufyani: Pakar ilmu tahqiq manuscript dan ilmu usul dan qawaid fiqh. Beliau adalah orang yang mentahqiq kitab "Syarh al-Manhaj al-Muntakhab Ila Qawaid al-Mazhab" oleh al-Manjur, yang diberi pendahuluan oleh Syaikh Rugi, sebagai Rektor University al-Qarawiyyin.

7- Dr. Abdussalam al-Ganuni: Seorang dosen vetaran keturunan Syaikh Abdullah Ganun. Beliau sudah sangat tua, dan kemungkinan akan pecen dalam waktu dekat. Beliau adalah guru mantiq.

8- Dr. Abdullah al-Syarif: Seorang guru bidang akidah salaf yang berfahaman salafiyyah. Beliau kuat mengkritik tarikat-tarikat tasawwuf yang ada zaman sekarang. Walaupun beliau berfahaman ini, tapi beliau juga open minded dalam beberapa hal.

Itulah sebahagian daripada guru-guru dan dosen-dosen di kampus yang penuh barakah ini. Maka kalau ada mahasiswa yang berhasrat untuk menceburi dalam bidang usuluddin seperti akidah, falsafah, mantiq, maka inilah tempat yang paling sesuai di bumi Morocco ini. Walaupun ada institusi lain seperti Darul Hadis Hassaniyyah di Rabat, akan tetapi yang memang benar-benar memperdalami bidang akidah dan falsafah pemikiran adalah di kampus ini. Website kampus ini adalah: http://www.fod.ma/

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, macam mana saya boleh contact tuan utk bertanya ttg beberapa soalan utk kemasukan ke universiti qarawiyyin?

Unknown said...

Assalamualaikum, macam mana saya boleh contact tuan utk bertanya ttg beberapa soalan utk kemasukan ke universiti qarawiyyin?

akitiano said...

Semua permohonan wajib melalui KPM. Untuk masuk ke Qarawiyyin wajib hafaz 30 juz secara tamam...