Tuesday, June 24, 2014

Kelas Tambahan Bahasa Arab di Universiti Muhammad bin Abdillah Fes (Siri ke 8 - Mencari Ilmu di Maghribi)

Sistem universiti di Morocco sebenarnya tidak mengenal program persiapan bahasa bagi mana-mana pelajar yang menyambung pendidikan di Morocco kecuali bagi pelajar yang akan belajar pelajaran yang menggunakan bahasa Perancis, seperti perubatan, engineering dan lain-lain.

Akan tetapi, Universiti Muhammad bin Abdillah SAIS di Fes telah memulakan program ini secara rasmi dan mengeluarkan sijil pengiktirafan yang mana mereka telah mengikuti program persiapan bahasa Arab bagi pelajar-pelajar luar di universiti tersebut. Program ini telah diikuti oleh semua pelajar luar dari berbagai negara, seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Turkey. Ini disebabkan oleh  keempat-empat negara ini yang mengirimkan pelajar ke Morocco di bidang Pengajian Islam atau bahasa Arab.

Setelah selasai program, mereka juga mengadakan acara konvokasyen yang dihadiri oleh duta dari keempat-empat negara tersebut sebagai penghormatan kepada pihak universiti dan juga bagi anak-anak naungan mereka.

Untuk mengikuti laporan dari Asia Press, sila baca artikel berbahasa Arab ini.

2 comments:

Unknown said...

U yg lain xde ke klas bhasa arab?
Saya rasa ingin sgt nk duk kelas bhasa arab dulu sblum msuk kuliah..

akitiano said...

Maaf, doa anda belum dimakbulkan. Cubalah sebut benda ni dengan lecturer nanti. Apa2 hal, PMMM mungkin akan mengadakan daurah Nahwu Sorof untuk persiapan student baru. WA...