Tuesday, March 25, 2014

Gambar Kota Septa - Wasilah Pembukaan Andalusia

Pemandangan Kota Septa dari bukit
Kota Septa atau tulisan Spanyolnya "Ceuta" lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Ceuta adalah sebuah eksklaf yang terletak di utara Morocco antara kota Tangier dan kota Tetouan. Kota ini adalah bahagian dari tanah yang dikuasai oleh Kerajaan Spanyol. Kota Ceuta dahulunya adalah sebuah kota pembuka tanah Andalusia. Diceritakan bahawa Tariq bin Ziyad telah menyiapkan tenteranya di tanah Septa ini sebelum menaiki kapal menuju ke sebuah bukit yang menjadi tempat benteng awal askar Islam untuk persiapan ekspansi di selat Iberia dan akhirnya sampai di Ibu Kota Spanyol Toledo atau tidak jauh dari Madrid. Bukit yang dimaksud itu adalah Jabal Thariq atau terkenal dengan Giblatar.

Terlihat Giblatar dari Ceuta


The Royal Walls yang mengabungkan eksklaf Ceuta
Kota ini sejak zaman awal Dinasti Umayyad menguasainya, telah menjadi sejarah penting bagi Barat Islam. Selain daripada pengaruh politik dan geografis, kota ini adalah terkenal sebagai tanah yang telah melahirkan banyak ulama Barat Islam dan Andalus seperti Abu Bakar Ibn al-Arabi seorang ahli fikih dan tafsir mazhab Maliki yang meninggal di Fes; Imam Qadhi Iyadl pengarang kitab sakti dalam sirah Nabi Muhammad SAW yang berjudul al-Shifa yang dikebumikan di Marakesh; Abu al-Abbas al-Sibti seorang ulama sufi besar pada waktu transisi antara Dinasti Murabitin ke Dinasti Muwahidin. Beliau juga dikebumikan di Marakesh.

Ketika terjadinya keruntuhan kekuasaan Islam di Andalusia atau terkenal dengan "Reconquista", maka ketika ini Portugis mengambil kesempatan untuk merampas tanah-tanah jajahan orang Islam di Maghribi yang akhirnya sampai ke Tanah Melaka yang menjadi pusat pemerintahan Islam Melayu di Nusantara. Salah satu dari kota penting yang dikuasai Portugis ketika ini adalah Kota Septa.
Benteng lama di atas bukit Ceuta

Sebuah masjid lama di Ceuta yang telah direnovasi oleh masyarakat muslim
Sayangnya, sehingga kini kota Septa dikuasai oleh pemerintahan bukan Islam iaitu Spanyol. Maka perkembangan Islam juga terhambat sehingga menyebabkan orang Muslim yang tinggal di Septa tidak mendapatkan pendidikan agama Islam yang cukup. Dikatakan kepada penulis, bahawa semua masjid yang ada di kota ini dikelola oleh Kementrian Wakaf Morocco bahagian Tetouan. Semua imam, bilal dan ustaz adalah utusan Kementrian Wakaf Morocco dan dibiayai oleh Kementrian Wakaf Morocco. Bahkan Kementrian Wakaf Morocco juga yang membayar air dan elektrik masjid.

Perkuburan Islam di Ceuta


Sebuah gereja yang pernah diktator Spanyol Francisco berpidato
Permasalahan yang besar juga bagi orang Arab yang tinggal di Septa, adalah ketidak pedulian mereka dengan pendidikan dan perkembangan ekonomi. Bayangkan, Arab Muslim adalah mayoritas penduduk di Septa, akan tetapi mereka adalah paling sedikit yang mendapatkan pendidikan peringkat sarjana muda. Mereka juga adalah golongan termiskin di Septa dibandingkan kaum Nasrani dan Yahudi yang tinggal di Septa. Bahkan, kaum Yahudi adalah kaum yang paling kaya di tanah Septa ini. Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana kerajaan Spanyol tidak menghalang umat Islam di Septa untuk mengamalkan ibadah mereka. Maka usaha paling penting bagi pendakwah dan imam-imam Morocco di tanah Septa adalah agar orang Arab Septa tidak meninggalkan bahasa Arab dan al-Quran, kerana inilah satu-satunya asas Islam yang dapat mengingatkan mereka bahawa mereka adalah Islam. Berbeza dengan beberapa orang Andalusia Islam yang tidak mahu lari ke tanah Morocco ketika terjadi reconquista adalah mereka terpaksa membuang bahasa Arab dan murtad serta menganut agama Kristian Katolik. Tidak sedikit dari mereka adalah dari keturuanan Nabi Muhammad SAW yang berjalur Hasani.
Khutbah Jumaat yang telah disampaikan oleh salah seorang Khatib dari Morocco. Khatib ini bernama Said Azzegaf yang berketurunan Andalusia dari Hadramaut yang sama jalur dengan al-Saqqaf. Beliau bernikah dengan wanita Sunda Indonesia, dan sedang memimpin sebuah pesantren traditional di perbatasan Morocco dan Spanyol. 
Menara masjid Mubarak

Dari sisi tempat pelancongan, Septa boleh dianggap sebagai bandar yang patut untuk diziarahi. Selain daripada posisi eksklaf ini yang strategis dan memiliki pemandangan yang cantik, ia juga penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah yang tidak dapat dinilai. Sebahagian dari bangunan ini dibina oleh kerajaan Islam akan tetapi pemerintahan Ceuta menyatakan bahawa yang membinanya adalah penjajah Portugis. Termasuk yang disayangkan lagi adalah 

Sebahagian perumaham Arab Ceuta

Lighthouse di hujung Ceuta untuk memberi lampu laluan kapal di waktu malam



Masjid Mubarak
Banyak kapal pribadi yang mengelilingi Ceuta untuk bercuti dan menikmati pantai Ceuta yang jernih dan indah

Pelabuhan Ceuta
Appartment penduduk elite di Ceuta, majority yang tinggal di sini adalah orang Yahudi Ceuta yang berasal dari Andalusia dan termasuk yang diusir oleh Kerajaan Spanyol semasa Reconquista

Bukit di bahagian darat Ceuta yang menjadi perbatasan Spanyol dan Morocco. Hampir seluruh bukit ini adalah markaz tentera Spanyol
Salah satu markas dan kem askar Spanyol di Ceuta

Sunday, March 23, 2014

Gambar Peninggalan Sejarah Morocco di Muzium Tetouan

Muzium Loukache di Tetouan adalah satu-satunya muzium yang memamerkan kesan-kesan budaya keislaman atau cara mengamalkan Islam di Morocco. Ia adalah pesantren atau pondok yang dirubah menjadi muzium kerana sudah tidak ada santri yang menuntut di muzium ini. Kerana ketatnya mazhab Maliki juga mazhab-mazhab lain dalam Islam dalam menjaga barang-barang wakaf atau tanah wakaf, maka tentunya pondok ini tidak dapat dijual atau dirubah menjadi fungsi selain tujuan awal wakafnya. Kerana tujuan awal wakafnya untuk pesantren atau pendidikan Islam, maka muzium ini pun direhabilitasi menjadi muzium yang menanyangkan budaya keislaman dan ke pesantrenan Morocco yang sudah wujud sejak abad ke 3 hijriyyah lagi.
Sebuah lukisan ulama Morocco yang mengandung berbagai cerita dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan nama Syamail Muhammadiyyah

Alat untuk mengukur Sha' dan Mud yang terkenal dalam fiqh mazhab Islam untuk mengukur jumlah zakat atau air

Salah satu dari juz kitab Sahih Bukhari yang diwakafkan oleh Sultan Dinasti Alawiyyin. Morocco sejak dahulu terkenal dengan kuat berpegang kepada mazhab Asy'ari dan Maliki, serta menentang mazhab Syi'ah dan Wahabiyyah

Salah satu dari manuscript syarah kepada kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang merupakan karangan Barat Islam

Alat untuk berwudhu' bagi para santri

Manuscript Kitab Mukhtashar Khalil yang terkenal dalam mazhab Maliki sebagai kitaab Furu' yang muktamad. Ibaratnya kitab ini dalam mazhab Syafi'i adalah kitab Fath al-Mu'in. Kitab ini dijadikan panduan seluruh murid mazhab Maliki sehinggakan manuscriptnya terdapat yang dijadikan dalam bentuk kecil untuk mudah dibawa kemana-mana. 

Salah satu manuscript karya ulama Morocco

Batu yang digunakan untuk tayammum. Menuru mazhab Maliki dari qaul mereka yang marjuh (menurut penulis), boleh bertayamum walau tidak ada debu asalkan dari bahan yang alami

Sebuah satir yang diletak dimasjid untuk menutup tempat ibadah para Raja dan Sultan Morocco

Kursi yang diletak di masjid untuk para ulama mengajar murid-murid mereka

Sutrah atau batasan solat yang digunakan untuk mendirikan jamaah agar tidak menganggu orang yang hendak melawati orang yang sedang solat

Salah satu dari pintu masjid. Masjid di Morocco terkenal dengan ukirannya yang sangat cantik. Bayangkan kalau tukang ukir Morocco dapat dibawa ke Malaysia dan mengajarkan ilmu ini kepada rakyat nusantara

Minbar Jumaat di Masjid.

Tongkat yang digunakan para khatib ketika menyampaikan khutbah Jumaat.

Sebuh gambar dari Manucript yang menunjukkan bagaimana engineer Morocco melukis skematik air untuk jadi air pancuran bagi berwudu' di masjid-masjid Morocco.

Air tersebut akan pancut di tempat ini untuk dijadikan tempat berwudu' masyarakat

Ini adalah badge para nazir di Masjid Qarawiyyin, menunjukkan bahawa mereka adalah penjaga rasmi masjid yang diangkat oleh kerajaan

Buku daftar yang menuliskan bahagian-bahagian masjid Qarawiyyin yang sudah diwakafkan. Morocco sejak dahulu sangat tertib dalam administrasi untuk menjaga dokumen kerajaan.

Kunci-kunci masjid

Mangga kunci pintu Masjid Qarawiyyin

Khitab Raja yang mengatakan status sesuatu tanah atau bangunan sebagai wakaf

Alat menulis para santri di Morocco dan Barat Islam. Alat-alat ini sampai sekarang masih digunakan di pondok-pondok tradisional atau terkenal dengan istilah Madrasah Atiqah. Di Morocco pondok modern tidak dapat mencetak ulama seperti mana pondok tradisional

Contoh Lawh atau papan yang digunakan para santri untuk menulis, lalu dihafalkan, setelah itu dipadam. Bagi lawh yg ini tertulis ayat-ayat al-Quran yang sedang dihafalkan oleh para hufadz

Sebuah gambar yang dilestarikan bagaimana ulama Morocco mendidik santri untuk menjadi ulama. Tidak heranlah Morocco sejak dahulu terkenal mencetak ulama agung.

Gambar seorang faqih Qarawiyyin yang sedah mentelaah kitab

Tikar para santri. Dahulu santri hidup susah, akan tetapi yang jadi ulama banyak dan tiada tandingannya. Sekarang santri penuh dengan fasilitas, akan tetapi membuat mereka semakin manja, dan kurang peka dibanding ulama dahulu. Maka benarlah kata-kata ulama, bahawa syarat menuntut ilmu adalah dengan merasakan kesusahan.

Salah satu Lawh yg ditulis kitab untuk dihafalkan.

Lampu lilin untuk dijadikan cahaya waktu malam ketika memutalaah. Kita sekarang dah ada lampu, justru tidur banyak waktu malam, atau membazir waktu dengan bersembang atau buat benda-benda yang tak ada faedah

Gambar bagaimana keadaan pesantren di Morocco satu waktu dahulu

Tasbih

Ini adalah Astrolab atau alat untuk mengukur falak dalam menentukan tarikh dan waktu. Ulama dahulu terpaksa menjadi alim falak demi mengetahui waktu solat dan tarikh untuk beribadah. Sekarang umat hanya perlu satu atau dua ustaz untuk mengetahui ilmu falak. Yang lain taklid buta dengan jam dan tarikh elektrionik. Sudah waktunya ilmu falak diajarkan di semua pondok tradisional

Ini adalah contoh gambar dalam bilik Dar Maqwaqit atau bilik waktu, yang terdapat sebelah masjid Qarawiyyin untuk menentukan waktu solat

Rubu' Mujayyab Barat Islam. Di Nusantara, santri pondok tradisional masih mengunakan rubu' ini tapi yang terbuat dari kayu. Sedangkan di Morocco dahulu sudah dibuat dalam bentuk tembaga agar lebih kuat dan tidak rusak tulisannya.

Contoh Rubu mujayyab

Astrolab Falak


Jadual bagaimana perpecahan tarikat-tarikat sufi di Morocco. Di Morocco tarikat dilindungi oleh raja. Kalau di Malaysia, tarikat dimusuhi oleh sebahagian institusi kerajaan. Seharusnya kerajaan Malaysia meniru sikap Kerajaan Morocco yang berusaha menjaga tarikat. Ketika ada guru tarikat yang tidak sesuai syariat, maka sebaiknya diarahkan kepada jalan yang benar dahulu, bukan langsung disesatkan.

Manuscript Kitab Dalail al-Khayrat yang dikarang ulama Morocco bernama Imam Sulayman al-Jazuli. Kitab ini diamalkan sampai di Nusantara. Di Morocco cucu Imam Jazuli masih hidup dan membaca kitab ini secara berjamaah di Fes. Syeikh Hamzah Yusuf selalu menziarahinya di Fes dan bahkan tinggal bersamanya. Kalau Wahabi nampak kitab ni langsung nak bakar. Padahal ulama sejak dahulu tak ada masalah sama sekali, sampailah munculnya Muhammad bin Abdil Wahhab di Najd yang terkenal dengan tanduk Syaitan dalam hadis Bukhari

Tasbih. Ulama Wahabi kata ini bid'ah. Imam Suyuthi kata ia sunnah,


Salah satu manuscript

Salah satu manuscript

Manuscript kitab dukun. Atas tersebut adalah rajah untuk membuat azimat bagi memudahkan melahirkan anak. Ulama dahulu tak ada masalah dengan perdukunan selagi menetapi syarat-syaratnya. Orang sekarang terlebih paranoid dengan kesyirikan.

Manuscript al-Syifa' karangan Imam Qadhi Iyadl, ulama Morocco. Dalam kitab ini ada riwayat yang daif, menceritakan bahawa Imam Malik menyuruh untuk menghadap kubur nabi ketika bertawassul.



Katil yang ada lubang untuk digunakan mandikan mayat

Alat untuk angkat jenazah

Lawh yang diletakkan benang untuk tukang tulis manuscript agar dia tulis lurus. 

Sebuah bekas untuk menyimpan dokumen-dokumen penting seperti akad nikah atau akad wakaf dan lain-lain.

Surat nikah yang ditulis atas kayu

Daftar wakaf

Ini gambar perempuan Morocco ketika akan bernikah. Boleh nampak di gambar ini, perempuan dulu kawin ketika umur masih belas-belas. Sekarang di Morocco perempuan susah nak kawin muda sebab nak tunggu laki dah ada rumah dan kereta. Apa yang jadi, banyaklah maksiat dan zina berleluasa.

Alat untuk mengangkat perempuan yang akan bernikah