|
Pemandangan Kota Septa dari bukit |
Kota Septa atau tulisan Spanyolnya "Ceuta" lihat:
http://en.wikipedia.org/wiki/Ceuta adalah sebuah eksklaf yang terletak di utara Morocco antara kota Tangier dan kota Tetouan. Kota ini adalah bahagian dari tanah yang dikuasai oleh Kerajaan Spanyol. Kota Ceuta dahulunya adalah sebuah kota pembuka tanah Andalusia. Diceritakan bahawa Tariq bin Ziyad telah menyiapkan tenteranya di tanah Septa ini sebelum menaiki kapal menuju ke sebuah bukit yang menjadi tempat benteng awal askar Islam untuk persiapan ekspansi di selat Iberia dan akhirnya sampai di Ibu Kota Spanyol Toledo atau tidak jauh dari Madrid. Bukit yang dimaksud itu adalah Jabal Thariq atau terkenal dengan Giblatar.
|
Terlihat Giblatar dari Ceuta |
|
The Royal Walls yang mengabungkan eksklaf Ceuta |
Kota ini sejak zaman awal Dinasti Umayyad menguasainya, telah menjadi sejarah penting bagi Barat Islam. Selain daripada pengaruh politik dan geografis, kota ini adalah terkenal sebagai tanah yang telah melahirkan banyak ulama Barat Islam dan Andalus seperti Abu Bakar Ibn al-Arabi seorang ahli fikih dan tafsir mazhab Maliki yang meninggal di Fes; Imam Qadhi Iyadl pengarang kitab sakti dalam sirah Nabi Muhammad SAW yang berjudul al-Shifa yang dikebumikan di Marakesh; Abu al-Abbas al-Sibti seorang ulama sufi besar pada waktu transisi antara Dinasti Murabitin ke Dinasti Muwahidin. Beliau juga dikebumikan di Marakesh.
Ketika terjadinya keruntuhan kekuasaan Islam di Andalusia atau terkenal dengan
"Reconquista", maka ketika ini Portugis mengambil kesempatan untuk merampas tanah-tanah jajahan orang Islam di Maghribi yang akhirnya sampai ke Tanah Melaka yang menjadi pusat pemerintahan Islam Melayu di Nusantara. Salah satu dari kota penting yang dikuasai Portugis ketika ini adalah Kota Septa.
|
Benteng lama di atas bukit Ceuta |
|
Sebuah masjid lama di Ceuta yang telah direnovasi oleh masyarakat muslim |
Sayangnya, sehingga kini kota Septa dikuasai oleh pemerintahan bukan Islam iaitu Spanyol. Maka perkembangan Islam juga terhambat sehingga menyebabkan orang Muslim yang tinggal di Septa tidak mendapatkan pendidikan agama Islam yang cukup. Dikatakan kepada penulis, bahawa semua masjid yang ada di kota ini dikelola oleh Kementrian Wakaf Morocco bahagian Tetouan. Semua imam, bilal dan ustaz adalah utusan Kementrian Wakaf Morocco dan dibiayai oleh Kementrian Wakaf Morocco. Bahkan Kementrian Wakaf Morocco juga yang membayar air dan elektrik masjid.
|
Perkuburan Islam di Ceuta |
|
Sebuah gereja yang pernah diktator Spanyol Francisco berpidato |
Permasalahan yang besar juga bagi orang Arab yang tinggal di Septa, adalah ketidak pedulian mereka dengan pendidikan dan perkembangan ekonomi. Bayangkan, Arab Muslim adalah mayoritas penduduk di Septa, akan tetapi mereka adalah paling sedikit yang mendapatkan pendidikan peringkat sarjana muda. Mereka juga adalah golongan termiskin di Septa dibandingkan kaum Nasrani dan Yahudi yang tinggal di Septa. Bahkan, kaum Yahudi adalah kaum yang paling kaya di tanah Septa ini. Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana kerajaan Spanyol tidak menghalang umat Islam di Septa untuk mengamalkan ibadah mereka. Maka usaha paling penting bagi pendakwah dan imam-imam Morocco di tanah Septa adalah agar orang Arab Septa tidak meninggalkan bahasa Arab dan al-Quran, kerana inilah satu-satunya asas Islam yang dapat mengingatkan mereka bahawa mereka adalah Islam. Berbeza dengan beberapa orang Andalusia Islam yang tidak mahu lari ke tanah Morocco ketika terjadi reconquista adalah mereka terpaksa membuang bahasa Arab dan murtad serta menganut agama Kristian Katolik. Tidak sedikit dari mereka adalah dari keturuanan Nabi Muhammad SAW yang berjalur Hasani.
|
Khutbah Jumaat yang telah disampaikan oleh salah seorang Khatib dari Morocco. Khatib ini bernama Said Azzegaf yang berketurunan Andalusia dari Hadramaut yang sama jalur dengan al-Saqqaf. Beliau bernikah dengan wanita Sunda Indonesia, dan sedang memimpin sebuah pesantren traditional di perbatasan Morocco dan Spanyol. |
|
Menara masjid Mubarak |
Dari sisi tempat pelancongan, Septa boleh dianggap sebagai bandar yang patut untuk diziarahi. Selain daripada posisi eksklaf ini yang strategis dan memiliki pemandangan yang cantik, ia juga penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah yang tidak dapat dinilai. Sebahagian dari bangunan ini dibina oleh kerajaan Islam akan tetapi pemerintahan Ceuta menyatakan bahawa yang membinanya adalah penjajah Portugis. Termasuk yang disayangkan lagi adalah
|
Sebahagian perumaham Arab Ceuta |
|
Lighthouse di hujung Ceuta untuk memberi lampu laluan kapal di waktu malam |
|
Masjid Mubarak |
|
Banyak kapal pribadi yang mengelilingi Ceuta untuk bercuti dan menikmati pantai Ceuta yang jernih dan indah |
|
Pelabuhan Ceuta |
|
Appartment penduduk elite di Ceuta, majority yang tinggal di sini adalah orang Yahudi Ceuta yang berasal dari Andalusia dan termasuk yang diusir oleh Kerajaan Spanyol semasa Reconquista |
|
Bukit di bahagian darat Ceuta yang menjadi perbatasan Spanyol dan Morocco. Hampir seluruh bukit ini adalah markaz tentera Spanyol |
|
Salah satu markas dan kem askar Spanyol di Ceuta |
No comments:
Post a Comment