Muzium Loukache di Tetouan adalah satu-satunya muzium yang memamerkan kesan-kesan budaya keislaman atau cara mengamalkan Islam di Morocco. Ia adalah pesantren atau pondok yang dirubah menjadi muzium kerana sudah tidak ada santri yang menuntut di muzium ini. Kerana ketatnya mazhab Maliki juga mazhab-mazhab lain dalam Islam dalam menjaga barang-barang wakaf atau tanah wakaf, maka tentunya pondok ini tidak dapat dijual atau dirubah menjadi fungsi selain tujuan awal wakafnya. Kerana tujuan awal wakafnya untuk pesantren atau pendidikan Islam, maka muzium ini pun direhabilitasi menjadi muzium yang menanyangkan budaya keislaman dan ke pesantrenan Morocco yang sudah wujud sejak abad ke 3 hijriyyah lagi.
|
Sebuah lukisan ulama Morocco yang mengandung berbagai cerita dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan nama Syamail Muhammadiyyah |
|
Alat untuk mengukur Sha' dan Mud yang terkenal dalam fiqh mazhab Islam untuk mengukur jumlah zakat atau air |
|
Salah satu dari juz kitab Sahih Bukhari yang diwakafkan oleh Sultan Dinasti Alawiyyin. Morocco sejak dahulu terkenal dengan kuat berpegang kepada mazhab Asy'ari dan Maliki, serta menentang mazhab Syi'ah dan Wahabiyyah |
|
Salah satu dari manuscript syarah kepada kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang merupakan karangan Barat Islam |
|
Alat untuk berwudhu' bagi para santri |
|
Manuscript Kitab Mukhtashar Khalil yang terkenal dalam mazhab Maliki sebagai kitaab Furu' yang muktamad. Ibaratnya kitab ini dalam mazhab Syafi'i adalah kitab Fath al-Mu'in. Kitab ini dijadikan panduan seluruh murid mazhab Maliki sehinggakan manuscriptnya terdapat yang dijadikan dalam bentuk kecil untuk mudah dibawa kemana-mana. |
|
Salah satu manuscript karya ulama Morocco |
|
Batu yang digunakan untuk tayammum. Menuru mazhab Maliki dari qaul mereka yang marjuh (menurut penulis), boleh bertayamum walau tidak ada debu asalkan dari bahan yang alami |
|
Sebuah satir yang diletak dimasjid untuk menutup tempat ibadah para Raja dan Sultan Morocco |
|
Kursi yang diletak di masjid untuk para ulama mengajar murid-murid mereka |
|
Sutrah atau batasan solat yang digunakan untuk mendirikan jamaah agar tidak menganggu orang yang hendak melawati orang yang sedang solat |
|
Salah satu dari pintu masjid. Masjid di Morocco terkenal dengan ukirannya yang sangat cantik. Bayangkan kalau tukang ukir Morocco dapat dibawa ke Malaysia dan mengajarkan ilmu ini kepada rakyat nusantara |
|
Minbar Jumaat di Masjid. |
|
Tongkat yang digunakan para khatib ketika menyampaikan khutbah Jumaat. |
|
Sebuh gambar dari Manucript yang menunjukkan bagaimana engineer Morocco melukis skematik air untuk jadi air pancuran bagi berwudu' di masjid-masjid Morocco. |
|
Air tersebut akan pancut di tempat ini untuk dijadikan tempat berwudu' masyarakat |
|
Ini adalah badge para nazir di Masjid Qarawiyyin, menunjukkan bahawa mereka adalah penjaga rasmi masjid yang diangkat oleh kerajaan |
|
Buku daftar yang menuliskan bahagian-bahagian masjid Qarawiyyin yang sudah diwakafkan. Morocco sejak dahulu sangat tertib dalam administrasi untuk menjaga dokumen kerajaan. |
|
Kunci-kunci masjid |
|
Mangga kunci pintu Masjid Qarawiyyin |
|
Khitab Raja yang mengatakan status sesuatu tanah atau bangunan sebagai wakaf |
|
Alat menulis para santri di Morocco dan Barat Islam. Alat-alat ini sampai sekarang masih digunakan di pondok-pondok tradisional atau terkenal dengan istilah Madrasah Atiqah. Di Morocco pondok modern tidak dapat mencetak ulama seperti mana pondok tradisional |
|
Contoh Lawh atau papan yang digunakan para santri untuk menulis, lalu dihafalkan, setelah itu dipadam. Bagi lawh yg ini tertulis ayat-ayat al-Quran yang sedang dihafalkan oleh para hufadz |
|
Sebuah gambar yang dilestarikan bagaimana ulama Morocco mendidik santri untuk menjadi ulama. Tidak heranlah Morocco sejak dahulu terkenal mencetak ulama agung. |
|
Gambar seorang faqih Qarawiyyin yang sedah mentelaah kitab |
|
Tikar para santri. Dahulu santri hidup susah, akan tetapi yang jadi ulama banyak dan tiada tandingannya. Sekarang santri penuh dengan fasilitas, akan tetapi membuat mereka semakin manja, dan kurang peka dibanding ulama dahulu. Maka benarlah kata-kata ulama, bahawa syarat menuntut ilmu adalah dengan merasakan kesusahan. |
|
Salah satu Lawh yg ditulis kitab untuk dihafalkan. |
|
Lampu lilin untuk dijadikan cahaya waktu malam ketika memutalaah. Kita sekarang dah ada lampu, justru tidur banyak waktu malam, atau membazir waktu dengan bersembang atau buat benda-benda yang tak ada faedah |
|
Gambar bagaimana keadaan pesantren di Morocco satu waktu dahulu |
|
Tasbih |
|
Ini adalah Astrolab atau alat untuk mengukur falak dalam menentukan tarikh dan waktu. Ulama dahulu terpaksa menjadi alim falak demi mengetahui waktu solat dan tarikh untuk beribadah. Sekarang umat hanya perlu satu atau dua ustaz untuk mengetahui ilmu falak. Yang lain taklid buta dengan jam dan tarikh elektrionik. Sudah waktunya ilmu falak diajarkan di semua pondok tradisional |
|
Ini adalah contoh gambar dalam bilik Dar Maqwaqit atau bilik waktu, yang terdapat sebelah masjid Qarawiyyin untuk menentukan waktu solat |
|
Rubu' Mujayyab Barat Islam. Di Nusantara, santri pondok tradisional masih mengunakan rubu' ini tapi yang terbuat dari kayu. Sedangkan di Morocco dahulu sudah dibuat dalam bentuk tembaga agar lebih kuat dan tidak rusak tulisannya. |
|
Contoh Rubu mujayyab |
|
Astrolab Falak |
|
Jadual bagaimana perpecahan tarikat-tarikat sufi di Morocco. Di Morocco tarikat dilindungi oleh raja. Kalau di Malaysia, tarikat dimusuhi oleh sebahagian institusi kerajaan. Seharusnya kerajaan Malaysia meniru sikap Kerajaan Morocco yang berusaha menjaga tarikat. Ketika ada guru tarikat yang tidak sesuai syariat, maka sebaiknya diarahkan kepada jalan yang benar dahulu, bukan langsung disesatkan. |
|
Manuscript Kitab Dalail al-Khayrat yang dikarang ulama Morocco bernama Imam Sulayman al-Jazuli. Kitab ini diamalkan sampai di Nusantara. Di Morocco cucu Imam Jazuli masih hidup dan membaca kitab ini secara berjamaah di Fes. Syeikh Hamzah Yusuf selalu menziarahinya di Fes dan bahkan tinggal bersamanya. Kalau Wahabi nampak kitab ni langsung nak bakar. Padahal ulama sejak dahulu tak ada masalah sama sekali, sampailah munculnya Muhammad bin Abdil Wahhab di Najd yang terkenal dengan tanduk Syaitan dalam hadis Bukhari |
|
Tasbih. Ulama Wahabi kata ini bid'ah. Imam Suyuthi kata ia sunnah, |
|
Salah satu manuscript |
|
Salah satu manuscript |
|
Manuscript kitab dukun. Atas tersebut adalah rajah untuk membuat azimat bagi memudahkan melahirkan anak. Ulama dahulu tak ada masalah dengan perdukunan selagi menetapi syarat-syaratnya. Orang sekarang terlebih paranoid dengan kesyirikan. |
|
Manuscript al-Syifa' karangan Imam Qadhi Iyadl, ulama Morocco. Dalam kitab ini ada riwayat yang daif, menceritakan bahawa Imam Malik menyuruh untuk menghadap kubur nabi ketika bertawassul.
|
|
Katil yang ada lubang untuk digunakan mandikan mayat |
|
Alat untuk angkat jenazah |
|
Lawh yang diletakkan benang untuk tukang tulis manuscript agar dia tulis lurus. |
|
Sebuah bekas untuk menyimpan dokumen-dokumen penting seperti akad nikah atau akad wakaf dan lain-lain. |
|
Surat nikah yang ditulis atas kayu |
|
Daftar wakaf |
|
Ini gambar perempuan Morocco ketika akan bernikah. Boleh nampak di gambar ini, perempuan dulu kawin ketika umur masih belas-belas. Sekarang di Morocco perempuan susah nak kawin muda sebab nak tunggu laki dah ada rumah dan kereta. Apa yang jadi, banyaklah maksiat dan zina berleluasa. |
|
Alat untuk mengangkat perempuan yang akan bernikah |
No comments:
Post a Comment