Tanah Maghrib, adalah tanah yang penuh berkat. Di sinilah muncul alim-ulama yang karya mereka digunakan oleh seluruh umat Islam di dunia, seperti al-Ajurumiyyah, dan lain-lain. Walaupun jauh dari Mekkah dan Madinah sebagai pusat lahirnya Islam, ia tidak melemahkan semangat ulama di tanah 1000 tembok ini. Kalau Baghdad terkenal dengan pusat lahirnya mazhab Hanafi yang menolak hadis ahad kerana jauh dari Hijaz dan dikhawatirkan terjadi tadlis pada sumber kedua Islam tersebut, maka berbeza dengan Maghribi. Di Maghribi ini, selain terkenal dengan mazhab Maliki dalam fiqh-nya, mereka juga terkenal sebagai pusat lahirnya ulama-ulama hadis @ muhadditsin. Sebut sahaja Ibn Hazm, Ibn Zamanin, Abd al-Barr, Ibn al-Qatthan, keluarga al-Kattani, dan lain-lain. Tidak terlupakan, keluarga al-Ghumari yang dikenal sebagai Sadah al-Gumariyyin. Salah seorang murid keluarga al-Ghumari yang masih hidup, adalah al-Syaikh al-Muhaddits Abu al-Futuh Abdullah bin Abd al-Qadir al-Talidi al-Hasani al-Thanji. (Untuk mengetahui biografi beliau dapat membacanya di sini http://akitiano.blogspot.com/2013/03/biografi-syaikhi-al-muhaddits-abdullah.html).
Maqam keluarga Bin Siddiq al-Ghumari di Zawiyah al-Ghumariyyah |
Beliau adalah salah satu dari Muhaddits Sufi yang terkenal di dunia hadis pada zaman sekarang. Dengan umur yg sudah melebihi 80 tahun, semangat dan usaha keras untuk berdakwah, mengajar, mengimami solat, mengimami wirid setiap Subuh, bahkan berqasidah pada malam Jumaat. Karya beliau saja sudah mencecah angka lebih dari 30 buah. Salah satu karya terkenal adalah Bidayat al-Wusul yang berjumlah 12 jilid. Beliau adalah ulama Tanjah @ Tangier Morocco dan diiktiraf dunia. Salah seorang Muhaddits di Mesir yaitu Syaikh Sa'id Mamduh (Penulis kitab Raf' al-Manarah fi Takhrij Ahadits al-Tawasul yaitu sebuah kitab yang menuangkan pandangan ilmiah tentang sahihnya hadis-hadis tawassul dan ziarah kubur serta beristighasah) selalu menziarahi beliau.
Beliau memiliki madrasah atiqah (pondok pesantren) yang bernama Ma'had al-Imam Ibn al-Qatthan yang terletak di kota Tangier @ Tanjah. Sayangnya, kerana faktor sistem pendidikan modern, yang mana tidak mengiktiraf pendidikan selain yang terdaftar oleh kerajaan, maka pelajar yang mulanya berjumlah 200 lebih merosot menjadi hanya 50 pelajar. Walaubagaimanapun, ia tidak mengurangkan kualitas dan keistiqamahan para pelajarnya.
SISTEM BELAJAR
Di Madrasah ini, al-Qur'an menjadi priority pertama. Semua pelajar wajib menghafal al-Qur'an. Oleh sebab itu, majority pelajar adalah berumur belasan. Sistem menghafal adalah memakai sistem khas Maghribi yaitu dengan memakai luh @ papan dan ditulis ayat-syat sufi di atasnya. Walaubagaimanapun, pelajaran lain tetap disediakan. Sedangkan Syaikh al-Talidi akan mengajar beberapa kitab penting seperti Sahih Bukhari, Muslim, Bidayah al-Wusul dan lain-lain.
Madrasahnya yang juga dipanggil Zawiyah al-Talidi, juga menjadi pusat zawiyah sufiyyah di daerahnya yaitu Marshan. Setiap pagi, wiridan hizib-hizib seperti hizib Siddiqiyyah, hizib Masyisyiyyah, hizib Nawawi, hizib Bahr al-Syadzili, dan lain-lain dengan istiqamah dibacakan setelah subuh. Pada malam Jumaat pula, jamaah dari berbagai kampung akan datang untuk berqasidah al-Burdah dan berzikir.
Sesuatu yang menarik di madrasah ini adalah segala pengajian tidak ditarik yuran apapun @ percuma @ gratis. Oleh itu, pada dasarnya madrasah ini terbuka kepada semua lelaki dari darah apapun itu.
Bagi antum-antum yang berasal dari Malaysia, ana mencadangkan kalau ada anak yang masih muda, ingin dimasukkan ke ma'ahad tahfiz, bolehlah memasukkan mereka ke madrasah ini. Selain agar dapat menghafal al-Qur'an dengan gaya Maghribi, dapat melancarkan percakapan bahasa Arab serta membantu Ahli Sunnah Wal Jama'ah di bandar perbatasan dengan Spanyol ini.
VISA BELAJAR
Setiap pelawat yang ingin masuk ke Morocco, wajib memiliki visa yang dibuat di Kedutaan Morocco di luar negara. Ini adalah salah satu perkara yang memalukan kerajaan kita (Malaysia) kerana orang Morocco yang ingin masuk ke Malaysia tidak memerlukan visa, dan mereka boleh tinggal di Malaysia selama 3 bulan percuma. Sedangkan bagi warga negara Indonesia (WNI) tidak memerlukan visa untuk masuk Morocco.
Kapal Ferry ke Spain |
Biasanya, visa sosial budaya boleh didapatkan di kedutaan dengan menunjukkan Syahadah Tasjil (surat penerimaan pelajar) dari institusi terkait dan calon pelajar akan mendapatkan visa 3 bulan. Lalu mereka boleh membuat Bithaqah Wathaniyyah @ Kad Pengenalan Morocco untuk palajar asing.
Disebabkan faktor tidak adanya kerja sama antara Madrasah Ibn al-Qathan dengan mana-mana institusi rasmi di Malaysia, maka mereka tidak mampu mengeluarkan Syahadah Tasjil kepada mana-mana pelajar kecuali setelah menjumpai langsung pelajar tersebut di Madrasah.
Oleh itu, semua calon pelajar yang ingin masuk di Madrasah ini, penulis mencadangkan agar memohon visa melancong ke Morocco dengan tujuan pelancong bukan belajar. Mungkin ini akan mengambil biaya sedikit, kerana ia memerlukan tiket pergi-balik.