Saturday, August 9, 2014

Dengarlah Bagaimana Ahbash Menyerang Ulama Ahli Sunnah Sendiri!

Dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berhati-hati dalam mengkafirkan, dan membina manhaj kita dengan manhaj wasatiy, membuka hiwar dan kebebasan berfikir dengan hujjah, serta bertoleransi dengan khilaf-khilaf mazhab, maupun furu' akidah. Selagi seseorang itu solat menghadap ka'bah, dan mengucapkan 2 kalimah syahadah, maka ia adalah muslim, haram bagi kita akan darahnya, hartanya, dan kehormatannya!

Yang peliknya, ada kelompok dari Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang beraliran Asy'ari telah menjadi syadid sampai dengan mudah mengkafirkan ulama lain. Kelompok ini terkenal dengan istilah Ahbash, dan mereka juga tidak malu untuk menamakan diri mereka dengan Ahbash. Sesungguhnya, mereka masih dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti banyak guru penulis sendiri mengukuhkannya, hanya sahaja; wajib bagi penulis menunjukkan bahayanya kelompok ini kalau tidak dijelaskan dimanakah pemikiran mereka yang terpeleset @ tersalah.



Dalam video yang dimuat di youtube ini, sangat jelas ia adalah kalam dari kelompok Ahbash, kerana ia adalah seperti nukilan-nukilan yang masyhur disebutkan di dalam ruang pengajian Ahbash sendiri. Seperti misal, ketika penulis masih di Indonesia, kelompok Ahbash atau di sana yang terkenal dengan Syabab Ahli Sunnah @ SYAHAMAH selalu menukilkan kata-kata yang disebut oleh guru-guru mereka di Jakarta, bahawa Syaikh Abdullah al-Harari tegas menolak beberapa pendapat Sayyid Muhammad seperti dalam Mafahim Yajib an Tushahah. Bahkan kadang kala terkeluar dari murid-muridnya kekecewaan ketika kebanyakan pondok-pondok Nahdlatul Ulama memilih Sayyid Muhammad Alawy al-Maliki sebagai tokoh karismatik atau bahkan tolak ukur antara hak dan batil. Bagi mereka, Syaikh mereka Abdullah al-Harari telah menolak Sayyid Muhammmad Alawy dalam beberapa hal penting, salah satunya isu meletakkan laqab Syaikh al-Islam pada Ibn Taimiyyah, dan yang kedua adalah tidak mengkafirkan secara mutlak bagi orang yang melafazkan kalimat kufur dalam keadaan sengaja walaupun hatinya sebenarnya tidak beri'tikad seperti itu. Katahuilah: Sayyid Muhammad Alawy al-Maliki sendiri membela pendapat tidak terkafirnya secara langsung orang yang melafazkan kalimat kufur dalam sengaja kalau ia tidak beri'tiqad seperti itu (Lihat karangan beliau: al-Tahzir min al-Mujzafah bi al-Takfir).

Yang menariknya - mungkin disebabkan oleh di Indonesia Nahdlatul Ulama menjadikan Sayyid Muhammad Alawy sebagai ulama karismatik NU - maka kelompok Ahbash di Indonesia selalu sebut bahawa Syaikh Abdullah al-Harari tidak mengradd Sayyid Muhammad dengan namanya, tapi hanya memberi isyarah dengan istilah "Shahib al-Mafahim" sebab alasannya ayah Sayyid Muhammad iaitu Sayyid Alawy adalag guru Abdullah al-Harari.

Ini belum lagi kalau dinukilkan qaul-qaul Ahbash yang mengkafirkan banyak ulama lain. Apa-apa pun, penulis berpendapat bahawa mereka masih Ahli Sunnah Wal Jamaah, akan tetapi hanya bersikap Ghulwu dan terlalu syadid pada tempat yang salah. Ini adalah apa yang penulis nukil dari Syaikh Yusuf Bakhour al-Hasani sewaktu penulis bersamanya di Darul Hasani. Semoga kita dapat menimbang mana yang baik, mana yang buruk, mengambil yang jernih, membuang yang keruh. Semoga keluarga besar Ahli Sunnah Wal Jamaah, al-Asyairah dan al-Maturidiyyah tetap dalam kerukunan dan menghiasi akhlak mereka sesuai dengan akhlak kaum sufi. Wallahu a'lam!

2 comments:

habib said...

nice one...nnt boleh teruskan penulisan2 begini..

akitiano said...

Ana sedih ada orang hantar msg, bagitau kalau ana tadlis kata2 Sayyid Muhammad.

Masalah kalau ada orang tersebut kalimah kufur tapi dia tak iktiqad padanya, tidak sepatutnya langsung dihukum kafir. Ini seperti yang dibaca oleh Ahbash tersebut dari kitab Tahzir tadi. Ini nass nya:

فلا بد من شرح الصدر بالكفر وطمأنينة القلب وسكون النفس إليه، فلا اعتبار بما يقع من طوارق عقائد الشرك لا سيما مع الجهل بمخالفتها لطريقة الإسلام ولا اعتبار بصدور فعل كفري لم يرد فاعله الخروج عن الإسلام إلى ملة الكفر ولا اعتبار بلفظ يتلفظ به المسلم يدل على الكفر ولا يعتقده معناه

Page 38

Apakah ana salah terjmahkan?? Ana hanya beri contoh, yang mana isu ini adalah khilaf furu' akidah, tak perlulah terlalu kuat nak lawan dan ngotot kafir2 kan ulama macam al-Buti, dan lain2. Wallahu A'lam.