al-Hafiz al-Mujtahid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari RH, telah mendendangkan 6 rangkap bayt syair Arab yang sangat berharga untuk para penuntut ilmu:
إن كان بحث في فروع شريعة # فاحذر من التأثيم والتضليل
إذ كل فرع ليس يبلغ رتبة # في الجزم كالتوحيد والتنزيل
والفقه علم غامض وبحوثه # تحتاج للتنظير والتعليل
فإذا أصبت فأنت جد موفق # أو لا، فلا تفزع إلى التهويل
ودع الغلو مع الغرور بجانب # واجنح لحسن القول والتأويل
لا شيء ينفع في العلوم كحجة # مدعومة بقواعد وأصول
Seumpama kajian tentang cabang-cabang syariat, maka jaga-jagalah dari menuduh dosa dan menyesatkan.
Kerana setiap cabang tidaklah sampai pada derajat yang dipastikan seperti tauhid dan al-Qur'an.
Fiqh adalah ilmu yang misteri dan pengkajiaannya memerlukan kepada penalaran dan kajian illat hukum.
Seumpama engkau benar, maka engkau adalah yang sungguh-sungguh dan diberi petunjuk, seumpama tidak; maka janganlah engkau panic sampai terintimidasi.
Tinggalkanlah sifat berlebihan serta penipuan di satu sisi, dan berpihaklah kepada pendapat dan tafsiran ulama yang baik.
Tiada satupun yang dapat memberi manfaat kepada ilmu selain hujjah yang didukung oleh kaedah-kaedah dan usul-usul fiqh.
Dinukil dari: al-Ra'yu al-Qawim fi Wujub Itmam al-Musafir Khalfa al-Muqim, 5.
No comments:
Post a Comment