Wednesday, May 28, 2014

Bayt Syair Nasihat kepada Penuntut Ilmu oleh al-Hafiz Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari

al-Hafiz al-Mujtahid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari RH, telah mendendangkan 6 rangkap bayt syair Arab yang sangat berharga untuk para penuntut ilmu:

إن كان بحث في فروع شريعة # فاحذر من التأثيم والتضليل
إذ كل فرع ليس يبلغ رتبة # في الجزم  كالتوحيد والتنزيل
والفقه علم غامض وبحوثه # تحتاج للتنظير والتعليل
فإذا أصبت فأنت جد موفق # أو لا، فلا تفزع إلى التهويل
ودع الغلو مع الغرور بجانب # واجنح لحسن القول والتأويل
لا شيء ينفع في العلوم كحجة # مدعومة بقواعد وأصول

Seumpama kajian tentang cabang-cabang syariat, maka jaga-jagalah dari menuduh dosa dan menyesatkan.
Kerana setiap cabang tidaklah sampai pada derajat yang dipastikan seperti tauhid dan al-Qur'an.
Fiqh adalah ilmu yang misteri dan pengkajiaannya memerlukan kepada penalaran dan kajian illat hukum.
Seumpama engkau benar, maka engkau adalah yang sungguh-sungguh dan diberi petunjuk, seumpama tidak; maka janganlah engkau panic sampai terintimidasi.
Tinggalkanlah sifat berlebihan serta penipuan di satu sisi, dan berpihaklah kepada pendapat dan tafsiran ulama yang baik.
Tiada satupun yang dapat memberi manfaat kepada ilmu selain hujjah yang didukung oleh kaedah-kaedah dan usul-usul fiqh.

Dinukil dari: al-Ra'yu al-Qawim fi Wujub Itmam al-Musafir Khalfa al-Muqim, 5.

Wednesday, May 7, 2014

Telah Wafat Guru Agung Mawlana Shaikh Nazim al-Haqqani Pada Usia ke-92

Mawlana Shaikh Nazim al-Haqqani bersama Habib Ali al-Jefri
Hari ini, Rabu 7 Mei 2014 atau bersamaan dengan 7 Rajab 1435 H, telah wafat seorang Guru Besar dalam ilmu tarikat sufi, iaitu Mawlana Shaikh Nazim al-Haqqani al-Qubrushi. Beliau adalah mursyid Tarikat Naqshabandiyyah Aliyyah yang ke-40 mengikut jalur guru beliau Shaikh Abdullah Faiz al-Daghestani RH. Tarikat ini adalah sejalur dengan tarikat pengarang kitab Tanwir al-Qulub iaitu Amin al-Kurdi.

Mawlana Shaikh Nazim terkenal dengan dakwahnya yang tidak mengenal batas. Beliau telah berhasil membuat revolusi besar di tanah Eropah dengan dakwahnya yang dapat mengislamkan lebih puluhan ribu warga Eropah yang sebelumnya sama sekali tidak mengenal Islam. Bahkan ada dikalangan mereka yang menjadi ulama seperti Shaikh Gibril Fuad Haddad. Tentunya khidmah dakwah beliau ini tidak dapat dipandang ringan kerena kerja dakwah seperti ini boleh digolongkan seperti dakwah Wali Songo di tanah Jawa, seperti yang dikiaskan oleh beberapa ulama dan kyai di Nusantara bahkan internasional.

Shaikh Nazim al-Haqqani semasa bersama dengan Mawlana Tahir al-Qadri,
Seorang ulama  hadis terulung di Pakistan.
Salah satu pengalaman penulis dengan beliau adalah ketika di Jakarta, beliau sangat kagum dengan para kyai Indonesia yang benar-benar memiliki ilmu. Ketika itu, beliau bertanya kepada penulis apa kegiatan penulis di Indonesia? Maka penulis pun berkata bahawa: "Saya adalah seorang murid pengajian syariat Islam di salah satu madrasah traditional di Jawa". Beliau menjawab: "Bagus! semoga Allah memberkati kamu". Tidak lama detik itu, ada seorang orang tua membawa anaknya yang masih sekolah rendah dan memintakan doa. Beliau bertanya kepada anak tersebut: "Apa cita-citamu?". Jawabnya: "Menjadi pilot!". Mawlana kelihatan kurang setuju dan suruh beliau mengaji agama dengan ulama Jawa. Ini menunjukkan betapa Shaikh Nazim sangat menjunjung tinggi ilmu syariat, selain tetap berpegang kuat dengan tasawwuf.

Pernah lagi, ketika penulis masih kecil, sekitar umur 8-9 tahun. Ketika menghadiri acara zikir di salah satu rumah ahbab Naqshabandi, beliau memegang wajah penulis dengan keadaan senyum. Ketika itu, penulis dapat merasakan bahawa beliau sangat sayang dengan anak kecil. Beliau seperti mendoakan sesuatu. Ketika itulah penulis juga meletakkan iman kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai asas dalam jiwa ini.

Shaikh Nazim bersama dengan khalifah Nusantara,
Shaikh Raja Ashman bin Sultan Azlan Shah RH.
Penulis katakan, selama penulis sempat bersama beliau, penulis selalu merasa bahagia, dan mendapatkan nur dan semangat dalam beribadah. Maka tidak terkejutlah kalau banyak yang mengalami pengalaman lebih dari ini. Oleh itu, beliau benar-benar seorang wali agung. Seorang yang soleh. Istiqamah dalam beribadah. Mengutamakan nama Islam di persada dunia.

Salah satu kisah tentang beliau adalah ketika di zaman pelarangan melaungkan azan dalam bahasa Arab di Turkey, maka beliaulah orang yang paling kuat menentang larangan tersebut dengan tetap melakukan azan berbahasa Arab di masjid-masjid Turkey.

Beliau adalah seorang ulama sufi bertaraf dunia. Banyak ulama telah memujinya dan mengangkat derajatnya sejajar dengan ulama-ulama agung dunia dan para wali-wali qutub yang datang sebelum waktunya. Salah satu pengakuan yang sangat menyentuh hati adalah Surat Takziah Rasmi oleh seorang ulama besar Syria yang mendapat perlindungan politik oleh Raja Morocco, Muhammad VI sebagai berikut:

رسالة الشيخ محمد أبو الهدى اليعقوبي في التعزية بوفاة الشيخ ناظم الحقاني رحمه الله
Letter of sh. Muhammad Al-Yaqoubi offering condolences on the death of sh. Nazim al-Haqqani

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ، وبعد 

فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو في السراء والضراء وعلى البلواء والنعماء وأصلي وأسلم على خاتم الرسل
والنبيين وحبيب رب العالمين وإمام الصابرين الذي قال الله تعالى له {إنك ميت وإنهم ميتون} أما بعد

مات قطب الوقت شيخ العارفين
وارث الأسرار عن طه الأمين

الأخ العزيز الشيخ محمد نجل الإمام الرباني العارف بالله تعالى قطب وقته وزمانه ، وإمام الأولياء في عصره وأوانه ، سيدنا الشيخ محمد ناظم الحقاني رحمه الله تعالى وأمتع بكم وأدامكم ذخرا للمسلمين

لقد تلقينا ببالغ الأسى والحزن نبأ وفاة الشيخ رحمه الله تعالى وترك ذلك في نفوسنا حزنا عميقا لما كنا نُكنّ له من محبة وتقدير واحترام وكان سندا لنا في عالم الأرواح ومرجعا للجميع في التربية والإرشاد. وإنه والله لخطب جلل ومصاب عظيم نزل بالمسلمين.

نسأل الله تعالى أن يقدس روحه الطاهرة وأن يجمعه بحبيبه سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وصحابته الكرام والأولياء الفخام ، وأن يجعل فيكم وفي تلاميذه الخير والبركة إلى يوم الدين.

لقد كان للشيخ قدس سره أثر كبير في نشر الإسلام في بلاد الشرق والغرب، وجهد واسع في إحياء التصوف ودلالة الخلق على الله فقد جعله الله تعالى سببا لهداية الناس في هذا الزمان ، وكان ذا نور رباني وبصيرة نافذة محَدَّثا ينطق بالحق ويخبر بالصدق ويربي بالحال قبل المقال ، فكان بحق علما من الأعلام سيبقى ذكره مرفوعا وستبقى آثاره تشهد بولايته وصلاحه، رحمه الله.

تلك آثارنا تدل علينا فانظروا بعدنا إلى الآثار

تقدم إليكم جميعا يا خليفة الشيخ وأبناءه وتلاميذه بأصدق التعازي بوفاته وغيابه، سائلين الله تعالى أن يلهمكم جميل الصبر وحُسن السلوان. وقد أبلغنا تلامذنا وأحبابنا في مختلف دول العالم بعقد مجالس الختم والعزاء وقراءة الختمات لروحه الطاهرة.

وإنا لله وإنا إليه راجعون

محمد أبو الهدى اليعقوبي

Ternyata, Allah lebih mencintainya. Allah SWT telah memanggilnya pada 7 Rajab 1435 atau 7 Mei 2014, di Cyprus, Turkey. Jenazah beliau akan disolati di Masjid Salamiya di Lefkosa (Nicosia) dan dikebumikan di Lefke. Semoga beliau ditempatkan oleh Allah bersama para Nabi dan Rasul. Para wali-wali agung. Dan duduk di sisi Nabi Muhammad SAW. Dalam kalam ini, Shaikh Muhammad Ya'qubi sangat jelas sekali menggunakan istilah "Wali kutub di zamannya, Guru para ahli makrifat, pewaris rahsia-rahsia dari Nabi Muhammad (Thoha) Yang dipercaya". Pada tulisan beliau sebelumnya sangat jelas Shaikh Abu al-Huda Ya'qubi ini menggolongkan Shaikh Nazim sebagai salah satu dari para wali di zaman ini:

وفاة العالم الرباني العارف بالله تعالى الشيخ محمد ناظم الحقاني 

انتقل إلى رحمة الله تعالى وجوار الأنبياء والصديقين والشهداء والصالحين اليوم الأربعاء في قبرص شيخ الطريقة النقشبندية العارف بالله تعالى القطب الشيخ محمد ناظم الحقاني عن اثنين وتسعين سنة (ويقال إن عمره يزيد على المائة).


وهو أحد كبار أولياء هذه الأمة وأعلام المسلمين الذين أحيا الله تعالى بهم الدين في القرن العشرين. نشر الإسلام في بلاد الغرب والشرق وأسلم على يديه الآلاف من الناس، وكان سببا لهداية أعداد لا تحصى من المسلمين.

إنه خطب جلل ومصاب عظيم حل بالأمة في هذا الوقت العصيب الذي تعاني فيه الأمة من التمزق والضعف وموت العلماء وذهاب الصالحين.

نسأل الله تعالى أن يتغمد بالرحمة والرضوان هذا العالم الجليل والإمام الكبير، وأن يجعل في أبنائه وتلاميذه الخير والبركة، وأن يعوض الأمة الإسلامية خيرا. إنه سميع مجيب. ونقدم تعازينا لأخليفة الفقيد وسائر أبنائه وتلاميذه.
وإنا لله وإنا إليه راجعون.

Terjemahan yang bergaris: Beliau adalah salah satu dari wali besar umat ini, dan tergolong dari tokoh-tokoh muslim yang Allah hidupkan agama ini melalui mereka pada kurun ke 20. Tersebarlah Islam di seluruh negara Barat dan Timur. Telah masuk Islam di tangannya beribu manusia, dan ia adalah sebab mendapatnya hidayah bagi berbilangan orang-orang muslim yang tidak dapat dihitung!

Suasana orang ramai yang berkumpul untuk menghantarkan janazah Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani
Benarlah, pada tahun 2014 M ini, Allah telah mengambil ruh banyak dari orang-orang yang sangat penting bagi diriku. Guruku, Mursyidku; engkau akan selaluku kenang. Doa kami senantiasa bersamamu. Lahu al-Fatihah!