Thursday, January 23, 2014

Guruku KH Sahal Mahfudz Telah Wafat

Gambar terakhir yang penulis
sempat dapatkan sebelum beliau wafat
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un... Telah wafat guru ana, KH Sahal Mahfudz. Ana sempat bertalaqqi dengan beliau kitab Usul Fiqh iaitu karangan Syarah Nazam al-Waraqat oleh Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Syarh Mantiq oleh al-Taftazani, kitab Tasawwuf oleh Abdul Wahab al-Sya'rani. Beliau jugalah yang mengarang banyak kitab Usul Fiqh dalam bahasa Arab yang sempat ana mengaji adalah al-Bayan al-Mulamma' Syarh al-Luma'. Penulis juga sempat diberi Ijazah Ammah melalui sanad Syaikh Yasin al-Fadani dan beberapa ulama lain yang beliau sempat kumpulkan di Mekkah. Terakhir, penulis sempat bertemu beliau di kediaman beliau di Kajen pada bulan Oktober 2014 ketika menghantar Sidi Peter Sanders @ Abdul Adheem Sanders untuk menyelesaikan buku beliau berjudul Meeting with Mountains. Ketika itu, sidi Peter bertanya apakah jalan keluar untuk keluar dari kemelut yang melanda umat Islam sekarang. Jawaban Mbah Sahal: "Iya Pendidikan". Ketika itu beliau sedang berada di atas kerusi roda. Semoga beliau yang juga Rais Amm PBNU dan juga Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendapatkan khusnul khatimah. Sungguh umat Islam Nusantara dalam kerugian dengan kepergian beliau. Lahu al-Fatihah.

Saturday, January 11, 2014

Berzikir Dengan Lafaz "Allah", "Allah" Secara Mufrad (Sendirian)

Salah satu zikir yang paling terkenal di kalangan sufi adalah dengan menyebut kata "Allah, Allah". Terutamanya tarikat sufi Naqshabandiyyah dan Syaziliyyah. Berzikir dengan lafaz Jalalah secara mufrad juga sudah menjadi sebuah ibadah yang biasa dilakukan oleh umat Islam di Nusantara tanpa melihat latar belakang tarikat sufi mereka. Ini kerana banyak amalan mengamalkan zikir mufrad ini diletakkan di dalam amalan Tahlil yang sangat masyhur di Nusantara atau Alam Melayu. Bayangkan, tidak sedikit buku-buku tahlil dan ijazah tahlil yang menjadi ratib zikir Nusantara mencantumkan zikir mufrad ini sebagai zikir tambahan.

Akan tetapi, puak Wahabi sangat keras menentang bentuk zikir ini kerana dianggap sebagai bid'ah, juga tidak memberi makna. Ini dinukil dari kalam ulama agung anutan mereka iaitu Syaikh Ibn Taimiyyah RH (al-Radd ala al-Mantiqiyin, 35).

Untuk menjawab isu ini, akan kami kemukakan beberapa hujjah.

Hujjah al-Quran:

1- Surah al-An'am Ayat 91:
(قُلِ اللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُون)
Terjemahan: Katakanlah: "Allah", Kemudian biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.

Ayat ini menunjukkan perintah menyebut nama Allah.

2- Surah al-A'raf Ayat 180:
(وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ)
Terjemahan: Allah mempunyai nama-nama Yang baik, maka serulah kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

Ayat ini jelas sekali perintah Allah untuk berdoa menggunakan nama-nama-Nya. Bukankah lafaz Jalalah "Allah" adalah nama-Nya yang unik tidak boleh dimiliki selain-Nya? Maka jelas sekali berzikir dengan melafazkan lafaz Jalalah secara mufrad adalah disunnahkan!

3- Surah al-Muzammil, Ayat 8:
(وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا)
Terjemahan: Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Ayat ini jelas sekali perintah menyebut nama Allah dalam berzikir dengan khusyuk. Banyak sekali ayat yang lain, akan tetapi kami cukupkan sebanyak ini sahaja dulu.

Hujjah daripada Hadis Nabi SAW:

Sahih Muslim riwayat Anas RA:
(أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض: الله الله) وفي رواية أخرى: (لا تقوم الساعة على أحد يقول الله الله).
Terjemahan: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: tidak akan berdirinya hari kiamat sehingga tidak disebut di bumi "Allah, Allah". Riwayat lain: Tidak berdirinya kiamat terhadap seseorang yang berkata "Allah, Allah".

Hadis ini sangat jelas, mengisyarahkan bahawa anjuran berzikir dengan mengulang-ulang kalimah "Allah, Allah". Imam al-Nawawi menegaskan bahawa kedua riwayat adalah benar-benar mengulangi lafaz Jalalah seperti  di dalam Syarah Muslimnya:

وفيه قوله صلى الله عليه وسلم : ( على أحد يقول الله الله ) هو برفع اسم الله تعالى وقد يغلط فيه بعض الناس فلا يرفعه واعلم أن الروايات كلها متفقة على تكرير اسم الله تعالى في الروايتين وهكذا هو في جميع الأصول

Malah dalam kitab Mirqah al-Mafatih Syarah Misykat al-Mashabih menukil dari Imam al-Thibi bahawa makna dari "sehingga tidak disebutkan" di sini adalah sehingga tidak disebutan nama Allah dan tidak disembah:
وهو المراد بما قاله الطيبي رحمه الله معنى حتى لا يقال حتى لا يذكر اسم الله ولا يعبد
Ini jelas sekali menunjukkan dengan mengulang-ulang kalimah Allah adalah memiliki arti zikir. Maka tentunya berzikir dengan mengulang-ulang kalimah Allah adalah sunnahkan seperti yang ditetapkan oleh ramai ulama.

Hujjah Pendapat Ulama:

1- Imam Abu Hanifah yang dinukil oleh Imam al-Kasani:
(ولأبي حنيفة أن النص معلول بمعنى التعظيم، وأنه يحصل بالاسم المجرد، والدليل عليه أنه يصير شارعًا بقوله : لا إله إلا الله، والشروع إنما يحصل بقوله : (الله) لا بالنفي) – بدائع الصنائع ج 1 ص 131.
Terjemahan Bebas: Bagi Abi Hanifah sesungguhnya nas menunjukkan arti mengagungkan (takzim), dan ia dapat dihasilkan murni dengan nama. Dalilnya adalah ia menjadi penentu syarak dengan ucapan "tiada tuhan melainkan Allah", hanya saja ia dapat dihasilkan murni dengan kata "Allah" tidak dengan memakai nafi.

Pendapat Imam Abu Hanifah sangat jelas sekali, bahawa dengan menyebut nama "Allah" sahaja sudah bertujuan mengagungkan dengan tanpa memerlukan keterikatan dengan kalimah lain.

2- Imam al-Ghazali:
وعند ذلك يلقنه ذكرا من الأذكار حتى يشغل به لسانه وقلبه فيجلس ويقول مثلا ( الله الله ) أو سبحان الله سبحان الله – الإحياء ج 3 ص 77.
Terjemahan Bebas: dan ketika itu, latihlah ia dengan berzikir sehinggal lidah dan hatinya terbiasa dengan zikir itu, maka duduk dan sebut semisal "Allah, Allah" atau "Subhanallah, Subhanallah".

Imam al-Ghazali sangat tegas mengajarkan bahawa zikir mufrad adalah bahagian dari zikir yang perlu dilazimkan.

3- Syaikh Abdul Qadir al-Jailani seperti yang dinukil Imam al-Dimyathi:
قال سيدي عبد القادر الجيلاني : الله هو الاسم الأعظم وإنما يستجاب لك إذا قلت : ( الله ) وليس في قلبك غيره .ولهذا الاسم خواص وعجائب منها أن من داوم عليه في خلوة مجردا بأن يقول ( الله الله )... إلخ – إعانة الطالبين ج 1 ص 10.
Terjemahan Bebas: telah berkata penghuluku Abdul Qadir al-Jailani: Allah adalah nama yang teragung, dan hanya dapat termakbulah bagi engkau dengan menyebut "Allah" dan tidak ada dalam hatimu selain-Nya. Ini disebabkan nama ini ada keistimewaan dan keajaiban, termasuk darinya sesungguhnya orang yang selalu menyebutnya ketika bersendirian dengan menyebut "Allah Allah"...

Sebenarnya banyak lagi pendapat ulama sufi maupun feqah. Akan tetapi, penulis merasa ini sudah sangat memadai untuk menunjukkan hujjah bolehnya berzikir dengan kalimah "Allah, Allah".

Lalu permasalahan yang disusuli dengan berzikir mufrad ini adalah isu berzikir dengan mengunakan kata ganti (dlamir) "هو" (DIA). Seperti orang berzikir dengan melafazkan: "هو هو هو". Zikir dengan cara ini dikenal juga dengan istilah al-Zikr bi al-Huwiyyah (الذكر بالهوية).

Untuk membahas perkara ini, perlu diketahui terlebih dahulu bahawa; pendapat kelompok sufi yang mengamalkan zikir ini adalah bermaksud ia sebagai isim dlamir yang kembali kepada Allah. Mereka berhujjah dengan ayat al-Quran sendiri seperti:

Surah al-Hasyr Ayat 22-24:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24)

Dari ayat-ayat ini, ia menunjukkan secara nas yang penunjukkannya secara pasti bahawa dlamir "هو" kembali menunjukkan kepada Allah terhadap semua nama-nama-Nya secara sighat dan makna.

Oleh itu, terdapat sebuah hadis yang menunjukkan bahawa dlamir "هو" adalah sebuah isim (kata nama) yang menunjukkan arti yang paling agung:

اسم الله الأعظم في هاتين الآيتين (وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم) وفاتحه سورة آل عمران (الله لا إله هو الحي القيوم) – مسند أحمد والسيوطي في الجامع الصغير.

Dalam hal ini, kata "هو" diulang dua kali menunjukkan ia adalah yang dimaksud dari nama Allah yang paling agung.

Walau bagaimanapun, masalah sighat apakah yang terbaik untuk berzikir, itu terjadi khilaf di kalangan ulama. Akan tetapi, perlu kita akui bahawa berzikir menggunakan dlamir "هو" bukanlah sesuatu yang pelik lagi ajaib sehingga dianggap sebagai tokok tambah yang cela lagi keji. Bagaimana tidak? Ulama sejak dahulu sudah pernah menyebutkan isu ini. Misalnya, seorang ulama tafsir pemerintahan Uthmaniyyah Ismail Hakki (w. 1137H/1725M) dalam Tafsirnya Ruh al-Bayan berkata:
وأما ما قال بعض الكبار من أن الذكر بلا اله إلا الله أفضل من الذكر بكلمة ( الله الله )  و ( هو هو ) من حيث إنها جامعة بين النفي والإثبات ومحتوية على زيادة العلم والمعرفة فبالنسبة إلى حال المبتدى , فكلمة التوحيد تظهر مرآة النفس بنارها فتوصل السالك إلى دائرة القلب وكلمة ( الله ) تنور القلب بنورها فتوصل إلى دائرة الروح وكلمة (هو) تجلى الروح فتوصل من شاء الله إلى دائرة السر.
Beliau juga menambahkan:
فذكر دائرة النفس ( لا اله إلا الله ) فإما أن يهب الله له الإنصاف والندامة على تقصيراتها والميل إلى التدارك لما فات من المهمات فهي اللوامة للومها صاحبها بل نفسها على سوء عملها فذكر هذه الدائرة ( الله الله ) ويقال لها دائرة القلب لانقلابها إلى جانب الحقوإما أن تطمئن إلى الحق وتستقر في الطاعة وتتلذذ بالعبادة فهي المطمئنة لاطمئنانها تحت أمر الله بحب الله ويقال لهذه الدائرة دائرة الروح لاستراحتها بعبادة الله وذكره وتلذذها بشكره وذكر هذه الدائرة ( هو هو ).

Dalam kedua pernyataan dan keterangan Imam Ismail Hakki ini, dapat difahami, bahawa golongan ulama agung Islam sudah pernah menyatakan bahawa amalan berzikir dengan lafaz "هو هو" adalah wujud, ditambah lagi dengan beberapa faedah di dalamnya.

Maka tidak perlulah kita terlalu bersangka buruk kepada saudara-saudara kita dari tarikat-tarikat sufi yang berzikir sama ada "Allah, Allah" atau "huw, huw"; kerana ini semua berdasarkan hujjah. Ingat, lemahnya hujjah seseorang belum tentu lemah di sisi orang yang lain. Maka sangat tercelalah orang yang terlalu sombong dengan menafikan keseluruhan sesuatu amalan, tanpa membincangkan kemungkinan kesahihan amalan tersebut, lalu datang menjadi hero seolah-olah mujtahid dan menasihati orang agar menjauhi perkara-perkara kononnya bid'ah yang keji. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.


Wallahu A'lam bis Shawab.

Wednesday, January 1, 2014

Penilaian Semula Debat Ust. Firanda & K. Zaenal Abidin vs Ust. Idrus Ramli - Isu Melafazkan Niat

Kesalahan besar yang dilakukan para Wahabbi dalam masalah Bid'ah adalah mengharamkan melafazkan niat dalam ibadah misalnya ibadah solat. Seperti ketika ada seorang yang melafazkan niat: "أصلي فرض الظهر" sebelum takbiratul ihram. Mereka berhujjah ini tidak dilakukan Nabi Muhammad SAW. Akan tetapi, seperti mana penulis sudah mengkaji isu ini sejak duduk di bangku pesantren lagi, mereka salah faham dalam banyak hujjah mereka terhadap khilaf ulama. Yang menariknya tidak ada satupun ulama yang mengharamkan secara mutlak perbuatan melafazkan niat kecuali yang sealiran dengan Imam Ibn Taimiyyah RH. Yang menyedihkan lagi, mereka menggunakan ibarat-ibarat ulama Syafi'iyyah dan memerkosa ibarat itu agar kelihatan seolah-olah melafazkan niat itu haram menurut mazhab Syafi'I yang mutaqaddimin. Contoh saja pada debat terakhir Ustaz Idrus Ramli bersama duo Kyai Zaenal Abidin dan Ust. Firanda. Kyai Zaenal Abidin tanpa malu-malu memerkosa ibarat Imam al-Ghazali dalam al-Wajiz: "والنية بالقلب لا باللسان". Untuk menjawab ini, penulis akan menyodorkan dahulu ibarat-ibarat ulama 4 mazhab dalam hal melafazkan niat:

Hanafiyyah:

وقد اخْتَلَفَ كَلامُ المشايخ في التلفظِ باللسان فَذَكَرَه في مُنْيَةِ المُصَلِّي أنه مستحبّ وهو المختار وَصَحَّحَهُ في المجتبى وفي الهداية والكافي والتبيين أنه يَحْسُنُ لاجتماعِ عَزِيمَتِهِ (البحر الرائق شرح كنز الدقائق ج 1 ص 483)

وقد يُفْهَمُ من قول المصنف لاجتماع عزيمته أنه لا يَحْسُنُ لغير هذا القصد، وهذا لأن الإنسانَ قد يَغْلِبُ عليه تَفَرُّقُ خَاطِرِهِ، فَإِذَا ذَكَرَهُ بِلِسَانِهِ كَانَ عَوْنًا عَلَى جَمْعِهِ (فتح القدير ج 1 ص 267)

Kesimpulannya: Pada dasarnya adalah mustahab. Sedangkan yang mengatakan ia adalah bid'ah yang makruhadalah bagi yang memiliki kemantapan hati. Tapi bagi yang masih ada ragu-ragu sunnah untuk melafazkannya.

Malikiyyah:

قوله: بِمَعْنًى خلاف الأولى، لكن يُسْتَثْنَى منه الْمُوَسْوِسُ فإنه يُسْتَحَبُّ له التلفظُ بما يُفِيدُ النيةَ لِيَذْهَبَ عنه اللُّبْسُ (حاشية الدسوقي على الشرح الكبير ج 1 ص 234)

Kesimpulan: melafazkan niat adalah khilaf awla (lebih ringan dari makruh jelas bukan haram!) tapi bagi yang berwaswas hukumnya mustahab.

Hanbaliyyah:

واستحبَّه أي التلفظَ بالنية سرا مع القلب كثيرٌ من المتأخرين ليوافقَ اللسانُ القلبَ قال في الإنصاف والوجه الثاني يستحب التلفظ بها سرا وهو المذهب – إلى أن قال - ويكره الجهر بها أي بالنية وتكرارها (كشاف القناع ج 1 ص 87)

Akan tetapi Ibn Taimiyyah dari Mazhab Hanbali yang mengatakan haram kerana bid'ah:

الجَهْرُ بِالنِّيَّةِ فِي الصَّلاةِ مِنْ الْبِدَعِ السَّيِّئَةِ لَيْسَ مِنْ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ لَمْ يَقُلْ أَحَدٌ مِنْهُمْ إنَّ الجَهْرَ بِالنِّيَّةِ مُسْتَحَبٌّ وَلا هُوَ بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ فَمَنْ قَالَ ذَلِكَ فَقَدْ خَالَفَ سُنَّةَ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِجْمَاعَ الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ وَغَيْرِهِمْ.[1] وَقَائِلُ هَذَا يُسْتَتَابُ فَإِنْ تَابَ وَإِلاَّ عُوقِبَ بِمَا يَسْتَحِقُّهُ. وَإِنَّمَا تَنَازَعَ النَّاسُ فِي نَفْسِ التَّلَفُّظِ بِهَا سِرًّا. هَلْ يُسْتَحَبُّ أَمْ لا؟ عَلَى قَوْلَيْنِ وَالصَّوَابُ أَنَّهُ لا يُسْتَحَبُّ التَّلَفُّظُ بِهَا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لَمْ يَكُونُوا يَتَلَفَّظُونَ بِهَا لا سِرًّا وَلَا جَهْرًا – إلى أن قال – وَأَمَّا الجَهْرُ بِالنِّيَّةِ وَتَكْرِيرُهَا فَبِدْعَةٌ سَيِّئَةٌ لَيْسَتْ مُسْتَحَبَّةً بِاتِّفَاقِ الْمُسْلِمِينَ لأَنَّهَا لَمْ يَكُنْ يَفْعَلُهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلا خُلَفَاؤُهُ الرَّاشِدُونَ (مجموع فتاوى ج 22 ص 233)

Kesimpulan: Mazhab Hanbali hukumnya adalah mustahab akan tetapi dengan suara perlahan (سرا بالتلفظ). Kecuali Imam Ibn Taimiyyah yang berbeza dan membid'ahkan dan mengharamkan. Akan tetapi yang pelik beliau mengatakan siapa yang memustahabkan telah menyalahi ijmak dan wajib disiksa kalau tidak bertaubat? Ijmak dari mana??

Syafi'iyyah:

والنية بالقلب إجماعا هنا وفي سائر ما تُشْرَعُ فيه لأنها القصد وهو لا يكون إلا به فلا يكفي مع غفلته نُطْق ولا يضر إذا خالف ما في القلب ويُنْدَبُ النطق بالمنوي قبيل التكبير ليُساعدَ اللسانُ القلبَ وخروجا من خلاف مَنْ أوجبه وإن شذَّ وقياسا على ما يأتي في الحج المندفع به التشنيعُ بأنه لم يُنْقَلْ (تحفة المحتاج ج 2 ص 13)

Kesimpulan: Sunnah melafazkan niat kerana ia menolong hati. Dan tempat wajib adalah hati.

Maka dari sini, dapat kita mengetahui tak de satupun dari 4 mazhab mengatakan haram kecuali Ibn Taimiyyah dan yang mengikutinya. Yang lebih heran, ketika ada orang berusaha mengharamkan sehingga berani memerkosa ibarat ulama Syafi'I dan mengatakan wajib di hati, contohnya Kyai Zaenal Abidin ketika berdebat dengan Ust. Idrus Ramli. Seperti kata-kata Ust. Idrus Ramli, pernyataan Imam al-Ghazali " والنية بالقلب لا باللسان " bukan berarti ia mengharamkan secara mutlak tidak boleh mengucapkan. Yang lebih heran lagi Kyai Zaenal berani-beraninya mengatakan Imam Ghazali justru tidak mengatakan sunnah. Lalu berani pula menyumbatkan kata-kata kepada Imam Ghazali dengan memberi fahaman ia mengharamkan. Nampak sekali Kyai Zaenal ketika mondok di Langitan tidak mengaji dengan benar fiqh mazhab Syafi'i. Sunggguh memalukan KH Faqih RH sebagai sesepuh Nahdhatul Ulama. Tidak usahlah berbaju munafiq seolah-olah NU tapi hakikatnya mengambil pendekatan Salafi versi Wahabi Najdi dan taklid membabi-buta Ibn Taimiyyah RH.

Bagi yang benar-benar belajar Fiqh Syafi'i wajib mengetahui bahawa Kitab al-Wajiz karangan Imam al-Ghazali itu sebenarnya adalah mukhtashar dari kitab al-Wasith beliau. Yang mana al-Wasith juga mukhtashar dari kitab al-Basith oleh beliau juga? Jadi silsilah Fiqh Syafi'I dalam furuq Imam Ghazali berasal dari al-Basith lalu al-Wasith lalu al-Wajiz yang nantinya beliau keluarkan al-Khulashah sebagai kesimpulan.

Oleh itu lihatlah sendiri apa kata Imam al-Ghazali tentang melafazkan niat dengan ibarat yang tidak diringkasnya dalam al-wasith:

ثم هذه النية محلها القلب وليس فيها نطق ونظم حروف لا بالقلب ولا باللسان نعم يستحب مساعدة اللسان القلب فيها (الوسيط ج 2 ص 89)
Terjemahan: Lalu niat ini tempatnya adalah hati bukan berada pada ucapan dan tersusunnya huruf, bukan dengan hati juga bukan dengan lisan. Benar ia disunnahkan dengan bantuan lisan terhadap hati dalam hal niat.

Malah Imam Ibn Sholah menjelaskan bahawa diperbolehkan melafazkan tadi itu bukannya terjadi pertentangan, akan tetapi ia hanya bersifat membantu menghadirkan niat dalam hati. Ini seperti Syarah beliau terhadap kata-kata Imam al-Ghazali ini seperti berikut:



لا تناقض في هذا ومعناه أن النطق المعبر عن النية باللسان ليس نية في الحقيقة وإنما هو إعانة على حضور حقيقة النية في القلب والله أعلم. (المشكل ج 1 ل 93 أ)

Lalu; menurut analisa penulis, alasan mengapa ulama melafazkan niat adalah mustahab @ sunnah adalah kerana niat itu wajib ada bagi setiap ibadah. Ini berdasarkan hadis "إنما الأعمال بالنية". Lalu mengapa hati kerana niat itu adalah pekerjaan hati. Kalau lisan sahaja berbunyi tidak disertai dengan hati, maka ia seperti orang yang mengigau. Akan tetapi, kalau tidak niat maka ibadah tidak sah. Maka wajiblah ada niat dalam hati. Lalu mengucapkannya tidak lain adalah untuk memudahkan hati. Maka apapun yang membantu sesuatu yang wajib, maka ia adalah mustahab. Selain itu, ulama juga memakai metode qiyas seperti yang Ust Idrus Ramli sebutkan. Bukan hanya hadis Aisyah akan tetapi, Haji, Umarah, Puasa, Kurban seperti hadis-hadis berikut ini:

1- Hadis Muslim 2168:

حديث أنس رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لبيك عمرة وحجا

2- Hadis Musnad Ahmad 25731:

حديث عائشة رضي الله عنها أنها قالت: دخل النبي صلى الله عليه وسلم علي ذات يوم فقال هل عندكم شيء؟ قلنا لا قال فإني إذا صائم.

3- Hadis Musnad Ahmad 11051:

حديث أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ضحى بكبش أقرن وقال هذا عني وعمن لم يضح من أمتي

4- Hadis Musnad Ahmad dengan lafaz lain 14838:

اللهم إن هذا عني وعمن لم يضح من أمت

5- Hadis Sunan Abi Daud 2427:

حديث جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال: شهدت مع النبي صلى الله عليه وسلم الأضحى بالمصلى فلما قضى خطبته نزل عن منبره فأتى بكبش فذبحه رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده وقال بسم الله والله أكبر هذا عني وعمن لم يضح من أمتي.

6- Hadis Musnad Abi Ya'la 1753:

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتي بكبشين أقرنين أملحين عظيمين موجوءين ، فأضجع أحدهما ، وقال : « بسم الله ، والله أكبر ، اللهم عن محمد وآل محمد » ، ثم أضجع الآخر ، فقال : « بسم الله ، والله أكبر عن محمد وأمته من شهد لك بالتوحيد وشهد لي بالبلاغ »

Bukti ulama Syafi'I mengqiyaskannya adalah berdasarkan kata-kata Ibn Allan al-Shiddiqi al-Syafi'I:

نعم يسن النطق بها ليساعد اللسان القلب ولأنه صلى الله عليه وسلم نطق بها في الحج فقسنا عليه سائر العبادات. (الفتوحات الربانية على الأذكار النووية ج 1 ص 54)

Bahkan, melafazkan niat sebenarnya dilakukan oleh ulama salaf seperi Imam al-Syafi'I RH yang dikabarkan oleh Ibn al-Muqri':

أخبرنا ابن خزيمة ، ثنا الربيع قال : « كان الشافعي إذا أراد أن يدخل في الصلاة قال : بسم الله ، موجها لبيت الله مؤديا لفرض الله عز وجل الله أكبر ». (معجم ابن المقرئ رقم 317)

Kesimpulannya, kalau tidak setuju dengan melafazkan niat, maka tidak perlulah sampai mengatakan bid'ah yang keji dan haram. Lalu berani-berani pula memerkosa ibarat-ibarat ulama silam sehinggakan memeras ibarat tersebut seolah-olah membela pendapat sendiri dan melawan pendapat lain. Penulis sebenarnya lebih setuju untuk bertasamuh dengan masalah ini dan mengatakan ia adalah khilaf mazhab seperti yang dilakukan Ust Firanda sendiri ketika akan mula menjawab hujjah Ust. Idrus Ramli.



[1] نحن لا نوافق بهذا الإدعاء لأن ما ظهر لنا من العلماء بالكثرة قالوا بجوازه بل باستصحابه. كيف يدعي أن من قال بجوازه قد خالف بالإجماع؟