Fahamilah, bahawa sesungguhnya zikir yang tidak warid
atau juga dikenal dengan zikir tidak ma'tsur bukan berarti sesat atau tidak
boleh diamalkan. Selagi ia memiliki makna yang baik, seperti memuji Allah dan Rasul-Nya,
dan makna-makna yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ia diperkenan dalam
Islam secara sepakat ulama. Ini tersebut di dalam kitab al-Mausu'ah
al-Fiqhiyyah: " الذكر بغير المأثور : في الأذكار المطلقة : يجوز في الأذكار
المطلقة الإتيان بما هو صحيح في نفسه مما يتضمن الثناء على الله تعالى ولا يستلزم نقصا
بوجه من الوجوه , وإن لم تكن تلك الصيغة مأثورة عن النبي صلى الله عليه وسلم . وهذا
في الذكر المطلق موضع اتفاق ".
Juga dinukil dari Imam Nawawi RH: " أوراد المشايخ وأحزابهم
لا بأس بالاشتغال بها" (Adapun wirid-wirid para guru dan hizib-hizib mereka
adalah tidak apa-apa untuk beramal dengannya).
Walau bagaimanapun, ketika ditanya manakah yang lebih
afdhal? Maka memang jawapannya adalah zikir yang warid @ ma'tsur. Seperti
kata-kata Imam Nawawi RH: " الخير والفضل إنما هو في
اتباع المأثور في الكتاب والسنة وفيهما ما يكفي في سائر الأوقات , وجرى على ذلك أصحابنا". Akan
tetapi, kata-kata Imam Nawawi ini bukan berarti kita harus menyuruh orang untuk
menjauhi zikir-zikir yang tidak warid. Ini disebabkan, terbukti Imam Nawawi
sendiri menyusun hizib khusus bagi dirinya dan wirid beliau ini telah
diijazahkan turun-temurun sampai kepada kita sekarang dengan sanad yang
muttasil dan sahih (Rujuk Syawariq al-Anwar, karangan Syaikh Muhammad Bin Alawi
al-Maliki dan kitab Tsabat Syaikh Yasin al-Fadani al-Makki).
Isu yang lain pula, apakah membaca selawat dan pujian
kepada Nabi Muhammad SAW yang juga tidak warid itu berarti sesat? Dan lebih-lebih
lagi ketika kejahilan yang menghalang untuk mengetahui maknanya lalu sebelum
kaji selidik langsung ber-su'u zann akan kebatilan amalan ini? Semoga Allah
menunjukkan orang-orang yang tertutup hatinya kepada jalan yang penuh Nur
Muhammad SAW.
Ingatlah,
berselawat kepada Nabi kita adalah disyariatkan dalam Islam, sama ada berbentuk
kalam nasar maupun kalam syair. Rasulullah SAW bersabda: " فوالذي نفسي بيده
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده " (Riwayat Bukhari). Buktinya lagi, tersabit
dalam hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Turmizi di dalam al-Syamail
al-Muhammadiyyah:
" حدثنا إسحق بن منصور
أخبرنا عبد الرزاق أخبرنا جعفر بن سليمان حدثنا ثابت عن أنس أن النبي صلى الله عليه
وسلم دخل مكة في عمرة القضاء وعبد الله بن رواحة بين يديه يمشي وهو يقول: خلوا بني الكفار عن سبيله * اليوم نضربكم على تنزيله * ضربا
يزيل الهام عن مقيله * ويذهل الخليل عن خليله. فقال له عمر يا ابن رواحة بين يدي رسول
الله صلى الله عليه وسلم وفي حرم الله تقول الشعر فقال له النبي صلى الله عليه وسلم
خل عنه يا عمر فلهي أسرع فيهم من نضح النبل ".
(Ta'liq Imam
Turmizi bagi hadis ini adalah Hasan Sahih). Hadis ini memuat kisah bagaimana
sahabat berdendang Syair kepujian Islam di depan Nabi dan Nabi tidak melarangnya. Belum lagi
banyak hadis sahih atau hasan lainnya yang terdapat di dalam al-Syamail Imam
Turmizi.
Menurut Imam Bajuri dalam Syarah al-Syamail P. 402:
"Diambil kesimpulan dari hadis ini bahwa dibenarkannya malah disunahkan
mendendangkan syair dan mendengarnya jika dalam syair tersebut ada pujian Islam
dan mengajak kepada pertemuan yang baik dan penyerahan diri kepada Allah SWT".
Juga riwayat dari Sayyidah Aisyah bahwa Rasulullah SAW
membuat minbar di masjid untuk Hassan bin Tsabit untuk memuji Rasulullah SAW. (Riwayat
Turmizi dalam al-Syamail).
Maka dari sini, perlu saya nukilkan pendapat Mufti
Mesir Ali Jum'ah Hafizahullah bahwa qasidah-qasidah yang mengandung syair-syair
madih atau pujian kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak lain merupakan suatu
karangan ulama yang bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, kitab-kitab Sirah
yang muktamad seperti Sirah Ibn Hisham, Sirah Ibn Hibban, al-Wafa' oleh
Abdurrahman al-Jauzi, al-Syifa' Qadhi Iyadl, dan lainnya. (al-Ajwibah
al-Sadidah, p. 123).
Lalu dari manakah kita nak mudah-mudah menyesat orang
yang melakukan wirid-wirid seperti selawat Ibn Masyisy al-Maghribi, Hizib Imam
Nawawi, Burdah, Diba'I, Ratib Hadad, Dalail al-Khairat dan lain-lain? Kalau memang tidak suka, janganlah kita
mudah-mudah mengutuk amalan seperti ini seperti menuduh ia tidak warid atau ia
tidak ada sumber dari al-Quran dan Sunnah. Ini disebabkan mungkin ia bersumber
dari dalil yang umum yang kita tidak mengetahuinya. Atau paling tidak, ia
berada dalam dimensi khilaf ulama yang sewajibnya kita bertoleransi dengan
berpegang pada kaedah "لا ينكر
المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه". Juga diingatkan oleh Imam
al-Haramayn: "إذا لم يستيقن
حظر في شيء من الشارع فلا يثبت فيه تحريم" (Apabila tidak dapat
dipastikan dengan yakin larangan terhadap sesuatu perkara melalui ketentuan
pembuat syarak, maka tidak boleh disabitkan pengharamannya).
Oleh itu, berbicara biarlah berilmu, bukan buruk
sangka. Kalau tidak tahu sebaiknya diam. Berpeganglah pada sabda Nabi Muhammad
SAW: " من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه ". (Sebaik-baik Islamnya seseorang adalah dia
meninggalkan apa yang tidak penting baginya).
2 comments:
salam dari konco indonesia mas brooo......
by: http://elbaruqy.blogspot.com
wah keren banget iki....
Http://huz9.pun.bz
Http://mayhuzn.blogspot.com
Post a Comment