Sunday, January 16, 2011

BACAAN KUAT SELAIN AZAN

Ana terkejut dengan artikel yang dikeluarkan oleh salah seorang mantan mufti. Selain dari itu, terus terang pendapat penulis artikel tersebut sangat dangkal dan terlihat bertaqlid pada pendapat-pendapat puak Wahabi yang memang tidak suka dengan bacaan solawat maupun bacaan lain seperti nazam-nazam pujian dan nasihat yang baik antara azan dan iqamah dengan menggunakan pengeras suara. Padahal amalan seperti ini banyak dilakukan lebih-lebih lagi di Jawa misalnya, pujian selawat dilantunkan setelah azan sebelum iqamah sambil menunggu jamaah datang ke masjid, dan tentunya bacaan selawat ini menggunakan penguat suara. Oleh sebab artikel tersebut, maka ana merasa perlu untuk menjelaskan hujjah kita Sunni mengamalkan amalan tersebut.

Perlu semua pembaca tahu, bahwa sebelum membahas tentang melantunkan zikir atau selawat dengan penguat suara, ana hanya menegaskan bahwa membaca selawat dan doa adalah disunnahkan dalam Islam. Ini berdasarkan pada hadis Sahih Muslim:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Diriwayatkan dari Abdillah bin ‘Amr bin al-‘Ash bahwa beliau mendengan Nabi SAW berkata: “Ketika kamu semua mendengar orang yang melantunkan azan, maka kamu semua sebutlah (jawablah) seperti apa yang dia sebutkan lalu BERSELAWATLAH kalian semua KEPADAKU (Nabi) maka sesungguhnya barang siapa berselawat terhadapku dengan satu selawat, nescaya Allah akan selawat (memberi rahmat ta’zim) terhadapnya dengan sepuluh selawat tadi, lalu berwasilahlah kamu semua kepada Allah menggunakan aku sebagai perantaraan kerana sesungguhnya wasilah itu adalah tempat di syurga. Tidaklah patut tempat tersebut kecuali bagi hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku mengharapkan adanya Aku adalah dia. Maka barangsiapa meminta Aku sebagai wasilah maka berhaklah dia mendapatkan Syafaat ”.

Dari sini, jelaslah bahwa berselawat setelah azan adalah disyariatkan dalam Islam dan berdasarkan hadis yang sahih! Oleh sebab itu, tidaklah salah bagi beberapa tarikat seperti Naqshabandi Haqqani atau lainnya melantunkan bacaan seperti “الصلاة والسلام عليك، يا خاتم الأنبياء” setelah azan sebelum doa. Perkara ini juga ditegaskan oleh Syeikh Fuad al-Maliki di Masjid Taman TAR semalam, yaitu 15 Januari 2011.

Ditambah lagi, keutamaan berdoa antara azan dan iqamah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لا يرد الدعاء بين الأذان والإقامة "

Rasulullah SAW bersabda: tidak akan ditolak doa (yang dipanjatkan) antara azan dan iqamah.

Hadis ini menunjukkan bahwa selagi ada waktu untuk berdoa antara azan dan iqamah, maka doalah! Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Azkar di bab doa setelah azan.

Sedangkan hukum melantunkan bacaan solawat yang bernasyid seperti selawat badar atau lainnya dengan suara indah dan nanyian merdu di MASJID adalah mubah. Ini adalah berdasar dari hadis riwayat Imam Nasa’I di bab Keringanan melantunkan Syair yang bagus di dalam masjid:

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ مَرَّ عُمَرُ بِحَسَّانَ بْنِ ثَابِتٍ وَهُوَ يُنْشِدُ فِي الْمَسْجِدِ فَلَحَظَ إِلَيْهِ فَقَالَ قَدْ أَنْشَدْتُ وَفِيهِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ أَسَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَجِبْ عَنِّي اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ

Dari Sa’id bin al-Musayyab, beliau berkata: pada suatu saat Umar berjalan bertemu Hasan bin Tsabit yang sedang melantunkan sebuah Syair indah di masjid, lalu Umar menegurnya, namun Hasan menjawab: Aku telah melantunkan Sya’ir di masjid yang di dalamnya ada seseorang yang kemuliaannya lebih mulia daripada kamu, kemudian ia menoleh kepada Abu Hurairah. Maka Hasan melanjutkan perkataannya bukankah kamu telah mendengar sabda Rasulullah SAW, Jawablah dariku, YA Allah semoga Engkau menguatkannya dengan ruh al-Qudus. Lalu Umar menjawab YA Allah, benar (aku sudah mendengarnya).

Hukum lantunan tersebut dengan suara yang kuat (dalam arti dapat didengar oleh orang lain bukan berarti kuat dengan suara yang nyaring lagi mengganggu) dan beramai-ramai adalah mubah. Ini berdasarkan hadis riwayat Nasa’I yang telah disebutkan di atas dan disyarahkan oleh Syeikh Ismail Utsman Zain al-Yamani di dalam kitabnya yang berjudul Irsyadu al-Mu’minin, cetakan Mekkah: Maktabah Mathabi’ al-Zamzam, Hal. 16:

ومما يستأنس به في ذلك إباحة انشاد الشعر في المساجد إذا كان مدائح صادقة أو موعظة و أدبا أو علوما نافعة وهو لا يكون إلا برفع صوت في اجتماع.

Yang biasa diambil dari hadis tersebut (Nasa’i) adalah hukum kebolehan melantunkan sebuah syair di dalam masjid yang di dalam lantunan tersebut berisi pujian-pujian, nasihat-nasihat, pelajaran adab, dan ilmu yang bermanfaat. Dan itu pasti dilakukan dengan suara keras dalam perkumpulan.

Oleh sebab itu, diperbolehkan mengkuatkan suara di masjid dengan syair-syair apatah lagi dengan zikir atau selawat!

Walau bagaimanapun, memang benar bahwa kebolehan tersebut terikat dengan ketentuan apakah sampai menganggu orang solat atau tidur (التشويش). Bahkan batasan ini telah dijelaskan di dalam kitab Bughyat al-Mustarsyidin dan lain-lain seperti berikut (Maaf ana tidak dapat menerjemah semua ibarat ini kerana kesempitan waktu):

1. بغية المشترشدين ص : 66 دار الفكر

(مسألة ك) لايكره فى المسجد الجهر بالذكر بأنواعه ومنه قراءة القران إلا إن شوش على مصل أو آذى نائما بل إن كثر التأذى حرم فيمنع منه حينئذ كما لو جلس بعد الأذان يذكر الله تعالى وكل من أتى للصلاة جلس معه وشوش على المصلين فإن لم يكن ثم تشويش أبيح بل ندب لنحو تعليم إن لم يخف رياء ويكره تعليق الأوراق المنقوش فيها صورة الحرمين وما فيها من المشاعر المسماة بالعمر فى المسجد للتشويش على المصلين وغيرهم ولكراهة الصلاة إلى ما يلهى لأنه يخل بالخشوع وقد صرحوا بكراهة نقش المسجد وهذا منه نعم إن كانت مرتفعة بحيث لا تشوش فلا بأس إلا إن تولد من إلصاقها تلويث المسجد أو فساد تجصيصه ولا يجوز الإنتفاع بها بغير رضا مالكها إلا إن بليت وسقطت ماليتها فلكل أخدها لقضاء العرف بذلك

2. حواشي الشروانى على تحفة المحتاج الجزء الثانى ص : 58

ولا يجهر مصل ولا غيره إن شوش على نحو نائم أو مصل فيكره كما في المجموع وفتاوى المصنف وبه رد على ابن العماد نقله عنهما الحرمة إن كان مستمعو القراءة أكثر من المصلين نظرا لزيادة المصلحة ثم نظر فيه وبحث المنع من الجهر بحضرة المصلي مطلقا لأن المسجد وقف على المصلين أي أصالة دون الوعاظ والقراء ونوافل الليل المطلقة يتوسط فيها بين الجهر والإسرار بأن يقرأ هكذا مرة وهكذا أخرى أو يدعي أن بينهما واسطة بأن يرفع عن إسماع نفسه إلى حد لا يسمعه غيره.

(قوله لا يجهر مصل إلخ) شامل للفرض وغيره (قوله على نحو نائم) ظاهره ولو في المسجد وقت إقامة المفروضة وفيه نظر لأنه مقصر بالنوم حينئذ سم (قوله ثم نظر فيه) أي ابن العماد أي فيما نقله عن الفتاوى (قوله وبحث إلخ) أي ابن العماد حيث قال ويحرم على كل أحد الجهر في الصلاة وخارجها إن شوش على غيره من نحو مصل أو قارئ أو نائم للضرر ويرجع لقول المتشوش ولو فاسقا لأنه لا يعرف إلا منه ا هـ وما ذكره من الحرمة ظاهر لكن ينافيه كلام المجموع وغيره فإنه كالصريح في عدمها إلا أن يجمع بحمله على ما إذا خاف التشويش اهـ شرح المختصر للشارح ا هـ بصري ويأتي عن شيخنا جمع آخر (قوله مطلقا) أي وإن كان المصلي أقل من مستمع القراءة (قوله يتوسط إلخ) إن لم يخف رياء أو تشويشا على مصل أو نائم وإلا سن له الإسرار كما في المجموع ويقاس على ما ذكر من يجهر بذكر أو قراءة بحضرة من يشتغل بمطالعة أو تدريس أو تصنيف كما أفتى به الشهاب الرملي قال ولا خفاء أن الحكم على كل من الجهر والإسرار بكونه سنة من حيث ذاته نهاية ومغني وقال ع ش قضية تخصيص ذلك التقييد بالنفل المطلق أن ما طلب فيه الجهر كالعشاء والتراويح لا يتركه فيه لما ذكر وهو ظاهر لأنه مطلوب لذاته فلا يترك لهذا العارض اهـ وهذا يخالف لإطلاق الشارح المار ولا يجهر مصل إلخ الذي كالصريح في العموم وقول السيد البصري المتقدم هناك ثم رأيت قال شيخنا في شرح والجهر في موضعه وهو الصبح وأولتا المغرب إلخ ما نصه ويحرم الجهر عند من يتأذى به واعتمد بعضهم أنه يكره فقط ولعله محمول على ما إذا لم يتحقق التأذي ويندب التوسط في نوافل الليل المطلقة بين الجهر والإسرار إن لم يشوش على نائم أو مصل أو نحوهما ا هـ وهو صريح في العموم.

3. حاشية القليوبي الجزء الثاني ص: 127

(ورفع صوته بها) نعم يندب في التلبية الأولى أن يقتصر على إسماع نفسه ولا يندب الرفع كما مر ولو حصل تشويش على مصل أو ذاكر أو قارئ أو نائم كره الرفع بل يحرم إن تأذى به أذى لا يحتمل.

4. البجيرمى على الخطيب الجزء الثانى ص : 65

(و) الخامسة (الجهر) بالقراءة (في موضعه) فيسن لغير المأموم أن يجهر بالقراءة في الصبح وأولتي العشاءين والجمعة والعيدين وخسوف القمر والاستسقاء والتراويح ووتر رمضان وركعتي الطواف ليلا أو وقت الصبح (والإسرار) بها (في موضعه) فيسر في غير ما ذكر إلا في نافلة الليل المطلقة فيتوسط فيها بين الإسرار والجهر إن لم يشوش على نائم أو مصل أو نحوه

(قوله فيتوسط إلخ) حد الجهر أن يسمع من يليه والإسرار أن يسمع نفسه قال بعضهم والتوسط بينهما يعرف بالمقايسة بهما كما أشار إليه قوله تعالى "ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها وابتغ بين ذلك سبيلا" قال الزركشي والأحسن في تفسيره ما قاله بعضهم أن يجهر تارة ويسر أخرى إذ لا تعقل الواسطة اهـ ز ي وفسر الحلبي التوسط بأن يزيد على الإسرار إلى أن لا يبلغ حد الجهر بأن يزيد على أدنى ما يسمع نفسه من غير أن تبلغ تلك الزيادة إلى سماع من يليه ا هـ ورد بأنه لا يناسب قول الشارح إن لم يشوش على نائم إلخ لأنه إذا كان كذلك فهو مقطوع بعدم التشويش تأمل فالصواب تفسير التوسط بما تقدم (قوله إن لم يشوش على نائم أو مصل) وإلا أسر ندبا إن شرعا في النوم أو الصلاة قبل تحرمه فيما يظهر ويحتمل الأخذ بإطلاقهم قاله الشيخ ابن حجر والوجه هو الأخذ بإطلاقهم اهـ شوبري أي فيندب ولو عرض ذلك بعد تحرمه قال الرحماني فإن شوش حرم عند ابن العماد وكره عند حج وقيده ابن قاسم بغير من يسن إيقاظه للصلاة وإلا فلا يكره والمعتمد أنه إن شوش كره فقط ولا يحرم الجهر لأن الإيذاء غير محقق كما قاله الشيخ عبدء البر (قوله أو نحوه) كمدرس أو متفكر في آلاء الله تعالى ومثله الخوف من الرياء وإلا سن له الإسرار كما في المجموع ويقاس على ما ذكر من يجهر بذكر أو قرآن بحضرة من يشتغل بمطالعة أو تدريس أو تصنيف كما أفتى به الوالد ا هـ ولا خفاء أن الحكم على كل من الجهر والإسرار بكونه سنة من حيث ذاته فلا ينافي أن يجهر به أو يسر يكون واجبا اهـ

Dari kesemua ibarat ini, dapat difahami hukum menganggu orang solat tersebut masih ditafsil, yaitu makruh ketika bacaan tersebut masih diragu-ragukan oleh pembaca bahwa ia akan menganggu orang lain yang solat. Hukum menjadi haram apabila ada memiliki persangkaan (dhann) atau yakin bahwa bacaan tersebut benar-benar menganggu orang lain. Walau bagaimanapun, batasan menganggu yang dimaksud adalah apabila telah melampaui batasan kewajaran menurut standard umum.

Bukti batasan yang ana maksudkan adalah berdasarkan dari ibarat “بل يحرم إن تأذى به أذى لا يحتمل” (bahkan haram apabila benar-benar membahayakan dengan bahaya yang benar yang tidak ada kemungkinan lain). Dari kata-kata ini, dapat difahami bahaya yang dimaksud adalah seperti dengan bacaan yang kuat tersebut menyebabkan orang yang solat lupa bacaan fatihahnya sehingga urutannya kucar-kacir. Ketika bacaan kuat tersebut tidak sampai pada derajat ini, maka ia bukan dari “التشويش”. Bahkan ia menjadi sunnah seperti keterangan dari kitab Bughyah: “فإن لم يكن ثم تشويش أبيح بل ندب لنحو تعليم إن لم يخف رياء”.

Selain dari masalah tasywisy, perkara yang perlu diperhatikan adalah masalah riya’ dan tidak. Ini seperti dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin hal. 48:

(مسألة: ك): الذكر كالقراءة مطلوب بصريح الآيات والروايات والجهر به حيث لم يخف رياء ولم يشوّش على نحو مصل

Berzikir seperti membaca al-Qur’an itu digalakkan (disunnatkan) dengan dalil shorihnya ayat-ayat dan hadis-hadis. Sedangkan mengeraskan suara zikir itu boleh selama tidak dikhawatirkan riya’ dan tidak menganggu seperti orang solat.

Dengan kesemua ini, ana menolak tuduhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berusaha merusak tradisi Islam ini yang banyak dapat memberi manfaat seperti syi’ar dan da’wah. Sedangkan tuduhan bahwa nanti orang yang bukan Islam akan berburuk sangka dengan Islam, serta menyangka selawat atau tambahan lain adalah azan, merupakan sebuah persangkaan yang tidak memiliki dasar. Orang yang bukan Islam banyak membenci Islam adalah dikarenakan mereka memang tidak mendapat hidayah dan memiliki nafsu membeci Islam sejak awal, bukan kerana tambahan ini. Buktinya, banyak di Eropah dan Amerika orang bukan Islam masuk Islam di bawah dakwah yang di bawa oleh ulama sufi seperti Syeikh Nazim yang dalam waktu yang sama tetap melantunkan azan lalu disambung dengan selawat ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW? Bahkan Allah berfirman: “هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ”. Dalam ayat ini menunjukkan bahwa Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah untuk membawa Islam agar menunjukkan kepada umat tentang Islam itu sendiri, walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Kalau hanya dengan tambahan selawat ini akan menyebabkan orang bukan Islam tidak suka, lalu selawat ini diminta untuk dihilangkan, apakah gunanya Rasulullah SAW diutus untuk membawa agama – sebuah tanggung jawab yang lebih besar dari berzikir dan selawat setelah azan – dan jelas orang musyrik juga tidak suka? Apakah sebab takut salah faham dari orang bukan Islam ini kita disuruh untuk meninggalkan da’wah dan beribadah? Jawabannya tidak! semua salah sangka dapat diselesaikan dengan berdiskusi maupun berdebat secara beradab.

Setahu ana, secara adat umum, bacaan-bacaan selawat tersebut seperti di tanah Jawa, maupun lainnya yang dilakukan dengan pengeras suara tidak menganggu masyarakat di sekitar masjid bahkan yang solat di dalam masjid sekalipun. Ini dikarenakan bacaan tersebut tidak terlalu nyaring dan hanya dengan suara sederhana, bukan dengan terpekik-pekik. Bahkan masyarakat nusantara merasa amalan ini tidaklah pelik, kecuali sebagian kecil orang yang banyak terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Kenyataan yang berlaku, tidak ada, dan bahkan sangat nadir (langka) orang mengeluh akan amalan ini, kecuali segelintir tadi. Semoga dengan hujjah ini dapat dijadikan I’tibar oleh kita semua sebagai golongan ahli al-sunnah wa al-Jama’ah.

9 comments:

Tun Adam Malik said...

Assalam,

Saya rasa tulisan Tuan telah tersasar sedikit dari perbincangan berkaitan laungan azan. Saya berpendapat bahawa tiada seorang pun boleh mempertikaikan tahap bunyi laungan azan kerana itu adalah permulaan waktu untuk bersolat. Orang Islam tidak pernah mempertikai bunyi-bunyian yang dilakukan oleh penganut agama lain.

Walau bagaimanapun, kita juga harus mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat - Muslim & bukan Muslim - yang mana jika perbuatan kita mengganggu umat, maka itu sendiri tidak Islamik.

Persoalan yang diutarakan oleh mantan mufti Perlis ialah kita seharusnya merendahkan tahap bunyi yang selain laungan azan. Ini adalah kerana terdapat masjid-masjid di kawasan penduduk majmuk yakni populasi kaum yang bercampur-campur. Kita seharusnya lebih peka dengan apa yang mesti dibuat dan apa yang boleh kita kompromi.

Tak perlulah kita mengeluarkan hujah-hujah lain seperti kaum bukan Islam nak tutup kedai buku Islam dan sebagainya.

Seharusnya, pendekatan yang lebih sesuai ialah dengan cara penerangan kepada kaum bukan Islam yang kita sebagai Muslim yang ada rasa bertanggungjawab dan timbangrasa.

Apakah kita Muslim akan membuat aduan jika terdapat kuil atau tokong yang membuat upacara keagamaan mereka dengan bunyi-bunyian yang kuat?

Maka dengan ini, kita jangan cepat melatah tetapi cari pendekatan dan jalan penyelesaian jika ada aduan terhadap cara kita sebagai umat Islam.

akitiano said...

wassalam...

terima kasih atas comment saudara..memang benar kalau yang dimaksud mengkuatkan suara sampai menganggu orang lain adalah salah...dan salah disini masih difatsil yaitu antara makruh dan haram sesuai dengan jenis menguatkan suara tersebut seperti saya katakan sebelum ini...

Akan tetapi, saudara yang terhormat harus juga faham mengapa kami menulis tulisan ini dan memahami sikap mantan mufti tersebut..

Sekilas, kalau anta baca artikel tersebut, secara jelas mantan mufti menukil pendapat Utsaimin. Sedangkan apa yang dimaksud Syeikh Utsaimin adalah mengharamkan tasyhwisyh solat secara mutlak. dan seolah-olah perkara lain ini semua dilarang bahkan perkara munkar... Perkara ini juga banyak disebut oleh puak2 wahabi seperti di Indonesia yang mengharamkan bacaan selawat seperti selawat badar setelah azan atau selawat tambahan yg tidak sampai 1 menit pun...menurut mereka Bid'ah..

Ini permasalahannya, apakah semua jenis tasyhwisyh itu diharamkan?? oleh kerana itu kami menulis artikel tersebut dan kami menulis dengan sangat hati-hati sesuai dengan pendapat ulama...

Sedangkan hubungannya dengan orang non muslim, ia sebenarnya bukan masalah salah persepsi atau tidak..tapi hukum Islam tetap mencegah tasywisyh yang sampai benar-benar memberi bahaya yang benar...tapi kalau sekadar selawat atau bacaan zikir sederhana seperti yang banyak terjadi di masjid-masjid malaysia maka kami katakan tasywisyh tersebut tidaklah dilarang...

YA! kesimpulan akhir ini semua tergantung uruf @ adat yang menentukan, apakah tasywisyh tersebut haram atau tidak...kalaulah benar ternyata case yang terjadi adalah bacaan yang sangat kuat seperti memekak dan sangat menganggu orang lain - sama ada muslim atau non muslim, maka ia adalah makruh dan kalau sampai membahayakan seperti membuat orang yang solat lupa bacaan solatnya kerana kebisingan orang tersebut, maka ia adalah haram...Hanya saja, selama ini apakah begitu yang terjadi???

Anonymous said...

itu tak terjadi, hanya kaum bukan melayu yang terlalu sensetif..

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya berharap ustaz dapat memberi penerangan dgn mudah kerana saya masih tak dapat memahami hujah yang cuba di utarakan oleh ustaz!!! kalau boleh ustaz mengguna kan cara yang di lakukan oleh ustaz maza sebab saya senang memahami hujahnye!!! dan boleh tak ustaz memberi hadith and translation membenarkan bacaan quran sampai boleh di lantunkan dan bagai mana dgn hadith yang melarang menyakiti jiran!!! bukankah menyakiti juga membawa maksud yang besar???

Terima Kasih!!!

sayang islam said...

Anonymous,awk ni ada akal ke x?mcm ni ustaz explain p0n xkan xpaham2 k0t?menyakiti jiran mmg la salah,tp skrg ni btl ke d0rg ni sakit sungguh dgr bacaan yg xsampai brp mnt tu..lgpn,bknnya terpekik2 mcm wayang cina..lembut je bacaan tu n zikir..yg nk larang trs apehal..k0 ni wahabi bt0l!

Anonymous said...

wah sayang islam konon!!! islam pun tak ajar umatnye cakap kasar!!! saya hanya bertanya ustaz supaya menyenang kan tulisan supaya saya lebih memahami sebab bahasa yang digunakan sanggat tinggi tak perlu la kasar sampai begitu nak cakap pun!!! saya pun nak tau jugak....yang pasal jiran tu saya nak tau hak jiran dlm islam bukan kah menjaga hak jiran tu lagi tinggi darjatnye!!! lebih2 lagi benda yang di lakukan sekarang bukannye wujud masa zaman nabi benda ni bidaah!!! cuba kau bagi hadith sikit nak sokong kenyataan awak tu!!! wahabi ke shafii ke semua saudara seagama!!!

akitiano said...

Salams...sebenarnya saya bingung nak jawab yang mana satu. kedua2nya anonymous. Tapi apa2 hal, bagi saudara yang mengatakan tidak faham sebab bahasa yang sangat tinggi, terus terang saya berusaha untuk tetap authentic kepada sumber saya. Entahlah menurut saudara hujjah Maza lebih jelas, tapi terus terang kebenaran bukan berarti berada ada hujja yg mudah difahami atau hukum yang mudah juga. kebenaran adalah terletak pada lingkup usul yang sahih dan konsisten dengan metodeloginya. Dalam hal ini, saya menggunakan pendekatan ulama dahulu yang hujjah mereka sudah diterima oleh murid2 mereka yang juga ilmu mereka bukan calang2 orang.

apa2 hal, hukum mengeraskan suara sebenarnya boleh selagi tidak menganggu orang lain. kalau menganggu orang lain - dalam hal ini termasuk jiran sama ada muslim atau tidak - maka hukumnya makruh BUKAN HARAM. Hukum haram hanya jatuh ketika gangguan tersebut sampai betul2 sangat bahaya dalam arti akan merusak sebuah kegiatan lain yang dlaruri. Semisal: ada orang solat sunat, lalu orang sebelahnya membaca al-Qur'an kuat sangat sampai orang yang solat lupa bacaan fatihahnya.

Adapun parameter (alat timbang) apakah menganggu atau tidak suara tersebut, itu dikembalikan kepada adat atau dalam definisi usul fiqh dikenal dengan 'urf. Maka terus terang, menurut pengamatan ana dan juga majority orang sunni di negara2 nusantara, adanya bacaan seperti qur'an sebelum subuh atau tarkhim tidak menganggu jiran. kalau ada yang merasa terganggu mungkin hanya sedikit yang mana hukum sesuatu yang nadir adalah seperti tidak ada....

Anonymous said...

Terima Kasih ustaz!!!

Anonymous said...

Salam..syukran memberi kefahaman yang jelas..mtk halal ilmu ni utk dikongsi-bilal muda-