Seperti yang semua kawan ana tahu, bahwa ana adalah salah satu dari orang yang sangat kagum dengan Dr. Wahbah al-Zuhayli, pengarang kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Dan semua orang juga tahu bahwa Syeikh Wahbah sangat alim dan telah berhasil mengarang berpuluh kitab yang dipakai oleh hampir semua sarjana muslim di dunia moden ini.
Akan tetapi, desas desus yang tersebar di Indonesia terutama di kepulauan Jawa, bahwa Syeikh Wahbah adalah seorang Wahabi. Sangat disedihi, tuduhan ini tidak matang dan hanya disebarkan oleh orang yang kurang faham Syeikh Wahbah dan hanya menilai dengan sebuah pendapat Wahbah tanpa melihat keseimbangan pemikiran beliau yang lain.
Ya! ana memang pengkagum Syeikh Wahbah. Tapi ana juga memiliki pegangan akidah dan konsep fiqh tersendiri yang kadang berbeza dengan Wahbah. Tapi itu bukan berarti ana akan dengan mudahnya menyatakan Dr. Wahbah adalah Wahabi. Jujur saja, walaupun tuduhan ini berasal dari Pesantren yang menjadi pusat pendidikan, tapi ana katakan, orang yang menyebarkannya bukanlah alim bahkan dia terpesong kerana kurang dalam pengalaman perkembangan pemikiran Islam dan tokoh Islam di dunia luar. Dengan ini ana nasihatkan janganlah santri-santri salaf menjadi katak di bawah tempurung. Ana berharap kita walaupun santri traditional yang duduk di gubuk-gubuk bambu dapat memiliki informasi dan juga wacana yang ilmiah lagi menginternasional.
Analisa Tuduhan dan Penolakan Terhadapnya
Tuduhan ini berawal dari sebuah rakaman Youtube yang dikeluarkan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhayli di Malaysia terhadap sebuah golongan kecil dari Asyairoh yang sangat fanatik sehingga mudah mengkafirkan beberapa ulama hatta seperti Ramadhan al-Buti, Nazim al-Haqqani, dan lain-lain. Ketika pernyataan keras ini dilontarkan maka puak fanatik inipun membidas pernyataan Wahbah dengan membuat sebuah wacana dan imej terhadap Wahbah dengan menyatakan bahwa Dr. Wahbah al-Zuhayli adalah WAHABI. Dengan statement ini mereka berprasangka bahwa akan mudah memesong santri-santri salaf lain di dunia pesantren bahwa janganlah kita menerima pendapat Dr. Wahbah. Tapi, ana yang banyak membaca kitab-kitab Wahbah memiliki pandangan yang lain terhadap tuduhan mereka dan ana siap membela Dr. Wahbah al-Zuhayli.
Tuduhan mereka yang pernah diberikan kepada ana adalah cuma 1 sebenarnya, yaitu Dr. Wahbah percaya pada konsep Tauhid 3 yaitu Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Asma wa Sifat yang menjadi tonggak akidah puak Wahabi. Tuduhan ini juga berasal dari Youtube yang diambil dari malaysia juga yang secara zahir Dr. Wahbah berkata akidah ini tidak batil kerana hanya al-tasmiyyah (hanya untuk penamaan). Sila buka Eksklusif Dr Wahbah dan Tauhid 3.
Bagi ana Syeikh Wahbah al-Zuhayli tidak salah dalam konsep akidah tauhid 3 ini kerana tauhid ini dapat dilarikan menjadi sesat dan juga bahkan tidak. Kalau demi memberi penamaan kepada seorang murid misalnya tentang konsep tauhid maka tidak menjadi masalah. ini adalah sama seperti memberi nama kepada sebuah fan atau ilmu. Akan tetapi, Tauhid 3 ini disalah-gunakan oleh puak-puak Wahabi kerana konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah ini digunakan untuk mengharamkan atau membid'ahkan bahkan mensyirikan amalan-amalan tawassul, istighasah dan lain-lain. Maka tauhid tiga ini adalah dapat kita hukum sebagai wahabi ketika tauhid ini digunakan untuk melarang tawassul misalnya. Contoh kata-kata si Wahabi: "Tauhid Uluhiyyah adalah tauhid orang yang benar-benar mentauhidkan Allah dan bertaqwa kepadanya dengan ibadah yang murni kepadanya sehinggakan tidak meminta kecuali pada Allah atau menjadikan makhluknya sebagai lantaran". Maka ketika ini terjadi, barulah orang yang percaya pada tauhid 3 ini adalah Wahabi sehinggakan menafikan pendapat ulama lain yang disertai dalil yang kokoh dalam memperbolehkan bertawassul.
Buktinya, Dr. Wahbah walaupun tidak menyesatkan tauhid tiga dengan alasan hanya untuk tasmiyah (penamaan), beliau tidak melarang tawassul, dan beliau berpendapat bahwa tawassul itu terjadi khilaf ulama bahkan mayoritas ulama berpendapat tawassul adalah boleh. berikut ini petikan dari fatwa beliau yang berjudul "فتاوى معاصرة" di muka surat 355:
أقرأ في بعض الفتاوى استباحة الاستغاثة والاستشفاع بالنبي والصالحين ما رأيك في هذه المسائل؟ وما رأيك في الذي لم يستغث بالنبي والصالحين احتياطا لدينه وهو يبيحه؟
أجاز جمهور أهل السنة عدا بعض المخالفين جواز التوسل بالأنبياء والصالحين أحياء وأمواتا والمراد التوسل بصالح أعمالهم وقربهم من الله وقد نصت الموسوعة الفقهية بالكويت على هذا أما من لم يتوسل فأرى أنه فوت على نفسه خيرا
Terjemahan Bebas: Aku membaca pada setengah fatwa tetang diperkenankannya beristighazah dan meminta syafaat dengan Nabi dan orang-orang Soleh, apa pandanganmu tentang masalah ini? dan apa pandangan mu tentang orang yang tidak mahu beristighazah dengan nabi dan orang2 soleh kerana berhati-hati terhadap agamanya sedangkan dia (pada dasarnya) memperkenankannya?
Jawaban Wahbah: Majority Ulama Ahli Sunnah - kecuali sebagian yang berbeza dengan majority - memperkenankan bertawassul dengan nabi-nabi dan orang soleh sama ada masih hidup maupun sudah mati. yang dimaksud di sini adalah bertawassul dengan kebaikan amalan mereka dan kedekatan mereka dengan Allah. Dan telah benar-benar menuliskan pernyataan ini oleh kitab Ensiklopedi Fiqh versi Kuwait. Sedangkan orang yang tidak mahu bertawassul maka aku berpendapat bahwa dia hanya membatasi kebaikan pada dirinya sendiri (tidak mau kebaikan datang dari orang lain).
Dari sini, jelaslah kepada kita bahwa Wahbah al-Zuhayli sendiri mengaku keabsahan tawassul. Lalu mengapa kita gatal lidah ingin menuduhnya sebagai Wahabi? sedangkan salah satu alasan mengapa Wahabi itu disesatkan adalah dikarenakan mereka mengkafirkan pengamal tawassul.
Maka dari sini, kesimpulan ana kepada puak-puak yang menuduh Syeikh Wahbah sebagai Wahabi dan menyesatkannya agar bertaubat dan janganlah kita terjerumus kedalam jurang orang-orang yang menuduh apalagi menjadi batu api di dalam aliran Asyairoh sendiri. Waallahu a'lam..
11 comments:
assalamualaikum
tapi dr wahbah zuhaili juga boleh dipertikaikan kerana beliau dengan mudah mengatakan kepada orang yang bertanya (dalam youtube): "aku telah ditanya banyak kali tentang golongan ini. mereka (yakni ahbash) adalah golongan SESAT kerana MENGHARAMKAN yang halal dan MENGHALALKAN yang haram..".
persoalannya: apakah bukti untuk beliau berkata demikian? adakah beliau telah membaca kitab-kitab karangan Syaikh Abdullah Al-Harari atau beliau mendengar dari pihak kedua semata-mata? sebagai seorang yang dikatakan alim, mengapa beliau mengeluarkan kenyataan tanpa ususl periksa? bukankah lebih wajar beliau mengatakan: saya tidak tahu tentang jemaah tersebut, tanyalah pada orang yang tahu!.
kata-kata beliau tersebut telah dipergunakan oleh puak wahabi untuk mengatakan bahawa ahbash sesat, wahabi akan mengatakan: buktinya seorang ulama bukan wahabi telah menyatakan demikian, kalau kami yang wahabi kata ahbash sesat kamu tak akan percaya, tapi kalau wahbah zuhaili sendiri yang kata, takkan kamu tidak percaya lagi?
tindakan beliau memuji muhammad abd wahab sebagai salah seorang mujaddid dalam islam juga menimbulkan persoalan, seolah-olahnya beliau langsung tidak mengetahui betapa ramai ulama Syam yang menyesatkan wahabi. kenyataan beliau seolahnya menunjukkan beliau bukan berasal dari syam tetapi berasal dari negara luar yang jauh dari para ulama.
atau beliau memuji muhammad abd wahab sebagai membalas budi kerajaan saudi yang telah mengurniakan pingat kebesaran kepada beliau sepertimana yang didedahkan dalam blog: abulehyah. blogspot.com ?
Wassalam...
Terima Kasih kepada Anonymous yang comment di atas. Akan tetapi, sebelum saya menjawab, saya hanya ingin mengingatkan anda bahwa saya sebenarnya tidak suka berdiskusi dengan orang yang tidak saya ketahui identitynya. So kalau saudara ingin tetap berdiskusi dengan saya, sebaiknya berikan identitas walaupun nickname.
Terus terang, justru ana aneh dengan pernyataan saudara. siapa yang lebih tidak berhati2 dan berani mengeluarkan pendapat tanpa selidik? ana bukan nak mengatakan kalau Wahbah itu sempurna dan tiada salah, akan tetapi ana hanya mengcounter orang yang menuduh Dr. Wahbah sebagai Wahabi adalah salah.
Melihat pernyataan saudara, secara jelas saudara berhujjah dengan pernyataan Wahbah terhadap Ahbash. Dari sini, saya heran dan berfikir kira2 apakah saudara ini kelompok ahbash?
Anta harus tahu bahwa Ahbash ini juga bukan maksum dan banyak perkara yang controversi mereka lakukan. Misalnya, mereka dengan mudahnya mengkafirkan Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi misalnya. Salah satu alasan yang mereka keluarkan adalah kerana Beliau berpendapat bahwa kita tidak boleh menisbatkan kepada Allah bahwa Allah melakukan sebuah perkara yang buruk.
Kelompok Ahbash berhujjah bahwa Buti telah jatuh kafir seperti kelompok muktazilah sebab menafikan Allah menciptakan yang baik dan yang buruk seperti I'tiqad Al-Asy'ariah. Hujjah Ahbash terbukti kurang daqiq dan tasahul dalam takfir, Ini adalah sebuah perkara yang sangat ditolak oleh ulama seperti Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki.
Padahal kalau anta buka kitab al-Insan Musayyarun am Mukhayyarun, al-Buti berkata bahwa yang dilarang adalah menisbatkan kepada Allah fi'il al-Syarr (Allah melakukan yang buruk) bukan khalq al-Syarr (Allah menciptakan yang buruk). Kesimpulan pendapat al-Buti, bahwa sememangnya Allah-lah yang MENCIPTAKAN perkara yang baik dan yang buruk, akan tetapi, kita tidak boleh menisbatkan kepada Allah bahwa Allah yang MELAKUKAN perkara yang buruk.
Jadi, saudara yang saya hormati, kita tidak boleh berkata sesuatu sebelum benar2 menyeidiki mereka. Mungkin apa yang dikatakan Wahbah terhadap Ahbash adalah benar. lebih-lebih lagi terbukti banyak sekali fitnah yang dikeluarkan ahbash terhadap ulama Sunni lain dengan tanpa hujjah yang kukuh, seperti fitnah mereka terhadap Syaikh Nazim dengan anggapan bahwa Syaikh Nazim mengajarkan ajaran wahdatul wujud dan lain2. Ini jelas merupakan tuduhan tidak berhujjah dan patut untuk ditarik balik.
Ana bukan Wahabi, malah ana menolak wahabi!..tapi ini bukan berarti ana setuju dengan Ahbash bulat2 walaupun ana tau mereka adalah Asyariyyah. oleh kerana itu ana menolak batu api dalam Asya'iroh.
Sedangkan apa yang dilakukan oleh puak wahabi dengan menukil video dari Wahbah tersebut, ana rasa itu tidak memberi impak apa2 terhadap Ahli Sunnah kita, kerana Ahbash hanya puak kecil yang bermasalah dalam Sunni kita, sedangkan ulama lain yang menolak hujjah2 Wahabi tidak termampu mereka lawan sunni tersebut.
Untuk masalah mendapat penghargaan dari Saudi, itu bukan sebuah hujjah dia wahabi. Apakah Yusuf Qardhawi yang Ahbash sengiti dan kafiri dengan mendapat penghargaan sebagai tokoh ma'al hijrah dari Malaysia langsung berhujjah bahwa Malaysia adalah WAHABI? alangkah anehnya. Memuji seorang ulama zaman dahulu adalah apa yang patut kita lakukan. Memang tidak semua manusia itu sempurna, tapi apakah baik dilihat ketika ulama dengan mudah mengkafirkan sesama ulama?
Apatah lagi Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki sendiri tidak segampang-gampang mengkafirkan ulama semisal Ibn Abd al-Wahab dan Ibn Taimiyyah sekalipun. Malah beliau menggunakan hujjah2 mereka untuk menolak pendapat Wahabi.
Oleh itu, ana berharap, saudara dapat bermuhasabah diri, dan jangan beranggapan bahwa Ahbash adalah segala-galanya dan tidak dapat dihujjat, apatah lagi dari Dr. Wahbah.
Afwan Minni...
Wassalam
assalamualaikum
enta beralih pula dari tajuk wahbah zuhaili ke tajuk Dr Buti..memang meletihkan berdiskusi dengan orang yang suka melompat ke tajuk lain sebelum selesai dibincangkan tajuk yang sebelumnya.
persoalannya sekarang, adakah enta bersetuju dengan tuduhan wahbah zuhaily yang mengatakan bahawa:
"mereka (ahbash)adalah kumpulan SESAT. mereka MENGHALALKAN yang haram dan MENGHARAMKAN yang halal".
dari manakah bukti untuk zuhaily mengatakan ahbash MENGHARAMKAN yang halal dan MENGHALALKAN yang haram?. dalam kitab mana perkara yang halal itu diharamkan dan perkara yang haram itu dihalalkan oleh Syaikh Abdullah Al-Harari -rahimahullah-?
Jika apa yang dikatakan oleh zuhaily itu tidak benar maka bermakna beliau telah melakukan fitnah. inikah sikap seorang ulama yang menjadi ikutan umat? beliau mungkin boleh untuk tidak bersetuju dengan Syaikh Abdullah Al-Harari, tapi membuat fitnah adalah satu 'jenayah'. dan fitanh beliau itu dieksploitasi oleh puak wahabi untuk menunjukkan kononnya seorang ulama berfahaman asya'irah turut menyesatkan ahbash (sekaligus itu bermakna ahbash bukan asya'irah).
sebelum saya sudahi tulisan saya ini, harap enta sudi menjawab pertanyaan saya di atas tadi. sekian, wassalam.
assalamualaikum
enta beralih pula dari tajuk wahbah zuhaili ke tajuk Dr Buti..memang meletihkan berdiskusi dengan orang yang suka melompat ke tajuk lain sebelum selesai dibincangkan tajuk yang sebelumnya.
persoalannya sekarang, adakah enta bersetuju dengan tuduhan wahbah zuhaily yang mengatakan bahawa:
"mereka (ahbash)adalah kumpulan SESAT. mereka MENGHALALKAN yang haram dan MENGHARAMKAN yang halal".
dari manakah bukti untuk zuhaily mengatakan ahbash MENGHARAMKAN yang halal dan MENGHALALKAN yang haram?. dalam kitab mana perkara yang halal itu diharamkan dan perkara yang haram itu dihalalkan oleh Syaikh Abdullah Al-Harari -rahimahullah-?
Jika apa yang dikatakan oleh zuhaily itu tidak benar maka bermakna beliau telah melakukan fitnah. inikah sikap seorang ulama yang menjadi ikutan umat? beliau mungkin boleh untuk tidak bersetuju dengan Syaikh Abdullah Al-Harari, tapi membuat fitnah adalah satu 'jenayah'. dan fitanh beliau itu dieksploitasi oleh puak wahabi untuk menunjukkan kononnya seorang ulama berfahaman asya'irah turut menyesatkan ahbash (sekaligus itu bermakna ahbash bukan asya'irah).
sebelum saya sudahi tulisan saya ini, harap enta sudi menjawab pertanyaan saya di atas tadi. sekian, wassalam.
Assalamu alaika ya akhi Sahabat al-Falah…
Ana bukan nak lompat dari pembahasan, tapi ana Cuma berniat memberi jawaban ana terhadap kemusykilan enta dengan cara yang lebih halus dan ringkas, tanpa ada unsur merusakkan nama seseorang lebih-lebih lagi dia seseorang yang dikenal dengan ulama. Oleh kerana enta seperti ingin semuanya zahir dan tanpa kinayah maupun majaz dalam kata-kata ana, maka ana akan jelaskan pendapat ana sekali lagi dengan bahasa yang jelas.
Ana memang tidak tahu apa dasar asli dan pasti Wahbah berkata seperti itu (Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang Halal), akan tetapi Wahbah berkata seperti itu MUNGKIN seperti contoh salah satu sifat mereka (Ahbash) seperti apa yang termaktub sendiri dalam kitab mereka yaitu al-Tahzir al-Syar’I al-Wajib, P. 69:
ثم يوافق البوطي المعتزلة في مسئلة القدر (راجع كتابه المسمى الإنسان مسير أم مخير ص 42) وخالف بذلك صريح القرءان والسنة الصحيحة وخرج عن إجماع الأمة بل عن الإسلام وقد ذكرنا في هذا الكتاب الأدلة على أن الله تعالى خالق كل شيء وخالق خركات العباد وسكونهم وأعمالهم خيرا كانت أو شرا بدليل قوله تعالى – إلى أن قال – (فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى) نفى الله تعالى عن الرسول الرمي من حيث الإيجاد من العدم إلى الوجود وأثبته له من حيث الكسب والفعل فخالف البوطي ومن قلدهم من المعتزلة هذا النص القرءاني.
Dari sini wahai saudaraku yang aku hormati, sangat jelas bahwa mereka telah mengeluarkan al-Buti dari Islam, bahkan ijma’ disebabkan apa yang ditulis al-Buti dalam Kitabnya Insan Musayyarun am Mukhayyarun hal. 42.
Ketika kita buka sendiri kitab Syeikh al-Buti (hal. 42), beliau sedang menjelaskan:
ومن هنا فقد قرر أهل الحق أهل السنة والجماعة أنه لا يجوز نسبة القبح إلى الله فعلا بأن يقول إن الله فعل القبيح تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا غير أنه يجوز أن تقول إن الله خلق القبيح ومن الواضح أن بينهما فرقا كبيرا فعل القبيح هو التلبس بشيء قبيح والله منزه عنه أما خلق القبيح فهو يتمثل في خلق الله تلك المواد الأولية التي يمكن أن يصنع منها كل من الخير والشر وفي إقدار الله الإنسان على أن يصنع منها هذا وذاك إذن فخالق كل من الخير والشر هو الله وهو من أبرز مظاهر كماله أما فاعله والمتلبس به فهو الإنسان عند ما يختار أن يصنع من هذه الأدوات والمواد خيرا يمتع به إخوانه أو شرا يسومهم به سوء العذاب (انظرمزيدا من التفصيل في الفرق بين خلق الشيء وفعل الشيء حاشية الكلبنوي على جلال الدين الدواني: 1/250 وسيأتي تفصيل القول في ذلك قريبا).
Bersambung.....
Sambungannya....
Kalau enta baca dengan seksama kata-kata Syeikh al-Buti ini dan bahkan dari awal kitab sampai akhir (tentunya ana tak mampu menulis semua pandangan beliau), enta akan faham bahwa al-Buti bukanlah mengingkari bahwa taqdir baik dan buruk itu dijadikan Allah. Dan beliau bukan berpendapat seperti al-Muktazilah bahwa baik datang dari Allah dan buruk dari manusia itu sendiri. Akan tetapi, al-Buti hanya menyatakan bahwa kita tidak boleh menisbatkan Allah kepada yang buruk secara pekerjaan (Fi’lan!) seperti berkata Allah melakukan yang buruk. Tapi kita menisbatkan bahwa Allah menjadikan yang buruk, dan itu baru boleh. Kerana al-Buti berpendapat menjadikan dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza. Pendapat al-Buti pun, tidak murni dari beliau akan tetapi dari ulama Sunni sendiri yaitu Ismail bin Mustofa al-Kalanbawi (seorang Qadi Hanafi zaman Ottoman). Bahkan al-Kalanbawi pun sedang menhasyiah kitab Syarah al-Aqa’id al-A’dldiyah karangan Jalal al-Din al-Diwani.
Dengan sikap pengkafiran Ahbash inilah mungkin Wahbah mengatakan “dia Menghalalkan yang Haram dan Mengharamkan yang Halal” seperti “MENGHARAMKAN ORANG YANG BERPENDAPAT BAHWA TIDAK BOLEH MENISBATKAN ALLAH DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG BURUK”. Atau “MENGHALALKAN PENGKAFIRAN TERHADAP ORANG YANG BERKATA TIDAK BOLEH MENISBATKAN ALLAH DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG BURUK”; padahal orang tersebut tetap beri’tiqad Allah menjadikan (mencipta) perkara baik dan buruk sekalipun. Oleh sebab itu MUNGKIN Wahbah berkata seperti ini, dan dengan sikap Ahbash seperti ini, ana tidak ada sanggahan terhadap kata-kata Wahbah seperti yang enta permasalahkan itu.
Contoh ini bukan satu-satunya, banyak perkara yang khilaf dijadikan seolah-olah ia perkara yang ijmak. Oleh sebab semua inilah mungkin Wahbah berkata seperti itu, dan tentunya Ana tidak tahu apa isi hati Wahbah, tapi ana husnu al-zann terhadap Wahbah, dengan apa yang beliau katakan ada hujjahnya. Tapi enta harus tau bahwa ana tidak ada niat untuk memburukkan mana-mana ulama, baik itu Ahbashis maupun ulama Sunni lainnya seperti Wahbah al-Zuhayli maupun al-Buti, dan seluruh lain. Semoga kita semua bebas dari perasaan hasad, dengki dan lainnya. Dan ana berdoa dengan jawaban ana ini, enta terbuka hati untuk menerima tujuan utama tulisan ana ini, yaitu menjauhkan diri dari pertukaran apatah lagi sampai kafir mengkafirkan sesama Muslim.
Al-Falah dah surrender dah le tu
Mungkin surrender secara zahir sahaja...apakah mereka betul-betul menerima dan surrender secara batin? Hanya Allah yang tahu....Pesan ana kepada mereka-mereka yang mengkagumi Ahbash, sebaiknya kita berfikir terbuka dan tidak ta'ashub...kalau ada yang salah, maka janganlah kita katakan ia tidak salah, walaupun kita tahu bahwa masih banyak yang betul...juga janganlah kita benci sampai mencaci seburuk-buruknya sampai kafir mengkafirkan seseorang, sebab kadangkala mereka itu betul...Yang baik, buang yang keruh ambil yang jernih...hormati ulama kita, jauhi persengketaan dan sentiasa berkata jujur dan tidak dan jangan pernah melakukan tahrif...
assalamualaikum?
tolong senaraikan kesesatan wahabiyy dan rujukannnya ....
email di sini : pldkjamal@yahoo.com
Assalamualaikum
Akhi fillah... Ana boleh minta kontak wa antum... Mau belajar ilmu... Kalo boleh juga fatawa mu'ashiroh pnya syaukh wahbah apa ada pdf nya.. Saya minta boleh?
Assalamualaikum
Akhi fillah... Ana boleh minta kontak wa antum... Mau belajar ilmu... Kalo boleh juga fatawa mu'ashiroh pnya syaukh wahbah apa ada pdf nya.. Saya minta boleh?
Post a Comment