Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Ied al-Fitri.....1430 H

Saya mengucapkan selamat hari raya ied al-Fitri kepada semua umat Muslim yang bahagia....maafkan saya kalau ada salah dan silap.....bagi umat Islam di Malaysia, saya ingin berkungsi ilmu bahwa adalah salah dalam bahasa Arab mengatakan selamat hari raya Aidil Fitri...kerana ia adalah Ied dengan dibaca katsrah ainnya dalam bahasa Arab bukan 'Aid dengan dibaca fathah ainnya...itulah sepengatahuan saya...kalau mungkin ada dalam kamus ataupun qaul Arab yang berpendapat lain maka ingatkanlah saya...

Selain dari penetapan awal bulan adalah dengan Ru'yah...hisab hanya sebagai mengetahui imkannya saja (atau menebak kemungkinan dapat ru'yah atau tidak)...dan menurut Ibn Hajar hisab dapat menolak syahadah-syahadah yang tidak benar...seperti kejadian Lebaran Tahun 2007 yaitu syahadah yang rusak di daerah Cakung Bekasi....

Untuk tahun ini, Alhamdulillah di Indonesia telah sukses ru'yah di dua tempat yaitu Sukabumi dan Masjid Agung Semarang yang mana kedua tempat tersebut telah di Ru'yah oleh ahli falak dan juga diangkat sumpah oleh hakim Peradilan Agama serta disaksikan juga oleh orang banyak....Maka 1 Syawal adalah tanggal 20 September 2009 yaitu hari Ahad besok....

Satu pesan dari saya, harap semua umat Islam tetap meletakkan nasib 1 Syawal pada keputusan pemerintah, karena Ibarat dari berbagai fatwa ulama menetapkan "حكم الحاكم يرفع الخلاف"....

Selanjutnya....marilah kita bertakbir........




Oh yA Lupa!!!! lepas Solat Raya tak boleh takbir...so kita tukar dengan lagu raya favorite ana......


Tuesday, September 8, 2009

Ketika Media Tidak Profesional dan Lebih Mementingkan Sensasi



Seperti posting saya tentang facebook, di mana pesantren salaf dan forum bahtsul masail dikecam dan dijelek-jelekan oleh orang awam yang tidak memahami kejadian sebenar serta terlalu buru-buru percaya pada media, juga berlaku bukan hanya di kalangan WNI sendiri, tapi sudah sampai menyangkut internasional affairs....Sudah waktunya pemerintah Indonesia membuat sebuat UU atau PP, Inpres atau apapun bentuknya, yang membatasi wewenang media dalam memberi berita. saya tidak bermaksud menghilangkan kebebasan pers di bumi yang kaya raya dalam hal intelektual, budaya dan sumber alam ini...tapi saya hanya ingin rakyat awam tidak dibodohi oleh media. dan juga media berkewajiban menjadi sumber informasi yang mengagungkan nilai-nilai keilmiahan dan konsisten...kalau perlu ketika ada salah informasi, segera membenahi sesensasi mungkin seperti berita awal yang dikeluarkan dalam keadaan yang sensasi itu.... Saya teringat ketika indosiar pada awal naiknya Gus Dur sebagai presiden RI, di mana dalam acara Gebyar BCA telah secara tidak langsung menghina Gus Dur....akibatnya tidak lama kemudian ada pengumuman resmi dari station television tersebut untuk meminta maaf kepada seluruh warga Indonesia dan warga NU khususnya akibat dari kesalahan tersebut...Lihatlah berita ini yang saya ambil dari Utusan Malaysia...dan apa yang disebut utusan juga memang benar pernah ditayangkan dalam berita Indonesia...akan tetapi ia tetap memberi info yang salah setelah itu tanpa memperdulikan sebuah pernyataan resmi...


Rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

08/09/2009 8:56pm

JAKARTA 8 Sept. — Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm



Norman KRU perjelas kontroversi

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kontroversi yang tercetus di Indonesia berkaitan iklan promosi bagi enam siri dokumentari, Animatic Malaysia terbitan pihaknya berpunca daripada salah faham.

Katanya, ini kerana ada segelintir pihak di Indonesia mengambil tindakan drastik dengan menimbulkan provokasi tanpa menonton dokumentari tersebut terlebih dahulu.

Menurut beliau, penerbitan iklan promosi siri dokumentari itu tidak dilakukan pihaknya sebaliknya oleh Discovery Channel yang membeli hak penyiaran Animatic Malaysia.

''Sepatutnya, pihak berkenaan menonton dokumentari itu terlebih dahulu dan kemudian membuat perbandingan dengan iklan promosi itu.

''Tindakan melulu mereka itu mencemarkan nama baik syarikat kami dan nama Malaysia. Sedangkan, perkara sebenar tidak begitu,'' kata Norman kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini semalam.

Isu itu timbul apabila ada beberapa pihak di Indonesia mendakwa iklan promosi Animatic Malaysia menyelitkan tarian kebudayaan Indonesia iaitu tarian pendet.

Berdasarkan dakwaan tersebut, iklan berkenaan dengan sengaja menggunakan tarian itu bagi mempromosikan kebudayaan Malaysia.

Sedangkan tarian itu langsung tidak ditampilkan dalam mana-mana enam siri penerbitan dokumentari itu.

Bagaimanapun, Norman tidak menafikan terdapat adegan tarian yang turut diselitkan dalam salah satu siri dokumentari yang mengupas sejarah kewujudan batik.

''Namun begitu, ingin saya jelaskan tarian Jawa yang kami tampilkan dalam dokumentari itu bukan tarian pendet seperti mana yang didakwa mereka.

''Tarian Jawa yang kami selitkan dilakonkan semula sebagai melengkapkan kisah dan susur-galur batik yang berasal dari Indonesia,'' katanya lagi.

Selain batik, lima dokumentari diterbitkan KRU Studios menerusi siri Animatic Malaysia ialah keris, wau, Bajau Laut, Kellie's Castle dan Portugis di Melaka.

Utusan Malaysia difahamkan selepas tercetusnya kontroversi itu, Discovery Channel telah menarik balik iklan promosi itu serta-merta.

Dalam waktu terdekat ini, sebuah iklan yang baru akan diterbitkan dan akan ditayangkan secepat mungkin.

Sementara itu, Norman memberitahu, dia sendiri memberi penjelasan menerusi sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi salah sebuah stesen televisyen di republik itu kelmarin.

Semalam, Norman dan beberapa wakil dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah berkunjung ke Kedutaan Indonesia bagi menerangkan perkara sebenar serta menayangkan dokumentari berkenaan.

''Ternyata, pihak kedutaan berpuas hati dengan penghasilan dokumentari itu dan mereka mengaku ia bercanggah dengan isi kandungan iklan yang ditayangkan.

''Bukan itu saja, mereka memuji Malaysia kerana dengan dokumentari itu ia sedikit sebanyak telah mempromosikan kebudayaan negara mereka untuk tatapan rakyat ini dan serantau Asia,'' jelas Norman.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0827&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm&arc=hive