Seorang ulama bermanhaj Salafi di Morocco dengan tegas telah menyatakan bahawa kita tidak boleh sama sekali mengkafirkan atau membid'ahkan sesama muslim dalam perkara khilaf di kalangan ulama. Kaedah yang beliau sebut adalah: "لا تبديع في مسائل الخلاف" Tiada pembid'ahan dalam perkara khilaf. Kaedah ini senada dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Abdurrazak al-Jayi, murid kepada keluarga al-Ghumari. Beliau juga menyatakan isu yang sama.
Hanya kerana kita menilai dari satu hadis, dan merajihkan suatu masalah, apakah boleh untuk kita mudah menuduh lawan kita sebagai ahli bid'ah kerana telah menyalahi sunnah yang kita imani dan fahami? Tentu jawaban Syaikh Kamali adalah tidak sama sekali! Contoh yang Syaikh Kamali beri adalah isu memakai seluar yang melebihi buku lali. Walaupun ada hadis yang tegas melarang isbal, beliau menegaskan sama sekali tidak boleh menuduh yang isbal sebagai pelaku bid'ah kerana hadis tersebut ditujukan kepada orang yang sombong, dan ini adalah perkara khilaf yang tidak boleh dijadikan sebab untuk memaksa orang mengikuti pendaapat yang kita pilih.