Ihtifal bi al-Maulid al-Nabawi merupakan sebuah perayaan yang sudah wujud di dalam Islam sejak berabad. Ulama sejak dahulu lagi sudah berfatwa tentangnya. Kebanyakan menganggap maulid adalah sebuah adat, yang ketika dilakukan dengan baik, maka ia baik. Ketika disertai perkara yang haram, maka haramlah ia. Perkara ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab tentang perayaan Maulid yang dikarang oleh Syaikh Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki RH.
Di Maghribi pula, yang terkenal sebagai negara tasawwuf dan sufi, perayaan Maulid merupakan sebuah perayaan yang penuh makna dan bertradisi serta dimuliakan oleh orang Maghribi. Dalam kesempatan kali ini, seorang ulama besar Maghribi yang sebenarnya terkenal sebagai sosok yang berfaham Salafi justru mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah boleh dan baik jika dirayakan sesuai dengan kaedah-kaedah syarak seperti membaca sirah-sirah Nabi, berdakwah kepada kebaikan. Akan tetapi ia akan bertolak belakang jikalau dalam perayaan tersebut disertai dengan sesuatu yang membuat Rasulullah SAW marah, maka jelas haram. Oleh itu jelaslah kepada kita, bahawa fatwa beliau tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memang beranggapan bahawa perayaan Maulid Nabi tidak lain adalah baik kerana ia disertai dengan bacaan sirah-sirah Nabi SAW, berqasidah memuji Nabi SAW, dan lain-lain dari perkara yang kebanyakan ulama berpendapat ia adalah baik. Berikut adalah videonya:
No comments:
Post a Comment