Monday, June 1, 2015

Imam al-Syafi'i RA Mengajak Menghidupkan Malam Nifsu Sya'ban

Puak Wahabi selalu membid'ahkan beberapa adat beribadah pada malam-malam tertentu. Salah satunya adalah khusus menghidupkan malam Nifsu Sya'ban dengan beribadah dan berdoa. Malah ada di kalangan Wahabi yang sampai menganggapnya sebagai bid'ah yang sesat kalau khusus menghidupkan malam Nifsu Sya'ban dengan beribadah.

Fatwa tertinggi Kerajaan Saudi Arabi (Fatwa al-Lajnah al-Daimah) telah memberi kesimpulan sebagai berikut:

وبالجملة فإنه لم يصح شيء من الأحاديث التي وردت في فضيلة إحياء ليلة النصف من شعبان وصوم يومها عند المحققين من علماء الحديث؛ ولذا أنكروا قيامها وتخصيص يومها بالصيام، وقالوا: إن ذلك بدعة، وعظم جماعة من العباد تلك الليلة اعتمادًا على ما ورد من الأحاديث الضعيفة واشتهر عنهم ذلك فتابعهم عليه الناس، تحسينًا للظن بهم، بل قال بعضهم لفرط تعظيمه لليلة النصـف من شعبان: إنها الليلة المباركة التي أنزل فيها القرآن.

Terjemahan: Secara keseluruhannya, tidak sahih satupun daripada hadis yang warid menyebutkan keutamaan menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban, dan berpuasa pada harinya menurut ulama-ulama yang ahli tahqiq dari kalangan ahli hadis; oleh sebab itu mereka mengingkari mendirikannya dan mengkhususkan pada hari tersebut untuk berpuasa. Mereka berkata: Sesungguhnya perkara tersebut adalah Bid'ah! Dan sekelompok dari hamba Allah telah mengagungkan malam tersebut berpegangan pada apa yang telah warid dari hadis-hadis daif, dan terkenal dari mereka perkara tersebut sehinggakan manusia sama-sama mengikuti mereka, kerana bersangka baik terhadap mereka. Malah ada yang ekstrim sehingga berkata: Malam Nifsu Sya'ban adalah Malam yang Mulia di mana diturunkannya Al-Qur'an.

Untuk menjawab fitnah ini, sudi penulis membawakan di sini sebuah jawaban yang penulis nukil dari kata-kata Imam kita yang teragung; al-Imam al-Syafi'i RA (al-Umm 1/204):

( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ , وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى , وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ , وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ , وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ قَالَ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِيُّ قَالَ أَخْبَرَنَا إبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ رَأَيْت مَشْيَخَةً مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ يَظْهَرُونَ عَلَى مَسْجِدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةَ الْعِيدِ فَيَدْعُونَ وَيَذْكُرُونَ اللَّهَ حَتَّى تَمْضِيَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ , وَبَلَغْنَا أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يُحْيِي لَيْلَةَ جُمَعٍ , وَلَيْلَةُ جُمَعٍ هِيَ لَيْلَةُ الْعِيدِ لِأَنَّ صَبِيحَتَهَا النَّحْرُ ( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) : وَأَنَا أَسْتَحِبُّ كُلَّ مَا حُكِيَتْ فِي هَذِهِ اللَّيَالِيِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَكُونَ فَرْضًا .


Terjemahan: Imam al-Syafi'i berkata: telah sampai pada kita bahawa sesungguhnya pernah dikatakan: Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam Eid Adha, malam Eid Fitri, malam pertama bulan Rajab, dan malam Nisfu Sya’ban. Telah mengkhabarkan al-Rabi' telah menkhabarkan Imam al-Syafi'i pada kita dan berkata: Telah mengkhabarkan kepada kita Ibrahim bin Muhammad berkata: Aku melihat orang-orang tua dari sebaik-baik penduduk Madinah, mereka telah kelihatan berada di Masjid Nabi SAW pada malam hari raya, berdoa dan berzikir kepada Allah sehinggalah habis waktu malam. Telah sampai pada kami  sesungguhnya Ibn Umar pernah menghidupkan malam-malam hari Jumaat. Malam-malam Jumaat adalah malam raya kerana sesungguhnya pada paginya adalah waktu untuk bersembelih (membuat makan-makan untuk keluarga). Imam al-Syafi'i RA berkata: Aku suka semua perkara yang diceritakan pada malam-malam ini selagi ia tidak dianggap sebagai fardhu.

Ini jelas sebuah hujjah yang diberikan Imam al-Syafi'i bahawa menghidupkan malam Nifsu Sya'ban adalah sebuah anjuran bahkan termasuk digalakkan sebagai sesuatu yang sunnat, selagi seseorang itu tidak menganggap menghidupkannya adalah fardhu. Kerana jelas bagi kita, yang fardhu sudah termaktub dalam nas-nas yang qat'i.

Kalau ada yang tersalah dengan terlalu berlebihan, maka cukuplah ditegur mana yang salah tanpa perlu membid'ahkan traadisi yang baik ini secara mutlak. Bukankah orang Wahabi sendiri menyuruh kita untuk mengikuti ulama Salaf Soleh, dan di Nusantara Imam al-Syafi'i adalah panutan kita semua!

3 comments:

Unknown said...

Alchamdulillah

Unknown said...

Alchamdulillah sudah di amalkan .
Mas ustadz ayman salam .. Di sini komunitas kencong juga ramai ...

Unknown said...

Mas ustadz ayman , kalau boleh, punya whatsapp ? Disini ada ajang silaturrohim kecil dengan WA ...

Atau barangkali whecat , line . Twitter , fb ???