Tuesday, February 11, 2014

Cetakan Terbaik Rihlah Ibn Batutah

Alhamdulillah, ana bersyukur kerana dapat bertemu dan berkawan dengan keluarga al-Tazi, iaitu sebuah keluarga akademia dan diplomasi Morocco. Berawal dari cucunya iaitu Sidi Ahmad al-Tazi, ana dapat berkenalan dengan datuknya yang bernama Abd al-Hadi al-Tazi (http://en.wikipedia.org/wiki/Abdelhadi_Tazi). Beliau adalah seorang ulama Qarawiyyin yang juga seorang diplomat Morocco. Selama misi diplomasi kerajaan, beliau mengambil kesempatan untuk mengumpulkan data-data ilmiah dan akadimiah dalam sebuah project yang sangat agung dalam dunia akademik dan diplomasi. Project tersebut adalah mengumpulkan segala dalil-dalil dan bukti hubungan diplomasi yang pernah dilakukan oleh kerajaan Morocco bermula dari dinsati pertama iaitu Idrisiyyah sehinggakan dinasti sekarang iaiti Alawiyyah. Buku tersebut sebesar 10 jilid dengan judul "التاريخ الدبلوماسي للمغرب" (The Diplomatic History of the Kingdom of Morocco). Ana telah dihadiahkan sebuah ringkasan dari buku tersebut berjudul "A Brief History of the International Relations of the Kingdom of Morocco". Alhamdulillah, ini semua berkat menjadi penerjemah dan penunjuk jalan bagi penulis novel terkenal Abdul Latip. Berkat beliau juga, ana pada hari ini (11-2-2014) telah dihadiahkan kitab yang ditahqiq beliau seperti yang akan ana ceritakan sekarang.

Tentunya sebagai seorang ahli dalam sejarah diplomatik Morocco, beliau tentu tidak terlepas untuk mengkaji salah seorang ahli diplomatik Morocco yang sangat terkenal, iaitu pengembara Ibn Batutah (w. 1369 M). Seperti yang kita ketahui, Ibn Batutah telah melakukan perjalanan menelan buana dari hujung barat Maghribi sehinggalah hujung timur Asia termasuk China, Aceh dan Melaka. Ini seperti peta yang telah digambarkan oleh Abd al-Hadi al-Tazi sebagai berikut:

Peta Perjalanan Ibn Batutah

Walaupun dalam catatan beliau, beliau tidak menyebutkan tentang Melaka atau Temasek, akan tetapi secara yakin beliau pasti berhenti di pelabuhan tersebut untuk mempersiapkan perjalanan ke China melalui Laut Cina Selatan.

Setelah ana membaca dan membandingkan dengan cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, tidak diragukan lagi, edisi Prof. Dr. Abd al-Hadi al-Tazi adalah yang terbaik. Bukan sahaja kerana ia berjumlah 5 jilid bersama 1 jilid pembetulan dan tambahan, akan tetapi kerana ia adalah hasil tahqiq dari 31 manuscript yang sangat langka, yang dikumpulkan dari Morocco, Eropah, dan lain-lain negara.

Kitab Rihlah Ibn Batutah Edisi Terlengkap 5 Jilid
Tapi jangan terkejut, buku yang nampak buruk ini bukan murah, harganya DH 600 atau sama dengan RM 250. Padahal cetakan yang beredar sekarang tidak seperti cetakan pertama yang sudah habis licin. Gambarnya tidak terang dan bentuk cetakan kelihatan tidak berkualitas. Mungkin kerana Morocco adalah negara susah, maka harga buku juga sangat mahal walau dengan kualitas yang sedarhana.

3 comments:

Anonymous said...

kalau mau beli kitab ar - rihlah yang lima jilid itu dimna syeh?

akitiano said...

Hanya ada di Morocco

Unknown said...

Dimana bisa mendapatkan kitap tersebut