Muqaddimah
Sejak dahulu, salah seorang tokoh dan ulama agung Maghribi / Morocco yang dikenal dengan nama Dr. Farid al-Anshori RH selalu dikatakan beliau adalah contoh ulama Salafi yang bermanhaj Wasathy, sehinggakan pemikiran beliau dijadikan sebuah brand (trade mark) bagi kelompok yang kononnya memilih jalan wasathy. Yang lebih menariknya, ciri-ciri yang diambil oleh mereka adalah mengatakan Dr. Farid al-Anshori adalah ulama yang tidak menghabiskan waktu membantai orang sufi maupun kelompok wahabi. Beliau berkonsentrasi seputar ilmiah, dan manhaj al-Quran. Dengan dakwaan ini, sebahagian orang yang mengklaim bahawa mereka bermanhaj wasathy, kadang menganggap orang yang menghabiskan waktu menolak wahabi, berhujjah melawan wahabi adalah tidak bermanhaj wasathy. Bahkan ada yang tuduh mereka sebagai Ahbash sedangkan tidaklah mereka ini tahu siapa puak Ahbash dan perbezaan antara ciri-ciri Ahbash dan Asy'ari lainnya.
Sejak dahulu, salah seorang tokoh dan ulama agung Maghribi / Morocco yang dikenal dengan nama Dr. Farid al-Anshori RH selalu dikatakan beliau adalah contoh ulama Salafi yang bermanhaj Wasathy, sehinggakan pemikiran beliau dijadikan sebuah brand (trade mark) bagi kelompok yang kononnya memilih jalan wasathy. Yang lebih menariknya, ciri-ciri yang diambil oleh mereka adalah mengatakan Dr. Farid al-Anshori adalah ulama yang tidak menghabiskan waktu membantai orang sufi maupun kelompok wahabi. Beliau berkonsentrasi seputar ilmiah, dan manhaj al-Quran. Dengan dakwaan ini, sebahagian orang yang mengklaim bahawa mereka bermanhaj wasathy, kadang menganggap orang yang menghabiskan waktu menolak wahabi, berhujjah melawan wahabi adalah tidak bermanhaj wasathy. Bahkan ada yang tuduh mereka sebagai Ahbash sedangkan tidaklah mereka ini tahu siapa puak Ahbash dan perbezaan antara ciri-ciri Ahbash dan Asy'ari lainnya.
Berkaitan dengan ini, penulis selalu mengingatkan, bahawa membaca adalah kunci segalanya. Jangan hanya terbaca satu dua buku, lalu memberi kesimpulan. Juga jangan hanya dengan dengar-dengar dari youtube, ceramah ustaz, dakyah-dakyah kawan Salafi langsung memberi kesimpulan. Akan tetapi, kalau benar seseorang itu ingin mengetahui yang hak, maka wajib lagi wajib baginya membaca yang banyak. Maka dari sini, penulis yang sudah membaca beberapa karya Dr. Farid al-Anshori, baru kali ini terkejut dengan satu buku penting tulisan Dr. Farid al-Anshori RH. Penulisan Dr. Farid al-Anshori kali ini dapat menjadi hujjah dan bumerang kepada puak-puak Salafi di Morocco khususnya dan di dunia secara amnya. Bagaimana tidak? Kali ini beliau telah mengoreskan sebuah kritikan pedas dan tajam kepada puak wahabi walaupun dengan gaya dan uslub yang sangat halus serta masih di dalam bahasa yang sangat menghargai ilmu dan ahlinya.
Untuk mengupas uslub beliau menolak dakyah Wahabi ini, maka tentunya penulis tidak mampu mengutarakan semua secara detail, akan tetapi penulis akan memberi beberapa sub bab agar mudah memahaminya. Pengarang kitab Majalis al-Qur'an ini telah melontarkan kritikas pedas terhadap Wahabi di dalam kitabnya berjudul: "الأخطاء الستة للحركة الإسلامية بالمغرب - انحراف استصنامي في التصور والممارسة حقائق تاريخة ومقولات نقدية تنشر لأول مرة" Kitab ini sekarang sulit untuk ditemukan di pasaran sekarang. Penulis sendiri terpaksa berhubungan terus dengan keluarga Pengarang. Mungkin ini disebabkan kitab tersebut mengkritik parti-parti politik di Morocco.
Walau bagaimanapun, kritikan Dr. Farid terhadap Wahabi terletak pada bab dua dan merupakan bab terakhir kitab. akan tetapi bab tersebut adalah bab yang panjang, dan diberi nama: "استصنام المذهبية الحنبلية في التيار السلفي" atau boleh penulis terjemahkan kepada: (Mengidolakan "Mazhab Hanbali" dalam Aliran Salafi).
Uslub Panggilan dan Nama
Uslub pertama yang digunakan Dr. Farid RH untuk memanggil nama "Wahabi" di sini adalah dengan memberinya nama "Mazhab Hanbali". Ini disebabkan apa sahaja amalan dan pegangan mereka adalah tidak lain merupakan keputusan yang dipilih dalam mazhab Hanbali. Beliau berkata di Fasal Kedua tentang Mazhab Hanbali Mengimpor dengan Nama al-Quran dan al-Sunnah:
ونظرا لأن الرسالة السلفية - من ناحية أخرى - قد ألقيت إليهم على أنها هي العمل بالكتاب والسنة فدلس عليهم كثير من الأحمكام الفقهية الحنبلية وتلقوا ذلك بنوع من السذاجة دون الدخول في تدقيق تلك المقولات وتحقيق مدى قوة علاقتها بالكتاب والسنة بعرضها على موازين القواعد الفقهية والأصولية دلالة واستدلالا - إلى أن قال - وقد تجلت حنبلية السلفية الدخيلة في أمرين: 1 فقهي جزئي و2 منهجي أصولي
Terjemahan Bebas: Kerana melihat bahawa sesungguhnya perutsan salaf dari sisi lain itu diberi kefahaman kepada mereka bahawa ia adalah beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah. Lalu ditadlis terhadap mereka banyak dari hukum-hukum fiqh yang sebangsa Hanbali dan mereka menerimanya dengan mudah tanpa masuk memahaminya secara mendalam qaul-qaul tersebut, dan tanpa mentahqiq kekuatan hubungannya dengan al-Quran dan al-Sunnah sesuai dengan timbangan kaedah-kaedah fiqh dan usul secara dalalah dan metode pengeluaran hukum. - maka benar-benar jelaslah kehanbaliannya dalam merk salaf mereka dalam dua hal: 1- fiqh juz'i, 2- manhaj usuli.
Sedangkan contoh Fiqh Juz'i yang jelas-jelas terlihat Hanbalinya sehinggakan Hanbali dianggap sebagai Salafi sejati dan selainnya bukan adalah seperti isu kewajiban memakai niqab (hijab) bagi perempuan, tidak bolehnya menyentuh jangut dengan apapun jenis gunting atau alat potong ketika panjang, wajibnya keluar solat dengan dua salaman bukan satu serta membatalkan pendapat yang mengatakan kesunahannya seperti menurut mazhab Maliki, membid'ahkan pendapat qunut di solat Subuh, dan lain-lain. Semua ini menurut Dr. Farid al-Anshori RH adalah ciri-ciri Wahabi versi Hanbali atau lebih dikenal dengan Salafi ala Saudi yang tidak lain adalah terpaku dengan mazhab Hanbali dengan tanpa ada kritik sama sekali terhadap Imam mereka seperti Ibn Taimiyyah RH.
Salah satu kritik Dr. Farid terhadap mereka dan menamakan mereka tidak lain adalah mazhab Hanbali bukan murni al-Qur'an dan al-Sunnah adalah kerana kebanyakan mereka menukil pendapat-pendapat Imam mazhab Hanbali seperti dimulai dengan Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibn al-Jauzi, Ibn Qudamah al-Maqdasi, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, dan diakhiri dengan ulama semasa mereka seperti Ibn Baz, al-Utsaimin, dan ulama-ulama lain yang berada dalam "هيئة كبار العلماء" di Saudi Arabia. Nama-nama merekalah yang disebut-sebut sebagai arus Salafi di Morocco.
Paling menarik dalam sorotan Dr. Farid RH di sini adalah, keterpakuan mereka dengan ibarat "شيخ الإسلام" tanpa menyebut yang dimaksudkan dengan ibarat ini kerana seolah-olah ia sudah jelas dan menyangka ia tidak lain adalah julukan seseorang sahaja iaitu Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Ini menunjukkan kejumudan orang-orang salafi Morocco yang sepatutnya membuka julukan tersebut kepada selain Imam Ibn Taimmiyyah seperti Imam Abi al-Walid al-Baji, Ibn Abd al-Barr al-Andalusi, lebih-lebih lagi, mereka di tanah Morocco yang dengan mengalihkan julukan tersebut kepada seseorang yang tidak biasa dengan tanah Barat Islam ini akan menyebabkan fitnah kepada penduduk tanah ini. Walau bagaimanapun, Dr. Farid RH - dengan kewasatiyahan yang hakikinya - tetap mengakui memang Imam Ibn Taimiyyah RH adalah termasuk "Syaikh al-Islam".
Uslub Kecacatan Manhaj dan Ghulwu Memerangi Bid'ah
Yang dimaksud dari sub uslub ini adalah sikap kelompok ekstrimis salafi/wahabi yang suka menentang mazhab setempat seperti Mazhab Maliki di Barat Islam atau Syafi'i di Nusantara dan tidak menimbang mana yang lebih Aulawiyat.
Seperti yang sudah maklum, di Morocco, terdapat banyak madrasah-madrasah tradisional atau pondok (مدرسة عتيقة) yang menjadikan kitab-kitab pokok dalam mazhab Maliki sebagai kitab induk atau silibus pengajian fiqh misalnya Mukhtashar Khalil, Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairuwani dan syarahnya, al-Qawanin al-Fiqhiyyah diganti kepada kitab al-Mughni Ibn Qudamah, dan lain-lain. Padalah ada saja kitab dari kalangan Maliki yang setanding dengan kitab al-Mughni tadi seperti kitab al-Istizkar oleh al-Hafiz Ibn Abd al-Barr al-Andalusi. Akan tetapi, sayangnya puak salafi Morocco memiliki hawa nafsu yang bersifat kepuakan yang kuat yang tidak terbuka untuk menerima kitab-kitab selain mazhab mereka.
Peralihan ini menyebabkan fitnah terhadap dikalangan orang Morocco sehingga melihat salafi/wahabi seperti mazhab yang janggal. Maka jangan salahkan ketika mereka diserangi oleh Kementrian Wakaf Morocco.
Lalu mereka meninggalkan yang lebih aula dan mementingkan sesuatu yang tidak perlu didahulukan. Seperti misal, dengan alasan menjaga akidah yang sahihah dan mazhab yang benar, mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara memahami suatu mazhab dahulu seperti mazhab Maliki terlebih dahulu. Lalu ketika terbukti anak tersebut mampu memahami mazhab Maliki dengan baik, barulah beralih ke ranah ijtihad dan tidak sampai melawan mazhab mayooritas setempat, kerana ia akan menimbulkan fitnah.
Sebaliknya, sikap keras kepala puak Wahabi Hanbali ini, tidak lain terus terjun dengan mengajak kepada ijtihad mutlak dalam keadaan tidak cukup basis-basis utama untuk mengali hukum dari sumber utamanya. Tidak lain, mereka akan menjadi seperti yang dikatakan bahawa mereka berijtihad dan mengatakan bahawa ia dari al-Quran dan al-Sunnah, akan tetapi hakikatnya mereka menukil qaul-qaul para ulama mazhab Hanbali.
Dan lebih mengherankan adalah ketika mereka menyalakan api peperangan dengan pembahasan kalam seperti zat dan sifat atau antara itsbat - ta'thil - takwil di lingkungan yang sebenarnya ilmu tersebut tidak wujud sama sekali. Contohnya melontarkan kesesatan ilmu kalam di lingkungan awam yang sama sekali tidak mengenal perkara tersebut, bahkan di lingkungan yang mana beragama itu sendiri sudah mati. Seperti halnya yang terjadi di Eropah di kalangan pemuda-pemudi yang sudah meninggalkan agama tok-nenek mereka. Bukankah sepatutnya mereka mementingkan untuk membuat mereka kembali kepada Islam dahulu daripada membuang waktu mendakwah melawan ahli kalam?
Termasuk dari hilangnya manhaj dari mereka adalah seperti terlalu ghulwu memerangi bid'ah, dan tidak dapat membezakan antara "bid'ah yang hakiki" dan "bid'ah yang tambahan" sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh ulama tentang keadaannya dan derajatnya seperti Imam al-Syathibi RH dalam kitab al-I'tisham (al-I'tisham: 1/286).
Mereka juga tidak mampu membezakan antara "bid'ah i'tiqad" dan "bid'ah ibadah", antara "ibadah mahdhah" dan "ibadah yang dilakukan dalam keadaan untuk mentarbiah" seperti melawan bacaan al-Qur'an di masjid-masjid, bentuk-bentuk bacaan zikir dan doa, dan lain-lain.
Uslub Akidah dan Ghulwunya Wahabi dalam Menetapkan Akidah
Seperti yang penulis sindir di muqadimah, bahawa Dr. Farid al-Anshori RH adalah seorang ulama yang beraliran salafi akan tetapi tidak menghabiskan waktu untuk mencounter ulama-ulama Asy'ariyyah dan para sufiyyah. Maka sebelum penulis menceritakan uslub beliau dalam bab ini, maka sebaiknya penulis menyindir sedikit akidah Dr. Farid al-Anshori RH.
Menurut hemat penulis setelah membaca karya-karya beliau, penulis mendapati Dr. Farid al-Anshori RH memang beriktiqad dengan manhaj salafi. Menolak takwil, dan mengitsbat ayat-ayat sifat secara zahirnya. Ini dapat dibuktikan seperti dalam kitab "الأخطاء الستة" ini. Beliau sendiri secara tidak langsung menisbatkan akidah orang awam di Morocco sebagai akidah salaf yang selamat dan asli akidah seperti dalam kitab al-Ibanah Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau berkata:
والشائع بين المسلمين المغاربة اليوم إنما هو الأشعرية الأصلية التي لخصها أبو الحسن الأشعري رحمه الله من نصوص الكتاب والسنة وانتصر فيها للإمام أحمد في محنته ضد المعتزلة. وهي عقيدة الإمام مالك قبلهم جميعا كما هو معروف ولا وجود اليوم في التدين العام للأشعرية "الجوينية" المحدثة ذات الطابع الكلامي الصرف.
Lebih jelas lagi, Dr. Farid al-Anshori RH sendiri di catatan kaki pernyataan di atas condong kepada pendapat yang mengatakan Imam al-Juwaini RH sebagai orang yang bertanggung jawab memperkenalkan mazhab takwil di kalangan Asy'ariyyah lalu diikutkan dengan Imam al-Ghazali RH. Malah Dr. Farid seperti membela pendapat yang mengradd al-Ghazali dan mengatakan bahawa dia telah hanyut dalam falsafah dan bermazhab takwil yang ghulwu. Ini bukti yang jelas Dr. Farid memilih bermazhab Salafi.
Bukti lain, bahawa beliau condong kepada mazhab Salafi adalah sindiran dan ajakan beliau dari betuk-betuk syirik seperti beristighasah pada selain Allah. Walaupun, beliau tidak memberi contoh secara jelas jenis-jenis istighasah yang dilarang, tapi dengan secara zahir dapat difahami beliau bermaksud secara mutlak. Ini tentunya berindikasi bahawa Dr. Farid sebenarnya menolak tasawwuf-tasawwuf yang mengandung ciri-ciri beristighasah kepada ruh-ruh wali. Cuba cermati kata-kata beliau ketika menjelaskan ayat "إياك نعبد وإياك نستعين" di dalam kitabnya Majalis al-Quran Juz 1 Hal. 140 (Dar al-Salam,):
الخروج الفوري من ظلمات الشركيات الظاهرة والباطنة، من التذلل التعبدي لغير الله أو التوجه بالدعاء لغير الله أو الاستغاثة بغير الله أو تقديم الذبائح والقرابين لغير الله.
Tapi yang menariknya, beliau sama sekali tidak mengambil jalan atau manhaj wahabi versi Saudi yang terpaku pada mazhab Hanbali, dan tidak lain hanya bertaqlid kepada tokoh-tokoh mereka yang ada di Saudi sana dan sewaktu dengannya.
Kembali kepada pembahasan uslub ini, beliau mentakan bahawa wahabi di Morocco tersalah manhaj kerana terlalu berpegang kepada ketetapan akidah versi Hanbali dalam mengajarkan akidah kepada masyarakat Morocco. Mereka hanya memakai kitab Fath al-Majid oleh keluarga Al Syaikh, Syarah al-Akidah al-Thahawiyyah oleh al-Albani, dan al-Akidah al-Wasatiyyah oleh Ibn Taimiyyah. Walaupun beliau sendiri mengakui akidah-akidah dalam kitab tersebut benar, tapi beliau mengkritik kenapa kitab-kitab itu yang dipilih untuk diajarkan di tanah para wali ini. Bukankah di sini sudah ada kitab-kitab yang dikarang oleh ulama mereka sendiri dan lebih memahami struktur pemikiran bagi masyarakat Barat Islam sehingga tidak menimbulkan fitnah bagi mereka?
Beliau justru menganjurkan, kalau benar kitab akidah salaf yang akan diajarkan, maka sebaiknya dipegang pada kitab al-Ibanah Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari, Syarah Akidah Malik al-Shoghir oleh Qadi Abd al-Wahhab al-Baghdadi iaitu syarah kepada kitab Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani. Juga kitab al-Nur al-Mubin fi Bayan Aqaid al-Din oleh Ibn Juzayyi al-Gharnathi. Semua kitab akidah ini adalah akidah Salaf yang selamat. Yang lebih mengerikan, murid-murid yang keluar dari madrasah Salafi sekarang adalah golongan awam atau yang sesamanya. Sedangkan dari kalangan yang benar-benar ahli ilmu sangat sedikit. Ini menurut Dr. Farid akan menyebabkan fitnah yang besar setelah beberapa waktu, kerana akan melahirkan generasi yang jahil dan akan menunggang pergerakan perpecahan.
Beliau juga memprediksi bahawa salafi seperti ini akan melahirkan salafi versi pembunuh (السلفية القتالية) kerana kurangnya ilmu mereka sehinggakan mengeluarkan fatwa keganasan. Dr. Farid sengaja tidak menyebut istilah "سلفي جهادي" kerana istilah jihad itu adalah sebuah istilah yang dianggap ibadah dan sakral. Ia adalah sebuah amalan yang baik, bukan sesuatu yang negatif. Akan tetapi, para ekstremis telah menggunakan istilah ini untuk menghalalkan perbuatan mereka yang tercela itu.
Penusli secara pribadi teringat kata-kata Dr. Khalid Zahri, yang berasal dari Ustaz Muhaqqiq Nizar bin Ali Hammadi bahawa di Tunis baru-baru ini, tepatnya di University Zaytunah, puak Salafi ada mengirim surat untuk melarang pengajian kitab Jauharah al-Tauhid di University tersebut. Setelah para pensyarah dan professor menolak, mereka mengancam akan melakukan pembunuhan atau keganasan di University Zaytunah tersebut. Maka apa yang dipridiksi Dr. Farid al-Anshori RH adalah tepat. Untuk melihat sendiri keadaan di Tunisia sekarang boleh dibuka di: http://dedepermana.blogspot.com/2013/08/wahabisasi-zaitunah.html
Uslub Adil dan Wasatiyah terhadap Ulama
Seperti yang disingung di atas, Dr. Farid jelas-jelas bermazhab Salafi. Bahkan beliau pengkagum al-Muhaddits Nashiruddin al-Albani RH. Akan tetapi Dr. Farid tetap bersikap insaf dan adil menerima yang baik walaupun dari orang yang tidak sealiran. Dalam hal ini, beliau mengcounter pihak wahabi Morocco yang terlalu kuat melawan kelompok sufi sehingga tidak dapat membezakan tasawwuf yang sunni dan tasawwuf yang bi'ie. Beliau sendiri memberi contoh bagaimana Imam Ibn Taimiyyah sendiri yang banyak mengkritik tasawwuf dan ahlinya tidak lupa memuji Syaikh Abd al-Qadir al-Jailani dengan memberi doa "قدس الله روحه" (Semoga Allah Mensucikan Ruhnya).
Yang sedihnya, menurut Dr. Farid, mereka selalu mencampur aduk antara sufi yang lurus dengan yang tersesat. Seperti misal, ketika mengcounter para sufi, mereka memberi contoh al-Hallaj. Padahal tidakkah mereka tahu, bahawa ahli tahqiq dikalangan sufi sendiri menetapkan bahawa ia bukanlah dari golongan sufi sejati bahkan ada yang mengeluarkannya dari sufisme seperti Imam al-Junaid bin Sa'id dan lainnya. Perkara ini ada disebukan oleh Abdul Rahman al-Salmi dalam kitab "Thabaqat al-Sufiyyah" begitu juga oleh Khatib al-Baghdadi dalam "Tarikh Baghdad".
Kuburan Dr. Farid al-Anshori RH |
Dr. Farid al-Anshori RH juga terpengaruh dengan sufi agung dari tanah auliya Fes iaitu Imam Ahmad Zarruq yang mengarang kitab "Uddatu al-Murid al-Shadiq" dalam mengkritik para sufi yang menggunakan syathahat dalam tasawwuf mereka. Oleh itu, beliau juga menulis kitab ini sebagai nasihat dan menunjukkan kebatilan puak wahabi/salafi di Maghribi ini.
Uslub Kritik Salafi Penyembah Kezahiran
Salah satu uslub beliau dalam mengkritik salafi zaman sekarang adalah dengan terlalu memandang kepada zahir seperti menyembah penampilan-penampilan yang zahir. Mereka menjadikan ukuran asas antara selamatnya agama dengan tidaknya berada pada tampilan bukan substansi.
Beliau juga mengkritik kuat persoalan pemakaian niqab oleh salafi terhadap wanita mereka yang dianggapnya sebenarnya ia adalah khilaf sahaja. Bahkan Dr. Farid sendiri mengagung-agungkan pendapat al-Albani yang menetapkan niqab bukanlah suatu kewajiban kerana wajah kaum hawa bukanlah aurat.
Begitu juga persoalan janggut. Beliau sangat tegas mengecam kelompok salafis yang ekstrim dengan melarang sama sekali sentuhnya janggut dengan gunting. Bagi beliau, ukuran yang disunnahkan adalah segenggam, dan selebihnya boleh dipotong. Beliau juga menegaskan bahawa Rasulullah SAW sendiri mengajarkan kebersihan dan kecantikan berdasarkan hadis Muslim: "إن الله جميل يحب الجمال" (Allah itu cantik dan menyukai yang cantik).
Uslub Kritik Sumber Keuangan Salafi Morocco
Dr. Farid mengatakan bahawa sebab utama mengapa salafi Morocco terlalu bercirikan mazhab Hanbali adalah kerena mereka ada link secara keuangan dengan negara-negara teluk. Boleh dikatakan menurut beliau, kalau tidak kerana "petrol" maka tidaklah mereka bercirikan Hanbali pada pakaian mereka yang baru.
Beliau sendiri pada dasarnya menganggap bahawa bantuan yang diberikan untuk tujuan dakwah kepada Allah SWT adalah perkara baik, akan tetapi yang dimusykilkan dan diingkari adalah menetapkan syarat seperti berdakwah dengan ciri-ciri Hanbali Saudi itu yang menjadi masalah besar bagi dakwah mereka. Ini sama saja seperti ada negara kaya yang membantu negara miskin dan mensyaratkan negara tersebut harus membenarkan disebarnya pemikiran Syiah di tengah-tengah penduduk Sunni.
Maka kesan yang paling besar terjadi dikalangan mereka adalah seperti ditemukan oleh Dr. Farid al-Anshori RH sebahagian tokoh mereka yang seperti terpaksa berdakwah dengan mazhab lain hanya saja dilakukan di negara sendiri. Maka terlihatlah kebanyakan dari pelajaran mereka adalah berkenaan tauhid tapi meninggalkan materi ikhlas. Mengajar usul akidah tapi meninggalkan usul iman, sehingga ada yang menjadikan jiwa mereka sebagai salafi takfiri (salafi yang suka mengkafirkan) atau disebut juga salafi kharijiyyah atau khawarij bahkan salafi petrol dolar dan terakhir manhaj takfiri qitali!
Kalau sahaja mereka mau memutus keterikatan dana dari negara teluk yang wahabi itu, dan konsisten bermazhab Maliki, maka jelaslah mereka akan menjadi salafi yang bercirikan mensahihkan secara nyata. Mengobati keghulwuan, dan kepesongan dalam bab akidah dan ibadah, secara sempurna seperti keadaan Morocco suatu ketika dahulu melalui sejarahnya yang panjang. Maka akan terjauhlah dari sikap membid'ahkan dan mengkafirkan. Wallahu a'lam.
* Penulis tidak lain hanya meringkas dan mengambil kesimpulan dari karya pengarangnya yang asli Dr. Farid al-Anshori RH dari kitabnya al-Akhta' al-Sittah. Para pembaca boleh mengdownload kitab aslinya dari link: (www.boudchichia.net/kitabansary.pdf) atau boleh juga mendengarkan kesimpulan dari kitab ini melalui youtube yang disidangkan oleh Dr. Farid al-Anshori sendiri: (https://www.youtube.com/watch?v=EtNmPQpo6WM&list=PL8C9067E594531847&index=1) maka jelaslah ini adalah karangan beliau, dan termasuk karangan beliau yang terkahir, setelah beliau berkelana secara ilmiah, kultural, dan geografis seperti pergi ke Turkey dan melihat sendiri Islam di berbagai negara. Kitab ini juga telah diriwayatkan kepada penulis melalui kawan baik kepada Dr. Farid al-Anshori RH iaitu Guru Penulis, Syaikh Hammou Ourami, pemegang kursi pejabat fatwa dan komunikasi kota Meknes, Morocco.
No comments:
Post a Comment