Sunday, September 8, 2013

Dua Kitab Ampuh Menjawab Persoalan Bid'ah

Persoalan bid'ah atau juga dikenal dengan istilah "tokok tambah" adalah suatu persoalan yang sudah diperdebatkan sejak berkurun lagi. Akan tetapi, perdebatan tersebut tidak akan pernah selesai selagi titik temu tidak ditemukan; dan yang paling penting adalah saling menghormati perbezaan juga mengiktiraf apa sahaja yang didasari dengan "hujjah ilmiah" bukan hanya dengan slogan "ilmiah".

Permasalahan yang meracuni pemikiran muda-mudi pada era ini, adalah mengelabui mereka dengan istilah-istilah yang terlihat wah dan dihiasi dengan berbagai pangkat serta sijil untuk mendukung doktrin mereka. Walhal, kadangkala pemikiran yang konon mereka hasilkan adalah tidak lain sebuah pemikiran yang diciplak dari precedent yang telah lalu yang sudah berulang kali disebutkan.

Di waktu ini pula, penulis ingin mengenalkan dua kitab yang menurut penulis boleh dikatogorikan sebagai kitab ampuh (hebat) kerana telah mengupas isu bid'ah bukan lagi dengan semata-mata istilah dan precedent pendapat sarjana yang sehaluan dengan mereka akan tetapi dengan gabungan dari kedua-dua sisi lalu berhujjah menggunakan pendapat lawan mereka sendiri dan menunjukkan bahawa lawan mereka adalah tersalah faham isu bid'ah sehingga membuat lawan mereka seolah-olah menjilat ludah mereka sendiri.

Kitab yang pertama adalah kitab "مفهوم البدعة وأثره في اضطراب الفتاوى المعاصرة - دراسة تأصيلية تطبيقية" yang dikarang oleh "د. عبد الإله بن حسين العرفج" seorang ulama Saudi Arabia yang mengajar di Universitas Raja Sa'ud di al-Ahsa' Saudi.


Yang menarik dalam kitab ini, penulisnya telah menunjukkan betapa susahnya kita untuk bersikap konsisten dalam menerapkan kaedah semua benda baru dalam ibadah adalah sesat dan masuk neraka, kerana ulama dan mufti-mufti yang mengambil manhaj menyempitkan definisi bid'ah dalam arti menyesatkan semua bid'ah dalam ibadah (pro salaf modern/wahabi) telah berlaku perbezaan pendapat di antara mereka sendiri dalam membid'ahkan satu permasalahan. Seperti isu tasbih: Syaikh al-Fauzan dan al-Albani telah menyatakan bid'ah dan tidak ada asal dalam Islam atau perlu dijauhi. Sedangkan Syaikh Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dan Ibn Jabarin menyatakan masyru' atau diperkenankan. Termasuk dari isu-isu ibadah yang dipolemikkan antara ulama salafi sendiri adalah seperti memulakan acara dengan bacaan al-Qur'an, membaca langsung dari mushaf dalam solat, meletakkan tangan di dada setelah bangkit dari ruku', mengucapkan selamat ketika masuknya tahun hijrah yang baru, dan lain-lain. 




Semua dari isu-isu tersebut terjadi kontradiksi (tanaqudl) di antara ulama salafi sendiri antara bid'ah dan tidaknya. Ini membuktikan bahawa kalau kita memilih manhaj yang mengatakan bahawa semua bid'ah itu sesat adalah tidak lain sebuah manhaj yang kontradiksi.

Sebenarnya, kitab ini sudah pernah diradd oleh kelompok salafi dari keluarga as-Saqqaf sendiri. Hanya saja, penolakannya masih kurang kuat, sehinggakan Dr. Abd al-Ilah (penulis asal kitab Mafhum al-Bid'ah) telah menjawab persoalan yang diutarakan oleh as-Saqqaf dalam cetakan buku Mafhum al-Bid'ah edisi kedua. Jawaban beliau terlihat lebih jelas dan sangat halus bahasanya.


Buku kedua yang dimaksudkan penulis adalah "البدعة الإضافية - دراسة تأصيلية تطبيقية" yang dikarang oleh: "د. سيف بن علي العصري" pengarang kepada kitab "القول التمام بإثبات التفويض مذهبا للسلف الكرام" (kitab yang sangat ampuh menjawab persoalan ayat-ayat mutasyabihat sama ada dita'wil atau ditafwidl atau itsbat versi salafi).


Kitab ini mengupas isu tentang Bid'ah Idhafiyyah iaitu suatu perkara yang terdapat dua arah: yang satu adalah sunnah kerana ia berlandaskan pada dalil, dan yang kedua adalah bid'ah kerana ia disandarkan kepada syubhat bukan kepada dalil atau tidak disandarkan pada apa-apa jua. 

Contoh-contohnya adalah seperti melafazkan niat, talqin mayyit, menghadkan jumlah rakaat terawih, zikir berjama'ah, berkumpul pada hari Arafah di kota-kota, penggunaan tasbih, dan perayaan maulid.

Dalam permbahasan ini juga, pengarang tidak lupa membahas bid'ah-bid'ah adat seperti perayaan ulang tahun atau apa-apa perayaan bermusim.

Indahnya kitab ini kupasannya sangat luas, dan rujukan yang menakjubkan. Dengan wasilah kitab ini, para pembaca dapat memahami sesuatu isu dengan lebar dan luas serta dikaji dengan neraca ilmiah. Ia lebih kukuh dan kuat hujjahnya dibandingkan dengan copy and paste  semata seperti yang banyak dilakukan oleh pegkaji zaman sekarang.

Mungkin ini sahajalah coretan penulis pada kesempatan kali ini untuk me-review kitab-kitab sebagai bahan rujukan. Ingat, belilah buku ini, dan janganlah kita terlalu perhitungan dengan kitab, kerana ia adalah ilmu. Wallahu a'lam...

1 comment:

nugroho.laison said...

As Salamu 'alaikum Ustadz.

mohon link utk download free ebook utk kedua kitab tsb. guna sharing dan menambah koleksi ke rekan lain.

utk Kitab Mafum Bid'ah versi terjemahan Bhs Indonesia (distributornya Al-I'tishom), sudah saya beli dan baca. sangat bagus uraiannya termasuk utk orang awam seperti saya, dan bahasanya santun.

Terima kasih banyak.
Jazaakumullooh Khoiron Katsiiron.

Wassalam - Nugroho Laison (Nugon)