Ketika ada orang yang
bertanya, mengapa perlu bertawassul sedangkan Allah SWT ada dan kepada
beliaulah kita memohon, tak perlu lah kita nak bertawassul, dan cukuplah
langsung kepada Allah, kerana tawassul hanya akan membawa kepada kesyirikan.
Maka aku katakan, Aku
senantiasa berdoa banyak kali. Dan dalam doaku bervariasi, ada yang langsung,
ada yang bertawassul melalui asma dan sifat-Nya, ada yang melalui amalku, dan
juga tidak lupa bertawassul dengan para Nabi lebih-lebih lagi Nabi Muhammad
SAW, serta para auliya dan sholihin. Kerana, Tawassul yang terakhir ini adalah ditetapkan
oleh Al-Qur'an dan Sunnah juga.
Bukti 1:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ
إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ
فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا
رَحِيمًا
Terjemahan: Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan
supaya ia ditaati dengan izin Allah. dan seumpama mereka ketika menganiaya diri
mereka sendiri datang kepadamu (Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan
Rasul juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha
Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
Dalam ayat ini jelas sekali Allah menyatakan bahwa memohon sesuatu
dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW adalah dimaqbulkan. Ayat ini berlaku
mutlak dan tidak ada nas yang mengqayyidinya secara nas atau akal. Juga tidak
ada sesuatu pun yang mengqayyidkan maknanya dalam waktu hidupnya Nabi sahaja.
Maka ia berlaku sampai ke hari kiamat. Seperti yang kita semua belajar di kelas
Usul Fiqh dan Ulum al-Qur'an, bahwa asal segala sesuatu dari dalil al-Qqur'an
adalah dengan umu lafaznya dan bukan pada apa-apa sebab yang khusus (العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب) (Rujuk: al-Zuhayli, Usul
al-Fiqh al-Islami: 1/265). Yang menariknya, Imam al-Syaukani di dalam kitab
Irsyad al-Fuhul mengatakan bahwa sekiranya ada Ayat yang mana sighat fi'il
jatuh sebagai bentuk nafi atau Syarat maka ia akan berfaedah umum, dan tidak
dikhususkan. (Rujuk: al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul: 122). Maka, barangsiapa yang
menganggap bahwa ayat ini khusus bagi ketika Nabi Muhammad SAW hidup, perlu datang
membawa dalil. Dalam menitlaqkannya tidak perlu membawa dalil dengan beramal
sebagai ASAL. Malah, Imam Tafsir Birriwayat\h, Ibn Katsir ketika mentafsiri
ayat ini, langsung menetapkan bolehnya bertawassul di Kubur Nabi Muhammad SAW
dengan diceritanya kisah al-Utbi (Rujuk: Ibn Katsir, Tafsir al-Qur'an al-Azim:
1/521). Imam al-Nawawi juga menceritakan kisah tawassul ini di dalam kitab
al-Azkar.
Bukti 2:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh sampai kepada-Nya; dan
berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
Ayat ini memerintah orang mukmin untuk
mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai cara pendekatan. Pendekatan ini
dengan menggunakan kata "al-Wasilah" dapat praktikkan dengan berbagai
bentuk. Bertawassul kepada Allah dengan Nabi Muhammad SAW dalam doa termasuk
pendekatan diri kepada Allah yang mana ditetapkan oleh ayat ini. Tidak ada
satupun perkara yang mengkhususkan bentuk wasilah di sini. Hal ini adalah umum
dengan segala jenis wasilah yang diridhai Allah. Doa adalah ibadah dan diterima
selagimana tidak disertai perkara yang dosa atau mengandungi lafaz-lafaz yang
bertentangan dengan dasar-dasar akidah Islam. Seperti yang diajarkan dalam
beberapa hadis seperti al-Utbi juga dari ayat yang pertama, maka bertawassul
bukanlah yang dilarang. Maka ia termasuk dari al-wasilah di sini.
Bukti 3:
من قال حين يخرج إلى الصلاة : اللهم
إني أسألك بحق السائلين عليك ، وبحق ممشاي هذا ، أني لم أخرج أشرا ، ولا بطرا ، ولا
رياء ، ولا سمعة ، خرجت اتقاء سخطك وابتغاء مرضاتك ، أسألك أن تعيذني من النار ، وأن
تغفر لي ، إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت ، وكل الله به سبعين ألف ملك يستغفرون له ، وأقبل
عليه بوجهه حتى يفرغ من صلاته.
Terjemahan: Ya Allah, aku memohon
kepadaMu dengan hak orang-orang yang memohon atasMu dan dengan hak
langkah-langkahku, bahawa sesungguhnya aku tidak keluar dengan keangkuhan,
sombong, riya’ (minta dilihat), mahupun sum’ah (minta disebut). Aku keluar
kerana takut terhadap kemurkaanMu dan mengharapkan redha-Mu. Aku memohon
kepadaMu untuk menyelamatkan diriku daripada api neraka dan mengampuni
dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecualiMu, Ya
Allah.
Hadis ini jelas sekali terdapat unsur tawassul. Dan ini diajarkan
oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Hadis ini tealh dituduh sebagai hadis daif.
Akan tetapi, kita perlu berlapang dada, kerana dalam menentukan sesuatu itu
daif atau tidak, para ulama sejak dahulu sudah berbeza pendapat. Buktinya
banyak muhadits-muhadits agung yang mensahihkannya seperti Ibn Hajar
al-Asqalani, al-Hafiz al-Iraqi, Abu al-Hasan al-Maqdasi, al-Hafiz al-Dimyathi,
al-Hafiz al-Bushairi, dan lain-lain.
Bukti 4:
عن مالك
الدار خازن عمر قال: أصاب الناس قحط في زمان عمر، فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله
عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فانهم قدهلكوا، فأتي الرجل في المنام
فقيل له: "ائت عمر فأقرئه مني السلام وأخبرهم أنهم مسقون ، وقل له : عليك
بالكيس الكيس" .. فأتى الرجل فأخبر عمر ، فقال : "يا رب ! ما آلو إلا ما
عجزت عنه".
Terjemahan: Diriwayatkan daripada Malik Al-Dar r.a. (bendahara
Sayyidina Umar r.a) bahawasanya dia berkata: “Kekeringan (kemarau) teruk telah
melanda kehidupan manusia di zaman Sayyidina Umar r.a. Lalu ada seorang
laki-laki datang ke maqam Nabis.a.w. dan berkata: “ Wahai Rasulullah, mintakan
hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Pada malam
harinya orang itu mimpi didatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata kepadanya :
‘Datanglah engkau kepada ‘Umar dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahukan dia
bahawa mereka akan memperoleh hujan. Katakan juga kepadanya: ‘Engkau harus
bijaksana...bijaksana’! Orang itu lalu segera menyampaikan berita mimpinya
kepada Khalifah ‘Umar r.a.. Ketika itu ‘Umar berkata: ‘Ya Rabb (Ya Tuhanku),
mereka mohon pertolongan-Mu karena aku memang tidak dapat berbuat sesuatu.
Atsar ini malah secara jelas sekali terdapat
unsur bertawassul di kubur Rasulullah SAW. Hadis ini telah disahihkan oleh Imam
Ibn Hajar al-Asqalani, dan Ibn Katsir (juga murid kepada Ibn Taimiyyah).
Maka nasihat hamba yang fakir ini, kita semua
mencari kebenaran dengan al-Qur'an dan al-Sunnah. Tapi biarlah caranya dengan
betul yaitu mengikut kaedah-kaedah dan disiplin ilmu yang sahih. Bukankah Allah
SWT telah berfirman:
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ
الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ
فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ
الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ
فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ
إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Wallahu a'lam.