Sungguh teman merasa kehilangan yang besar atas kemangkatan Syaikh Raja Ashman RH. Baginda adalah guru teman yang membimbing teman dari sejak sekolah rendah sampailah sekarang. Salah satu irsyad
Baginda yang paling agung kepada teman adalah perintah untuk menuntut ilmu agama sampai perabis.
Bagindalah juga yang mendukung dan memberi support kepada teman menutut di Pesantren di Jawa yang membuat kawan-kawan sepeguruan teman panggil teman dengan istilah "Raden". Salah satu kata-kata
Baginda adalah: "Teruskan mengaji dan jadi American Scholar". Yang
Baginda maksud American Scholar ketika itu adalah kerana kurangnya guru agama yang mampu mengajar Islam dalam bahasa Inggeris ketika itu, dan
Baginda berharap teman tidak hanya dapat mengajar dalam bahasa Melayu, tapi juga dakwah kepada orang-orang Barat agar mendapatkan hidayah Islam seperti apa yang sudah lama dijalankan oleh Mursyid Kami Syaikh Nazim Adil al-Haqqani.
Dengan wasilah dakwah Naqshabandi Haqqani dan link-linknya, maka jelaslah sekarang Islam di negara-negara Barat yang asalnya kosong dari siraman rohani menjadi pusat-pusat mengajak menuju hidayah Islam. Beribu-ribu orang tidak beragama atau beragama kristian atau lainnya masuk Islam melalui dakwah tarikat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqaniyyah. Ada dari mereka justru menjadi ulama seperti Syaikh Gibril Fuad Haddad.
Kalau ingin menyebut tentang Baginda, maka tidak akan mampulah teman untuk mengungkapkannya kerana terlalu banyak memory Baginda dalam ingatan teman. Teman sangat sedih kerana tidak mampu untuk bersama Baginda sampai akhir hayatnya. Tapi, justru dengan berpegang pada amanah Baginda, teman melanjutkan pelajaran di tanah seribu tembok ini. Terakhir kenangan teman bersama Baginda adalah setelah zikir di Zawiyah Damansara ketika teman diajak Baginda untuk duduk di meja VIP bersama Baginda dan Baginda bertanyakan tentang keadaan teman dan bercerita sedikit tentang perjalanan yang akan teman tempuhi. Baginda pesan pergilah ke Qarawiyyin, Fes dan mengaji di situ.
Dengan semua kenangan ini, teman merasa seperti tidak percaya akan berita ini. Tapi kita kenalah menerima hakikat takdir ini. Dengan kemangkatan Baginda yang sebenarnya masih muda, mungkin inilah tanda Allah SWT yang memanggil kekasih-Nya. Kalau Imam Nawawi RA yang wafat berumur 45, Maka Syaikh Raja Ashman RH dijemput ruhnya pada umur 54 kebalikan umur Imam Nawawi RA.
Semoga seluruh amal Baginda diterima Allah, semoga Allah menempatkan Baginda bersama-sama dengan kekasih Allah. Semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya kepada Ruh Baginda. Teman yakin, Baginda akan berada di Syurga Allah. Amin Ya Rabb al-Alamin. Ila Ruh al-Syaikh Raja Ashman.... al-Fatihah!!!
Video Kemangkatan HRH Syaikh Raja Ashman RH
Berikut adalah beberapa link tentang Baginda:
6- www.theborneopost.com/2012/03/31/raja-ashman-a-humble-prince-of-the-people/
7- http://umno-online.com/?p=57654
8- http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=856:pas-perak-ucap-takziah-raja-ashman-shah-mangkat&catid=51:lain-lain-kenyataan-media-2011-2013&Itemid=465
9- http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/03/raja-ashman-shah-selamat-dimakamkan-al.html
7- http://umno-online.com/?p=57654
8- http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=856:pas-perak-ucap-takziah-raja-ashman-shah-mangkat&catid=51:lain-lain-kenyataan-media-2011-2013&Itemid=465
9- http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/03/raja-ashman-shah-selamat-dimakamkan-al.html
No comments:
Post a Comment