Assalam semua orang. Ana tau ana dah lama tak update posting. Ini disebabkan ana terlalu sibuk untuk memasuki fase baru hidup ana. Alhamdulillah, fase tersebut baru sahaja masuk dan semoga fase ini akan menjadi permulaan untuk menjadikan ana sebagai manusia yang lebih merendahkan diri dan terutamanya mendapatkan ridha Allah serta tetap memberi manfaat kepada umat. Amin. Sempena fase baru ini, ana mengajak kepada semua pembaca untuk menonton sebuah dialog yang dapat ana katakan dialog yang paling bagus dan dialog ini sepatutnya dijadikan dialog terbaik Malaysia tahun 2011. Dan dialog ini juga bagi ana adalah alat awal untuk perpaduan antara umat Islam di Malaysia....marilah kita berpegang pada firman Allah: "وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا". Biarlah anda dari golongan tua, atau kaum muda, atau mujaddid, atau profesional, atau orang awam, atau pelajar, atau politisi, atau kaum apa pun itu! yang penting sekarang adalah ketika kita bertitle "MUSLIM", Maka mari kita bersatu dan lupakan perbezaan! Kembali kepada Islam....