Tuesday, August 20, 2013

Guruku: Ustaz Abdul Wahhab Ahmad Khalil

Beliau adalah Ustaz Abdul Wahhab Ahmad Khalil, seorang guru, dosen, kyai, serta akadimisi di antara Jombang dan STAIN Kediri. Merupakan salah seorang pengasuh di Pondok Pesantren Denanyar Jombang. Juga menjadi dosen tetap di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Kediri. Penulis pertama sekali bertemu beliau adalah di semester 3, Jurusan Syariah, Program Studi al-Akhwal al-Syakhsiyyah yang ketika itu sedang menduduki pelajaran Falsafah Hukum Islam atau lebih dikenal dengan Maqashid al-Syari'ah.

Ya, Beliaulah orang pertama yang mengajar dan memperkenalkan kepada penulis apa itu Maqashid al-Syari'ah. Duduk di dalam kelas beliau adalah sangat beruntung kerena setiap yang diajarkan dosen yang merupakan murid kepada KH. Sahal Mahfudz ini, selalu diimbangi dengan pemikiran yang kritis, berbasis ilmu alat yang disiplin, serta mencintai Imam al-Syafi'i RA.

Ramai orang Indonesia masih belum mengenal beliau. Beliau adalah seorang penulis hebat. Bayangkan, karya Master beliau di Universitas Raja Sa'ud Riyadl dicetak dan tersebar bahkan di Morocco ini. Thesis ini berjudul: "القواعد والضوابط الفقهية في كتاب الأم للإمام الشافعي" (Kaedah-Kaedah dan Dhabit-Dhabit Fiqh dalam Kitab al-Umm karangan Imam al-Syafi'i) http://altadmoriah.com/downloads-action-show-id-54.htm dan http://www.salmajed.com/node/7488.

Melihat nama judul sahaja, kita semua tahu bahwa beliau adalah pecinta Imam al-Syafi'i. Bagaimana tidak, demi kecintaan beliau tersebut, beliau telah membaca karangan agung Mujtahid Mutlak tersebut yaitu al-Umm dari awal hingga akhir, dan berhasil mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh dan dhabit-dhabitnya. Tentunya ini bukan sebuah perkara mudah, apatah lagi, beliau harus meneliti bahasa Imam al-Syafi'i agar dapat memahami kaedah-kaedah tersebut. Maka penulis katakan, bahwa beliaulah penganut mazhab Syafi'i yang sebenar.

Penulis teringat kata-kata beliau tentang bagaimana beliau mulai memilih judul ini. Menurut beliau, ia bermula ketika ahli-ahli Qawaid Fiqh bermazhab Hanafi mengatakan bahwa ilmu Qawaid al-Fiqh itu muncul dari Mazhab Hanafi, lalu diikuti oleh mazhab lain, dan mazhab Syafi'i hanya bermula dari Imam Izzu al-Din bin Abdissalam. Perkara ini membuat beliau berang dan berkata, mana mungkin mujtahid seperti Imam al-Syafi'i meninggalkan bahagian penting dari ilmu ini. Maka beliau pun membuktikannya dengan mengarang thesis ini. Akhirnya thesis ini selesai diuji dan mendapatkan martabat Mumtaz dalam munaqashah.

Beliau jugalah yang sebenarnya mengizinkan kepada penulis untuk menulis skripsi penulis berjudul: "قاعدة الأصل في العبادة الحظر - دراسة تأصيلية تطبيقية مقارنة بين المذاهب الأربعة". Sayangnya, beliau tidak dibenarkan menjadi penyelia (musyrif) penulis kerana alasan birokrasi kampus akan tetapi, beliau telah menjadi penguji utama skripsi penulis.

Beliau jugalah yang menjadi orang paling kuat mendukung penulis untuk mula berkarya dalam bahasa Arab. Beliau pernah berkata: "apa gunanya antum di pondok hafal alfiyah, baca kitab dengani'rab-i'rab diteliti mati-matian, akan tetapi tidak pernah ingin membuktikan ilmu kalian di hadapan ulama antarabangsa". Beliau pernah berkata juga: "ulama Indonesia tidak kalah hebatnya dengan ulama Arab, hanya masalahnya Ulama Indonesia pada abad ini enggan mengikuti jejak pendahulu mereka yang berkarya dalam bahasa Arab. Mereka sekarang ini terlalu selesa dengan dakwah mereka dalam negara dan lupa dengan dakwah mereka di luar sana". Lihatlah bagaimana ulama Indonesia (Jawa terutamanya) telah mengarang kitab-kitab hebat seperti Imam Nawawi al-Jawi, Kyai Ihsan al-Jampesi, Muhaddits Mahfuz al-Turmusi, Yasin al-Fadani, Kyai Senori, Mbah Yai Misur Sindi, KH Sahal Mahfuz. Hanya saja, 4 nama terawal sahaja yang karya mereka tersebar di Hijaz dan Mesir sedangkan yang lain hanya dicetak ulang di tanah air, bahkan tidak seberang ke pulau tetangga.

Buktinya, salah seorang murid lama beliau yang juga merupakan guru penulis, iaitu Dr. Jamaluddin Khaliq, yang telah berhasil menyelesaikan studinya di al-Azhar al-Syarif mulai dari peringkat Ijazah, Master, dan PHD. Ini juga berkat dari usaha dan doa Ustaz Abdul Wahab.

Alhamdulillah, dengan dorongan beliau, penulis pun menyematkan semangat dan azam untuk merentasi apapun birokrasi yang menyusahkan untuk dapat menjadi Ibn Sabil ke tanah Arab atau sesamanya demi menuntut ilmu dan berkarya dalam bahasa Arab serta mengembangkan ilmu agama Allah yang diridhai-Nya ini. Semoga dengan wasilah tunjuk ajar beliau kepada penulis, penulis dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Semoga beliau juga akan terus dapat mendidik para santri yang nantinya menjadi ulama besar nusantara. Amin.

No comments: