Tuesday, June 21, 2016

Ada Ajaran Wahabi di Pondok Modern Gontor Ponorogo Indonesia

Artikel kali ini, saya terpaksa coretkan karena mafsadah yang muncul ditakutkan lebih besar dari maslahahnya. Walaupun saya sudah tahu perkara ini lama, saya lebih suka menasihatkan orang lain dengan lisan tanpa dicoretkan di dalam blog ini karena menganggap ia masih Akhaffu Dhararayn karena pada waktu itu, banyak kawan-kawan saya yang alumni Gontor tidak terpengaruh dengan akidah Wahabi yang diajarkan di Gontor. Menurut mereka santri Gontor banyak yang hanya menghafal pelajaran akidah tersebut tanpa benar-benar beri'tiqad dengannya.

Akan tetapi, setelah waktu berlalu, saya terkejut karena beberapa hal:

1- Gontor di Malaysia seolah-olah mewakili Pondok ASWJ di Indonesia. Padahal di Malaysia, ketika dimutlakkan istilah pondok, maka maksud mereka adalah institusi pendidikan Islam ala tradisional dengan memakai kitab-kitab turats dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Asy'ariyyah dan Maturidiyyah. Tapi ini jelas tidak benar karena Pondok Modern Gontor di Indonesia adalah Pondok Modern dan kitab-kitab mereka hanya sedikit yang turats. Mereka juga tidak sepenuhnya mengikuti manhaj ASWJ Asy'ariyyah dan Maturidiyyah serta berfikihkan Syafi'i yang sahih.

2- Pondok Modern Gontor selalu dan sejak dahulu menyatakan bahawa mereka tidak menyebelahi mana-mana akidah. Dengan kata lain, Gontor menerima semua golongan dan fahaman. Terserah kamu NU (Nahdlatul Ulama dengan manhaj Asy'ariyyah dan Syafi'iyyah) atau Muhammadiyyah (manhaj tidak bertaklid dengan mana-mana mazhab fikih dan akidah juga berpegang hanya pada al-Qur'an dan al-Sunnah menurut kefahaman mereka), atau apa-apa lagi; semua ini diterima di Gontor. Slogan yang selalu mereka sebutkan adalah: "GONTOR BERDIRI DI ATAS DAN UNTUK SEMUA GOLONGAN"!!!

Mereka juga memberi bukti bahawa termasuk dari alumni Gontor adalah KH Hasyim Muzadi yang pernah menjabat Ketua Tanfiz PBNU. Penulis sendiri tidak tahu apa tanggapan KH Hasyim Muzadi terhadap kitab akidah yang diajarkan di Gontor untuk 3 kelas terakhir yang akan penulis sebutkan bahayanya terhadap akidah Islam ASWJ. Bahkan penulis berharap ada yang menyampaikan kepada beliau secara adil. Selain itu, banyak dari orang tua yang tidak mengetahui akidah yang diajarkan di pondok besar ini. Ditakutkan, ada orang yang keturunan NU akan tetapi terpengaruh dengan akidah tersebut, atau menjadi orang yang bingung (pening) sehingga tidak mampu membezakan antara NU dan bukan NU. Walaupun kadang-kadang mereka menyebutkan orang NU yang mondok di Gontor akan menjadi semakin NU, Muhammadiyyah akan menjadi semakin Muhammadiyyah, penulis juga pernah bertemu dengan alumni Gontor yang hardcore Wahabinya. Jadi menurut penulis itu bukan hujjah untuk menafikan bahawa "Ada Ajaran Wahabi di Pondok Modern Gontor" yang menjadi sebab mengapa penulis merasa perlu untuk mencoretkan artikel ini. Kalau setelah tahu ada ajaran tersebut di pondok ini, dan orang tua masih memilih untuk memasukkan anaknya di pondok tersebut, maka itu adalah hak mereka.

3- Pondok Modern Gontor seolah-olah menerima kunjungan berbagai tokoh ASWJ seperti Syaikh al-Azhar Mesir dan Rektor University al-Zaytunah Tunis. Untuk masalah ini, penulis hanya dapat memberi satu kemungkinan sahaja, bahawa ulama-ulama besar ASWJ ini tidak tahu kalau ternyata institusi pendidikan Islam modern ini sebenarnya ada mengajarkan akidah Wahabiyyah sebagai silibus utama untuk kelas 4-6 (3 tahun terakhir). Selain dari itu, mereka juga mengirim alumni belajar di universitas-universitas Wahabi seperti Universiti Madinah, dan bahkan ada alumni yang mengiyakan bahawa mengaji di Madinah lebih bagus dari Mesir. Kira-kira apa kata Grand Syaikh al-Azhar yang baru sahaja habis muktamar di Chechnya dan memutuskan bahawa Wahabi bukan ASWJ???

Salah satu comment dari alumni Gontor terhadap artikel penulis sebelum edisi revisi ini. Harap pembaca membaca secara objective, bukan emotional.

Bahkan mereka juga mengundang ulama-ulama Wahabi (atau berniat untuk mengundang mereka) seperti Zakir Naik yang jelas-jelas membawa akidah yang terkeluar dari manhaj ASWJ ala NU! (http://www.gontor.ac.id/90tahun/klarifikasi-berita-kunjungan-dr-zakir-naik-ke-indonesia).

Bukti bahawa pihak Gontor memang berniat dan berharap untuk menghadirkan Zakir Naik
Apakah bukti penulis dalam menyatakan bahawa Gontor yang menyatakan menerima semua golongan ini juga mengajarkan akidah Wahabiyyah yang SYADID kepada santri-santri yang mungkin masih ada yang belum mengerti untuk membezakan antara NU dan bukan NU ini? Berikut ini bukti penulis disertai dengan gambar nyata:

Bukti ini adalah kitab akidah yang dicetak oleh Pondok Modern Gontor Ponorogo dan menjadi silibus rasmi pelajaran Akidah oleh Pondok Pesantren Modern Gontor Ponorogo Indonesia untuk 3 kelas terakhir iaitu tahun 4, 5, dan 6. Kitab ini adalah kitab yang dikarang oleh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan seorang ulama Wahabi Saudi Arabia yang terkenal. Kitab al-Tauhid no 1 adalah pelajaran silibus akidah Gontor untuk kelas tahun 4.

Dalam kitab al-Tauhid no 1 ini ada ajaran Wahabi yang bertentangan dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah ala Asy'ariyyah dan Maturidiyyah. Akidah tersebut adalah membahagi tauhid kepada 3 iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat versi Wahabi. Perkara ini sudah jelas-jelas ditolak oleh NU dan ASWJ!

Ini adalah bukti pemahaman Tauhid Uluhiyyah versi Wahabi yang nantinya akan menyesatkan orang yang bertawassul dalam pembahasan yang akan datang.

Pada pembahasan Asma' Wa Sifat, kitab yang digunakan Gontor ini menetapkan sifat al-Istiwa' kepada Allah SWT lalu menyatakan makna al-Istiwa adalah seperti makna hakiki dan tidak dapat menerima takwil. Ini jelas dapat membawa kepada makna tajsim menurut Asyáriyyah dan bertentangan dengan manhaj Asy'ariyyah yang dianut oleh kyai-kyai NU.

Mereka juga menetapkan dua tangan, wajah, dan dua mata kepada Allah SWT, dengan tanpa menjelaskan apakah ia ditakwil atau ditafwidl! Tentunya mereka menghendaki makna hakiki kerana takwil dan tafwidl adalah suatu yang dilarang oleh pihak Wahabi.

Dalam kitab yang digunakan Gontor ini juga telah secara sarih (jelas) menyesatkan golongan ASWJ Asy'ariyyah dan Maturidiyyah yang dipegang oleh Nahdlatul Ulama dan majoriti umat Islam di dunia ini. Berikut ini sambungannya:

Nah lihat ini: kitab akidah silibus rasmi Gontor secara jelas meng-list-kan kelompok-kelompok sesat dalam Islam (versi mereka) dan salah satunya adalah Asy'ariyyah dan Maturidiyyah yang merupakan akidah yang dipegang oleh Nahdlatul Ulama, dan ASWJ mayoritas umat Islam seluruh dunia! Ini bukti nyata yang tidak dapat ditoloak lagi. Bagaimana mungkin Gontor konon kata mereka menerima semua golongan, semua aliran, tapi dalam buku silibus rasmi akidah menyatakan akidah Asy'ariyyah dan Maturidiyyah adalah termasuk golongan sesat?????

Ini kitab al-Tauhid no 3 yang secara jelas tertulis nama pengarangnya iaitu Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan; ulama Wahabi Saudi Arabia yang terkenal. al-Fauzan ini jelas-jelas ditolak oleh ulama ASWJ Asy'ariyyah dan Maturidiyyah! Kitab al-Tauhid no 3 adalah silibus rasmi pelajaran akidah di Gontor Ponorogo untuk kelas terakhir iaitu kelas 6 Gontor. Dalam kitab ini jelas-jelas mengandung akidah sesat seperti di bawah ini:

Dalam kitab ini halaman 11 ia menyatakan bahawa orang yang membuat syirik adalah halal darahnya (boleh dibunuh atau pancung). Nanti lihat pula siapa yang berbuat syirik menurut mereka???

Dalam kitab yang sama, mereka telah melarang umat Islam untuk bertawasssul yang sebenarnya telah diamalkan oleh mayoritas ulama Islam dari hujung Barat sehinggalah hujung Timur. Tawassul yang dimaksud adalah tawassul dengan orang yang telah wafat seperti Nabi Muhammad SAW atau dengan pangkatnya sekalipun!

In bukti mereka mengharamkan bertawassul dengan orang yang telah wafat! Apakah Imam al-Subki, Imam Ibn Hajar al-Haythami dan al-Asqalani, Imam al-Ramli yang semuanya menganjurkan tawassul dan istighasah dengan orang yang telah wafat seperti Nabi Muhammad SAW dan para wali dihukum sesat juga???

Ini lagi bukti mereka menyesatkan jenis-jenis tawassul yang sudah lama diamalkan ulama Islam sejak dahulu lagi!

Bahkan merek menyesatkan dan mengharamkan perbuatan Istighatsah iaitu meminta bantuan dari orang yang telah wafat! Ketahuilah bahawa NU sudah lama menetapkan beristighatsah adalah dianjurkan seperti yang dinyatakan Imam al-Ramli di dalam kitab Fatawanya.

Mereka bukan sahaja mengharamkan istighatsah, akan tetapi mereka menuduh perbuatan ini adalah Syirik Terbesar! Na'uzubillahi min zalik! Yang sedihnya pada halaman 11 tadi dia telah menyebutkan bahawa orang yang buat syirik ini halal darahnya. Sebab itulah muncul wahabi-wahabi ISIS dan al-Qaedah yang berani pancung sufi hanya sebab dia bertawassul dan istighatsah dengan orang yang telah wafat.

Dalam buku tahun akhir Pondok Modern Gontor ini memilih manhaj yang tidak mahu membagi bid'ah kepada dua jenis atau 5 jenis. Mereka bahkan menyalahkan ijtihad ulama yang menyatakan bahawa bid'ah itu ada yang hasanah dan sayyi'ah. Ini jelas bertentangan dengan qaul Imam al-Syafi'i dan pendapat ulama-ulama ASWJ seperti Sulthan al-Ulama Izzuddin Ibn Abdissalam.

Lihatlah contoh-contoh bd'ah versi kitab silibus ini. Salah satu dan yang pertama adalah amalan perayaan maulid Nabi Muhammad SAW. Padahal Nahdlatul Ulama sangat identik dengan perayaan Maulid Nabi. Menurut kitab ini, perbuatan Maulid Nabi Muhammad SAW terdapat bid'ah menyanyikan qasidah-qasidah yang terdapat ghulwu terhadap Nabi Muahmmad SAW seperti sampai pada derajat berdoa pada selain Allah SWT dan beristighastah dengan Nabi Muhammad SAW. Padahal pada bukti yang lepas mereka menuduh pelaku istighatsah sebagai Syirik Akbar. Pada tempat sebelumnya sampai menghalalkan darah mereka!

Termasuk bid'ah yang dilarang menurut kitab ini adalah melafazkan niat. Padahal dalam mazhab Syafi'i melafazkan niat adalah sunnat (mendapat pahala)! Juga termasuk yang dibid'ahkan adalah berzikir secara jamaah setelah Solat.

Termasuk bid'ah lagi adalah meminta membacakan al-Fatihah kepada orang yang telah wafat, kenduri arwah, perayaan-perayaan keislaman seperti Isra' mi'raj, hizib-hizib dan zikir-zikir sufi, menghidupkan malam nisfu sya'ban (walaupun Imam Syafi'i sendiri yang menganjurkannya seperti di dalam kitab al-Umm), membangun kubur dengan batu nisan atau kubah bagi kubur wali. Ketahuilah semua perkara itu adalah merupakan amalan tradisi NU yang hujjah-hujjahnya sudah habis ulama NU karang dan menjawabnya!
Dari semua bukti ini, jelaslah kalau Pondok Modern Gontor benar-benar "Ada Mengajarkan Ajaran Wahabi di Pondok Gontor", karena bayangkan sahaja kitab silibus akidah mereka bagi 3 kelas terakhir adalah jelas-jelas berakidah Wahabi! Kalau betul mereka menerima semua golongan, saya mensarankan kepada Gontor untuk mengajarkan juga kitab Mafahim Yajib An Tushahhah oleh Prof. Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki RH sebagai kitab silibus kelas 4-6 Gontor dan jadikan setaraf dengan silibus kitab al-Tauhid Dr Soleh al-Fauzan ini.

Mengapa penulis memberi saran seperti itu, kerana penulis memang memaklumi bahawa kelas 1-3 Gontor, akidah yang diajarkan adalah sifat 20 versi Asyáriyyah. Sayangnya, materi tersebut tidak sekuat harapan untuk melindungi akidah ASWJ dari ancaman yang diajarkan oleh Soleh Fauzan. Kitab al-Tauhid Soleh Fauzan jelas-jelas bersifat polemik dan refutation, sedangkan pengajian sifat 20 hanya bersifat menyatakan akidah ASWJ tanpa ada hujjah-hujjah iktikad Asyáriyyah dan hujjah-hujjah menolak akidah Wahabi. Oleh itu, solusi terbaik adalah sama ada membuang 3 kitab ini dari pelajaran akidah di Gontor, atau memasukkan juga kitab-kitab yang dapat mem-balance-kan antara ajaran Wahabi dan Asyáriyyah di Gontor.

Walaubagaimanapun, penulis bersetuju dan mengakui tidak semua orang Gontor atau alumni Gontor itu Wahabi. Tidak semua juga yang Liberal. Ada dari mereka yang NU, ada yang Muhammadiyyah, ada juga yang Liberal, ada yang ikhwani, ada juga yang tidak berpihak pada mana-mana akidah kerana masih tergolong awam. Akan tetapi, artikel ini perlu dicoretkan untuk paling tidak memberi peringatan kepada santri-santri NU yang memilih untuk belajar di Gontor, agar menjauhkan diri dari pelajaran akidah 3 tahun terakhir tersebut.

P/S: Artikel ini adalah edisi revised dan edited dari artikel asal dengan judul yang sama oleh sebab-sebab tertentu. Akan tetapi ia tetap di-publish-kan sebagai saran dan peringatan kepada anak-anak NU yang memilih belajar di institusi multi dan bebas mazhab dan akidah ini. Alasan lain adalah saranan dari beberapa guru dan rakan penulis sebagai kewajiban ilmiah. Penulis juga memohon maaf kalau ada yang terguris di hati, sungguh tidak ada niat sama sekali untuk menyerang pribadi atau alma mater, akan tetapi murni wacana ilmiah yang sebaiknya dibalas dengan wacana yang ilmiah juga. Kalau ada yang salah fakta, penulis menunggu saran dari pembaca sekalian untuk penulis membetulkan perkara tersebut. Wallahu a'lam..