Thursday, August 12, 2010

Kaidah "Asal dalam Ibadah adalah Dilarang" - Kajian Keorisinalitas, Penerapan dan Perbandingan Empat Mazhab

Kaidah fiqh merupakan alat untuk menetapkan hukum fiqh. Salah satu kaidah yang terkenal adalah “Asal Ibadah adalah Dilarang”. Makna kaidah ini; semua ibadah dilarang kecuali ada dalil yang menunjukkan keabsahan ibadah tersebut. Akan tetapi, kaidah ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab kaidah fiqh yang masyhur. Walau bagaimanapun kaidah ini sering digunakan untuk membid’ahkan ibadah-ibadah yang terjadi khilâf ulama seperti melafazkan niat, solat hajat, solat tasbih dan lain-lain.
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui keorisinalitas kaidah ini dan penerapannya pada cabang-cabang fiqh menurut mazhab empat yang mana dengan cara ini dapat membuka rahsia keutamaannya, batasan menerapkannya dan posisinya di antara kaidah-kaidah fiqh yang masyhur. Untuk itu, maka perlulah dikaji cabang-cabang fiqh empat mazhab dan dibandingkan antara satu dengan lainnya.
Hasil penelitian menunjukkan ibadah yang masuk dan sah diterapkan dalam kaidah ini adalah hanya ibadah-ibadah yang ta’abudi yaitu ibadah yang tidak dapat dirasiokan filsafatnya. Sedangkan ibadah yang bukan ta’abudi tidak diterapkan. Dengan diterapkannya kaidah ini, maka hukum ibadah tersebut haram kecuali ada dalil. Sedangkan ibadah yang tidak diterapkan kaidah ini maka diperbolehkan mengamalkannya. Hasil perbandingan penerapan kaidah ini menurut empat mazhab terklasifikasi menjadi empat jenis ibadah: 1) Ibadah yang ta’abudi dan tidak terdapat dalil khusus juga umum yang menunjukkan lain, ulama sepakat diterapkannya kaidah ini sehingga hukum ibadah tersebut haram; 2) Ibadah yang diajarkan caranya oleh Rasulullah akan tetapi ulama khilâf dalam ta’abudinya maka menurut Hanafi dan Syafi’i ia tidak diterapkan. Maliki dan Hanbali menerapkannya; 3) Ibadah yang tidak berdasarkan dalil khusus akan tetapi ulama menyandarkannya pada dalil umum ia tidak diterapkan empat mazhab kecuali Ibn Taimiyyah dan yang mengikutinya; 4) Ibadah yang didasari dalil yang lemah; ulama sepakat tidak menerapkannya selagi dalam lingkup fadlâ`il al-`A’mâl. Ini menunjukkan bahwa kaidah ini benar wujud dikalangan fiqh empat mazhab walaupun terjadi khilâf. Sebaiknya kata yang benar bagi kaidah ini adalah “Asal Ibadah yang Ta’abudi adalah Dilarang”.



-->
القاعدة الفقهية نوع من أنواع أداة الاستنباط للأحكام الفقهية. ومن القواعد المشهورة قاعدة "الأصل في العبادة الحظر". ومعنى هذه القاعدة أن كل العبادات محظور إلا بعد ورود النص يدل على صحتها. ولكن هذه القاعدة لم توجد في كتب القواعد الفقهية المشهورة. ومن وجه أخر هذه القاعدة تستعمل لتبديع العبادات المختلف فيها عند العلماء كالتلفظ بالنية وصلاة الحاجة وصلاة التسابيح وغيرها.
وهذه الدراسة تهدف إلى معرفة تأصيل هذه القاعدة وتطبيقها في الفروع الفقهية عند المذاهب الأربعة التي تنكشف من خلال ذلك أهميتها وضوابط العمل بها ومكانتها بين القواعد الفقهية المشهورة الأخرى في ساحة الفقه الإسلامي. بناء على هذا فيجب أن تُطَبِّقَ بالفروع الفقهية من المذاهب الأربعة وتقارَن بينها.
وحاصل الدراسة يدل على أن العبادات التي تندرج تحت القاعدة ويصح تطبيقها عليها إنما هي العبادات التعبدية غير معقولة المعنى. وأما العبادات المعقولة المعنى فلا تطبق هذه القاعدة. ومعنى هذا أن العبادات التعبدية التي تطبّق لهذه القاعدة محظورةٌ إلا بعد ورود النص يدل على صحتها. وأما العبادات غير التعبدية التي لم تطبّقْ لهذه القاعدة ليس بمحظورة. وأما نتيجة مقارنة تطبيق هذه القاعدة فانقسم إلى أربعة أقسام: 1) العبادة التعبدية التي ليس فيها دليل خاص ولا عام على خلاف ذلك فاتفقوا على تطبيق هذه القاعدة، فهذه العبادة حرام كصلاة الرغائب. 2) العبادة التوقيفية التي لها كيفيتها الظاهرة من الشارع ولكن اختلفت المذاهب في صفة التعبد فيها فهي خلاف بين المذاهب. فالمالكية والحنابلة فيطبقون هذه القاعدة لها. وأما الحنفية والشافعية فاختاروا على عدم التطبيق لها. 3) العبادة التي ليس فيها دليل خاص لكن استند بعض المذاهب إلى دليل عام فاتفق العلماء من المذاهب الأربعة على عدم التطبيق لها إلا ابن تيمية من الحنابلة ومن تبعه. 4) العبادة المدللة بالنصوص الضعيفة، فاتفق العلماء من المذاهب الأربعة على عدم التطبيق لها ما دامت في فضائل الأعمال. بناء على ذلك فقاعدة "الأصل في العبادة الحظر" معتبرة شرعا. ولكن الأحسن في نظر الباحث أن تعتبر هذه القاعدة بلفظ "الأصل في العبادة التعبدية الحظر". والله أعلم.

3 comments:

Anonymous said...

وعـن نافـعٍ أن رجـلاً عطـسَ إلى جنـب ابـن عمـرَ رضي الله عنهما ،فقــال : الحمـد لله ، والسـلامُ علـى رسـول الله ،قـال ابـن عمـر : وأنـا أقـول الحمـد لله والسـلام علـى رسـول الله ،وليـس هكـذا علمنـا رسـولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ،علمنـا أن نقـول : ( الحمـد لله ) . سنن الترمذي كتاب : الأدب عن رسولالله صلى الله عليه وعلى آله وسلم باب : ما يقول العاطس إذا عطس / حديث رقم : 2738 / ص : 616 / حسنه الألباني.

وعـن سـعيد بـن المسـيِّب : أنـه رأى رجـلاً يصلـي بعـد طلـوع الفجـر أكثـرمـن ركعتيـن ، يكثـر فيهمـا الركـوع والسـجود ، فنهـاه ، فقـال : يـا أبـا محمـد ! يُعذبُنـي الله علـى الصـلاة ؟ ! . قـال لا ، ولكـن يُعذبُـك علـى خـلاف السـنة . رواه البيهقي في السنن الكبرى، وصحح سنده : الشيخ علي حسن عبد الحميد الحلبي


kaedah yang saudara nukilkan tu ada dasarnya pada Al-quran dan sunnah walaupun menurut saudara tiada di temui di dalam kita2 qawaid fiqhiyyah,, insyaallah nanti ana cuba cari dalam qawaid fiqhiyyah klu ada ana nukilkan... kita harus faham bahawa bid'ah ini bahaya dalam agama kerana klu boleh nantinya hari2 akan wujud ibadah baru,, cuba sauadara lihat khabar yang ana nukil tersebut.. ternyata sahabat2 nabi juga benci akan tambahan2 dalam agama.. kaedah yang saudara nukilkan tu adalah kaedah yang disepakati menurut ana sebab ada masdarnya pada masadirul kubra ( Al-quran dan sunnah ) walaupun menurut saudara tiada masdarnya pada masadirul sughra ( kitab-kitab muktabar ) dalam hanya yang selalu diperselisihkan ulama dalam perkara ibadah mahdhah ini adalah dalam lingkungan perkara2 yang boleh di ijtihadkan,, seperti permasaalahn cara menggerak2kan subbabah fissolah samaada digerak2kan atau tidak atau lainnya kerana tiada satu dalilpun yang tsabit secara qat'i... jadi harus hukumnya berijtihad dalam perkara yang tidak jelas dalilnya mengikut kaedah2 ijtihad.. adapun pada perkara yang tsabit dalil2nya maka haram dan tidak boleh di ijtihadkan kerana adakah yang lebih baik setelah Allah dan rasulnya bagi kita???..perkara perkara ibadah yang telah ditunjukkan contohnya daripada nabi maka haram membuat selainnya..itu satu kesesatan ( kesesatan bukan bermakna kekafiran, kerana kafir itu beza dengan dholal ).. penilaian harus dengan pembuktian yang jelas dari pada pendapat fuqaha, maksud ana biar di jelaskan apakah kaedah yang di guna oleh para fuqaha dalam menetapkan satu2 hukum,, tidak sekadar mengambil perkataan imam-imam tetapi tidak memahami istidlal mereka dan menjelaskan kepada umum kaedah istidlal mereka dalam satu masaalah.. kerana apa bila kita hanya ikut qoul mereka sedangkan kita orang yang terpelajar atau menuntut ilmu maka itu haram kerana kita di beri akal untuk memilih pandangan yang terbaik berbeza dengan orang2 yang tidak belajar maka mereka wajib taqlid pada imam2 yang bertaraf mujtahid yang mengikuti jalan salaf..

ahmad

akitiano said...

Wassalam akhi Ahmad...

Maaf ana baru saja baca comment anta. Terus terang, dari membaca hujjah anta, ternyata anta memang belum membaca thesis ini. Ini hanya abstrak thesis tersebut. Di dalam thesis sudah dibahas lebih dalam masalah istidlal qaidah ini dan ikhtilaf dalam qaidah ini.. buktinya banyak ulama yang secara nash menyebutkan kaedah ini, tetapi tetap ikhtilaf dalam banyak masalah, karena sekali lagi prinsip bid'ah bukanlah sesuatu yang menjadi mujma' alaih. Hanya sebagian golongan menganggap ia sebuah perkara yang sakral dan wajib berhati2 sampai apapun yang diklaim bid'ah digolongkan sesat...padahal majority ulama lain seperti yang dibahas dalam thesis tersebut juga bahwa sesuatu yang disepakati ulama secara bersama dalam menterapkan kaedah ini hanya berada pada perkara yang ta'abuddi...dan ibadah yang ta'abud itu terbatas yang tidak ma'qulatul ma'na...buktinya, ana ingin anta berpendapat, berapakah rakaat paling banyak untuk kita melakukan solat dluha?

Untuk masalah harus rujuk kepada dalil, siapa kata kita tidak merujuk dan hanya menukil kata ulama. Justru kami sentiasa mengkaji qaul2 ulama dengan istidlalnya..hanya orang yang bersangka buruk berkata bahwa kami hanya menukil...Cubalah anta baca buku2 karangan Dr. Mustofa Dib al-Bugha, Ali Jum'ah, Ali al-Shobuni, dan lain2. Tapi enta harus ingat, dalil dalam menetapkan hukum bukan hanya al-Qur'an dan Sunnah. Masih ada Ijma', Qiyas, Maslahah Mursalah, Urf, Qaul Shahabi, dan lain2...termasuklah juga Qawaid Fiqh seperti yang ada dalam konsep Istishhab juga...bahkan Imam Syafi'i dalam al-Umm sendiri banyak berijtihad dengan qaidah fiqh walaupun ilmu ini belum muncul....

Dalam memaknai kata bid'ah apakah semua pasti sesat atau masih ada yang tidak sesat, sebaiknya anta baca kitab Mafhum al-Bid'ah yang dikarang oleh Abd al-Ilah...di Situ beliau telah menguraikan banyak tetang bid'ah serta efek dari makna tersebut...

zamannow said...

Artikel yang bermanfaat jangan lupa kunjungan baliknya


MANFAAT KANDUNGAN SERTA KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA BAIK UNTUK KESEHATAN
5 MANFAAT TEMU LAWAK BAIK UNTUK KESEHATAN YANG HARUS ANDA FAHAMI
MANFAAT BUAH MENGKUDU YANG ANDA TIDAK KETAHUI KHASIAT BAIK BAGI KESAHATAN
INILAH FUNGSI DAN MANFAAT AKAR DAUN PADA TUMBUHAN COCOR BEBEK
DAUN KEBO TERNYATA MEMPUNYAI 14 MACAM KHASIAT DAN MANFAAT YANG ALAMI
CARA MENGELOLAH DAN MANFAAT LIDAH BUAYA MENJADI OBAT
KETAHUILAH JENIS MAKANAN PENYEBAB PENYAKIT GINJAL ANAK
TIPS MENGHIDARI JENIS MAKANAN YANG MENYEBABKAN DIABETES SECARA SEHAT SERTA ALAMI