Saturday, April 19, 2014

Mencari Ilmu di Maghribi (Siri ke 6 - Persiapan Ke Morocco Bagi Pelajar Baru)

Sempena persiapan pelajar yang akan datang ke Morocco, maka di sini kami akan memberikan sedikit maklumat tentang persiapan untuk datang ke Morocco bagi pelajar lepasan SPM. Mula dari cara memilih universiti, dan sampai kepada persiapan di Morocco.

Memilih Universiti

Seperti yang diketahui semua, bahawa cara mendaftar untuk masuk ke universiti Morocco hanya ada satu jalan, iaitu melalui cara mendaftar di Kementrian Malaysia (http://app.moe.gov.my/timurtengah) secara talian. Maka jangan sekali-kali percaya dengan orang yang mengaku sebagai agen swasta atau kerajaan yang dapat menghantar pelajar ke Morocco.

Untuk universiti, pasti semua bertanya, universiti mana yang terbaik? ada yang bertanya universiti mana yang paling mudah? bahkan ada yang bertanya, universiti manakah yang banyak orang Melayunya? Akan tetapi, banyak yang lupa bertanya bandar manakah yang paling bagus untuk pendidikan seseorang pelajar itu.

Bagi menjawab persoalan ini, kami memulainya dengan menjelaskan bahawa; di Morocco bukan persoalan universiti mana, akan tetapi bandar mana. Kerana, tidak semua universiti berada di satu bandar seperti di Cairo. Juga tidak bukan semua bandar sama, dari segi kualiti pendidikan, biaya hidup, urusan birokrasi, dan kepentingan budaya.

Kalau seseorang itu ingin mencari pendidikan yang berkualiti, serta kesempatan untuk mengikuti pengajian bersama ulama yang banyak secara talaqqi, dan pengalaman mengaji seperti ulama-ulama terdahulu ala manhaj Morocco, maka tempat tersebut adalah kota Fes. Di kota ini terdapat universiti yang tertua di dunia iaitu Universiti Qarawiyyin, Kuliyyah Syariah. Di waktu yang sama, pelajar tersebut dapat pergi ke Jami' Qarawiyyin untuk mengikuti talaqqi bersama ulama-ulama Qarawiyyin setiap hari. Walaubagaimanapun, pelajar yang belajar di universiti ini janganlah terlalu mengambil mudah, kerana di universiti termasuk universiti yang susah. Kalau seseorang itu bersungguh-sungguh barulah berhasil.

Pilihan lain di Fes, adalah Universiti Muhammad Ben Abdillah. Di sini, jurusan yang dibuka untuk orang Malaysia ada dua, iaitu Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Selain itu, Universiti Muhammad Ben Abdillah juga di Fes terbagi kepada dua kampus: Sais dan Dhar Mehrez. Maka rekomendasi ana, kalau hendak memilih Pengajian Islam, jangan masuk Dhar Mehrez, tapi di Sais. Kerana Sais lebih besar, bersih, dan semua administrasi teratur. Berbeza dengan Dhar Mehrez yang kotor, bangunan lama, dan yang paling susah, terlalu banyak demonstrasi sehinggakan selalu cuti, bergaduh bersama polis, dan kadang-kadang terjadi Sanah Baidha' atau Tahun Putih iaitu tidak dianggap ada kuliah. Maka bertambahlah tahun pengajian mahasiswa.

Selain dari Fes, maka tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu adalah Rabat. Ini disebabkan ada Universiti Muhammad V. Dari universiti ini jugalah keluar berbagai ulama dan pemikir besar Morocco seperti Prof. Abid al-Jabiri, Dr. Mahmud Said Mamduh, Prof. Muhammad Ruqi, Prof. Abdul Majid Sughayar, Prof. al-Raisuni yang terkenal dengan pakar Maqashid Syariah, dan lain-lain lagi. Selain itu, pengajian talaqqi juga ada di kota ini iaitu di Masjid Sunnah dalam program Karasi Ilmiyyah oleh Kementrian Wakaf Morocco. Rabat juga adalah ibu kota administrasi Morocco, seperti Putrajaya Malaysia. Maka Kedutaan Malaysia berada di sini, dan semua kementrian juga berpusat di sini.

Secara ilmiyyah, di Rabat terdapat sebuah institute pengajian tinggi yang paling bergaya di Morocco. Institute tersebut adalah Dar al-Hadis al-Hassaniyyah. Dar al-Hadis adalah sebuah institute yang dikelola oleh Kementrian Wakaf Morocco. Pelajar yang menuntut di sini, mendapatkan beasiswa DH 2000 sebulan oleh Raja Morocco. Akan tetapi, kampus ini adalah kampus paling susah untuk masuk dan untuk lulus. Selain pengajian mereka intensif dalam arti full kelas dan dialog, para pengajar jarang cuti. Untuk masuk di institusi ini juga harus ada interview, dan mereka hanya ambil yang benar-benar mahir bahasa Arab, Perancis, English. Sayangnya, kampus ini belum diiktiraf oleh JPA Malaysia. Mungkin kerana ia berada di bawah Kementrian Wakaf.

Bandar ketiga adalah Marakesh. Di bandar ini, mahasiswa akan terkejut dengan bandar yang penuh warna serta dianggap paling exotis. DI bandarnya ada Jami' Fena iaitu sebuah lapangan luas yang dikelilingi oleh kedai. Di sinilah para turis datang melihat keajaiban Morocco. Tidak jauh dari kota ini ada Okimeden yang terkenal dengan tempat bermain Ski sebab saljunya yang tebal di kemuncak musim sejuk. Turun ke selatan ada Sahra atau padang pasir bagi yang mencari pengalaman untuk merentasi padang pasir dengan unta layak seperti kesah-kesah ulama bersafar menuntut ilmu. Di kota ini jugalah terdapat wali-wali Morocco yang agung dikebumikan. Mereka dikenal sebagai Sab'ah al-Rijal (7 Wali) layaknya Wali Songo di Jawa. Termasuk dari mereka adalah Qadhi Iyadl pengarang kitab al-Syifa bi Huquq al-Musthafa. Juga Imam al-Jazuli, iaitu pengarang kitab Dalail al-Khayrat yang dibaca di serata dunia sampai di Malaysia dan Indonesia.

Secara ilmiah, ada universiti no. 1 di Morocco iaitu Universiti Qadhi Iyadl. Universiti ini menurut pointer Morocco menempati tempat no. 1, mengalahkan semua universiti lain di Morocco. Selain itu, ustaz-ustaz di pengajian islam sangat baik dengan mahasiswa dari Nusantara. Sudah biasa para ustaz mengajak mahasiswa asing untuk datang ke rumah mereka dan makan Couscous (makanan khas Morocco) bersama. Tapi kalau berhasrat untuk mengambil bahasa Arab, maka jangan ambil di universiti ini, kerana terkenal sebagai jurusan tersulit di universiti ini.

Sebenarnya banyak lagi universiti dan bandar yang seharusnya saya jelaskan. Tapi disebabkan oleh sempitnya ruang, maka saya akan jelaskan satu sahaja lagi bandar yang penting iaitu Tetouan. Di bandar ini ada Universiti Qarawiyyin Kuliyyah Usuluddin. Di sinilah pusat kajian akidah Asy'ariyyah di Morocco ketika ini. Di sini jugalah pusat terkumpulnya ulama-ulama ahli kalam, seperti Dr. Jamal Alal al-Bakhti (Ketua Markaz Abu Hasan al-Asy'ari), Ustaz Yusuf Ihnanah (Ahli sejarah ilmu kalam Barat Islam),  Dr. Ahmad Munah (Pakar metodelogi akidah dan mantiq), Dr. Muhammad al-Faqir al-Timsamani (Pakar Usul Fiqh dan Koerelasinya dengan Akidah).  Selain itu, di kota ini tidak jauh dengan Ceuta iaitu bandar yang dikuasai Spanyol. Maka mahasiswa Malaysia boleh naik bus masuk dan shopping barang-barang Eropa dengan harga lumayan murah. Tapi tentunya dengan Euro, seperti kedai Zara, Pull Bear, dan lain-lain. Mahasiswa juga boleh naik bust hanya 45 minit ke bandar Tangier untuk mengaji talaqqi dengan ulama-ulama agung Morocco dalam bidang hadis seperti Syaikh al-Talidi, Musthofa al-Baqali dan lain-lain.

Kewangan

Kalau anda sudah diterima untuk masuk ke Morocco, maka tentunya anda harus buat visa. itu perkara yang biasa terjadi dan tidak perlu saya sebut di sini. Tapi persiapa yang paling penting adalah duit. Ya duit adalah salah satu perkara penting untuk menuntut ilmu. Bagi orang Malaysia, maka bersiaplah dengan dua kad ATM: HSBC dan Maybank. Kenapa? sebab kalau satu tak jalan, satu lagi boleh guna. Pastikan kedua-dua account itu activate untuk international usage dan internet banking. Kena pastikan betul-betul activate!!! dan pastikan limit keluarkan duit adalah tertinggi!! Nanti waktu nak terbang, tak perlulah bawa duit cash dalam Euro banyak-banyak, rugi!!!! Cukup letak duit dalam account. Nanti keluarkan ketika sampai di Morocco. Apatah lagi duit Dirham Morocco tak ada di Malaysia. Kalau nak bawa cash, bawa saja 100 Euro, dah cukup!

Setalah sampai di Morocco, dan setelah membuat IC Morocco, maka bukalah bank account Morocco. Ini perkara yang banyak mahasiswa Malaysia tak buat, dan hanya akan merugikan mereka sendiri. Caranya mudah! Pergi ke Bank Sya'bi (Bank Kuda kalau budak Melayu kata), bawa Sijil Daftar Kuliah, dan IC baru tersebut. Minta buka account untuk pelajar (Thalib). Bulan-bulan hanya DH 5 sahaja. So tak de lah nak fikir masalah biaya bulana.

Untuk keluarkan duit di ATM Morocco, maka gunakan card HSBC atau Maybank di ATM Credit Agricole. Sekali keluarkan adalah DH 4000. Jadi lebih jimat biaya tukaran wang dan biaya tarik. Masukkanlah duit tersebut dalam account bank Morocco anda.

Buku

Salah satu kesalahan besar mahasiswa Malaysia yang datang ke Morocco adalah dengan membawa buku-buku SPM, STAM. Ketahuilah, perkara ini adalah membazir KG anda sahaja. Semua buku-buku ini tidak digunakan di Morocco, kerana pengajian Morocco jauh lebih tinggi dibandingkan pelajaran-pelajaran tersebut. Semua kitab-kitab boleh di beli di Morocco walaupun agak sedikit mahal dibandingkan dengan di Mesir. Buku yang perlu dibawa dari Malaysia hanya satu, iaitu kamus Arab-Melayu atau Melayu-Arab. Untuk sementara ini, tiada kamus yang paling bagus selain Kamu al-Munawwir (Arab-Indonesia). Yang kedua adalah al-Miftah Malaysia. Yang lain, menurut penilaian penulis adalah sia-sia. Sebenarnya, kalau mahasiswa tersebut dikira mahasiswa yang memiliki bahasa Inggeris yang bagus, lebih baik ia membawa kamus Arabic-English oleh Hans Wehr. Kamu seperti ini belum wujud di dalam dunia Melayu.

Oh ya! sebelum lupa, kitab-kitab yang langka di Morocco adalah kitab bermazhab Syafi'i turats seperti Hasyiah Bajuri ala al-Taqrib, I'anah al-Thalibin, Fath al-Wahhab. Kitab-kitab ini kalau akan dijadikan rujukan, maka sebaiknya bawa. Tapi penulis selalu menemukan mahasiswa di Morocco, mereka tidak perduli dengan kajian fiqh mazhab Syafi'i kecuali ketika sudah akan pulang. Maka barulah mereka terhegeh-hegeh mencari guru untuk bertalaqqi. Betapa ruginya mereka ketika awal mula masuk di Morocco.

Pakaian

Janganlah habiskan duit anda dengan membeli baju sejuk di Malaysia. Kerana harga baju sejuk di Morocco jauh lebih murah. Ketika anda akan masuk Morocco, maka cuaca Morocco sedang akan masuk musim sejuk, iaitu sedang musim luruh. Ketika ini, menurut penulis masih sempat untuk anda membeli baju sejuk di Morocco.

Jadi, pakaian apakah yang patut dibawa? untuk menjawab ini, ana mensarankan hanya bawa 2 atau 3 helai sarung, kerana orang melayu memang tak boleh meninggalkan sarung. Beberapa tv shirt, Baju Melayu, dan Batik. Jangan lupa kasut untuk olahraga, kasut hitam formal, selipar musim panas. Sedangkan untuk seluar, maka cukuplah seluar hitam, seluar olahraga dan seluar kasual. Setokin cukup bawa 1 atau 2. Di sini lebih murah kerana satu helai hanya berharga RM 2-5 sahaja.

Gadget

Mahasiswa zaman sekarang memang bergaya. Setiap mahasiswa baru, maka mereka pasti membawa HP baru, laptop baru, tab baru. Maka penulis tegaskan YA, semua itu memang perlu, tapi jangan sampai cuai lupa belajar. Lebih-lebh lagi, alat-alat ini di Morocco mahal!

Laptop yang perlu di sini adalah sebaiknya cukup untuk maktabah syamilah, dan words. Tak perlulah terlalu canggih. Nanti hanya menghabiskan waktu bermain game dengan kawan. Dan jangan beli terlalu mahal, nanti kalau kena curi, apa nak kata. Sedihlah gamoknya.

Untuk HP, pakailah HP yang ada Whats App, Skype, Viber, Mobile Voip. Semua ini sangat penting untuk berkomunikasi dengan keluarga di tanah air. Jangan risau kerana operator Morocco canggih-canggih dan murah.

Tab atau Ipad ada pro dan kontra. Pro kalau orang tersebut tak mampu beli kitab banyak-banyak dan susah nak bawa balik ke Malaysia, maka belilah Tab. Minimal ia mudah untuk diisi kitab-kitab PDF. Mudah untuk bawa ke mana-mana, walaupun bahaya di satu sisi. Tapi kalau Tab hanya digunakan untuk bermain game, maka sebaiknya tidak perlulah bawa Tab.

Penutup

Mungkin sekian sahaja dulu, segala kurang dan lebih, penulis mohon maaf. Kalau ada yang perlu ditanyakan, janganlah segan untuk bertanya. Semoga semua yang memohon, benar-benar layak dan mampu menuntut ilmu di tanah 1000 benteng ini.

38 comments:

FAIZ ALFATEH said...

Saya pelajar malaysia di mesir yang baru selesai ijazah di alazhar, bagaimana nk sambung master di morocco? Sye sngt berminat ke sana

akitiano said...

Seperti yang saya sebut sebelum ini, semua permohonan kena melalui KPM di Malaysia... terima kasih...

dzulfahmi said...

Alhamdulillah, artikel ni byk bgi input yg sgt brmanfaat. Syabaskpd penulis, cuma saya ingin brtanya mngenai daraji. Bgamaina cara trbaik utk pljr yg bakal ke morocco utk bjr bhsa daraji sblum ke sana. Atau boleh x jika penulis memberi sikit pnerangan mngenainya..

akitiano said...

Sidi dzulfahmi, mungkin maksud bahasa Daraji itu adalah Darijah. Cara untuk belajar adalah ketika enta sampai sini, enta akan belajar sedikit-sedikit atau banyak2.. tapi sebenarnya ada buku panduan darijah dalam bahasa Inggeris yang enta boleh beli dan baca. Iaitu Moroccan Arabic Phrasebook & Dictionary oleh Lonely Planet. Bagi ana, buku ini mengandung sebahagian besar keperluan bahasa Darijah enta. Ibaratnya kalau enta rajin hafal semua isi buku ni, ana jamin sampai sini dalam 1 bulan enta fasih cakap Darijah. Tapi ingat, Fushah lebih utama!!!! :)

dzulfahmi said...

Jazakallah khairan kathira. Looking forward to meet you one day, in shaa Allah

dzulfahmi said...

Sidi Akitiano, sebelum saya terlupa, saya ada soalan lain..
Saya dalam permohonan KPT, telah memilih universiti Qarawiyyin sbgai pilihan pertama..
Soalan saya, di Qarawiyyin ada kuliyyah Bahasa Arab atau tidak? sbb Sidi hanya nyatakan kuliyyah Syariah dan Usuluddin sahaja di dalam artikel ni?

akitiano said...

Maaf, ana baru tengok ada comment. University Qarawiyyin kuliyyah lughatnya ada di marakesh. kalau enta tulis University Qarawiyyin, lalu takhasus lughah, maka kemungkinan anda akan ditempatkan di cawangan Marakesh. Kuliyyah lughah adalah termasuk kuliyyah yang paling syadid. Tapi jangan risau, alau bekal semangat dan rajin, insya Allah pasti akan berjaya!

Unknown said...

ASSALAMMuLAIKUM,saya ialah seorang pelajar pondok dan ingin meyambung pelajaran ke maghribi untuk belajar bahasa arab dan belajar kitab secara talaqqi dengan syeikh-syeikh di sana,saya tidak mempunya SPM, saya hanya ada sijil SYAHADAH SANAWIAH sahaja,jadi bolehkah saya menggunakan sijil ini untuk belajar bahasa arab di sana?sebab ada seorang shabat sy dia hnya guna sijil syahadah sanawiah shj utk bljr di sebuah universiti di YAMAN...

akitiano said...

Wassalamualaikum... Sidi Tong Biskut, apakah saudara mampu membaca kitab Arab kosong?? brp juzkah saudara sudah menghafal al-Quran?

Unknown said...

tentang kemampuan untuk belajar kitab arab kosong tidaklah sepenuhnya tetapi dari sudut ilmu nahu saya sudah mampu memahami ktab matan al jurumiah dan mukhtassar jiddan dan ilmu sorof pula kitab matan bina.. adakah ini sudah memadai atau perlu dimantapkan lg pengetahuan tentangilmu alat sebelum ke sana?adapun al quran saya hanya menghafaz juzuk amma sahaja..dan di dalam bahasa arab saya sudah boleh bertutur secara pertengahan..

akitiano said...

Belum cukup kalau nak sukses di pondok sini. Minimal al-Quran 30 Juz, kalau tak pun enta minimal hafal Alfiyyah 1000 Bayt, dan faham, serta menguasai kitab2 usul fiqh seperti Jam'u al-Jawami' dan Fiqh Furu' walau mazhab Syafi'i. lebih baik saudara mantapkan dulu, baru ke sini, jadi di sini tak membazir waktu mengaji kitab2 kecil, tapi dah mula menjamah yang besar2...

Ibnu Sulaiman said...

Saudara ada email, ada sesuatu ana nak tanya...

akitiano said...

Maaf, sebaiknya saudara bertanya di sini sahaja. Lebih afdhal! hehe :)

hannan said...

Asslamualaikum akhi akitiano.ana seorng pljar pondok.dan dulunya belajar disyria dan,insyaAllah pertuturan arab dan membaca kita turath ini tanpa baris bisa,dan alfiah ibu malik tidak lah dihafal kesemuanya.ttp inyaAllah faham.dan ana nak kesana dahulu dengan membuat visa pelancung.setelah tiba disana baru ingin mencari tempat pngajian,apa pendapat akhi.>??

Unknown said...

assalamualaikum....ana ingin brtanyer bilakah pelajar malaysia melalui lepasan spm akan brtolak ke maghribi pd thn ni n mcm mner ana ingin tahu keputusn ana diluluskn oleh kpm atau tidk sbb ana sudh mghntr surat ke putrajaya dh.. n lagi satu ana ingin tnyer adkh pelajar yg smbg bljr ke magribi akan di temuduga oleh kpm ....terma ksih mohon sgt2 jwpn drpd penulis...

Cik Fikah said...

Assalamualaikum saudara,saya pelajar yang sedang menunggu untuk graduation november 2016.sekarang saya mengambil jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan komunikasi. saya berminat untuk ke morocco untuk belajar bahasa arab dan bertalaqqi kitab-kitab agama di sana.persoalannya disini, adakah wujud kursus bahasa kerana saya tidak berkeyakinan untuk menyambung ke peringkat sarjana. atau adakah saudara punya tips atau nasihat untuk menyambung sarjana disana?
mohon saudara hubungi saya di email syafikah.rosdi@yahoo.com.

Unknown said...

Annuar Shanawi: Waalaikumussalam. ana cuba menjawab bagi pihak Us Akitiano. Biasanya pelajar baru lepasan SPM yg terpilih akan terbang ke Morocco pada akhir bulan 9 atau awal bulan 10. Hal ini disebabkan keputusan bg pelajar yg terpilih ke morocco biasanya akan diumumkan pada awal bulan 9. Mereka tidak akan ditemuduga oleh mana-mana pihak sama ada KPM atau pihak di Morocco.

huda said...

Assalamualaikum Us Akitiano. saya berminat untuk sambung ke peringkat sarjana di sana di bawah biasiswa kerajaan morocco. permohonan telah dibuka namun, saya gagal untuk akses ke laman seawang yang diberi.

jika saudara tak keberatan, minta beri apa-apa info atau laman web yang saya membolehkan saya download borng. terima kasih

akitiano said...

Semua permohonan ke Morocco wajib melalui KPM Malaysia. Permohonan buka antara bulan 4 sampai bulan 6... Hanya SPM tahun lulus sahaja boleh apply... Permohonan lain ditolak, kerana Kerajaan Morocco hanya menerima permohonan yang melalui G2G...

Unknown said...

Assalamualaikum Sidi Ustaz Ayman alAkiti.

Alfaqir ade soalan.

Boleh Sidi Ustaz share bagaimana dengan Pengajian Hadis di Morocco?

Maksud alfaqir ialah Universiti mana yang Sidi Ust suggest.

Jazakallah

Aishah said...

assalamualaikum, bagaimana pelajar wanita kita disana? boleh bagi maklumat kesesuaian belajar dimorroco. bidang syariah.lepasan spm

Unknown said...

Assalamualaikum,

Jazakallah penulis, kerana memberi penerangan yang baik tentang pelanjutan pengajian di Morocco. Di kesempatan ini, saya ingin bertanya, apa pendapat penulis jikalau terdapat pelajar Singapura yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sana, bolehkah perlajar tersebut berurusan seperti para pelajar Malaysia ? Iaitu melalui cara pendaftaran di Kementrian Malaysia ?

Syukran

akitiano said...

Pelajar Singapura kena melalui Kementrian Luar Negara Singapura. Endorse semua persyaratan, lepas tu masukkan di AMCI di Rabat. Ini sebab Singapore tiada kedutaan di Morocco...

Unknown said...

Syukran penulis. Insyaallah akan diusahakan.

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz Ayman al-Akiti,

Saya berhajat nak sambung master syariah di Maghribi, soalan saya,

1) adakah pengajian syariah di Maghribi mengikut mazhab imam Malik?

2) ada tak bidang fiqh muqaran (master) dan universiti mana yg sediakan course ini buat sesi seterusnya?

3) saya mendapat makluman, boleh untuk ke maghribi dan apply melakui dekan instead of melalui kpt. Betul ke sidi dan ada penjelasannya tak?

Terima kasih.

zara said...

Salam
Blh tahu cara untuk memohon kursus intensif bahasa arab di morocco?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum.. Anak perempuan saya akan sambung belajar di morocco. Saya ingin tahu bagaimana keselamatan dan kehidupan pelajar perempuan di sana? Ramaikah pelajar perempuan di sana? Terima kasih atas maklumbalas tuan

2fifty said...

backgound pd tulisan dlm blog ini patuh dibubuh NoN-picture... mata jdik tak selesa nk baca.

Unknown said...

Assalam tuan, ada x..di morocco orang buat kursus bahasa arab..maksudnya pergi markaz lughah sahaja..dan pergi sendiri tidak melalui kementerian..??

Rara Aminil said...

assalamualaikum sidi. saya ingin bertanya beberapa soalan ;

1) layakkah sekiranya memohon ke morocco menggunakan sijil STAM sahaja (tahun semasa)?

2) apakah universiti yang sesuai, kondusif dan persekitaran bandar yang selamat bagi pelajar perempuan di sana?

3) berapak tempoh pengajian ijazah di sana?

terima kasih tuan.

Unknown said...

Assalamualaikum .
Saya merupakan pelajar lepasan SPM dan saya teringin untuk uambung belajar di Morocco. Boleh saya tau , apakah cabaran dan dugaan yang mesti saya hhadapi ketika belajar disana ?

Unknown said...

Assalamualaikum
saya ibu kpd pelajar Aliyah di pesantren Lirboyo kota kediri. Anak perempuan saya ingin melanjutkan pelajaran kitabnya di Morocco. Adakah boleh ke mohon ke sana melalui pesantren atau melalui malaysia.

asyarfaqil said...

Assalam . Adakah boleh mohon selepas stam ?

Syahid said...



Bismillahir Rahmanir Rahim

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWQXF6VWJRNkdZYmdMS25Da2NkRkU1YjVaLWRz/view?usp=drivesdk

Salam

Kepada;

Para rektor, para akademik, para agamawan dan para mahasiswa yang dihormati.

Tuan,

Tajuk: "Pengubahan al-Qur'an, pengubahan Sunnah Nabi saw, penghinaan terhadap Nabi saw dan kekafiran majoriti dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim".

Tajuk- tajuk tersebut adalah untuk kajian dan renungan para akademik, para agamawan dan para mahasiswa yang dimuliakan. Apa salahnya kita tahu kerana bukan semua yang kita tahu itu mesti kita percayai atau kita mengamalkannya pula.

Yang ikhlas:

Pencinta al-Qur'an, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim,
Nusantara.





ammar J said...

assalamualaikum.. saudara.. boleh ke saya sambung degree di Sais menggunakan sijil STAM kalau boleh bagaimana nak tau prosedurnya?

Remaja said...

Salam,saya ada dua soalan:
1.Utk tahun ini spm batch 03 dh dibuka
ke,atau selepas dapat result spm baru
dibuka untuk mengisi borang ke
morocco?

2.Lepasan STAM masih berpeluang ke
menyambungg pengajian di morocco?

Sekian terima kasih😊

Unknown said...

Assalamualaikum ya sayyidi,

mhn laluan bertanya adkh ada mukoddimah peperiksaan sejurus tiba di morocco sblm menyambung pengajian secara semester seperti imtihan qabul dan imtihan almustawa?