Sunday, December 21, 2014

Kewasatiyahan Syaikh Nizar Hammadi

Syaikh Nizar Hammadi adalah seorang ulama semasa yang kuat membela akidah Asy'ariyyah dengan segala kewasatiyahannya. Bagi beliau, adalah penting untuk menetapkan asas akidah Asy'ariyyah dengan membuka majal bermunaqasyah, dengan penuh adab, tanpa perlu menghukum kafir, tajsim, sesat, bid'ah dan lain-lain; selain mengukuhkan mazhab akidah majority ulama iaitu mazhab Asy'ari.

Syaikh Nizar Hammadi yang sekarang bergiat dalam mentahqiq kitab-kitab turats manuscript ulama Asy'ari serantau Barat Islam (Tunis- Algeria-Libya-Andalusia-Maghribi-Maurintania-Senegal-Mali) juga adalah penyandang Kursi Akidah Asy'ariyyah di Masjid Zaytunah atau terkenal dengan nama Jami' Zaytunah di Tunisia yang terkenal sebagai pusat pendidikan tertua dunia bahkan sebelum University Qarawiyyin, di Fes Morocco.

Dalam kesempatan kali ini, Syaikh Nizar Hammadi telah kehadapan untuk mengajarkan kita sebuah kaedah penting bagi kita agar tidak mudah mengkafirkan seseorang ulama. Contoh ini adalah Ibn Taimiyyah yang terkenal sebagai ulama kontraversi, kerana kuatnya membantai ulama Sufi, Asy'ari, Maturidi, atau lebih dikenal dengan golongan Kaum Tua. ِAkan tetapi, sebaiknya kita bersikap ilmiah dan lembut, kerana kita tidak hidup sezaman dengannya, yang mungkin saja penilaian kita salah. Apatah lagi, ilmu beliau yang luas, dan banyak ulama Kaum Tua sendiri selalu menukil pendapat-pendapat beliau dalam berbagai masalah, seperti Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Syaikh Abdul Fattah Abu Ghudah, Syaikh Sulayman al-Kurdi, Syaikh Abdullah Bin Bayyah, bahkan Syaikh Hamza Yusuf juga enggan mengkafirkannya (lihat youtube: https://www.youtube.com/watch?v=M4oFybKsLZY).

Pada kesempatan kali ini, penulis ingin mengemukakan kewasatiyahan Syaikh Nizar Hammadi dalam berta'amul dengan Ibn Taimiyyah, seperti yang dikemukakan di dalam FB Rasmi beliau pada 21 Dec 2014 sekitar pukul 2 PM waktu Morocco:

Terjemahan Bebas:

Kaedah dalam bergiat dengan turats-turats Syaikh Ibn Taimiyyah RH:

Ketika mana engkau mengkritik Syaikh Ibn Taimiyyah dengan ilmu dan lembut dan engkau jelaskan kesalahan beliau terhadap kaedah-kaedah majoriti ulama; maka engkau telah membuat marah orang-orang yang mensucikan Ibn Taimiyyah.

Ketika mana engkau menyelamatkan Syaikh Ibn Taimiyyah daripada dihukum kafir, dan engkau menjelaskan kesalahan orang-orang yang mengkafirkannya terhadap majority ulama (kesalahan mereka terhadap majority ulama), maka engkau telah membuat marah orang yang membenci Ibn Taimiyyah.


Ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah memilih jalan yang lurus, dan sesungguhnya engkau telah selamat dari tempat berbahaya yang telah terjadi pada orang-orang yang mensucikan Ibn Taimiyyah dan orang-orang yang membenci Ibn Taimiyyah di mana mereka benar-benar telah salah dengan kesalahan yang jelas!!

Tammat!

Begitulah Syaikh Nizar Hammadi, pendirian yang sangat tegas tapi lembut. Ilmiah tapi tidak mudah menghukum. Sudah sepatutnya kita juga seperti beliau.